Datuk Seri Aliff Syukri mengamuk di instagramnya apabila salah seorang pekerja yang paling dipercayainya telah pecah amanah sehingga menyebabkan dia kerugian bernilai puluhan ribu ringgit.
Selain produk dan restoran, Aliff juga kini sedang mengusahakan sebuah perniagaan perabot mewah. Namun begitu, dalam membina empayarnya, dia memberitahu salah seorang pembantu rumahnya telah merompak beberapa perabot di kedainya serta turut melarikan sejumlah wang dimana jumlah keseluruhannya dianggarkan mencecah 40 ribu ringgit.
Jika sebelum ini dia telah mengambil beberapa orang pembantu rumah dari negara seberang yang akhirnya turut menipu serta mencuri wangnya, kali ini kekecewaan bertambah apabila pembantu rumah yang juga warganegara Malaysia turut melakukan perkara yang sama.
Menurut Aliff di Instagram nya, dia memberi peluang kepada wanita itu yang dikenali sebagai Rohana kerana berasa kasihan padanya memandangkan usia wanita itu juga sudah mencecah hujung 50-an.Namun kepercayaan tersebut telah dimungkiri dan Aliff juga telah tekad untuk membuat laporan polis. Bersabarlah DS Aliff Syukri! Mungkin ramadan kali ini besar hikmahnya buat anda sekeluarga.
Ads
Sumber : Instagram Aliffsyukriterlajaklaris
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi penggemar aktiviti hiking atau mendaki gunung di antara lokasi idaman mereka yang terdapat di Malaysia atau di Sabah secara tepatnya ialah Gunung Kinabalu.
Melakukan pendakian Gunung Kinabalu bukanlah satu tugas yang mudah. Malah cukup ramai yang hanya berjaya melakukannya separuh jalan sahaja akibat kepenatan, sesak nafas dan pelbagai masalah lain.
Selain persediaan fizikal dan mental para pendaki juga perlu menyiapkan diri dengan pakaian, kasut serta peralatan yang sesuai untuk melaksanakan mizi menawan Gunung Kinabalu.
Tetapi lain pula dengan lelaki berusia 49 tahun dari Jepun yang telah tular sejak semalam kerana pendekatannya yang unik mendaki puncak tertinggi di Malaysia tersebut. Apa yang menariknya dia melakukan pendakian lengkap dengan memakai sut dan juga kasut kulit.
Seolah-olah dia ada temu janji perniagaan di atas gunung tersebut!
Menerusi satu hantarannya di laman Facebook, Nobutaka Sada berkongsi beberapa keping foto kejayaannya mendaki hingga ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu.
Rupa-rupanya dia adalah seroang tukang jahit yang melakukan misi tersebut sebagai satu gimik pemasaran yang unik.
Nobutaka Sada yang lengkap memakai sut berwarna biru dan kasut kulit pada mulanya tular selepas aksinya dirakamkan oleh pemunggah barang atau porter. Video berdurasi 10 saat itu kemudiannya tular dan mendapat perhatian warganet.
Dalam perkongsiannya di Facebook bapa kepada dua orang anak ini juga mahu menunjukkan betapa sut yang dihasilkan syarikatnya sangat tahan lasak dan selesa.
“Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Borneo, Malaysia dengan memakai sut SADA!” jelasnya di hantaran tersebut. Dia turut berkongsi bahawa Gunung Kinablu adalah lebih tinggi dari Gunung Fuji.
“Saya dapat tinggal di pondok di tengah-tengah cahaya bintang, mendaki pendakian yang curam, dan menikmati cahaya di puncak gunung,” tambahnya lagi.
Dia turut berkongsi bagaimana cabaran mereka mendaki ketinggian kira-kira 2,300 meter dalam cuaca tropika berkelembapan tinggi. Malah turut berdepan cuaca hujan namun misinya berjalan dengan lancar.
Mantap betul cabaran yang dia lakukan ini. Tak dapat nak bayangkan bagaimana mendaki gunung lengkap memakai sut, bertali leher dan berkasut kulit.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketibaan musim baharu liga bola sepak sama ada luar dan dalam negara pastinya menimbulkan keterujaan di kalangan peminat pasukan masing-masing. Antara yang sering dinantikan ialah pengenalan kit atau jersi terbaru pasukan kesayangan.
Dua hari lalu, Nike dan pasukan juara tujuh kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan kita home dan away untuk musim 2021/2022. Mengekalkan warna tradisi mereka, kit terbaru dari Nike menyerlahkan warna kebanggaan JDT iaitu biru dan merah persis bendera negeri Johor.
Manakala jersi away pula, warna putih dengan sedikit sentuhan warna merah di bahagian lengan menjadi pilihan. Pemilihan ketiga-tiga warna dalam corak abstrak yang dipamerkan memberi refleksi kepercayaan, keyakinan serta semangat luar biasa pasukan bergelar Harimau Selatan tersebut.
Kit terbaru JDT dari Nike ini menggunakan teknologi paling canggih dengan Dri-Fit, membantu pemain dan pemakainya lebih selesa walaupun berpeluh. Manakala teknologi Performing Fit pula memberikan potongan yang lebih sesuai dengan bentuk badan, membolehkan pergerakan lebih lincah dan pantas di atas padang.
Bagi pemain bintangnya, Safawi Rashid, “Memenangi tujuh kejuaraan bukanlah satu pencapaian biada dan mudah. Ia adalah hasil kerja keras dan semangat satu pasukan yang ditonjolkan di atas pada.
“Menyarung jersi ini memberikan saya satu perasaan bangga bukan sahaja mewakili pasukan bola sepak JDT tetapi komunitinya yang memberikan dorongan serta semangat tidak putus-putus. Jersi ini adalah sinbol kolektif identiti kami untuk pemain dan juga penyokong”.
Semalam heboh di laman media sosial kerana jersi ini telah sold out di platform Shopee dan juga JDT Store. Menerusi laman Facebook rasmi JDT, mereka memaklumkan penjualan sebanyak RM1.6 juta telah berjaya dikutip.
Namun buat penyokong dan peminat bola sepak yang ingin mendapatkan jersi ini tidak perlu gusar kerana JDT dilaporkan akan menambah semula stok dalam masa yang terdekat.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang Nike juga mendapati ia kini boleh mula dibeli. Jadi jangan lepaskan peluang sebelum stok kehabisan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin
Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Seringkali para lelaki menggunakan alasan ini. Katanya, dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami dan juga bapa.
Jika di minda mereka sendiri sudah disetkan kepada, “Aku tak bersedia lagi untuk berkahwin”, maka sampai bila-bila pun mereka tidak akan bersedia.
Saya Tak Ada Duit
Alasan ini juga amat popular di kalangan lelaki apabila si wanita bertanyakan bilakah si dia hendak masuk meminang dan mengahwininya.
Katanya kos nak kahwin sekarang mahal dan simpanan yang ada pun belum tentu lagi cukup.
Macamana nak cukup jikalau si lelaki sendiri tidak cuba menyimpan duit malah seringkali menghabiskan duit ke tempat lain.
Terutamanya buat mereka yang mempunyai hobi yang melibatkan kos yang tinggi seperti permotoran. Beli spare-part itulah, modified enjin keretalah dan macam-macam lagi.
Keluarga Awak Macam Tak Suka Saya
Oh, mengapa anda wahai lelaki tidak mencuba untuk menambat hati keluarga si perempuan?
Sedangkan si lelaki baru sahaja berjumpa sekali dengan keluarga si wanita dan itupun hanya untuk seketika ketika makan malam bersama.
Atau ianya sekadar satu lagi alasan yang dibuat-buat oleh si lelaki untuk mengelak daripada berkahwin dengan wanita tersebut?
Sepatutnya si lelaki cuba untuk menambat hati keluarga si perempuan sepertimana si lelaki cuba mengayat dan menambat hati si wanita sewaktu hendak berkenalan mula-mula.
Dimulakan dengan salam, sedikit jenaka dan kata-kata manis. Bukankah begitu akan membuatkan keluarga sebelah si perempuan mudah untuk menerima anda kan?
Saya Ingin Kecapi Cita-cita Dan Impian Saya Dahulu
Katanya banyak lagi impian dan cita-cita yang dia ingin kecapi. Kata si dia lagi, dia ingin membeli kereta idaman, rumah besar dan mempunyai gaji yang lumayan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan si wanita.
Tapi, jikalau dilihat dari segi gaya pemikiran dan usahanya, ia langsung tidak mencerminkan keinginan seperti yang si lelaki sebutkan tadi.
Mungkin si lelaki tidak tahu yang sebenarnya bila mereka sudah berkahwin, mereka akan menjadi semakin membara untuk mencapai cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang mereka cintai.
Ibubapa Saya Dah Tentukan Jodoh Saya
Habis untuk apa si lelaki berkasih-sayang dan merindu dengan anda selama ini jikalau si lelaki sendiri tidak mahu bertegas dalam mempertahankan cinta anda berdua?
Si dia adalah lelaki! Seharusnya si dia kena tunjukkan bahawa si dia juga mampu memilih jalan hidup sendiri.
Memang betul kita tidak boleh menderhaka kepada ibubapa kita. Tapi, pokoknya disini siapa yang mahu berkahwin?
Saya Nak Hidup Bebas Dahulu
Ramai orang yang dah kahwin berkata kepada orang bujang supaya jangan kahwin dahulu. Alasannya?
Sebab nanti bila dah kahwin, si lelaki tidak bebas samada bebas berjalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai.
Sebenarnya ini adalah alasan yang paling lapuk! Mereka tidak menghayati keindahan sebenar sesebuah perkahwinan itu.
Fakta yang sebenarnya adalah perkahwinanlah yang membuatkan sesuatu kebebasan itu berasa indah.
Contohnya, pulang berhari raya di kampung. Mungkin sebelum ini anda pulang keseorangan dengan ditemani lagu-lagu hari raya yang diputarkan diradio, tapi selepas berkahwin, ada wanita yang dicintai menemani kesunyian si lelaki sepanjang pulang ke kampung. Wah, bukankah best begitu!
Saya Takut Perkahwinan Dibina Berkecai
Memang diakui ada sebilangan lelaki yang takut untuk berkahwin kerana takut kebahagiaan yang mereka bina itu musnah ditengah jalan.
Ianya adalah mimpi ngeri bagi mereka apabila kehilangan orang tersayang. Dan mereka berasa cukup selesa walaupun sekadar dengan gelaran ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’.
Mungkin juga mereka mempunyai persepsi gelap dalam perkahwinan apabila melihat perkahwinan yang dibina ibubapa mereka bergolak dan musnah sewaktu mereka kecil dan kehidupan mereka menjadi bertambah sukar selepas itu.
Tapi ianya boleh diubah sekiranya si lelaki sentiasa berfikiran positif dan cuba memahami hati si wanita yang rumit.
Tidak adalah kemanisan dalam perkahwinan sekiranya tidak diserikan dengan gaduh-gaduh manja kan? Ada sesetengah pasangan lepas gaduh je dapat anak..
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas gegarkan langit Kuala Lumpur dengan drone show spektakular sempena FIFA World Cup 2026™ sambil bawakan pengalaman bola sepak immersive untuk peminat tempatan.