Tip menjadi lelaki yang menarik perhatian wanita menurut sains. Kadangkala, rasa kurang yakin boleh timbul ketika ingin memikat hati wanita. Namun, jangan berasa rendah diri hanya kerana anda tidak mempunyai penampilan seperti selebriti.
Tip Menjadi Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita Menurut Sains
Perlu difahami bahawa daya tarikan seseorang bukan hanya berdasarkan rupa fizikal atau pakaian yang dipakai, tetapi melibatkan pelbagai faktor yang kompleks.
Berikut adalah beberapa cara untuk menjadi lelaki yang lebih menarik di mata wanita berdasarkan kajian saintifik, seperti yang dilaporkan oleh Men’s Health:
1. Miliki Rasa Humor
Sebuah kajian pada tahun 2006 yang diterbitkan dalam jurnal Evolution and Human Behavior mendapati bahawa wanita sangat menghargai pasangan yang memiliki rasa humor. Lelaki yang boleh membuat wanita ketawa dengan humor yang sesuai akan kelihatan lebih menarik.
2. Pakai Cermin Mata Hitam
Menurut Vanessa Brown, seorang pensyarah di Nottingham Trent University, cermin mata hitam boleh membuat seorang lelaki kelihatan lebih seksi dan misteri. Rasa ingin tahu wanita terhadap keperibadian anda akan meningkat apabila mereka melihat anda sebagai seseorang yang penuh dengan rahsia.
3. Bersikap Baik
Lelaki yang suka membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan, seperti terlibat dalam kerja amal atau menderma darah, lebih mudah menarik perhatian wanita. Sikap penyayang dan prihatin adalah antara faktor penting dalam daya tarikan.
4. Pakai Minyak Wangi
Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science menunjukkan bahawa lelaki yang memakai minyak wangi bukan sahaja lebih yakin, tetapi juga kelihatan lebih menarik di mata wanita. Bau yang menyenangkan boleh meninggalkan kesan yang positif terhadap persepsi orang lain terhadap anda.
Ads
5. Suka dengan Bayi
Kajian mendapati bahawa lelaki yang menunjukkan kasih sayang terhadap bayi dan bersedia untuk menjaga mereka dianggap lebih menarik oleh wanita. Jika anda mempunyai anak saudara, luangkan masa untuk menjaganya. Ini bukan sahaja membantu ibu bapanya, tetapi juga meningkatkan daya tarikan anda di mata wanita.
Wanita cenderung menganggap lelaki yang membiarkan janggut dan misainya tumbuh dalam keadaan kemas dan tidak terlalu tebal sebagai lebih seksi dan matang. Jadi, anda boleh mencuba gaya ini untuk meningkatkan daya tarikan anda.
7. Berjalan Dengan Yakin
Menurut R. Don Steele, penulis buku Body Language Secrets: A Guide During Courtship & Dating, wanita menilai seorang lelaki bukan sahaja berdasarkan pakaian tetapi juga cara mereka berjalan.
Ads
“Lelaki yang yakin tidak berjalan tergesa-gesa, tetapi dengan langkah yang tenang dan penuh tujuan,” katanya.
8. Elakkan Swafoto Tanpa Baju
Satu kajian oleh Zoosk.com mendapati bahawa lelaki yang memuat naik gambar swafoto tanpa baju di profil aplikasi temu janji menerima lebih sedikit mesej daripada mereka yang tidak melakukannya.
Wanita menganggap swafoto seperti ini sebagai ‘kurang menarik’. Jika anda ingin menunjukkan fizikal anda yang sihat, lebih baik ambil gambar dalam suasana yang lebih semula jadi, seperti ketika bersenam di luar rumah.
9. Senyum Dengan Perlahan
Menurut kajian dalam Journal of Nonverbal Behavior, lelaki yang tersenyum secara perlahan lebih menarik daripada mereka yang senyum secara tiba-tiba.
Ads
Senyuman perlahan juga dikaitkan dengan kepercayaan dan keikhlasan, dua elemen penting dalam membina hubungan yang baik.
10. Mahir Bermain Gitar
Kajian yang diterbitkan dalam Psychology of Music mendapati bahawa kemahiran bermain alat muzik, seperti gitar, boleh menjadi petunjuk kepada tahap kecerdasan yang tinggi dan genetik yang baik. Ini adalah dua faktor yang diambil kira oleh wanita dalam memilih pasangan.
Menjadi lelaki yang menarik bukan hanya tentang rupa, tetapi lebih kepada bagaimana anda membuat wanita berasa selesa, selamat, dan dihargai. Keyakinan, kebaikan hati, serta kemahiran sosial adalah elemen utama yang boleh membantu anda meningkatkan daya tarikan.
Jadi, daripada hanya berfokus kepada penampilan fizikal, cuba perbaiki sikap dan personaliti anda untuk menjadi versi terbaik diri sendiri!
Hidup ini adalah pilihan kita sendiri untuk merubah masa depan kita. Jika kita tersalah pilih jalan maka rosak lah masa depan kita. Apa yang berlaku di hadapan adalah pada kita hari ini. Setiap orang di beri pilihan dalam hidup tetapi kita sendiri harus menilai sama ada pilihan itu yang terbaik untuk kita masa hadapan.
Dalam penomena alam ini, terlalu banyak bnda yang dapat kita pelajari untuk mengajar kita tentang kehidupan seharian. Sebagai contoh seekor katak.
Letakkan katak hidup di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.
Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.
Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi “Boiling Frog syndrome”. Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.
Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut anda berubah.
Sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebanyakkan lelaki memang gemar bermain game, tapi sekarang kaum wanita pun tidak ketinggalan. Khas untuk kaki game seperti Mobile Legends atau Arena of Valor sememangnya antara aplikasi perlu dalam telefon pintar untuk bermain game namun ada kekangan disebabkan bajet poket.
Berikut beberapa jenama smartphone yang kami cadangkan untuk peminat game bagi tujuan game kasual berharga di bawah RM1,000. Namun perlu diingatkan, berdasarkan pemprosesan, format skrin dan RAM yang ada, ia tidak terlalu hebat, jadi berpadalah ketika bermain.
1. Xiaomi Redmi 5 Plus
Harga: RM749
Xiaomi Redmi 5 Plus beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 625 dengan skrin 5.99 inci jenis 18:9 dan RAM 4GB.
Ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh, namun teknologi bateri pada Xiaomi kali ini memungkinkan anda menggunakan fon ini seharian tanpa powerbank.
2. Honor 7X
Harga: RM900 – RM1,000
Smartphone yang hebat dan memang padan untuk dimainkan pada peranti mempunyai skrin 5.93 inci didatangkan dengan paparan FHD+ dan resolusi 2160 x 1080 piksel namun berjaya dinipiskan sehingga 7.6 milimeter dengan berat hanya 165 gram.
Bermakna, bermain game memang tidak mendatangkan masalah apatah lagi dengan pemprosesan Kirin 659 2.36GHz yang berkuasa tinggi dengan GPU pun tidak kurang hebatnya di samping RAM 4GB ini.
3. Samsung Galaxy J7 Prime (2017)
Harga: RM759
Telefon yang mempunyai versi RAM 3GB dan storan 32GB ini cukup untuk bermain game kasual, namun jangan terlalu lama di depan skrin.
Ia mempunyai skrin 5.5 inci jenis 1080 x 1920 HD, jadi boleh tahan untuk visual.
4. Vivo V7
Harga: RM999
Berdasarkan skrin 5.7 inci dengan RAM 4GB, ia mampu mengoperasikan permainan kasual.
Selain storan 32GB, Vivo V7 juga lengkap skrin jenis FullView 18:9 di samping pemprosesan Qualcomm 1.8GHz.
5. Moto G5s Plus
Harga: RM860 – RM999
Moto G5s Plus mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh yang dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.
Ia dibangunkan dengan storan 32GB dan menggunakan operasi Android 7.1.1 di samping kapasiti bateri yang besar iaitu 3000mAh, yang mampu bertahan seharian dengan penggunaan kerap selain skrin 5.2 inci IPS LCD 1920 x 1080 piksel Corning Gorilla Glass 3.
6. Xiaomi Mi A1
Harga: RM899 – RM1,000
Xiaomi menjual model telefon Mi A1 hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia.
Memang sesuai untuk kaki game, ia dilengkapi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM sebanyak 4GB dibantu storan dalaman 64GB.
7. Neffos X1 Max
Harga: RM698
Neffos mempunyai model X1 Max bersaiz 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas dan menjimatkan bateri.
X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus jadi kalau habis bateri, cepat sikit dicas.
8. ASUS Zenfone 4 Max Pro
Harga: RM999
ASUS Zenfone 4 Max Pro nyata berbaloi sekarang apabila datang dengan harga lebih murah iaitu RM999 saja, namun anda boleh memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh
Ia juga berfungsi sebagai powerbank manakala skrin 5.5 inci HD penuh memang sesuai untuk game dengan RAM 3GB.
Berminat? Semoga memberi manfaat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak memenangi Parlimen Muar, popularitinya persis seorang selebriti! Malah tidak dinafikan dia antara ahli politik yang paling popular sehingga ketika ini sehingga di media sosial terlalu ramai yang memuji kerana penampilannya yang kacak. Walaupun usianya baru menginjak 26 tahun, namun disebalik ‘portfolio’ nya itu anda pasti akan kagum!
Disebalik kemenangannya dalam PRU14 ini, perhatian dan tempias kemenangan itu turut terkena pada abang kandungnya yang dikenali sebagai Syed Abdullah. Bukan sahaja kerana kemenangan Syed Saddiq, malah wajah abangnya yang juga kacak serta berpenampilan menarik menjadikan Syed Abdullah turut menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Tidak pasti benar atau tidak, pemuda yang berusia 29 tahun ini memiliki ketinggian 192 sentimeter!
Malah tidak keterlaluan jika kami katakan dengan rupa parasnya yang kacak serta dengan ketinggian tersebut, abang kepada ahli politik ini memiliki karisma seorang model.
Gambar : Instagram Syed Abdullah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.