
Putus cinta bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi bagi lelaki yang sering memendam perasaan.
Berbanding wanita yang cenderung meluahkan emosi kepada rakan atau keluarga, ramai lelaki memilih untuk berdiam diri dan berlagak seperti semuanya baik-baik saja.
Namun, kesedihan yang dipendam terlalu lama boleh memberi kesan kepada mental dan emosi.

Hentikan Semua Bentuk ‘Stalking’
Salah satu kesilapan terbesar selepas putus cinta ialah masih mengikuti perkembangan bekas pasangan di media sosial.
Melihat gambar, status atau aktiviti mereka hanya akan membuatkan anda lebih sukar untuk melupakan dan terus terperangkap dalam emosi sedih.
Jika perlu, jangan ragu-ragu untuk unfollow, mute atau block akaun mereka bukan kerana membenci, tetapi demi menjaga kestabilan emosi anda sendiri.
Tukar Playlist Anda
Muzik memainkan peranan besar dalam mengawal emosi seseorang.
Jika anda terus mendengar lagu-lagu sedih yang mengingatkan kepada bekas pasangan, perasaan kecewa itu akan semakin mendalam.
Otak manusia menyimpan ‘memori emosi’ yang berkait rapat dengan muzik, dan setiap bait lirik yang menyentuh hati boleh membawa anda kembali kepada kenangan lama.
Jika muzik masih terlalu menyentuh perasaan, cuba beralih kepada podcast atau audiobook yang memberi inspirasi dan motivasi untuk anda meneruskan kehidupan.
Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Baru
Lelaki biasanya lebih mudah move on apabila mereka sibuk dengan perkara lain.
Jika anda hanya duduk termenung dan mengenang masa lalu, luka itu akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Cari hobi baru atau kembalikan minat lama yang pernah anda tinggalkan.
Contohnya, sertai kelas sukan, pelajari alat muzik atau habiskan masa dengan aktiviti luar seperti hiking dan berkhemah.

Keluar Dan Bersosial
Jangan biarkan diri anda terperangkap dalam kesunyian selepas putus cinta.
Walaupun bersendirian boleh memberikan ruang untuk refleksi diri, tetapi terlalu lama mengasingkan diri boleh menyebabkan kesedihan menjadi lebih mendalam.
Sebaliknya, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa menyokong anda.
BACA LAGI : Tip Menjadi Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita Menurut Sains
Fokus Pada Diri Sendiri
Putus cinta bukanlah pengakhiran hidup, sebaliknya ia boleh menjadi peluang terbaik untuk anda memperbaiki diri dan menjadi lebih baik.
Gunakan tempoh ini untuk meningkatkan kesihatan fizikal, mental, dan emosi.
Fokus pada kerjaya, pendidikan atau projek peribadi yang boleh memberi manfaat kepada masa depan anda.
Move on selepas putus cinta bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia tidak mustahil.
Apa yang penting adalah bagaimana anda menguruskan emosi dan mengambil langkah yang betul untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Percayalah, masa akan menyembuhkan segala luka dan satu hari nanti anda akan bersyukur kerana memilih untuk terus maju ke hadapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rupanya Inilah Rahsia Fahrin Ahmad Kekal Sihat Dan Sado

Pelakon dan pengacara popular Malaysia, Fahrin Ahmad telah dilantik menjadi duta baru GNC, jenama nutrisi yang terkenal dan dipercayai di seluruh dunia.
“Saya seorang yang percaya pada kehidupan sihat, jadi amat penting bagi saya untuk mencapai matlamat hidup saya iaitu kesihatan diri yang optimum. Apabila GNC melamar saya menjadi duta, saya sangat teruja kerana berpeluang menjadi sebahagian dari jenama berkualiti tinggi dan berintegriti,” kata Fahrin. “Saya masih aktif dalam industri, jadi kekal bertenaga dan sihat amat penting. Rahsianya pastilah GNC! Dengan rutin harian yang panjang di set dan sentiasa di jalanan, mustahil bagi saya untuk bersenam dengan sempurna. Namun dengan bantuan GNC setiap senaman yang saya lakukan mendapat impak dan keputusan maksima.”
Alex See, Pengarah Urusan Oni Global (Malaysia) Sdn. Bhd. (Pemilik Sah Francais GNC) berkata, “Kami mahu mengabadikan karisma seorang yang percaya dengan gaya hidup sihat. Sebagai seorang pelakon terkenal di Malaysia, dan juga pengamal gaya hidup sihat, Fahrin Ahmad mencerminkan seseorang yang penuh bertenaga dan potensi. Kerana itu Fahrin Ahmad amat sempurna bagi GNC – penuh inspirasi, komited pada kesihatan diri dan merupakan ikon lelaki Malaysia.”

GNC Double Strength Fish Body Oil berperasa Lemon (Harga Biasa: RM209.90)
Ciri-ciri Produk
- ‘GNC Double Strength Fish Body Oil’ adalah minyak ikan (Omega-3) berkepekatan tinggi untuk keberkesanan optimum.
- Membekalkan 360mg EPA dan 240mg DHA berbanding ‘GNC Fish Body Oil’ yang membekalkan 180mg EPA dan 120mg DHA.
- Asid lemak Omega-3 membekalkan DHA & EPA yang penting untuk kesihatan sendi., menguatkan sistem kardiovaskular dan sistem imun badan.
- EPA amat penting untuk kesihatan jantung dan sistem peredaran darah.
- DHA pula membantu dalam mengekalkan fungsi otak dan penglihatan yang optimum.
- Pengambilan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan menggalakkan paras kolesterol yang normal dan sihat.
- Produk ini diuji dan disahkan bebas daripada merkuri, kadmium, plumbum dan PCB secara konsisten oleh makmal bebas yang berdaftar dengan FDA serta mematuhi protokol antarabangsa seperti yang di tetapkan oleh Association of Official Analytical Chemists (AOAC)
- Melalui proses penyulingan molekul, berperasa lemon untuk mengurangkan bau ikan terutamanya apabila sendawa
- Ketulenan dan kesegaran dijamin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulan Puasa Mulut Berbau Dasyat, Ini 6 Cara Elak Kawan Anda Jadi Pitam Semasa Berbual Nanti

PERASAN RAMAI YANG CUBA MENGELAK UNTUK BERCAKAP DENGAN ANDA. JIKA ADA SEKALI PUN, MEREKA SEPERTI MENJAUHKAN MUKA. APA YANG TIDAK KENA DENGAN ANDA?
CUBA TEKUP TANGAN DI DEPAN MULUT DAN HEMBUS. SEDARKAH ANDA DENGAN BAU NAFAS YANG KURANG MENYENANGKAN? ATAU MUNGKIN ANDA BOLEH MENCUBA BERTANYA INSAN PALING RAPAT SAMA ADA NAFAS ANDA BERBAU UNTUK MENDAPATKAN JAWAPAN YANG JUJUR.
SEMEMANGNYA MASALAH NAFAS BERBAU SUKAR DITEPIS KETIKA BERPUASA. PASTI RAMAI YANG INGIN TAHU MENGAPA IA BERLAKU SEDANGKAN KITA TIDAK MAKAN DAN SUDAH MEMBERUS GIGI SEJURUS SELEPAS BERSAHUR PAGI TADI.
Ini cara menghilangkan bau mulut yang tidak enak atau menghilangkan bau mulut tak sedap saat puasa, berikut beberapa tip yang boleh anda praktikkan.

1.MINUM AIR PUTIH 8-10 GELAS SEHARI
Minum air putih 8-10 gelas ketika sahur dan berbuka puasa. Air putih yang kalian konsumsi akan meningkatkan produksi saliva (air liur), sehingga mulut kalian terjaga kebersihannya dan terhindar dari bau tidak sedap

2.BERUS GIGI DENGAN BETUL
Memberus gigi sahaja tidak mencukupi kerana bakteria turut berada di bahagian lidah dan gusi. Pastikan lidah diberus sehingga ke pangkal kerana ia merupakan tempat pembiakan bakteria punca nafas berbau plaing ideal. Gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi. Masa dan teknik memberus tidak penting kerana gigi individu berbeza antara satu sama lain. Yang penting, anda sendiri boleh merasakan sama ada ia bersih atau tidak. Beli cermin khas untuk melihat keadaan gigi bahagian dalam bagi memastikan gigi diberus dengan sebersihnya. Penggunaan ubat kumur juga tidak membantu dalam mengatasi masalah nafas berbau.

2.ELAK MENGAMBIL MAKANAN BERBAU
Kurangkan pengambilan makanan seperti bawang, bawang putih, keju, susu, daging dan telur. Berus gigi dengan betul selepas menikmati makanan sebegini. Elakkan juga makanan berbau kuat seperti petai dan sebagainya.
3.KURANG BERCAKAP
Kalau dalam Islam sendiri pun, Nabi berpesan supaya kita kurangkan bercakap bagi mengelak berkata perkara yang tidak baik. Seeloknya ia diamalkan ketika berpuasa bagi mengurangkan masalah nafas berbau. Apabila seseorang itu banyak bercakap tetapi tidak makan dan minum, air liurnya akan cepat mengering.

4.MINUM TEH HIJAU
Meminum teh hijau tanpa gula saat sahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandung zat polyphenol yang berguna untuk membersihkan bakteria pada mulut dan saluran pernafasan, sehingga akan menghindarkan mulutmu dari bau tidak sedap.

- JANGAN AMBIL MAKANAN SUKAR DIKUNYAH
Tidak mengambil makanan yang susah kunyah, seperti biskut, kuih basah, coklat, dan lainnya. Hal ini kerana makanan sejenis ini lebih sulit untuk dibersihkan dan akan menempel pada gigi dalam waktu yang lama, sehingga menimbulkan bau mulut.

- GUNA UBAT KUMUR SELEPAS BERSAHUR
Gunakan ubat kumur setelah sahur dan sikat gigi agar kegiatan membersihkan mulutmu semakin maksimal di bulan puasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki Provider atau Lelaki Berkira? Ini Cara Kenal Pasti Niat Sebenar Dia

Dalam dunia percintaan moden, dua jenis lelaki sering jadi bualan hangat lelaki provider dan lelaki berkira-kira.
Sekilas pandang nampak sama bila bab kewangan, tapi hakikatnya jauh berbeza dari segi cara mereka menghargai dan melayan pasangan.
Artikel ini akan bantu anda faham perbezaan penting antara kedua-dua jenis lelaki ini supaya lebih jelas tentang niat sebenar di sebalik tindakan mereka.
Lelaki Provider Suka Memberi, Bukan Menunjuk

Lelaki provider bukan sekadar ada duit tetapi memiliki rasa tanggungjawab dan keinginan untuk beri yang terbaik kepada pasangan.
Dia suka pastikan orang yang dia sayang selesa, bukan sebab nak menunjuk, tapi sebab rasa puas bila dapat beri sesuatu yang bermakna.
Bila keluar makan, dia tak tunggu disuruh bayar.
Bila nampak pasangan penat, dia terus bantu tanpa berkira. Bagi lelaki provider, kasih sayang dan keprihatinan adalah sebahagian daripada “peranan lelaki sebenar”.
Lelaki Berkira-Kira Setiap Sen Ada Soalan
Berbeza dengan lelaki provider, lelaki berkira-kira akan menilai setiap tindakan dengan nilai ringgit dan sen.
“Minum air kosong je la, kan murah?” bunyi ayatnya mungkin biasa, tapi kalau semuanya dikira sampai hal kecil, hubungan boleh jadi tegang.
Bersikap berjimat bukan satu kesalahan, tapi bila terlalu mengira sampai hilang rasa ihsan, pasangan boleh mula rasa tak dihargai.
Dalam jangka panjang, sikap berkira boleh menyebabkan jurang emosi antara dua hati.

Bukan Semua Tentang Duit Tapi Tentang Niat
Bezanya antara lelaki provider dan lelaki berkira bukan semata-mata pada jumlah yang dibelanjakan, tapi pada niat di sebalik perbuatan.
Lelaki provider nampak gembira bila dapat kongsi rezeki, sementara lelaki berkira pula cenderung risau kalau “terlebih keluar.”
Hakikatnya, bukan duit yang buat pasangan rasa disayangi tapi sikap nak beri, nak tolong, dan nak jaga yang menjadikan hubungan itu bermakna.
Kalau nak tahu sama ada dia lelaki provider atau lelaki berkira-kira, tengok pada tindakan kecil contohnya bila makan luar, siapa yang ambil inisiatif, atau bila ada masalah, siapa yang cepat hulur bantuan tanpa disuruh.
Dari situ, kau akan nampak jelas adakah dia jenis lelaki yang sudi berkongsi atau lelaki yang asyik mengira rugi.
Dalam cinta sejati, yang penting bukan siapa paling banyak beri, tapi siapa yang ikhlas dalam setiap tindakan.
BACA LAGI : Datuk Seri Aliff Syukri Hadiahkan Porsche 718 Cayman Kepada Anak Sulung, Kejutan Mewah Buat Ammar Ahyan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

