Penulis dan aktivis Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isterinya Rai King memeluk Islam pada hari pertama Ramadan 2024, demikian lapor TRT World.
Pasangan itu melafazkan syahadah menerusi siaran langsung Instagram pada Isnin dibimbing ulama AS, Omar Suleiman yang juga sahabat Shaun selama lebih 10 tahun.
Memakai keffiyeh Palestin, aktivis berusia 44 tahun itu menyifatkan keputusannya itu sebagai “penderitaan, kesakitan dan trauma enam bulan lalu yang dilihat di Gaza”.
Ads
Terbuka Hati Lihat Iman Penduduk Gaza
“Ia membuatkan saya tersentuh secara mendalam untuk melihat orang yang ketika ini berada di tempat paling berbahaya dan traumatik di bumi ini kadangkala tidak melihat apa-apa selain runtuhan dan sisa-sisa keluarga mereka, namun masih melihat makna dan tujuan dalam hidup.
“Keimanan dan pengabdian mereka kepada Islam bukan sahaja membuka hati saya tetapi telah membuka hati berjuta-juta orang di seluruh dunia,” kata Shaun.
Ads
Shaun terkenal dengan kelantangannya menyokong Palestin, menentang tindakan negara haram Israel ke atas Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 31,112 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita,, dan mencederakan 72,760 setakat ini.
Sejak 7 Oktober, Shaun kerap berkongsi hantaran media sosial menunjukkan kemusnahan di Gaza dan menyeru agar serangan Israel dihentikan.
Ads
Susulan tindakannya itu, Instagram telah menyahktif dan mengalih keluar akaunnya yang mempunyai lebih enam juta pengikut itu.
Tidak dinafikan pada zaman sekarang kita boleh mendapatkan apa jenis barangan dan produk hanya dengan melakukan pesanan pantas di hujung jari menggunakan telefon pintar.
Namun di sebalik keghairahan dan kepesatan jual beli secara di atas talian atau e-dagang terdapat sesetengah pihak seakan mengambil kesempatan menjual produk yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Di antara produk yang ditegah jualannya ialah alat mainan seks atau dewasa yang terlarang. Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melakukan rampasan lebih 1,000 jenis produk dan alat ‘mainan dewasa’ di sebuah kediaman di Kota Warisan, Sepang.
Rampasan yang dilakukan pada 19 Disember 2022 tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada Ops Mata 1/2023.
Memetik BERNAMA, serbuan dilakukan di sebuah kediaman yang menyimpan mainan tersebut sebelum dijual di atas talian.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata mainan seperti itu adalah barangan terlarang dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbiatan 1984 kerana membawa kemudaratab moral kepada masyarakat.
Opersai tersebut menyaksikan penahanan seorang lelaki berusia 57 tahun pada 19 Disember lalu dan telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 2 Februari lalu di bawah akta berkenaan dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana mengedar dan menjual barang-barang lucah.
“KDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan unsur-unsur yang boleh meruntuhkan akhlak, ketenteraman awam dan keselamatan negara.” tambahnya lagi.
Jelasnya lagi, mainan terlarang yang dirampas bernilai RM115,000 itu dipercayai dibuat di China dan Thailand dan dibawa masuk ke Malaysia melalui transaksi dalam talian, dengan harga barangan antara RM70 hingga RM1,000.
“Kementerian khuatir penggunaan alat mainan seks akan menjejaskan moral rakyat Malaysia dan jika tidak dikawal akan membawa kepada kemerosotan nilai moral dan masalah sosial yang lain,” jelasnya.
Selain itu, KDN turut menggesa penyedia platform e-dagang untuk lebih peka dan bekerjasama dengan kerajaan untuk menghentikan penjualan barangan terlarang.
Mana-mana pihak yang mempunyau maklumat tentang penjualan barangan sepeti ‘mainan dewasa’ boleh hubungi KDN di talian 03-80008000.
Sama-sama kita membina masyarakat yang lebih bermoral dan bertamadun. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Bernama
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BERDASARKAN WARNA NAJIS (MERAH ATAU HITAM), DIAGNOSIS PESAKIT BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENENTUKAN SAMA ADA PENDARAHAN ITU DATANG DARI SALURAN GASTROUSUS ATAS ATAU BAHAGIAN BAWAH.
Dalam kes pendarahan yang datang dari saluran gastrousus atas, darah melalui penyerapan usus (usus kecil) dan usus besar, di mana pengoksidaan hemoglobin itu berlaku, yang menyebabkan najis menjadi berwarna hitam. najis berdarah warna gelap dipanggil melena.
Sebaliknya, hematochezia merujuk kepada najis berwarna merah terang. Ini menunjukkan terdapat pendarahan dalam saluran gastrousus bahagian bawah, di suatu tempat di dalam kolon atau rektum.
Buang air besar berdarah boleh menjadi pengalaman menakutkan apabila melihat najis berdarah anda. Sesungguhnya tidak tersilap menyamakan pergerakan usus berdarah dengan pigmen makanan yang boleh hadir dalam najis selepas makan makanan seperti bit merah, liquorice (likuoris), dan coklat. Di samping itu, makanan tambahan besi dan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan najis merah
PUNCA BUANG AIR BESAR (BERAK) BERDARAH
Buang air besar berdarah adalah gejala perkara biasa, ramai di antara kita mengalami gejala-gejala ini atas sebab tertentu. Sering kali ini berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak, yang disebabkan oleh luka-luka kulit dubur semasa membuang air besar kerana sembelit.
Berdasarkan warna najis / berak (merah atau hitam), diagnosis pesat boleh dilakukan untuk menentukan sama ada pendarahan itu datang dari saluran gastrousus atas atau bahagian bawah.
Dalam kes pendarahan yang datang dari saluran gastrousus atas, darah melalui penyerapan usus (usus kecil) dan usus besar, di mana pengoksidaan hemoglobin itu berlaku, yang menyebabkan najis menjadi berwarna hitam. najis berdarah warna gelap dipanggil melena.
Sebaliknya, hematochezia merujuk kepada najis berwarna merah terang. Ini menunjukkan terdapat pendarahan dalam saluran gastrousus bahagian bawah, di suatu tempat di dalam kolon atau rektum.
Buang air besar berdarah boleh menjadi pengalaman menakutkan apabila melihat najis berdarah anda. Sesungguhnya tidak tersilap menyamakan pergerakan usus berdarah dengan pigmen makanan yang boleh hadir dalam najis selepas makan makanan seperti bit merah, liquorice (likuoris), dan coklat. Di samping itu, makanan tambahan besi dan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan najis merah.
Selain sebab-sebab di atas terdapat juga pelbagai punca lain yang boleh membawa kepada keadaan seperti ini, berikut di bawah 6 punca buang air besar berdarah
SAKIT GASTRIK
Ulser kronik boleh menyebabkan pendarahan di dalam kedua-dua perut dan duodenum (duodenum), yang kemudiannya boleh menyebabkan usus supaya berdarah. Jika ini adalah punca, maka warna darah dalam najis akan menjadi merah gelap atau merah wain. najis berdarah juga merupakan salah satu daripada tanda-tanda gastritis atau radang pada lapisan perut
PENDARAHAN REKTUM
pendarahan rektum adalah sebab yang paling biasa. Pendarahan boleh berlaku sama ada di pihak kolon sigmoid atau rektum. Beberapa penyebab pendarahan rektum adalah laluan yang sangat kuat najis, sembelit, dan buasir. DIVERTICULITIS
Poket dan mata yang lemah terbentuk di dalam usus kecil atau kolon. Peningkatan tekanan dalam kolon boleh menyebabkan pendarahan diverticular, najis sehingga berdarah. Rawatan diverticulitis boleh dilakukan jika ia disebabkan oleh memakan makanan yang kaya dengan serat dan ubat-ubatan.
KECEDERAAN DALAMAN
kecederaan dalaman atau kerosakan pada saluran darah di mana-mana dalam saluran gastrousus boleh menyebabkan najis berdarah. Luka diikuti dengan pendarahan boleh berlaku dalam esofagus, perut, dan usus. diagnosis yang betul adalah penting untuk mengenal pasti lokasi kecederaan dan pendarahan. KANSER KOLON
Dalam sesetengah pesakit, kanser kolon dikenal pasti sebagai punca utama. Jika doktor mengesyaki masalah berkaitan dengan kanser, maka dia boleh melakukan ujian untuk menghapuskan kemungkinan antigen carcinoembryonic najis berdarah akibat sebab lain daripada kanser kolon. Individu yang berumur lebih 40 tahun yang dipercayai mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser kolon.
PENYAKIT RADANG USUS
Penyakit usus radang seperti penyakit Crohn (penyakit Crohn) dan ulser kolitis juga boleh menyebabkan gejala najis berdarah. Lain-lain gejala ulser kolitis adalah sakit perut, kekejangan, dan demam. Aliran darah terhad (iskemia) dalam usus besar juga boleh menyebabkan najis berdarah.
Di samping itu, fungsi vaskular terjejas (seperti buasir) juga boleh menjadi punca najis berdarah. Walaupun beberapa punca darah dalam najis kelihatan ringan dan boleh dirawat, ada sebab-sebab lain boleh mengancam nyawa jika dibiarkan tanpa dikendalikan untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, jika anda menghadapi masalah buang air besar berdarah ia lebih baik didiagnosis oleh pakar perubatan yang berkelayakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sebut tentang konsert jelajah, ramai bayangkan pentas megah, sorakan peminat dan dentuman speaker di stadium terbuka. Tapi untuk legenda rock tanah air, Wings, pentas kali ini bakal berada di lokasi yang cukup luar biasa iaitu di penjara!
Ya, anda tidak tersalah dengar. Sempena ulang tahun ke-40 penubuhan kumpulan ini, vokalis ikonik Datuk Awie mengumumkan perancangan sebuah siri jelajah konsert dalam penjara di seluruh negara. Ia merupakan satu idea yang bukan sahaja di luar kotak, malah penuh nilai kemanusiaan dan keberanian.
“Kami merancang untuk mengadakan konsert jelajah tapi kali ini bukan di tempat terbuka tetapi di penjara. Perkara ini sudah pun dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri.
“Beliau sudah pun bersetuju dan suka dengan projek ini dan mahu projek ini direalisasikan. Ini adalah sesuatu yang orang lain tidak fikirkan,” jelas Awie.
Konsert ini bukan sekadar mahu memecah sunyi dinding penjara dengan irama rock. Sebaliknya, ia menjadi satu bentuk terapi jiwa dan motivasi untuk para banduan – ramai antara mereka yang membesar dengan muzik Wings.
“Niat kami hanyalah untuk memberikan keriangan kepada mereka di dalam sana. Mereka hanya duduk di dalam sel dan tidak melihat apa yang berlaku di luar bertahun-tahun.
“Jadi, apalah salahnya kami memberikan sedikit hiburan agar mereka mendapat ketenangan dan ketenteraman,” kata Awie, penuh ikhlas.
Konsert ini bakal dijalankan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Wings dengan kerjasama Rumah Produksi Merah. Ia tidak melibatkan penjualan tiket dan memerlukan sokongan penaja bagi menjayakannya sepenuhnya.
“Saya harap anda semua dapat uar-uarkan perkara baik ini supaya kita mendapat sokongan daripada pihak penaja. Ini adalah program kebajikan. Sebaik sahaja ada penaja, kita akan teruskan projek ini,” tambahnya.
Sehingga kini, lebih 40 penjara di seluruh Malaysia telah diluluskan sebagai lokasi potensi, namun pemilihan akhir akan bergantung kepada bajet semasa. Jika perlu disaring, satu penjara di setiap negeri akan menjadi destinasi, dengan Penjara Kajang sebagai pembuka tirai.
Buat para lelaki yang membesar dengan era rock 90-an, inisiatif ini bukan sekadar nostalgia — ia adalah bukti bahawa muzik masih menjadi bahasa paling ampuh untuk menyampaikan mesej, menyentuh hati, dan menyatukan jiwa manusia tanpa mengira latar.
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.