Amy search, artis rock legenda negara baru-baru ini memuat naik satu video membawa khabar gembira apabila beliau mendedahkan bakal bergelar bapa menjelang pada usia 60 tahun. Bukan calang-calang orang dapat berita gembira sebegini di usia emas ni.
Amy atau Suhaimi Abdul Rahman memaklumkan isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish kini sedang hamil 30 hari.
a. I love you, sayang @qasander,” tulisnya di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Amy turut berkongsi video Nourish sedang melakukan ujian ultra bunyi kandungan anak mereka di sebuah klinik swasta.
Sebelum itu, Amy turut memuat naik video menunjukkan alat ujian kehamilan bertanda dua garisan merah yang membawa maksud hamil.
Ads
Amy Search kini sudah pun memiliki 5 orang anak hasil dari 4 kali perkahwinannya iaitu Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004), Sania Samara (2005) dan yang bongsu Qaqa At-Tameemi (2009). Penyanyi ini juga sudah mempunyai seorang cucu iaitu Keisha Laila, 7, iaitu anak kepada Nabila.
Ads
Sementara itu, ruangan komen penyanyi kumpulan Search itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya yang menyifatkan berita itu sebagai keberkatan bulan Ramadan.
Sumber : Instagram aku.amysearch
via : mstaronline
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mari kita lihat siapa 11 orang yang terkaya di Malaysia. Ini merupakan senarai terkini yang dikemaskini setelah kesemua duit dan aset dinilai semula.
Satu-satunya orang terkaya yang berasal dari kaum melayu. Aset beliau meningkat daripada RM6 billion kepada RM7.6 billion pada tahun 2017. Tan Sri Syed Mokhtar memiliki banyak perniagaan dalam berbagai-bagai sektor Selain itu, beliau juga memiliki Albukhary Foundation iaitu satu NGO yang memfokuskan kepada pembangunan sosial masyarakat. Banyak sumbangan yang telah beliau lakukan kepada masyarakat dalam bahagian sosial.
Aset beliau meningkat daripada RM4.2 billion kepada RM8.4 billion pada tahun 2017. Tan Sri Tiong Hiew Keng amat dikenali dalam sektor pembalakan kerana beliau juga adalah pengasas Syarikat Rimbunan Hijau iaitu syarikat pembalakan yang amat terkenal di Malaysia. Beliau juga dinamakan dalam Forbes sebagai orang ke 840 terkaya di seluruh dunia dengan aset yang beliau miliki. Selain itu, beliau juga bergiat dalam bidang politik melalui Parti Demokratik Progresif Sarawak
Tan Sri Lau Cho Kun sangat giat berniaga dalam sektor minyak kelapa sawit dan juga sektor hartanah. Kekayaannya meningkat daripada RM6.5 billion kepada RM9.2 billion pada tahun 2017. Kebanyakkan perniagaan beliau memfokuskan ke bahagian hartanah.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay merupakan pengerusi kepada YTL Corporation iaitu syarikat yang mengendali perniagaan bagi sektor teknologi, hotel, pembinaan dan pembangunan tanah. Asetnya berkurang daripada RM9.5 billion kepada RM8.9 billion pada tahun 2017 tetapi masih kekal di tempat ke-8 bagi orang terkaya di Malaysia.
Tan Sri Dato’ Seri Lim Kok Thay mempunyai aset bernilai RM18.8 billion pada tahun 2017 walaupun tahun sebelumnya beliau mempunyai aset yang lebih tinggi bernilai RM19.1 billion. Keuntungannya banyak diraih daripada perniagaan berasaskan perjudian terutamanya kasino.
Aset Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng meningkat daripada RM19.4 billion kepada RM19.8 billion pada tahun 2017 daripada tahun sebelumnya. Beliau bergiat aktif dalam perniagaan dalam sektor minyak sawit dan hartanah. Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif bagi IOI Group iaitu syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Teh Hong Piow merupakan pengasas dan juga pengerusi bagi Syarikat Public Bank Berhad di Malaysia. Aset beliau bernilai RM20 billion meningkat sebanyak 400 juta berbanding tahun sebelumnya. Walaupun beliau sangat kaya dan disenaraikan antara orang paling kaya di Malaysia, beliau sebenarnya dilahirkan di Singapura. Umurnya sudah meningkat 87 tahun dan masih lagi bergiat aktif dalam sektor perbankan.
Beliau antara orang yang sangat dikenali di Malaysia kerana sumbangannya dalam bahagian telekomunikasi. Aset Tan Sri T. Ananda Krishnan jatuh mendadak pada tahun 2017 jika dibandingkan dengan tahun 2016. Aset beliau pada awalnya bernilai RM31.2 billion tapi turun kepada RM27.4 billion pada tahun 2017. Beliau amat dikenali kerana perniagaan telekomunikasi termasuk Maxis dan Astro yang berada di Malaysia.
Hartawan ini dilahirkan di Singapura tetapi kekayaannya di Malaysia meningkat sehingga RM28.7 billion jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya sebanyak RM22.3 billion. Peningkatan ini menyebabkan beliau mengatasi Tan Sri Ananda Krishnan dalam senarai orang terkaya.
Tan Sri Robert Kuok merupakan anak kelahiran Johor yang mempunyai perniagaan dalam sektor minyak sawit, hartanah dan servis penghantaran melalui perkapalan. Pengerusi Shangri-la Hotels dan Resort Chains ini lebih dikenali sebagai “Raja Gula” dan “Raja Minyak Masak”. Asetnya mencecah sehingga RM48.1 billion pada tahun 2017 dan menjadikan beliau orang yang memiliki wang paling banyak di Malaysia. Bayangkan apa boleh dibeli dengan wang sebanyak itu. Penulis sendiri tidak tahu apa nak dibuat dengan duit sebanyak ini.
Orang ini walaupun duitnya tidak sampai billion tetapi dialah orang yang paling kaya. Kekayaan dimilikinya tidak berbentuk wang tetapi kebahagiaan. Kekayaan dunia tidak boleh dibawa ke mati tetapi siapa yang bangun untuk solat sunat subuh boleh mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sumber : Iluminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak mengenali figura terkenal ini? Nama Fattah Amin menjadi fenomena dalam dunia hiburan negara apabila persembahan lakonannya acapkali membuatkan para penonton puas dengan lakonannya. Bijak dalam permainan wata dan emosi, menjadikan ia kunci Fattah Amin menjadi bualan orang ramai. Sudah tentu, golongan wanita pasti ternanti-nanti kemunculannya di kaca televisyen dan juga di mana-mana majlis.
Mengenai gaya fesyennya, Fattah kini mula membiasakan diri dengan gaya fesyen yang baru, dan ia terbukti bahwa Fattah acapkali kelihatan segak dan trendy setiap kali bertemu peminatnya. Apa yang menarikya, penampilan Fattah tiap kali dilihat menyarungkan helaian bomber jacket. Nampak sesuai dengan tubuh badannya, Fattah Amin bijak memilih rekaan outerwear ini sebagai pelengkap gayanya untuk tampil lebih stailo dan kemas.
Jadi, kepada kamu semua yang sentiasa tertanya-tanya, bagaimana untuk menghasilkan gaya fesyen persis Fattah Amin, pastikan rekaan outerwear bomber jacket ini berada di dalam wardrobe kamu. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon dan ahli kumpulan X-Factor, Zach memilih jalan hidup yang berbeza berbanding lelaki lain seusianya. Pada usia 48 tahun, dia akui tidak kisah dengan pandangan orang luar apabila memutuskan untuk menjadi seorang house husband — menggalas tanggungjawab penuh menguruskan anak dan rumah tangga.
Keputusan itu bukan dibuat kerana kelemahan, sebaliknya kerana rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap keluarga. Zach mendedahkan, beberapa kejadian tidak diingini menimpa anaknya ketika di bawah jagaan pengasuh telah mengubah segalanya. “Saya terpaksa berkorban jadi suami rumah tangga sebab bila hantar anak ke pengasuh, macam-macam berlaku. Ada lebam sana sini dan saya tak boleh terima. Jadi isteri saya cakap, sama ada dia atau saya kena uruskan anak. Dari situ, saya nekad untuk ambil alih,” katanya.
Bergelar suami rumah tangga sejak dua tahun lalu, Zach mengakui banyak pengorbanan dilakukan. Antaranya, dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana tidak mahu menyusahkan produksi dengan jadualnya yang tidak menentu. “Pernah sekali saya terima job tapi terpaksa berkejar-kejar nak ambil anak sekolah dan uruskan hal lain. Memang ganggu jadual produksi, jadi saya tak nak membebankan orang lain,” jelasnya.
Menariknya, Zach menganggap dirinya beruntung kerana memiliki isteri, Jennifer Carterina, yang berkhidmat sebagai seorang anggota tentera. Dengan kerjaya isterinya yang penuh disiplin dan pengorbanan, Zach merasakan sudah tiba masanya dia pula memberi sokongan dengan cara menjaga anak-anak sepenuh masa. “Isteri saya kuat dan berdedikasi. Jadi saya rasa ini pengorbanan saya untuk pastikan keluarga kami tetap utuh,” ujarnya.
Walaupun ada yang memandang serong terhadap lelaki yang memilih jalan ini, Zach percaya sudah tiba masanya persepsi itu diubah. Bagi dirinya, lelaki sejati adalah yang berani bertanggungjawab walau apa pun bentuknya. “Menguruskan anak bukan mudah. Kita rasa sendiri penat lelah, tapi di situlah kita belajar sabar, belajar memahami. Itu yang mendidik jiwa seorang lelaki,” tambahnya.
Sekadar info, Zach dan Jennifer mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan kini dikurniakan dua cahaya mata berusia 10 tahun dan dua tahun.
Kisah Zach menjadi bukti bahawa definisi lelaki moden bukan hanya diukur daripada kerjaya atau pendapatan semata-mata, tetapi sejauh mana mereka sanggup berkorban demi keluarga yang tercinta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.