Siapa yang tidak mengenali figura ini? Lantunan suara yang acapkali menghanyut perasaan pendengar ini tampil dengan single terbaru yang lebih bergenre ‘Progresif Pop Rock’. Turut berkolaborasi bersama penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet, Hazama kali ini lari dari zon selesa.
‘Aku Bukan Dewa’ ini saya anggap sangat dekat dengan diri saya kerana ia menceritakan tentang semangat juang saya dalam industri muzik ini. Dari hari pertama saya bertapak dalam industri, pelbagai ranjau dan onak duri terpaksa saya tempuhi sebelum saya berada di sini; pada hari ini. Lagu ini sangat istimewa kerana muzik yang dipersembahkan seolah-olah memberi gambaran akan penceritaan dan ‘mood’ atau suasana yang ingin disampaikan.
Menariknya lagi, pendekatan genre muzik yang saya ambil pada kali ini iaitu progresif pop rock, berlainan dari konsep pop balada yang saya bawa selama ini. Saya ingin lari dari ruangan selesa saya dan menampilkan kelainan dengan tampil menyampaikan lagu rancak. Ini sebenarnya adalah jiwa saya dan pada kali ini, saya akan membawa peminat menyelami aliran sebenar muzik, dalam dunia saya.”- Hazama.
Ads
Lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock ini merupakan single kedua Hazama untuk tahun ini selepas ‘Aku Yang Sebenar’ yang dilancarkan pada bulan April lalu. Sama seperti ‘Aku Yang Sebenar’, single kedua Hazama ‘Aku Bukan Dewa’ ini turut mendapat sentuhan dari Ad Samad selaku penulis lirik, Hazama sendiri bersama Taja pula bertindak sebagai komposer. Istimewanya lagi, Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini.
Buah tangan terbaharu daripada Hazama ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula pada hari ini. Selain dari itu, single ini turut boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Muzik video lagu ini pula dijangka bakal menemui peminat dalam jangka masa terdekat ini di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Ads
Ads
Mengulas mengenai edisi terbaharu beliau ini, Hazama menjelaskan, “Saya sangat teruja kerana sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan nama-nama hebat di sebalik tabir penghasilan ‘Aku Bukan Dewa’ ini. Segah tajuk yang diberi, karya ini sekali lagi mempamerkan kehebatan Ad Samad dalam menghasilkan sebuah lirik yang cukup bermakna dan memiliki maksud yang begitu mendalam, diulit pula dengan keindahan muzik hasil sentuhan kerjasama saya dan Taja, dan pada masa yang sama rakan baik saya sendiri, Altimet, hadir menyumbangkan gegaran rap kreatif beliau bagi melengkapkan nukilan ini. Hasilnya, sempurnalah ‘Aku Bukan Dewa’, istimewa untuk peminat-peminat saya di luar sana.
Lagu ‘Aku Bukan Dewa’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anak muda sebak apabila melihat Khairy Jamaluddin mengeluarkan kata-kata beliau di laman sosial Instagram. Post yang berunsurkan tabah dan redha itu mendapat perhatian daripada ramai pihak khususnya anak muda. Banyak pengorbanan dan usaha beliau dalam memastikan hak belia terjaga dan sentiasa aktif. Di sini kami listkan pengorbanan dan sumbangan beliau dalam kebajikan Belia.
1)Aktif di media sosial
Lebih dekat dengan panggilan KJ, beliau sememangnya Menteri berjiwa rakyat. Di era serba moden ini, rata-rata anak muda menggunakan media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi sesama sendiri. KJ merupakan Menteri yang sering memantau anak muda di laman sosial. Biarpun usianya tidak begitu mahir dengan arus globalisasi, namun kesungguhannya ‘fit in’ bersama anak muda amat dikagumi. Rata-rata anak muda bebas ber ‘tweet’ dan menyuarakan pendapat mereka di Instagram, Twitter dan Facebook KJ, dan lelaki ini memberi respon yang memberansangkan! Segala terma-terma yang digunapakai oleh anak muda masa kini seperti OOTD, Hashtag yang tidak relaven turut menjadi topik harian KJ.
2)Aktif bersukan
Kalau bab sukan, serahkan saja pada KJ. Beliau ini memang Fit. Banyangkan, beliau boleh melakukan push up dengan rap yang banyak dalam masa yang singkat. Ketika beliau masih bergelar Menteri Belia dan Sukan, banyak program telah dijalankan, contohnya Fit Malaysia, dan Hari Sukan Negara. Ini merupakan inisiatif KJ untuk menjadikan bukan saja Belia, malah rakyat Malaysia kekal aktif dan sihat sepanjang hayat.
3)Penyayang
Tengok saja telatahnya bersama si kecil. Setiap hari ada saja post berkaitan dengan si kecil di laman Instagram stories nya. Dalam pada masa yang sama, sifat beliau yang sentiasa menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya amat disanjungi dan sayangnya terhadap seluruh rakyat Rembau dan Malaysia tidak dapat disangkal lagi.
4)Panggilan Abah
Untuk mendekatkan diri beliau dengan rakyat, beliau tidak menggalakkan umum memanggil beliau dengan panggilan YB. Malah dia lebih selesa menggelarkan dirinya Abah di mata umum. Masih ingat dengan komen beliau berkenaan isu Kpop? Beliau mengeluarkan statement bahawa pilihlah lelaki tall dark and hansome’ sepertinya lebih segak berbanding lelaki Korea tu. Pada ketika itu, KJ mendapat sambutan hangat dari seluruh lelaki di Malaysia. Banyak panggilan telah diberikan buat beliau. Antaranya Daddy, Papa, ayahda. Namun ia lebih selesa dengan panggilan Abah. Rasa macam bapak-bapak katanya.
5)Professionalism
Selepas kecoh rakyat Malaysia mengatakan bahawa Syed Saddiq bakal memegang tahta beliau dalam menguruskan belia dan sukan. KJ dan SS dilihat tweet sesama mereka. Di sini dapat kita saksikan KJ merupakan seorang yang tenang dalam menghadapi masalah dan tidak rasa iri hati pada kekalahan parti beliau, memperbaiki kesalahan dan sentiasa bergerak kehadapan. Kita berharap YB SS dapat meneruskan usaha KJ jika benar beliau akan memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.
“Pesakit anorexia adakalanya boleh menjadi simptom pesakit bulimia kerana mereka boleh memuntahkan semula makanan yang telah dimakan.
“Simptom psikiatri menjadi lebih bahaya apabila pesakit mula mengasingkan diri daripada bersosial, timbul tanda-tanda kemurungan, gejala cemas dan menjadi sangat obses.
“Pesakit bulimia juga akan menjurus kepada simptom gangguan psikiatri seperti kemurungan, cemas, impulsif, konflik seksual dan gangguan dalam keintiman. Gangguan ini memang boleh menjadi keterlaluan disertai dengan gangguan panik serta gangguan keresahan.
“Jangan ingat hanya gangguan psikiatri saja boleh berlaku. Pesakit anorexia dan bulimia turut berhadapan dengan pelbagai komplikasi fizikal seperti dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit, kompromi jantung dengan pelbagai aritmia, gangguan motiliti gastro usus, masalah buah pinggang, kemandulan, kelahiran pra-matang, komplikasi peri-natal lain, hipotermia dan sebagainya.
“Paling menyedihkan pesakit juga boleh berhadapan dengan serangan jantung lalu terus mengakibatkan kematian.
Satu kajian yang dilakukan oleh Theander (1985), mendapati bahawa gangguan pemakanan yang berterusan selama beberapa tahun telah mengakibatkan 18 peratus pesakit gangguan pemakanan ini mati akibat bunuh diri.
Paling penting ialah sokongan daripada ahli keluarga. Dalam proses rawatan, pakar akan pastikan penambahan berat badan yang mencukupi.
“Dalam proses tersebut juga pesakit dan pakar akan berbincang tentang pelan pemakanan di samping rawatan psikologi untuk mendidik pesakit dan ahli keluarga.
“Pakar juga akan memastikan kenaikan berat badan sebanyak 65 peratus daripada berat standard.
“Sekiranya pesakit mengalami kemurungan yang teruk, dia akan ditahan di hospital sehingga berat sasaran dicapai,”
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini saya sertakan panduan asas bagi pemilihan sepasang cermin mata yang dapat memberi keseimbangan serta dapat menyerlahkan keistimewaan raut wajah anda.
Man photo created by karlyukav – www.freepik.com
Tip memilih sepasang cermin mata
Bagi memiliki cermin mata yg tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Pilih reka bentuk perangkai (bridge) yang rendah.
Bagi hidung yang pesek dan penyek, pilih bentuk perangkai yang tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
Jarak sepasang mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat. Untuk memberi ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.