Dalam kehidupan moden yang penuh dengan kesibukan, mencari momen ketenangan dan penjagaan diri adalah sangat penting. Satu rutin sepanjang masa yang bermanfaat untuk lelaki adalah mandi pagi, terutamanya pada waktu subuh. Lebih daripada sekadar membersihkan badan, rutin harian ini menawarkan pelbagai kelebihan yang menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat dan bertenaga.
Meningkatkan Tenaga
Mandi pada waktu subuh adalah seperti panggilan semula dari alam. Kesejukan air pagi menyegarkan badan, membangunkan deria anda, dan memberikan peningkatan tenaga semulajadi. Pemulihan ini mencipta nada positif untuk hari yang akan datang, meningkatkan kecerdikan dan produktiviti secara keseluruhan.
Menajamkan Tumpuan & Kejelasan Mental
Ketenangan waktu subuh bersama dengan mandi yang menyegarkan mencipta suasana ideal untuk kejelasan mental. Ia membolehkan anda mengumpulkan pemikiran, merancang hari anda, dan meningkatkan tumpuan. Memulakan pagi dengan fikiran yang jelas menyumbang kepada pembuatan keputusan yang lebih baik sepanjang hari.
Kesihatan Kulit dan Menaikkan Seri Wajah
Ads
Lebih daripada kebersihan, mandi pagi mempromosikan kesihatan kulit. Air pagi membantu mengetatkan liang pori, mengurangkan risiko jerawat dan masalah kulit lain. Peningkatan peredaran darah menambah aura sihat pada kulit anda, membuat anda kelihatan lebih bercahaya, bertenaga dan bermaya.
Melepaskan Tekanan & Meningkatkan Mood
Sensasi menenangkan air di kulit mempunyai kesan terapeutik. Mandi pagi dapat membantu mengurangkan tekanan dan mengurangkan tahap kebimbangan, membina nada positif untuk hari itu. Ia mencetuskan pelepasan endorfin, penambah mood semulajadi badan, meninggalkan anda berasa lebih optimis.
Kualiti Tidur Lebih Baik
Percayalah atau tidak, mandi pagi dapat memberikan impak positif kepada tidur anda pada waktu malam. Penurunan suhu selepas mandi yang panas memberitahu badan anda bahawa sudah tiba masanya untuk berehat, mungkin menyumbang kepada kualiti tidur yang lebih baik. Ini menjadikan mandi pagi pada waktu subuh sebahagian penting pendekatan holistik untuk menjaga rutin tidur yang sihat.
Ads
Mengukuhkan Sistem Imun
Kejutan air sejuk semasa mandi pagi merangsang sistem limfatik, membantu meningkatkan sistem imun anda. Lapisan pertahanan tambahan ini dapat menyumbang kepada kesihatan keseluruhan yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan jatuh sakit.
Ads
Secara kesimpulannya, menyertakan mandi pagi ke dalam rutin harian anda adalah lebih daripada sekadar amalan kebersihan. Ia adalah pendekatan holistik untuk kesejahteraan.
Manfaat fizikal dan mental yang ditawarkan menjadikannya rutin yang mudah tetapi kuat untuk lelaki yang berusaha mencapai keseimbangan dan kecergasan dalam hidup mereka.
Oleh itu, sambut pagi anda dan biarkan mandi pagi menjadi penanda aras dalam perjalanan kesejahteraan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki kononnya pada usia 40 inilah tahap ‘kemiangan’ lelaki dikatakan semakin meningkat! Adakah ini benar?
1.MIANG MACAM NAK MINTAK PENAMPAR
Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa perangai lelaki memang miang apabila mencecah umur 40 tahun. Antara alasan yang popular ialah suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, dan juga suami kahwin baru.
Masalah ini merupakan masalah yang paling ditakuti wanita kerana lelaki yang terlalu ego akan menganggap dirinya berkuasa dan layak untuk menundukkan semua wanita serta layak dikelilingi oleh lebih dari seorang wanita dalam satu masa. Lebih parah jika mereka memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas.
2. SEMAKIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Ada juga perangai lelaki yang terus berubah sepenuhnya ketika berumur 40 tahun ini. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga terus hilang kerana hanya mementingkan penampilan diri tanpa menghiraukan makan minum isteri dan anak-anak di rumah.
Isteri dan anak-anak dibiarkan kelaparan,sedangkan dia sedang enak menjamu selera dan bermadu kasih bersama kekasih baru di luar. Si isteri jugalah terpaksa mengambil alih sehingga ‘tidak cukup tangan’ melayan anak-anak, menyediakan makan-minum suami dan anak-anak, membayar bil-bil dan sebagainya.
3.HILANG KEHANGATAN ASMARA
Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya golongan hawa untuk sentiasa mendapat perhatian dan belaian daripada seorang yang bernama lelaki. Keletihan seorang isteri bakal reda dan hilang sekelip mata hanya dengan ciuman, pelukan atau pujian daripada suami tercinta.
Namun, semua ciuman,pelukan mahupun pujian ini terus hilang apabila lelaki mencecah umur 40 tahun. Pandang isteri pun seperti nak tak nak sahaja. Sudah pasti perangai lelaki ini mengecewakan hati si isteri.
4. CIRI LAIN YANG MUNGKIN NAMPAK MENGADA-NGADA!
Perubahan kepada stail rambut.
Melepak dengan generasi yang berbeza.
Tiba-tiba bersungguh-sungguh menjaga kemudaan dan ketampanan wajah
Membeli kereta pacuan empat roda atau motosikal berkuasa tinggi.
Berkira-kira mahu tukar kerjaya kerana bosan dengan kerjaya sekarang.
Melanggan majalah khas untuk lelaki.
Ingin sentiasa mempunyai gajet terkini seperti telefon pintar.
Menyembunyikan umur sebenar.
Mula mendengar lagu-lagu Indie atau lagu-lagu yang lebih ‘muda’.
Memaksa anda untuk berpakaian seperti orang ‘muda’.
Sukakan pakaian berwarna terang dan yang ketara tidak sesuai dengan peringkat umur.
SUMBER :WOM.MY
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang perlu dipelajari.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi ditolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.
ANTARA TIPS TERBAIK UNTUK BEBAS HUTANG
1. BELI SECARA TUNAI
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang
2. BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.
Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni langgan Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, downgrade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
3. MENABUNG
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.
Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda.
Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
4. BUAT DUIT SAMPINGAN
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan
5. BERSEDEKAH & BERZAKAT
Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.
STRATEGI UNTUK BEBAS HUTANG
6. JANGAN BERHUTANG LAGI
Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk tidak memulakan hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.
Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?
7. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DAHULU
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
8. BUKA DANA “FULL-SETTLEMENT HUTANG”
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
9. SIMPAN DUIT LEBIHAN SELEPAS SELESAI BAYAR HUTANG
Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.
Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.
Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Badminton bukan sekadar sukan di Malaysia. Ia adalah tradisi, budaya, dan kebanggaan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Terbaharu, ASICS Malaysia mengambil langkah besar dalam menyokong warisan ini dengan menganjurkan dua kejohanan badminton utama yang penuh aksi dan inspirasi. Dua kejohanan tersebut ilah ASICS Badminton University Cup 2024 dan ASICS MASISWA Badminton Tournament 2024, yang berlangsung di IOI Sports Centre, Putrajaya.
Tidak dinafikan, kejohanan seperti ini membuka jalan kepada bakat muda untuk menyerlah di peringkat lebih tinggi. Dari 19 hingga 21 November lalu, ASICS MASISWA Badminton Tournament menyaksikan 145 pemain dari 21 universiti swasta bersaing dalam pelbagai kategori.
Siapa sangka, nama-nama seperti Ryan Chang Zi Xuan dan Sik Xiao Hui kini menjadi perhatian ramai setelah kemenangan mendebarkan mereka dalam beregu campuran, mengatasi lawan dengan skor tipis 21-14, 19-21, 22-20.
Tidak ketinggalan, perseorangan lelaki turut mencuri tumpuan apabila Sean Ngu Ze Xi memenangi gelaran dengan keputusan 21-12, 21-7.
Seterusnya, ASICS Badminton University Cup yang berlangsung dari 22 hingga 24 November pula menampilkan format berpasukan yang lebih dinamik.
Universiti UCSI, yang diketuai oleh Ng Tze Chian – adik kepada bintang perseorangan negara Ng Tze Yong – berjaya menjulang trofi setelah menewaskan UTAR dengan keputusan 2-0. Dalam kata lain, semangat kerja berpasukan dan dedikasi nyata membawa kemenangan kepada mereka.
Apa yang menarik tentang inisiatif ini ialah falsafah yang dibawa oleh ASICS. Melalui tema “Sound Mind, Sound Body,” ASICS tidak hanya menitikberatkan prestasi di gelanggang tetapi juga keseimbangan mental dan fizikal dalam kehidupan seharian.
Menurut Pengurus ASICS Malaysia, Boon Tib Soon Nik, “Di ASICS, kami percaya dalam memperkasa generasi atlet akan datang dengan menyediakan platform dan alat yang diperlukan untuk mereka berjaya, baik di dalam mahupun di luar gelanggang.
“Badminton adalah sebahagian daripada budaya Malaysia, dan kami yakin sokongan kepada bakat muda menerusi inisiatif peringkat akar umbi adalah penting untuk melahirkan juara masa depan.”
Komitmen ini diterjemahkan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,900 serta produk premium ASICS seperti kasut sukan berkualiti tinggi untuk para pemenang.
Malah, peserta juga berpeluang merasai inovasi terbaru melalui promosi OneASICS, program keahlian eksklusif yang menawarkan pelbagai manfaat istimewa.
Apa yang ASICS bawakan bukan sekadar kejohanan. Ia adalah satu gerakan untuk menyemai gaya hidup aktif dan sihat di kalangan generasi muda.
Dalam dunia moden yang semakin sibuk, sukan seperti badminton bukan sahaja menguatkan badan tetapi juga menyegarkan minda – sesuai dengan falsafah jenama ini yang bermula sejak 1949.
Melangkah ke hadapan, kejohanan seperti ini diharap mampu mencetuskan lebih banyak peluang untuk bakat baharu dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di arena badminton dunia.
Dengan sokongan berterusan ASICS, generasi muda kini mempunyai platform yang kukuh untuk mengorak langkah menjadi jaguh masa depan.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.