Influenza adalah Penyakit menular yang menyerang saluran nafas, dan sering menjadi wabak yang diperoleh dari menghirup virus influenza. “flu” ini di alami oleh kira- kira 5 hingga 10% golongan daripada semua dewasa dan 20–30% daripada kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia.
Walaupun dianggap penyakit umum, tahap keterukan “flu” tidak harus dipandang ringan; gejala mungkin berbeza . Daripada kesan ringan kepada kerumitan yang sangat serius seperti radang jantung (miokarditis), ensefalitis, atau kegagalan beberapa organ, yang boleh membawa maut
Vaksinasi diperakui secara meluas sebagai cara untuk melindungi orang dewasa dan kanak -kanak daripada penderitaan akibat pelbagai jenis strain influenza, lantas membantu mengurangkan penyebaran penyakit dan risiko kerumitan, melindungi ramai orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) mengesyorkan penggunaan vaksin “flu” sebagai salah satu daripada cara paling berkesan untuk mencegah penyakit influenza 2 .Fluarix Tetra, ialah vaksin “flu” kuadrivalen tidak teraktif (QIV) keluaran GSK Pharmaceutical Sdn Bhd , yang kini boleh didapati di Malaysia.
Gejala-gejala
demam,
batuk
Sakit tekak,
hidung berair atau tersumbat,
sakit otot atau badan
sakit kepala
kelesuan
Flu boleh menjadi masalah yang teruk, terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam profil pesakit yang mudah terdedah,” kata Profesor Dr Yasmin Malik, Perunding Pelawat Klinikal Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaysia.
Ads
Ads
Ads
GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd mengambil inisiatif memperkenalkan Fluarix Tetra, sejenis vaksin quadrivalent tidak aktif yang bertujuan mengurangkan beban flu dan melindungi keluarga – keluarga di seluruh Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perut Buncit Tu Seksi? Emmm…tidak semua berpendapat macam tu kot. Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.
Tips paling mudah untuk mendapatkan perut yang lansing dan sistem penghadaman yang lancar ialah dengan pengambilan air kosong yang mencukupi. Air kosong atau air putih punya ‘kuasa’ untuk mengeluarkan segala sisa toksik dan paling hebat ia juga punca hidrasi paling selamat dan menyerap segala nutrisi hasil dari makanan. Tapi bosan bukan kalau asyik kerap minum air kosong sahaja? Untuk menambah rasa atau menyedapkan lagi pengambilan air, Maskulin kongsikan 11 idea menarik nak buat air detoks ni
RESEPI AIR DETOX
Bagaimana cara buat air detox sendiri? Cuba ikut resepi di bawah:
Campurkan ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap.
Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.
Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya. Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.
Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.
Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh gantikan dengan halia.
Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang. Campurkan secawan strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.
Sejukkan antara 4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa. Segar, air detox ini anti-radang dan mencantikkan kulit.
Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera makan.
Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus lemon dan kisar selama 1 minit. Aloe membantu memudahkan penghadaman dalam perut, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.
Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air.
Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.
Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan ½ biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.
Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.
Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa stress.
Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan, jangan disimpan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya dalam jag air. Sejukkan beberapa jam dan minum apabila perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.
Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap pagi.
Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.
Masukkan air terlebih dahulu dalam jag, diikuti dengan bahan yang ingin digunakan. Gabungan bahan akan cepat sebati.
Apabila disejukkan dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama, rasanya lebih sedap dan tanpa sedar anda telah pun menghabiskan satu jag!
Pastinya, air detox ini tidak mengandungi kalori apatah lagi menggemukkan. Jadi, ucapkan Selamat Tinggal pada air berkarbonat!
Sumber : Siraplimau
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keterampilan seseorang lelaki itu mencerminkan daya maskulin yang terpancar dari dalam diri. Lebih berani dan berkeyakinan tatkala berhadapan dengan umum, lelaki harus kelihatan tampan agar dilihat dengan lebih positif. Semua ini harus dicapai supaya setiap lelaki dapat menginjak ke aras yang lebih tinggi dalam pencapaian kehidupan dan perlu melalui beberapa elemen yang mendorong seperti kesihatan, kecergasan, cara berkomunikasi dan penggayaan stail. Semuanya harus diterjemahkan dari dalam diri dan percaya dengan kemampuan diri.
MASKULIN : BAGAIMANA ANDA MULA MENDEKATKAN DIRI DENGAN DUNIA KECERGASAN?
Sedari kecil saya sememangnya telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti lasak. Banyak menyertai aktiviti di sekolah sehingga saya mula minat akan elemen kecergasan dalam kehidupan seharian ini. Bermula sebagai hobi pada tahun 2010 sebelum menjadikannya sebagai fokus dan profesional pada tahun 2012 sehingga kini. Setiap minggu melihat perubahan diri ke arah yang lebih baik menjadikan saya terus bermotivasi untuk mengekalkan kecergasan dan bentuk badan agar lebih ideal dan menarik. Bukan semata-mata secara fizikal malah secara dalaman harus dilihat sebagai penting untuk dijaga dan dihargai. Meskipun saya mempunyai pekerjaan tetap dan perniagaan sendiri, saya menjadikan bidang kecergasan ini sebagai kerja separuh masa untuk membantu mereka yang mempunyai impian dan cita-cita. Saya belajar dan membuat beberapa kajian tentang kecergasan dan latihan agar dapat melatih dengan lebih baik.
MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?
Mencipta inspirasi melalui diri sendiri dengan melihat dan menilai kemampuan diri sendiri. Mengenali kemampuan diri adalah sumber inspirasi dan motivasi yang terbaik untuk menginjak keupayaan dan mencipta kejayaan dalam mengejar impian. Jika melihat dari sisi individu yang berjaya, saya meletakkan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ sebagai idola kerana kejayaannya. Dia melengkapi ciri-ciri lelaki maskulin apabila seimbang di antara kerjaya, populariti dan kecergasan dalam mengekalkan bentuk badan yang sempurna sehingga kini.
MASKULIN : APA YANG PERLU DITITIKBERATKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENDEKATKAN DIRI DALAM DUNIA KECERGASAN?
Di dalam konteks sekarang, setiap individu perlu menanamkan kepercayaan bahawa kita makan adalah untuk sihat. Sedar bahawa apa yang dimakan adalah untuk memenuhi keperluan badan dan bukannya apa yang disukai sahaja. Oleh sebab itu, kecergasan itu bermula daripada dalam dan bagaimana kita menyusun diet serta plan pemakanan setiap hari. Sebenarnya, setiap individu pasti punya masa dalam keadaan tidak bermotivasi untuk melakukan senaman dan diet. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor sekeliling yang mendorong untuk merasakan sebegitu. Oleh sebab itu, kita perlu mengetahui keupayaan dan kekuatan kita untuk kembali bermotivasi setiap hari. Kepercayaan terhadap diri sendiri sahajalah jalan untuk mengubah sesuatu.
MASKULIN : DIET ANDA?
Pengamalan diet dan nutrisi seimbang harus diamalkan setiap hari meski terdapat sehari dalam seminggu yang dikategorikan sebagai ‘cheat day’. Mengikuti amalan saya, saya akan bangun tidur setiap pagi dan memastikan saya mengambil satu gelas air kosong untuk mengekalkan transisi dalam badan. Selepas itu, saya akan mengambil madu lebah dan propolis untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan juga bertindak sebagai anti-virus. Pada jam 11 pagi, saya akan memakan dua biji buah epal sama ada hijau atau merah. Ketika makan tengah hari pada jam 1 petang, saya akan mengambil protein seperti dada ayam atau ikan yang direbus bersama air kosong. Saya sentiasa memastikan air yang saya minum adalah air mineral kerana kebaikan mineral semula jadi yang terkandung di dalam air tersebut. Pada jam 4 petang, saya akan mengambil lagi dua biji buah epal bersama dengan teh hijau tanpa gula.
MASKULIN : HARAPAN?
Saya ingin memberi motivasi kepada semua individu yang ingin berubah dan memberi kesedaran tentang kepentingan kecergasan ini. Memenuhi impian setiap individu lain adalah impian saya pada masa akan datang untuk terus kekal di dalam bidang kecergasan ini. Selain itu juga, saya berhasrat untuk mempunyai sebuah gimnasium atau akademi kecergasan sendiri dan melatih mereka sehingga berjaya. Di situ nanti mungkin saya boleh lakukan lebih banyak kajian tentang kesihatan dan teknik serta skil kecergasan yang baru.
GAMBAR : BADLISYAH_BS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.