Siapa suka makan tempe? Tahukah anda bahawa tempe sangat baik untuk tubuh badan kita? Mungkin ada antara anda yang gemar mengambil tempe namun tidak tahu khasiat dan kandungan di sebalik tempe yang menyelerakan itu. Tempe berfungsi untuk mengelakkan anda dari menghidap banyak penyakit. Ini antara jenis penyakit yang boleh anda hindar jika anda mengamalkan pemakanan tempe.
Sakit jantung
Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
Ads
Anemia (masalah berat badan).
Kandungan tempe mempunyai zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, yang dapat mengelakkan Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin.
Anti infeksi.
Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Ads
Daya hipokolesterol.
Kandungan asid lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
Mencegah Osteoporosis
Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.
Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
Tempe juga baik untuk anda menurunkan berat badan anda yang melampau tu. Ia mengandungi protein yang sangat baik dan boleh mempercepatkan penurunan berat badan. Anda boleh elak semua penyakit ini secara sihat dengan menikmati tempe yang sedap tu. Banyak masakan yang anda boleh buat dengan mengunakan tempe. Jadi, makan tempe banyak-banyak dan kekal sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penat merupakan perkara biasa bagi manusia yang normal. Kalau tak pernah penat tu petanda korang tidak normal.Tiada siapa yang boleh menolak rasa penat, mengantuk dan tidur. Setiap orang punya rasa penat dari segi fizikal mahupun mental dan jalan terbaiknya ialah berehat tapi ada juga yang menolak berehat kerana kekangan masa.
Tiada guna kalau anda sudah penat tapi masih lagi mahu tetap ke gim. Bersenam ketika penat hanyalah membuang masa kerana anda langsung tidak punya tenaga. Lebih teruk lagi, anda boleh membahayakan anggota badan terutamanya bahagian otot dan belakang badan.
Pengambilan kopi hanya berkesan dalam lima jam, jika anda mengambil kopi untuk mengawal rasa penat ia akan menganggu sistem semulajadi badan anda terutamanya pada tidur malam.
Bila penat, emosi mulalah terganggu dan mengeluarkan adrenalin amarah. Sebaiknya jangan memulakan pergaduhan kerana anda penat. Lambat-laun ia boleh memburukkan keadaan hubungan anda dan pasangan.
Tidur sekejap atau tidur siang selama 20 hingga 30 minit adalah baik untuk boost tenaga. Apa yang salah bila ada yang terlajak tidur sehingga satu atau dua jam. Tidur siang yang panjang boleh menganggu jadual tidur malam seterusnya menggangu sistem tidur yang sebenarnya.
Ramai yang buat amalan ini, bila rasa mengantuk atau penat mulalah dengan aktiviti kunyah-kunyah makanan ringan. Seeloknya ambil makanan seperti buah-buahan atau sayuran-sayuran dari makanan ringan.
Jangan sesekali cuba untuk menafikan diri anda penat ia akan membahayakan kesihatan mental. Mungkin pada mulanya anda boleh tapi lama-kelamaan, badan mula akan mula lemah kerana tidak cukup rehat. Perkara yang terbaik untuk mendapatkan segar ialah dengan berehat bukan dengan menafikannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cuaca panas terik sebegini dapat pula makan buah tembikai, memang nikmat tak terkata! Buah tembikai mengandungi kandungan air tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk tubuh anda.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan, magnesium dalam biji tembikai berfaedah untuk menggalak jantung untuk berfungsi secara normal. bukan itu sahaja ia juga melancarkan tekanan darah.
Ha, pada lelaki kat luar sana tu kalau korang takut ada masalah kesuburan atau memang ada masalah kesuburan, boleh mula makan biji tembikai ni. Kadar zat besi yang terkandung dalam tembikai akan bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk menyalur kesuburan lelaki sekaligus meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Iran, biji tembikai bisa menjadi penawar diabetes terbaik bahkan ekstrak nya juga boleh dikira mampu mengurangkan kadar glukos plasma.
Kekurangan magnesium dalam badan sering dikaitkan dengan risiko Alzheimer (naynyok). Oleh itu, biji tembikai yang kaya dengan pelbagai vitamin termasuk magnesium akan memperkukuh kecerdasan otak, kekuatan memori dan mental.
Magnesium sangat penting untuk pertumbuhan rambut jadi untuk mengelakkan keguguran rambut lebih banyak, mengambil makanna yang penuh dengan khasiat magnesium seperti biji tembikai memang memantu.
Jangan tak tahu, magnesium dalam biji tembikai boleh memulih masalah kemerahan pada kulit. Ia juga akan membersihkan kulit termasuk mengawal penuaan serta membaiki keadaan kulit yang terjejas.
Sesiapa yang ada eksema juga bagus mengamalkan pengambilan biji tembikai kerana masalah utama wujudnya ekzema adalah kerana badan kekurangan magnesium.
Minuman Teh: Guna empat sudu besar biji tembikai dan kisar halus. Kemudian, didihkan 8 cawan air putih, sebelum menuangkan air yang sudah dididih ke dalam gelas yang dipenuhi biji tembikai kisar. Biar ia bercampur selama 10 hingga 15 minit sebelum tapiskan sisa biji tembikai dan minum begitu sahaja seperti teh.
Snek Panggang: Basuh biji tembikai dan keringkan. Taburkan biji tembikai di atas kuali kemudian curahkan beberapa titis minyak zaitun serta sedikit garam. Sangai biji tembikai sehingga garing dan bertukar warna keemasan. Siap!
Dah tahu ni lepas ini jangan la buang jauh-jauh biji hitamnya? Rugi, tersangatlah rugi.
Jadikan snek sihat okay? Selamat beramal!
Sumber : boldsky.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk menjaga kecantikan diri bukan sahaja tertumpu kepada wajah mahupun rambut, malah kuku juga harus diambil penekanan kerana kebersihan kuku juga melambangkan keperibadian kita sebagai seorang lelaki. Jadi, sudah tiba masanya untuk anda memberi lebih perhatian terhadap penjagaan kuku supaya tampak lebih kemas dan bersih.
Kuku yang panjang melambangkan dia seorang yang pengotor. Kuku yang panjang juga memudahkan ia memerangkap kekotoran. Bayangkan, anda makan nasi dengan kuku yang panjang dan ada kekotoran pada kuku anda? Mestinya banyak kuman dan bakteria masuk dalam badan. Eeuuww!
Kesalahan pertama ialah menggunakan pengetip kuku yang sama untuk ketip kuku tangan dan kaki. Hal ini boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan boleh menyebabkan kaki jadi berbau. Pastikan anda menyediakan pengetip yang berbeza dan basuh selepas ia digunakan.
Kesalahan kedua adalah kebanyakan lelaki memotong kuku secara salah. Ada yang mengetip terlalu dalam sampai terketip isi lalu berdarah dan ada pula yang mengetip tanpa mengikut bentuk jari anda. Jangan ketip terlalu dalam atau pendek, tetapi jangan pula sampai boleh memerangkap kekotoran. Pastikan anda mengetip mengikut bentuk jari anda untuk kuku yang lebih kemas dan menarik.
Mengetip sewaktu kuku anda keras akan menyebabkan anda tidak dapat menghasilkan bentuk kuku yang kemas. Seeloknya, anda ketip kuku selepas mandi. Jika anda tidak mahu mandi lagi waktu itu, rendamkan seketika kuku di dalam air. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk mengetip dan akan menghasilkan bentuk kuku yang kemas.
Jangan berkongsi ketip kuku sama ada dengan adik beradik ataupun kawan-kawan anda. Ini sebenarnya akan menggalakkan lagi penyebaran kuman dan bakteria. Lagipun, anda tidak tahu sama ada kawan-kawan anda ada penyakit berbahaya atau tidak yang mungkin boleh berjangkit kepada anda. Biar kawan-kawan kata anda kedekut sebelum anda menyesal dikemudian hari kerana sudah dijangkiti penyakit.
Apahal sampai nak gigit-gigit kuku ni? Lapar sangat ke? Ish. Ok, ni pun antara kesalahan besar yang dibuat orang lelaki. Menggigit kuku sebab tak jumpa ketip kuku atau malas nak guna. Bila gigit, lagi mudahlah bakteria dan kuman nak masuk ke dalam badan. Tak pasal-pasal anda dapat penyakit. Lagi satu, menggigit kuku akan buat kuku anda jadi buruk dan tidak kemas. Tolonglah jangan malas sangat nak guna ketip kuku ye, bukannya susah pun.
Itulah dia antara 5 kesalahan yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki sewaktu mengetip kuku. Kami harap anda tidak mengulangi kesilapan yang disebutkan andainya anda pernah melakukannya. Menjaga kuku dengan baik sebenarnya memberi manfaat yang besar kepada kesihatan anda, jadi, tolonglah ketip kuku tanpa melakukan kesalahan seperti yang disebutkan.
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.