Menerusi beberapa artikel yang lalu, MASKULIN telah menyingkap dengan penuh mendalam tentang motosikal hebat berkuasa tinggi dari BMW Motorrad iaitu model R 18 First Editon.
Buat mereka yang mungkin pertama kali melihatnya pasti terksima dan seakan tidak percaya bahawa motosikal crusier ini merupakan produk mantap dari BMW Motorrad. Apa tidaknya ia hadir bukan sahaja dengan enjin ‘Big Boxer’ malah rekaannya juga menggabungkan elemen klasik dengan sentuhan moden serba elegan.
BMW R 18
Jadi tidak hairanlah BMW R 18 First Edition ini dianggap sebagai antara motosikal krusier terbaik di pasaran pada masa kini.
Salah satu kriteria yang cukup penting buat penggemar motosikal sekarang ialah kemampuan model motosikal untuk diubah suai atau dalam erti kata lain melakukan kustom. Setiap penunggang dan pemilik motosikal berkuasa tinggi seperti ini kebiasaannya mahu menyerlah personaliti serta identiti mereka menerusi kustom mengikut citarasa masing-masing.
BMW R 18 First Edition merupakan pilihan yang tepat dengan ciri-ciri kustom cukup mudah untuk dilakukan. Secara dasarnya, BMW mencipta R 18 memang untuk mudah dilakukan kustom. Jadi tidak hairanlah katalog aksesori mereka cukup banyak dan pelbagai pilihan.
UBAH SUAI AKSESORI
Mahu menjadikan R 18 nampak lebih kepada Bobber? Usah risau, mereka ada! Kustom menjadi penampilan kepada ‘chopper’? Ya, ia boleh dilakukan. Malah, R 18 boleh menjadi apa jua bentuk motosikal mengikut keinginan kustom pemiliknya.
MASKULIN juga berpendapat bahawa BMW R 18 merupakan antara model yang paling mudah dilakukan kustom kerana akesori aftermarket yang dihasilkan untuk model ini cukup banyak termasuklah dari jenama pengeluar aksesori lain.
Di antara bahagian motosikal yang boleh dilakukan kustom ialah bahagian handle bar, cermin sisi, lampu hadapan, kawalan kaki, kemasa tempat duduk, fender, lampu belakang dan malah penutup tangki minyak.
Di kalangan pemilik motosikal R 18 di negara kita khususnya, aktiviti kustom sebenarnya sudah cukup sinonim dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Malah semakin banyak pemilik R 18 tampil dengan pelbagai rekaan kustom yang dilakukan dengan kerjasama BMW Motorrad Malaysia dan pereka ubah suai atau customisers tempatan.
Ia bukan sahaja membangkitkan ‘jiwa kustom’ di kalangan pemiliknya malah turut memyerlahkan bakat-bakat tematan yang sangat hebat dalam ubah suai motosikal di Malaysia. Dengan jiwa itulah mereka menampilkan kelainan tersendiri dalam ubah suai atau kustom masing-masing.
Sebagai contoh jika ingin melakukan transformasi R 18 menjadi sebuah jentera berpenampialn lebih kepada ‘classic bobber’ yang lebih tradisonal anda boleh melakukan beberapa kustom seperti yang dilakukan oleh JL Custom.
Ads
Menerusi kustom ‘The R 18 AB Custom Edition’ by AB Penang, mereka mengambil inspirasi dari model klasik R5 (1936) dengan melakukan ubah suai kepada beberapa komponen utama.
Antaranya ialah menggunakan penutup kepada silinder dari bahan PCR polycarbonate, sistem ekzos kustom, kedudukan lampu hadapan lebih rendah, warna tangki minyak, tempat duduk kulit kustom dan pelbagai jenis penutup yang ditukar kepada rekaan kustom!
Manakala untuk penampilan lebih ‘berjiwa’ Eropah, kustom seperti yang dilakukan pada motosikal The Airhead Thunder by AB Ara Damansara oleh Eastern Bobber pula boleh dijadikan sebagai rujukan terbaik. Salah satu kustom paling menyerlah dari mereka ialah rekaan handle bar yang berbeza.
Salah satu ubah suai menarik yang ketara dapat kita saksikan adalah penutup bahagian fork hadpaan ditanggalkan. Manakala head cover juga diberi sentuhan baharu dengan rekaan tersendiri.
Ads
Bagi kustom yang lebih sarat dengan penampilan luaran penuh dengan karakter scribbles, rekaan grafik dan lukisan teknikal bolehlah melihat bagaimana ia dilakukan dengan cukup mantap oleh AB Tebrau dengan jentera R 18 diberi nama ‘The JB Roadrunner’ oleh Zuhal Fast Engineering.
Motosikal kruiser kustom R 18 ini turut menggunakan beberapa komponen yang dihasilkan sendiri hasil binaan struktur menggunakan sistem CAD menjadikan simulasi grafik luarannya cukup luar biasa.
Ads
SAKSIKAN AKSI BMW R18 DI ‘RODA PANAS 2’!
Jika anda ingin saksikan sendiri bagaimana R 18 dalam pelbagai bentuk dan rupa kustom beraksi di jalan raya jangan lupa untuk saksikan RODA PANAS 2 episod ke-4. Ia telah ditayagkan pada 6 Februari 2022 lalu namun kini boleh ditonton menerusi platform Astro GO!
Menerusi episod ini selebriti popular tanah air seperti Beto Kusyairy, Fauziah Latiff, Achey, Riezman Khuzaimi dan Datuk Rocky Bru melakukan kemunculan istimewa dengan mengikut tour ‘R 18 Getaway Malaysia’ dari Lembah Klang hingga ke Pulau Pinang.
Ikuti pengalaman serta apa kata mereka tentang jentera R 18 First Edition terutamanya pada jentera yang telah melalui ubah suai atau kustom yang hebat.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai motosikal luar biasa, BMW R 18 First Edition ini sila layari laman sesawang https://www.bmw-motorrad.com.my/.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasaran dua roda semakin hangat dengan ketibaan model-model baru tentunya sempena perlumbaan MotoGP hujung minggu ini. Salah satu model dari Itali ini tidak ketinggalan membawa masuk dua model baharu bersama penampilan khas pelumba Pasukan Perlumbaan Aprilia, Sam Lowes. Sayangnya, Aleix Espargo tidak dapat turut serta pada acara berkenaan akibat kecederaan.
Pihak Naza Premira memperkenalkan Aprilia RSV4 RF dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory ke pasaran tempatan. Untuk makluman generasi pertama Aprilia RSV4 pertama kali dikeluarkan pada 2008. Boleh dikatakan lencana RSV4 merupakan motosikal kasta tertinggi dan kebanggaan Aprilia dalam segmen motor supersport dunia. Jentera ini didatangkan dengan prestasi berkuasa dan kelajuan yang tinggi.
Jentera berkenaan memiliki perangkat elektronik moden dan canggih. Ia juga beberapa kali memenangi perlumbaan WSBK. Kurang percaya?. Supersport RSV4 merupakan motosikal yang menghantar legenda Max Bianggi merangkul kemenangan sehingga sembilan kali di World Superbike Racing.
Dan..terkini pasaran tempatan menerima model RSV4 RF versi tertinggi. Menariknya RSV4 RF memakai warna Superpole ala livery yang digunakan di perlumbaan World Superbike. Kerana sudah terkenal di lintasan perlumbaan, tentunya anda sudah dapat mengandaikan susuk kuda besi buatan Aprilia ini.
REKAAN:
Desain sporty mewakili imejnya sebagai jentera perlumbaan bersesuaian dengan taqlinenya ‘direka untuk pelumba, dibangunkan untuk penunggang‘. Ciri aerodinamik sangat baik yang menyokong kelajuan maksimum saat menunggang.
Pandangan depan diserlahkan menerusi rekaan lampu unik yang menjadi ciri khas motor Aprilia iaitu tiga buah lampu saling terpisah. Ia juga didatangkan dengan ciri LED untuk pencahayaan lebih terang.
Cermin penghalang angin juga agak tinggi untuk melindungi terpaan angin daripada depan. Posisi duduk RSV4 RF sedikit menunduk dan seperti posisi tunggangan pelumba. Sementara, hendal jenis underyoke dipadankan dengan panelinstrumen digital yang menawarkan dua skrin berbeza di tengahnya.
Tangki minyak bersaiz 18.5 liter (termasuk bahagian simpanan 4L) direka dengan lekukan di kiri dan kanan buat penunggang meletakkan bahagian lutut mereka. Manakala rekaan belakangnya sedikit tirus tanpa pelana untuk penumpang belakang.
RANGKA:
RSV4 RF dibangunkan menggunakan rangka aluminium yang ringan dan kukuh. Di bahagian depan menggunakan suspensi Ohlins NIX USD 43mm yang mana peredamnya boleh dilaras. Manakala bahagian belakang dipasang dengan Ohlins TTX monoshock yang mana nisbah dan rendamannya boleh di laras dan pemilik juga boleh mengatur panjang jarak sumbu roda.
Bahagian kaki dipadankan dengan rim aloi aluminium bersaiz 17 inci bersama tayar 120/70 (depan) dan tayar belakang yang lebih besar 200/55.
Sektor brek tersangat penting bagi menghentikan jentera seberat 180kg ini. Justeru itu, Aprilia mempertaruhkan cakera terapung berganda bersaiz 330mm di depan dan cakera 220mm di belakangnya. Operasi membrek lebih selamat dengan adanya ciri ABS dari Bosch.
PRESTASI:
Aprilia RSV4 RF ini bukanlah jentera biasa. Motor tersebut memiliki tenaga sebesar 201hp pada 13, 000rpm dan tork 115Nm pada 10, 500rpm.
Enjin bersesaran 999.6cc DOHC penyejukan cecair, 4-silinder itu turut dipadankan dengan teknologi Ride by Wire serta dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih seperti Unit Kawalan MM 7SM bersama 64 MHZ overclock.
Agihan kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dan dipadukan dengan teknologi Aprilia Quick Shift (AQS).
Dikatakan kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh jentera ini ialah 250km/j.
PERALATAN ELEKTRONIK:
Jentera yang mematuhi regulasi Euro4 itu didatangkan dengan sistem elektronik standard antaranya Aprilia Performance Ride Control, Traction Control (ATC), Wheelie Control (AWC), Launch Control (ALC), kawalan kruise (ACC), pit limiter (APL), ABS selekoh, V4-MP, kotak gear elektronic up dan down (AQS).
HARGA: Harga jualan RSV4 RF ialah RM 127, 571 seunit (termasuk GST). Sebagai permulaan, Naza Premira membawa masuk lapan unit dan kesemuanya telah ditempah. Buat anda yang berminat perlu menunggu ketibaan stok seterusnya.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bos Volvo, Pehr Gyllenhammar (1970-1994) merupakan individu yang begitu berpegang kepada tradisi. Pada pandangan beliau, fokus Volvo ialah menghasilkan sedan dan wagon kelas menengah yang selesa, utuh dan selamat. Ia tidak bersaing dengan Mercedes-Benz atau Jaguar.
Volvo tidak pernah menjadi pengeluar kereta arus perdana. Boleh dikatakan agak lama jenama itu terperangkap dalam filosofi sendiri. Pengeluar kereta Scandinavian itu lebih memberi tumpuan kepada keselamatan. Tidak hairan sehingga kini Volvo dikenali sebagai jenama kereta paling selamat di dunia. Bahkan merekalah pengeluar pertama yang memperkenalkan tali pinggang keledar pada kereta.
Setelah berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian, Volvo mula berkembang di bawah pemilikan Zhejiang Geely Holding Group (Geely). Buat pengetahuan anda, Geely juga sedang memancing pemilikan saham Proton Holdings Berhad.
[/et_pb_text][et_pb_image admin_label=”Image ” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”left” force_fullwidth=”on” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/05/2.jpg”] [/et_pb_image][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”] Pengerusi dan pengasas Geely, Li Shufu melabur sebanyak USD 11 bilion bagi membolehkan Volvo membangunkan model baru dan membangunkan kilang pemasangan di China. Syarikat Sweden itu diberikan kebebasan untuk menguruskan jenamanya dan melakar sendiri perjalanan Swedish-nya. Kini jenama berkenaan berani bersaing dengan model-model Jerman lain. Kejayaan boleh dilihat menerusi model XC90. Kejayaan itu diteruskan oleh model S90 dan V90. Penulis percaya, S90 akan diterima baik di Malaysia seperti mana XC90. Sedan mewah itu bakal bersaing dengan model Mercedes-Benz E-Class, BMW 5 Series dan Audi A6. Oh, tidak lupa Jaguar XFL dan Lexus GS juga. Cukup dahulu penulis berceloteh tentang jatuh bangun jenama Volvo. Teruskan membaca untuk mengetahui pengalaman pandu uji Volvo S90 T5. [/et_pb_text][et_pb_text admin_label=”Quote” background_layout=”light” text_orientation=”center” text_font=”Droid Serif||on||” text_font_size=”25″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”20px||20px|”]
Kejayaan itu diteruskan oleh model S90 dan V90. Penulis percaya, S90 akan diterima baik di Malaysia seperti mana XC90.
[/et_pb_text][et_pb_text admin_label=”In Between Link” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]
Bagi seorang pemilik kereta yang sentiasa mempunyai citarasa berubah-ubah warna memainkan peranan sangat penting. Terdapat banyak faktor mengapa seseorang itu mahu menukar warna kereta mereka dari warna asal.
Salah satunya ialah mengikut trend terkini atau bagi membuatkan kereta mereka tampil lebih menonjol bila di jalan raya. Tidak dinafikan warna yang lain dari yang lain memang akan secara tidak langsung menarik perhatian ramai.
Apatah lagi pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis warna yang mampu dihasilkan dengan teknologi terkini. Malah ada yang mampu berubah warna apabila terkena cahaya mahatari.
Namun seperti mana modifikasi besar yang lain menukar warna kereta perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Salah satu sebab mengapa perlu dibuat permohonan ini ialah kera ia penting dalam perlindungan insurans untuk kereta anda.
Jika berlaku apa-apa perkara tidak diingini anda tidak berdepan masalah untuk membuat tuntutan insurans.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa panduan mudah untuk anda yang berminat nak tukar warna kereta dan mendapat kelulusan dari JPJ.
CAT DULU
Pertama sekali anda boleh teruskan hajat menukar warna. Cat kereta terlebih dahulu sampai siap.
Selepas cat siap dan anda pun sudah berpuas hati pergilah ke pejabat JPJ berdekatan.
WARNA DOMINAN
Jika anda mewarnakan kereta anda lebih dari satu warna, pilih warna yang banyak banyak atau paling domninan untuk diisytiharkan.
ISI BORANG K8
Selepas itu dapatkan borang K8 di JPJ atau anda boleh muat naik sendiri di sini. Isi borang tersebut dengan lengkap dan sediakan segala dokumen yang diperlukan dengan baik. Selesai isi serahkan borang K8 tersebut kepada pegawai JPJ.
KEMAS KINI
Jika segalanya lengkap anda pasti tidak berdepan masalah untuk mendapatkan kelulusan menukar warna kereta. Jika lulus pegawa JPJ akan mengemas kini warna kereta anda ke dalam sistem mereka iaitu MySikap.
Mudah bukan? Jadi janganlah anda menukar warna kereta secara semborono tanpa kelulusan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki give up lepas sebulan gym sebab tak faham fasa awal, salah cara latihan, dan cepat hilang motivasi. Ketahui sebab sebenar dan cara kekal konsisten supaya tak burnout.