Tanyalah sesiapa sahaja yang aktif berlari, 10 kilometer atau 10K merupakan jarak ideal yang cukup mencabar. Bagi ‘seasonal’ runner pula inilah jarak untuk mereka berlatih mendapatkan larian yang baik sambil membina stamina diri.
Larian 10K ini cukup unik kerana ia berada di tengah-tengah antara larian 5K dan juga half marathon iaitu 21K. Jadi ia dianggap oleh pelari baru sebagai cabaran yang boleh diambil dan bagi pelari berpengalaman pula sebagai larian rekreasi.
Ada yang melakukan larian 10K sebagai sasaran peribadi dan ada juga yang melakukan lariannya untuk membina kepantasan, kekuatan dan juga ketahanan.
Tapi apakah tip terbaik untuk berlari 10K agar anda dapat catatan masa yang baik dan berkualiti? Ikuti beberapa tip dari MASKULIN di bawah!
FIRST BERGINNER: MULAKAN PERTAMBAHAN JARAK DENGAN PERLAHAN
Anda sudah beberapa kali melakukan larian 5K dengan baik dan merasakan sudah tiba masa untuk ke jarak seterusnya, 10K. Ingat anda menggandakan jarak larian dan pastinya tidak mudah. Nasihat MASKULIN, usahlah terus berlari pada jarak 10K. Tapi tambahlah jarak beberapa kilometer untuk setiap sesi.
Ads
PELARI BERPENGALAMAN: BAIKI KADAR PECUTAN
Bagi anda larian 10K adalah perkara yang rutin. Sekarang sudah tiba masanya untuk cabar diri ke jarak lebih jauh seperti half dan full marathon. Lakukan larian dengan kadar pecutan berkala dan latih ketahanan diri untuk dapatkan pacing yang sekata.
Bahagikan beberapa larian dalam tiga atau empat minggu untuk dapatkan prestasi dan kenalipotensi sendiri. Jika lakukannya dengan rutin yang baik, hasilkan mampu mengejutkan anda.
Ads
PELBAGAIKAN WORK OUT
Melakukan larian 10K menuntut fizikal yang kuat, tahan lasak, pantas dan ada kemampuan melakukan pecutan finishing. Itulah yang dikatakan oleh jaguh Olimpik, Galen Rupp yang juga memegang rekod 10K Amerika Syarikat.
Bagi mendapatkan fizikal yang mampu menyediakan diri anda perlu melakukan senaman dan membina kepantasan. Lakukan larian sebanyak 3 kali pada jarak 2K dengan sasaran mendapatkan pace terbaik. Ia juga boleh dilakukan kira-kira seminggu sebelum anda sertai larian kompetitif.
Ads
SENTIASA MULAKAN DENGAN SENAMAN
Badan dan mental anda perlu bersedia untuk harungi larian 10K. Untuk itu lakukan senaman pemanas badan dengan baik. Lakukan larian kecil atau jogging sejauh 1K dan lakukan senaman sebanyak 5 reps untuk skips, high knees dan bum kicks.
JARAK PENDEK
Bagi melatih stamina diri untuk larian pecutan, anda boleh lakukan larian jarak dekat. Contoh, lakukan larian pecutan 200 hingga 400 meter secara berselang seli. Ulang sebanyak beberapa kali untuk sesuaikan kadar pernafasan yang baik. Apabila anda sudah kuasai, percayalah anda boleh memecut dengan steady pada jarak lebih jauh.
SENAMAN KEKUATAN DALAMAN
Seperti MASKULIN katakan, kemampuan mendapatkana catatan masa terbaik untuk larian 10K bukan bergantung kepada fizikal sehaja. Kekuatan mental sangat penting. Jadi anda boleh melakukan jenis senaman yang lebih bersifat spiritual seperti yoga dan pilates.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang memilih untuk menaiki eskalator ketika ini untuk naik ke aras lain kerana ia disifatkan lebih praktikal, jimat waktu dan tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Tetapi anda juga perlu tahu bahawa jika anda memilih untuk menaiki tangga, banyak manfaat yang akan ada terima terutamanya untuk tubuh badan anda :
1. Membakar kalori
Kajian menunjukkan mereka yang naik tangga tubuhnya akan membakar lebih banyak kalori per minit berbanding anda jogging bersungguh-sungguh. Naik tangga juga boleh membakar kalori anda 9 kali lebih tinggi berbanding ada sedang duduk dan 7 kali lebih tinggi berbanding anda menaiki lif atau eskalator.
2. Menurunkan risiko strok
Salah satu manfaat naik tangga adalah boleh menurunkan risiko strok dalam tubuh anda. Caranya, biasakan diri untuk naik tangga 3 hingga 5 kali seminggu.
3. Menyihatkan jantung
Pelbagai penelitian telah dibuat untuk membuktikan aktiviti naik tangga sememangny bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ini kerana ia dapat meningkatkan kesihatan organ jantung dan paru-paru sehingga melancarkan aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.
4. Menguatkan otot
Pada saat anda naik tangga, sistem tulang dan otot di seluruh tubuh anda juga akan ikut bergerak aktif. Mulai dari otot kaki, otot lengan sehinggalah otot punggung. Semakin banyak pergerakan tulang dan otot, maka ini akan bermanfaat untuk menurunkan risiko pengeroposan tulang atau osteoporosis.
5. Melawan kemalasan
Memasuki zaman serba praktikal, situasi hari ini membuatkan ramai orang menjadi malas untuk gerak. Oleh sebab itulah mengapa ramai orang dewasa termasuk anak-anak mudah terkena obesiti dan perasaan malas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya kita akan mengelak untuk memakan manis-manis pada waktu pagi. Namun anda mungkin tidak tahu bahawa makan coklat pada waktu pagi ada kebaikannya. Ia bukan sebarang coklat, ia adalah coklat gelap atau Dark Chocolate.
Ramai tahu bahawa coklat tidak menyihatkan kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi nilai koko coklat itu sendiri. Anda dapat lihat di dalam coklat jenis coklat susu serta pelbagai lagi produk. Coklat gelap banyak beza daripada coklat biasa lain kerana kandungan kokonya lagi tinggi melebihi kandungan gula malahan rasanya agak pahit kerana itu adalah rasa koko yang sebenar.
Namun, antara sebab ia kurang popular di kalangan penggemar coklat adalah kerana ia lebih mahal daripada coklat biasa. Ini kerana pembuatannya tidak mudah kerana pengeluar akan memproses bahan asal coklat iaitu koko dan diadun dengan teliti.
Mari kita lihat apakah kebaikan coklat gelap kepada kesihatan manusia jika ia diambil ketika sarapan.
Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku serta membantu menyihatkan jantung anda.
2. Bantu rutin diet
Terdapat kajian dibuat pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga kerana coklat gelap mengandungi kandungan gula yang sangat rendah. Itu sebab rasanya pahit namun masih sedap di kalangan peminat coklat gelap.
3. Menjaga kesihatan otak
Coklat gelap meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak dan juga untuk jantung. Masa yang sama ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif atau membuatkan pemikiran anda lebih cepat. Coklat gelap juga membantu mengurangkan risiko strok.
4. Tinggi kandungan antioksidan
Ia amat efektif dalam membantu melambatkan proses penuaan serta mengurangkan penularan sel kanser dalam badan.
Ramai orang sakit gigi sebab makan coklat biasa. Coklat gelap membantu melindungi kesihatan gigi anda. Ia tidak seperti coklat lain yang boleh merosakkan enamel gigi kerana terdapat kandungan gula. Ingat, coklat gelap rendah kandungan gula atau sesetengah produk coklat gelap lain tidak mempunyai gula langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahu dahulu jenis obesiti sebelum anda berhasrat nak turunkan berat badan. Bila sudah tahu jenis obesiti yang anda alami maka mudah untuk anda memilih makanan terbaik untuk kurus.
Saintis telah mengenalpasti 6 jenis obesiti berdasarkan kawasan terkumpulnya lemak pada bahagian badan dan amalan yang boleh anda buat untuk mengatasi jenis-jenis obesiti ini.
1. Food obesity
Obesiti jenis ini terhasil daripada pengambilan makanan dan air yang berlebihan dengan perut yang menonjol dan lemak berkumpul pada bahagian atas badan. Penyelesaian mudah untuk mengatasi obesiti ini adalah dengan mengurangkan jumlah pemakanan dan kandungan gula yang yang tinggi. Sebaiknya cuba bersenam selama 30 minit setiap hari untuk mengelakkan berlakunya obesiti jenis ini.
2. Nervous stomach obesity
Penyebab utama obesiti ini berpunca daripada tekanan. Malah kemurungan atau pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menjadi punca kepada masalah obesiti ini. Untuk mengatasi obesiti jenis ini, anda haruslah mengawal aktiviti fizikal bagi tujuan untuk menguruskan masalah keletihan dan mengurangkan stres yang ada dalam diri anda.
3. Gluten obesity
Obesiti jenis ini lazimnya berlaku di kalangan wanita terutamanya semasa remaja, menopaus atau apabila mereka mengalami ketidakseimbangan hormon. Cara terbaik untuk mengendalikannya adalah dengan mengelakkan anda duduk di tempat yang sama untuk tempoh yang lama, melakukan senaman dengan berat dan mengelakkan pengambilan minuman beralkohol dan amalan merokok.
4. Atherogenic metabolic obesity
Jika anda tergolong dalam obesiti jenis ini, anda mempunyai perut yang sangat besar seperti belon. Kesemua lemak badan anda akan terkumpul di perut sehingga menyebabkan anda berdepan dengan masalah pernafasan terutamanya jika anda mengambil alkohol.
5. Venous obesity
Ini merujuk kepada obesiti yang berlaku akibat peredaran vena dan sering diwarisi. Ia kebanyakannya berlaku kepada wanita yang mengandung dan secara asalnya mempunyai kaki bengkak. Penyelesaian terbaik untuk mengatasi obesiti ini adalah dengan banyak berjalan atau menaiki tangga.
6. Obesity as a result of inactivity
Ini adalah jenis obesiti yang memberi kesan kepada bahagian tubuh yang sebelum ini pernah aktif. Ia biasa berlaku di kalangan orang yang kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal menyebabkan lemak berkumpul pada banyak bahagian badan. Jika anda kategori obesiti ini, jangka masa yang panjang tanpa makanan akan membantu tubuh anda membakar lemak dan mempercepatkan metabolisme badan.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.