Ads

Anita Yusof Jelajah 7 Benua Dengan Yamaha 150cc, Kisah Mental Besi Menawan Dunia

anita yusof
Image via @gdranitayusof (Instagram)

Anita Yusof jelajah 7 benua dengan Yamaha 150cc bukan sekadar tajuk sensasi, tetapi satu kisah benar yang membuktikan bahawa keberanian, disiplin dan ketahanan mental jauh lebih penting daripada usia atau kapasiti enjin.

Pada usia 58 tahun, wanita kelahiran Malaysia ini berjaya menghabiskan kembara solo mengelilingi dunia hanya dengan sebuah motosikal Yamaha FZ150i.

Anita Yusof Jelajah 7 Benua Dengan Yamaha 150cc, Kisah Mental Besi Menawan Dunia

Pengembaraan epik ANita Yusof bermula pada tahun 2019 itu menyaksikan dia menempuh jarak sejauh 113,284 kilometer dalam tempoh 2,280 hari di atas jalan raya. Perjalanan ini merangkumi laluan ekstrem, kesilapan arah, peta Google yang tidak menentu, cuaca berbahaya serta detik-detik cemas yang mengancam nyawa — semuanya dihadapi seorang diri tanpa pasukan sokongan tetap.

“Akhirnya, aku ketemu juga jalan pulang. Terima kasih Ya Allah atas izin dan perlindungan yang Kau berikan selama aku hidup di jalanan,” tulis Anita Yusof menerusi satu hantaran di Instagram selepas selamat kembali ke Malaysia.

Kembara global bukan kali pertama

Untuk rekod, ekspedisi ini merupakan pengembaraan global kedua buat Anita Yusof. Pada tahun 2015, beliau telah menamatkan Global Dream Ride pertamanya dengan menjelajah 40 buah negara, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai pengembara jarak jauh yang bermentaliti kental.

Ads

Namun, Global Dream Ride 2 tidak berjalan lancar seperti dirancang. Pandemik COVID-19 memaksa Anita menghentikan kembaranya hampir dua tahun. Ketika itu, beliau telah pun menunggang merentasi benua Afrika dan tiba di Cape Town sebelum dunia seolah-olah terhenti.

Terhenti, tetapi tidak pernah berputus asa

Pada Januari 2022, Anita kembali ke Ethiopia bagi mendapatkan semula motosikalnya yang ditinggalkan. Dari situ, Yamaha FZ150i miliknya diterbangkan ke Jeddah, membolehkan beliau meneruskan perjalanan merentasi Mekah, Madinah dan Riyadh sebelum menakluk negara-negara Timur Tengah lain termasuk Iran, seterusnya ke rantau Balkan.

“Saya bergerak zig-zag ke merata tempat, ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan, berpatah balik mengikut kemahuan saya,” jelas Anita mengenai gaya kembara bebas yang menjadi prinsip hidupnya.

Dari pensyarah ke pengembara dunia

Bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru di Ipoh ini mengakui bahawa pengembaraan tersebut memberinya pengalaman hidup yang tidak ternilai. Ia bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi proses memahami budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat dunia dari perspektif sebenar.

Menurut laporan Bernama, kos keseluruhan ekspedisi ini mencecah hampir RM400,000. Anita turut mendedahkan bahawa krisis kehidupan peribadi menjadi pencetus utama untuk beliau melakukan sesuatu yang disifatkannya sebagai “gila”, namun pada masa yang sama menyelamatkan jiwanya.

Ads

Sebelum terjun ke dunia permotoran, Anita sebenarnya merupakan seorang backpacker tegar. Minat terhadap motosikal tercetus selepas membaca blog mengenai seorang pengembara yang menjelajah kawasan terpencil di Kyrgyzstan. Berbekalkan tekad, beliau mula belajar menunggang motosikal pada tahun 2012.

Transformasi hidup bermula pada usia 45 tahun

Pada usia 45 tahun, Anita memperoleh lesen motosikal dan memulakan perjalanan di sekitar Malaysia sebelum mengembangkan jelajah ke Thailand, Kemboja dan Laos. Selepas setahun menimba pengalaman, beliau berani mencabar laluan lebih ekstrem di Asia Tengah termasuk Kyrgyzstan, Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Afghanistan.

“Itulah permulaan transformasi saya daripada seorang backpacker kepada seorang pengembara,” katanya, sambil menambah bahawa keputusan bersara awal dibuat demi mengejar kebebasan hidup dan impian menjelajah dunia.

Inspirasi maskulin: mental lebih kuat daripada enjin

Kisah Anita Yusof jelajah 7 benua ini merupakan tamparan realiti buat lelaki moden. Ia membuktikan bahawa faktor penentu kejayaan bukanlah usia, jantina atau motosikal berkuasa besar, sebaliknya mentaliti, keberanian dan konsistensi.

BACA: Apa Berlaku Pada Badan Anda Bila Buat Senaman Berjalan Kaki Selama 7 Hari Berturut-Turut

Ads

Dalam konteks dunia Maskulin, ini bukan sekadar cerita kembara, tetapi satu peringatan jelas bahawa lelaki sejati ialah mereka yang berani bermula, sanggup bersendirian dan tidak berhenti walaupun jalan di hadapan penuh risiko.

Jika seorang wanita berusia 58 tahun mampu menakluk dunia dengan motosikal 150cc, persoalannya kini apa pula alasan kita?

BACA LAGI : Penyelenggaraan Motosikal, 5 Servis Asas Penting Untuk Prestasi & Keselamatan Maksimum

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Black Ops

Black Ops Satukan Malaysia dan Hong Kong Dalam Filem Aksi Berskala...

Filem aksi antarabangsa Black Ops hasil kolaborasi Malaysia dan Hong Kong menampilkan barisan pelakon hebat serta pengarah ternama. Dijangka menggempakkan pawagam 2026 dengan kisah penuh konflik, emosi dan aksi bertaraf dunia.