Pedro Pascal bukan lagi nama asing dalam dunia perfileman. Dari peranannya sebagai Oberyn Martell dalam Game of Thrones, kepada wataknya sebagai Din Djarin/The Mandalorian dalam siri Star Wars.
Pedro Pascal telah membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelakon biasa. Karismanya, kebolehannya membawa watak dengan penuh emosi, dan kehadiran yang kuat di layar menjadikannya antara pelakon paling berpengaruh hari ini.
Sebelum ini, Pascal memikat hati peminat dengan peranannya dalam Narcos sebagai agen DEA Javier Peña, mempersembahkan kecekapan serta ketegangan dalam kisah dunia kartel dadah.
Sementara itu, peranannya dalam The Last of Us sebagai Joel membawa dimensi emosi yang lebih mendalam, menjadikannya bintang yang boleh membawa naratif yang kompleks dan berat.
Kini, Pascal bersedia untuk menggalas satu lagi peranan epik – Reed Richards/Mister Fantastic dalam The Fantastic Four: First Steps.
Sentuhan Retro-Futuristik
Bersiap sedia untuk satu lagi letupan aksi dalam dunia sinematik Marvel! “The Fantastic Four: First Steps” akhirnya memperlihatkan teaser rasmi yang menjanjikan pengalaman luar biasa dengan sentuhan retro-futuristik.
Ini bukan sekadar kisah adiwira biasa, tetapi sebuah pengembaraan penuh epik yang bakal menggugah imaginasi generasi baharu peminat filem komik.
Ads
Selain Pascal sebagai Mister Fantastic, naskhah terbaru ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal membawakan watak-watak ikonik The Fantastic Four:
Vanessa Kirby sebagai Sue Storm/Invisible Woman – Wanita misteri dengan kuasa halimunan.
Joseph Quinn sebagai Johnny Storm/Human Torch – Lelaki api yang sentiasa bersemangat.
Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm/The Thing – Raksasa batu dengan hati yang besar.
Bukan itu sahaja, ancaman besar turut diperkenalkan dengan kemunculan semula makhluk kosmik paling digeruni, Galactus yang dilakonkan oleh Ralph Ineson, bersama-sama Silver Surfer (Julia Garner) yang tampil dengan watak lebih kompleks dan menarik.
Kembali Dengan Gaya 1960-an
Berbeza dengan adaptasi sebelumnya, “The Fantastic Four: First Steps” menampilkan latar masa yang berinspirasikan era 1960-an, memberi penghormatan kepada zaman asal komik ini mula diperkenalkan.
Bayangkan suasana dunia yang dipenuhi elemen retro-futuristik dengan teknologi canggih yang masih mengekalkan estetika klasik.
Ads
Daripada babak awal teaser, kita dapat melihat bagaimana keluarga adiwira ini bersatu untuk melindungi dunia mereka daripada ancaman luar biasa. Interaksi mereka penuh dinamika, menampilkan hubungan keluarga yang rapat serta semangat perjuangan yang tidak berbelah bahagi.
Jika anda peminat sejati komik Marvel, pasti tahu bahawa Galactus bukan ancaman biasa. Dalam teaser ini, sosoknya yang gergasi serta aura menggerunkan memberikan gambaran betapa besarnya cabaran yang bakal dihadapi oleh The Fantastic Four.
Ads
Kehadiran Silver Surfer pula menambahkan elemen misteri – adakah dia sekadar hamba kepada Galactus atau akan beralih arah untuk membantu pasukan ini?
Marvel Studios telah belajar daripada kesilapan filem terdahulu dan kali ini mereka tampil dengan sesuatu yang segar dan lebih menepati citarasa peminat.
Dengan pengarahan oleh Matt Shakman, filem ini bukan sekadar reboot biasa, tetapi satu penghormatan kepada legasi The Fantastic Four dengan sentuhan sinematik yang lebih berani.
Bersiap sedia untuk menyaksikan The Fantastic Four dalam versi paling autentik dan epik yang pernah dihasilkan! “The Fantastic Four: First Steps” bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Julai 2025.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa kata untuk menjadi popular itu mudah? Siapa pula bilang untuk menempa kejayaan itu bagai menunggu rezeki datang bergolek? Tidak semudah itu! Barisan selebriti yang kami pilih ini punya perjalanan kisah yangdpat nenberikan inspirasi kepada mereka yang kurang motivasi dalam diri. Kita tahu, kadang-kala kita merasai dunia serba tak adil. Setiap perkara yag kita lakukan semuanya tidak menjadi. Ada masa kita kerugian. Menunggu waktu lama untuk mencapai sesuatu yang kita capai. Kisah mereka ini memberi pengajaran kepada kita semua tentang erti percaya pada diri. Usah cepat mengalah kalau belum memulakan pertemuran. Usah berhenti kalau belum bermula. Usah putus asa kalau belum tahu erti cabaran.
Siapa yang tidak mengenali J.K Rowling? Kejayaannya dalam menghasilkan karya novel Harry Potter menjadi fenomena dikala novel itu diangkat untuk dijadikan bahan filem, lalu menyenaraikan J.K Rowling antara orang terkaya di dunia. Namun kejayaan yang dicipta itu tidak mudah untuk dicapai.
Di saat umurnya 17 tahun, dia berhenti belajar dari kolejnya. Pada usianya 25 tahun, ibunya pula meninggal dunia. Cabaran demi cabaran terus dihadapi olehnya. Dia mengalami keguguran di saat usianya 26 tahun. Namun tahun selepas itu, dia berkahwin bersama lelaki idamannya. Dari situ dia memulakan hidupnya dalam fasa yang baru dengan menjadi isteri. Walau bagaimanapun, perkahwinannya itu bertukar menjadi mimpi buruk apabila suaminya berubah menjadi ganas dan selalu memukul dan menyakitinya. Pun begitu, masih ada sinar kegembiraan di saat dia melahirkan anak perempuannya. Apabila usia menjangkau 28 tahun, J.K Rowling menghadapi krisis dalam hubungan bersama suaminya dan membawa arus percintaan mereka ke kancah retakan, akhirnya mereka berpisah, menyebabkan J.K Rowling mengalami masalah tekanan yang teruk. Dia juga pernah hampir membunuh diri kerana sudah berputus asa dalam hidupnya. Namun, dari kegagalan itu, memberi kesedaran dan semangat kepada dirinya untuk terus berjuang. Ia berlaku sekitar tahun 1994, 3 tahun sebelum terhasilnya buku Harry Potter, Harry Potter and The Philosopher’s Stone.
Walaupun karya penulisannya ditolak banyak kali, J.K Rowling masih belum penat berusaha untuk memberikan yang terbaik hinggalah pada umurnya 31 tahun, dia akhirnya berjaya melancarkan buku pertamanya. Bloomsbury, sebuah syarikat penerbitan yang kecil di London memberi dia peluang kedua selepas anak perempuan kepada CEO syarikat itu menyukai karya penulisannya.
Kisah figura ini juga memberi inspirasi kepada kita tentang sesusah manapun kita, cita-cita dan impian itu tidak munkin padam. Asalkan kita terus berusaha dan sentiasa fokus dalam apa yang dilakukan. Mengejar cita-cita itu bukan sesuatu yang mudah. Namun, azam dan semangat yang kuat, jika lautan api pun melanda, nescahya boleh dirintangi jua.
Penulis ini dikenali dengan karya fiksyen yang seram juga lebih memfokuskan kepada suspen dan fantasi. Dia memulakan kariernya sebagai penulis dalam keadaan dirinya yang serba miskin. Dia tinggal bersama isteri, juga seorang penulis, di dalam trak dan mereka melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka.
Karya penulisan King banyak menerima penolakan dan kritikan. Dia menerima lebih 60 penolakan sebelum menjual karya cerita pendeknya yang pertama, “The Glass Floor” dengan harga $35. Kesengsaraannya mula lenyap apabila dia berjaya menjual hasil karnya kepada syarikat penerbitan Doubleday Publishing. Namun hasil jualannya tidak memadai dengan hanya terjual sebanyak 13,000 salinan. Selepas itu, Tidak lama kemudia, kejayaan mula diraih apabila dia berjaya meraih kutipan sebanyak $200,000 hasil tanda tangan bersama Signet Books.
Pada tahun 1992, dia menulis, menerbitkan serta berlakon dalam pembikinan teater nya yang pertama, I Know I’ve Been Changed yang mengisahkan tentang perjalanan hiduonya yang sukar. Perry melaburkan kesemua hasil simpanannya pada persembahan teater itu. Malangnya, ia adalah persembahan yang gagal. Hanya 30 orang sahaja yang datang menonton persembahannya. Pun begitu, dia tidak pernah berhenti, malah sentiasa bersemangat menerbitkan karyanya, membuat kerja sambilan dan kerap tidur di dalam kereta. 6 tahun kemudian,di mana masa itu Perry benar-benar miskin, buat kali ketujuhnya, persembahannya benar-benar berjaya. Dia selepas itu menjadi antara orang yang terkaya dan turut dilabelkan sebagai antara orang yang dibayar mahal dalam industri hiburan pada tahun 2011. Akhirnya, orang mengenali Perry sebagai seorang pengarah, penulis dan juga pelakon yang berjaya.
Parker dilahirkan di sebuah bandar perlombongan di luar bandar, di Ohio, anak terakhir dari empat adik beradik. Ibu bapanya bercerai ketika usianya masih 2 tahun. Ibunya berkahwin semula bersama bapa tirinya dan dikurniakan 4 orang anak. Bapa tirinya adalah pemandu trak, sering kali tiada di rumah kerana melakukan kerja luar. Jadi, bintang ini, saat masih muda, memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi dan penari untuk membantu ibunya menyara adik beradiknya yang lain.
Walaupun hidup serba kekurangan, namun ibunya tidak pernah henti memberi motivasi kepada anak-anaknya untuk mendalami seni. Selepas keluarganya berpindah ke Cincinnati, Parker mula melibatkan diri dalam balet, muzik dan teater di sekolah, hasil daripada biasiswa pelajarannya. Umur 11 tahun, dia bersama keluarganya membuat trip ke bandar New York membolehkan Parker untuk menyertai ujibakat watak dalam Broadway. Perjalan trip mereka itu membuahkan hasil!. Dia dan juga abangnya, dipilih dalam ujibakat itu. Parker bekerja kuat, dan tetap berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik. Akhirnya, dia menjadi salah seorang seleberiti terkemuka yang mendapat bayaran tertinggi dan sudah semestinya, watak di dalam Sex and The City melonjakkan lagi namanya dalam dunia hiburan.
Siapa yang tidak sukakan rasa sedap ayam KFC? Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pun sentiasa menjadikan KFC antara salah satu restoran wajib untuk menjamu selera. Tidak kisahlah seorang ataupun berkeluarga. Ini semua adalah hasil usaha Colonel Sanders yang tidak pernah berputus asa untuk membuat pembaharuan dalam hidupnya, dan tidak meletakkan umur sebagai penghalang.
Colonel Sanders mungkin sudah lali dengan saat sukar dan bagaimana rasa dirinya tidak diterima. Seawal usianya 5 tahun, dia kehilangan bapanya. Saat dia berusia 16 tahun, dia berhenti sekolah dan mula mencari pekerjaan yang bisa menampung hidupnya. Kariernya bermula disaat umurnya 17 tahun. Pun begitu, dia dipecat. Dia mencuba pekerjaan lain, namun sudah 4 kali dia dipecat. Hidupnya kian tidak menentu, namun dia menemui sedikit cahaya harapan apabila bertemu cinta hatinya. Mereka berkahwin dan Colonel Sanders mula bekerja sebagai konduktor kereta api. Ketika umurnya 20 tahun, dia ditinggalkan oleh isterinya dan membawa pergi anak perempuannya yang masa itu berusia setahun. Satu demi satu cabaran dalam hidupnya terpaksa ditempuh. Tekanan emosi menganggu dirinya. Tidak berhenti di situ, dia juga dipecat dari menjadi penjual insuran dan akhirnya, dia memutuskan untuk menjadi tukang masak, dan dalam masa yang sama, membasuh pinggan mangkuk di sebuah kafe kecil.
Apabila umurnya mencecah 65 tahun, dia bersara. Hasil persaraannya, dia menerima cek sebanyak $105 dari kerajaan dan Colonel memutuskan untuk membunuh diri. Namun dia sedar bahawa tidak banyak perkara yang dia sudah kecapi hinggalah dia bersemangat untuk meneruskan apa yang diminatinya iaitu memasak. Dia mula menjual ayam goreng dari rumah ke rumah, dan sedapa upaya untuk mendapatkan lesen untuk resipinya. Hampir 1009 kali dia menerima penolakan dari pihak tertentu untuk mendapatkan lesen hinggalah pada kali ke 1010, dia menerima jawapan YES. Maka, lahirlah KFC. Pada usianya 88 tahun, Colonel Sanders menjadi antara jutawan terkaya dan KFC adalah empayar makanan terbesar di dunia. Hari ini KFC sudah mempunya cawangan sebanyak 20,000 di 123 negara.
Setahun selepas dia dilahirkan, ibubapanya terlibat dalam krisis rumah tangga menyebabkan mereka bercerai. Dia mula mendapat tekanan emosi yang membebankan dirinya. Dia menghidap penyakit insomnia yang kritikal dan juga menghadapi masalah pemakanan. Ini sekali gus memberi efek pada tubuh badannya. Beratnya turun mendadak dan acapkali berasa lemah dan tidak bermaya.
Bagi dirinya pada ketika itu, dia tidak ada harapan dalam hidup. Langsung berasa putus asa dalam hidup. Dia mengambil bahan dadah yang banyak ketika umurnya baru 20 tahun dan membawa dirinya kepada masalah kemurungan dan cubaan bunuh diri. Walaupun berkali-kali dia cuba untuk membunuh diri, namun ia tidak berhasil. Dia mengembara ke Kambodia untuk berlakon dan pada kali pertama, dia mula memberi penekanan terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia. Waktu demi waktu, Angelina mula berjumpa dan menghabiskan waktu bersama orang di negara perang dan sekali gus membuka matanya mengenai permasalahan rakyat terutamanya kepada kanak-kanak. Lantas, dia mengambil anak angkat yang pertama. Kini dia menjadi ibu kepada 6 orang anak.
Oleh kerana dia begitu aware terhadap sentimen kemanusiaan, dia sering kali membahayakan hidup dan nyawanya dengan menjelajah ke negara zon perang. Oleh kerana keberanian serta kesungguhannya dalam menegakkan asas kedamaian dan hak asasi manusia, dia dianugerahkan gelaran Profesor Kehormat oleh London School of Economics. Bukan itu sahaja, malah dia juga memberi kemudahan persekolahan serta khidmat perubatan kepada mereka yang memerlukan. Kisah perjuangan dirinya tidak bernokhtah di situ sahaja apabila dia berjuang berhabis-habisan melawan penyakit kanser yang dihadapinya menjadikan dia seorang yang menginspirasikan sikap kental, semangat dan kuat.
Angelina Jolie, seorang ibu, wanita, pelakon, pengajar, humanis dan wild child actress.
Oprah melalui banyak titik hitam dalam hidupnya. Kritikan mengenai beratnya,perkauman serta seksualiti sering menjadi dilema dalam hidupnya.
Sewaktu kecil, seawal usia 9 tahun, dia seringkali menjadi mangsa seksual dan seringkali diseksa oleh sepupunya, pakcik dan rakan keluarga. Ada ketikanya dia dipaksa oleh sepupunya untuk ke kedai ais krim bersamanya sambil darah masih mengalir dari kemaluannya hinggalah ke kaki. Ketika umurnya mencecah 10 tahun, dia menanggung penyeksaan dirinya daripada dua ahli keluarga terdekatnya. Pada umurnya 14 tahun, dia mengandung. Ia adalah rahsia yang disimpan selama dia mengandung hinggalah bayi itu lahir. Malangnya, bayi yang dilahirkan itu dalam keadaan pra-matang. Disebabkan oleh beberapa komplikasi, bayi itu akhirnya mati. Meninggalkan Oprah daalam keadaan sedih dan tekanan mula membebankan mentalnya. Ibunya menghanar adik bongsunya pada rumah kebajikan. Lama selepas itu, abangnya pula mati kerana AIDS.
Dari situ dia mula berusaha untuk mengubah hidupnya. Tidak diangka, sekali lagi cabaran datang menguji apabila dia kehilangan pekerjaannya di saat umurnya baru 23 tahun. Oprah memulakan kariernya di televisyen pada tahun 1984 sebagai pengacara program pagi. Saat itu di betul-betul ingin mengubah hidupnya. Dia bekerja siang dan malam. Sentiasa bersungguh dan sentiasa konsisten dalam memberikan yang terbaik. Akhirnya, berkat kesabaran dan usaha gigihnya, menjadikan dia ratu pengacara program bual bicara sebelum membina empayarnya sendiri.
Harini ini, kadar keuntungan yang diperoleh olehnya adalah sebayak $2.9 billion, lantas menjadikan dia The Richest African American dan meletakkan dirinya sebagai tempat ke 32 dermawan wanita berpengaruh di dunia. CNN melabelkan dia sebagai the most powerful woman.
Ed Sheeran mula menyanyi dan bermain gitar sejak dari usia 4 tahun. Ketika umurnya 15 tahun, dia sering kali dibuli dan menjadikan dia tidak bersemangat untuk belajar dan pergi ke sekolah. Lantas, dari situ, dia membuat keputusan yang bakal mengubah masa hadapannya.
Ketika usianya 16 tahun, dia membuat keputusan untuk berhenti dari sekolah dan memfokuskan kepada kariernya sebagai ahli muzik, dan dia benar-benar lakukannya! Namun apa yang dirancang tidak menjadi. Dia terpaksa menjadi homeless di London. Ketika itu, dia tidak berduit dan begitu miskin sehinggakan terpaksa tidur di stesen kereta api bawah tanah. Oleh itu, dia banyak menghabiskan harinya dengan membuat persembahan siang dan malam selagi boleh tanpa jemu. Ia adalah momen yang paling sukar dalam hidupnya.
Namun, awan itu tidak selalu mendung. Tahun 2011 menyaksikan kehidupannya berubah apabila salah satu lagunya menjadi viral di iTunes, dan dalam satu malam, album EP nya mendapat tempat ke-2 dalam carta iTunes. Hujung tahun 2011, menyaksikan albumnya berjaya dijual sebanyak 801,000 salinan dan diletakkan sebagai no-8 best selling album of the year.
Pada tahun 2017 pula, lagu hasil ciptaannya, Shape on You menicpta fenomena dalam duniamuzik globlal. Shape on You juga dilabel sebagai salah satu lagu the all-time Most Successful Song Worldwide. Hari ini, dia diberi gelaran sebagai the greatest singers of all time.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda hidup bujang, tamat kerja jam 6 petang. Selepas itu pergi ke restoran atau kafe untuk makan malam dan akan sampai ke rumah lebih kurang jam 8.30 malam. Punyalah penat seharian di pejabat, tetapi itu bukan alasan untuk abaikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit sahaja untuk bersenam di rumah. Tidak perlulah ke pusat gimnasium sekiranya tiada masa yang banyak. Senaman apa yang sesuai untuk anda lakukan?
‘Bodyweight’ adalah alternatif pada senaman menggunakan alatan atau beban. Jadi, tiada alasan untuk anda elak melakukan senam dan terus mengekalkan bentuk badan yang menarik.
1-Dip Chair Single Leg Lift
-Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri di hadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi, kemudian angkat sebelah kaki anda.
-Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama senaman ini adalah untuk membina otot di bahagian triseps dan anterior deltoid (shoulder).
-Anda boleh menambah intensiti dengan mengangkat sebelah kaki atau menggunakan sebelah sahaja tangan anda.
2-Push Press Single Arm
-Mulakan dengan posisi push up, kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu.
-Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.
3-Spiderman Push Up
Sekiranya anda sudah biasa lakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan Spiderman push up. Selain membina otot di bahagian dada dan triseps, Spiderman PushUps membina kekuatan pada abdominal, oblique serta flexibility pada otot kaki.
4-Jumping Squat
-Senaman ini lebih pada membina otot dan pembakaran kalori di bahagian kaki.
-Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah dan kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit.
-Jika ada berasa tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Seboleh-bolehnya cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput.
-Pakai kasut tapak tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint (penyambung) lutut anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang