Lelaki kacak selalunya kelakar, pakej lengkap jadi idaman wanita. Pernah tak perasan, dalam mana-mana kumpulan lelaki kacak, mesti ada sekurang-kurangnya seorang yang bukan sekadar enak dipandang, tapi juga lawaknya boleh buat orang ketawa tak henti?
Lelaki Kacak Selalunya Kelakar, Pakej Lengkap Jadi Idaman Wanita
Seolah-olah rupa yang segak itu datang sekali dengan pakej humor yang luar biasa. Tapi, benarkah lelaki kacak selalunya kelakar, atau ini sekadar mitos semata-mata?
Lelaki Kacak Ada ‘Privilege’ untuk Jadi Kelakar?
Sebenarnya, ada teori psikologi yang menyokong idea bahawa lelaki yang berpenampilan menarik lebih cenderung untuk bersikap santai dan berani bergurau. Kenapa? Sebab mereka lebih yakin dengan diri sendiri. Keyakinan inilah yang membolehkan mereka bersikap selamba, berjenaka tanpa rasa malu, dan tak kisah jika lawak mereka menjadi atau tidak.
Dalam dunia sosial, orang yang kacak sering mendapat layanan lebih mesra, sama ada secara sedar atau tidak. Jadi, mereka tak perlu terlalu risau kalau lawak mereka ‘cringe’ sekali pun, orang tetap akan ketawa atau sekurang-kurangnya senyum. Berbanding mereka yang kurang menarik, lelaki kacak mungkin kurang mengalami ketakutan untuk dimalukan atau ditolak, sebab mereka dah biasa mendapat perhatian positif.
Kelakar Itu Senjata Tarikan Tambahan
Walaupun rupa paras boleh menarik perhatian orang sekeliling, ia bukanlah faktor utama yang membuatkan seseorang kekal menarik dalam jangka panjang. Sebab itulah ramai lelaki kacak yang sedar bahawa hanya bergantung kepada rupa sahaja tidak mencukupi. Mereka perlukan ‘X factor’ lain untuk menyerlah.
Humor ialah senjata ampuh. Seorang lelaki yang tahu membuat orang ketawa akan lebih mudah disenangi dan diingati. Malah, ramai wanita mengakui bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang kelakar daripada lelaki yang sekadar bergantung pada rupa semata-mata. Jadi, tidak hairanlah ramai lelaki kacak ‘mengasah’ bakat lawak mereka supaya menjadi lebih memikat!
Ads
Tekanan untuk Tidak Nampak Sombong
Lelaki kacak sering kali dikaitkan dengan stereotaip tertentu—antaranya dianggap sombong, sukar didekati, atau terlalu serius. Oleh itu, ramai lelaki yang mempunyai wajah menarik memilih untuk menjadi kelakar sebagai cara untuk mencairkan persepsi ini.
Dengan bersikap lucu dan bersahaja, mereka dapat menunjukkan bahawa mereka bukan sekadar ‘muka hensem’ tetapi juga seorang yang mesra dan mudah didekati. Humor menjadi satu bentuk ‘damage control’ bagi memastikan mereka tidak dilabel sebagai seseorang yang membosankan atau terlalu serius.
@astrogempak Siapa rindu Hero Remaja 2012? Memang betul la tahun tu semua peserta garing garing beb! Lagi lucu eps penuh BDBK Syafiq Kyle di YT Astro Gempak Jom Usha dan Strim Astro Originals #OneCentThiefS2 di On Demand dan Strim Astro GO. Boleh layan di mana mana saja, bila- bila masa! ATAU Strim tanpa kontrak, boleh layan kat mana mana je, bila- bila masa! #JomUsha#OneCentThiefS2#AstroGo#OnDemand#sooka#sookaMalaysia Tajaan Lokasi yang nyaman: Sunway Lagoon Malaysia *Untuk maklumat lanjut dan lebih promosi menarik, sila layari www.sunwaylagoon.com Awesome Moment Together! Tajaan Sofa yang empuk: Joy Design Studio *Untuk maklumat lanjut dan lebih promosi menarik, sila layari www.joyd.my #borakdulubarukamu#BDBKS3♬ original sound – Gempak
Tapi Tak Semua Lelaki Kacak Itu Kelakar
Sudah tentu, tidak semua lelaki kacak mempunyai bakat melawak. Ada juga yang lebih pemalu, pendiam, atau memilih untuk menjaga imej ‘cool’ mereka daripada cuba membuat orang ketawa.
Ads
Malah, dalam sesetengah kes, lelaki yang kurang menarik lebih cenderung untuk menggunakan humor sebagai cara untuk menonjol. Mereka mungkin lebih berusaha menjadi kelakar kerana menyedari mereka tidak boleh bergantung kepada rupa semata-mata untuk menarik perhatian.
Jadi, benarkah lelaki kacak itu selalunya kelakar? Jawapannya, tidak semestinya, tetapi memang ada kecenderungan untuk mereka menjadi lebih santai dan yakin dalam berjenaka kerana faktor keyakinan diri dan penerimaan sosial yang lebih positif.
Namun, hakikatnya, kelakar atau tidak bukanlah sesuatu yang bergantung pada rupa semata-mata. Humor adalah satu bakat dan seni yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, sama ada kacak atau biasa-biasa. Yang penting, keyakinan dan keikhlasan dalam berkomunikasi—itulah yang menjadikan seseorang benar-benar menarik!
Siapa yang tidak mengenali figura ini? Lantunan suara yang acapkali menghanyut perasaan pendengar ini tampil dengan single terbaru yang lebih bergenre ‘Progresif Pop Rock’. Turut berkolaborasi bersama penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet, Hazama kali ini lari dari zon selesa.
‘Aku Bukan Dewa’ ini saya anggap sangat dekat dengan diri saya kerana ia menceritakan tentang semangat juang saya dalam industri muzik ini. Dari hari pertama saya bertapak dalam industri, pelbagai ranjau dan onak duri terpaksa saya tempuhi sebelum saya berada di sini; pada hari ini. Lagu ini sangat istimewa kerana muzik yang dipersembahkan seolah-olah memberi gambaran akan penceritaan dan ‘mood’ atau suasana yang ingin disampaikan.
Menariknya lagi, pendekatan genre muzik yang saya ambil pada kali ini iaitu progresif pop rock, berlainan dari konsep pop balada yang saya bawa selama ini. Saya ingin lari dari ruangan selesa saya dan menampilkan kelainan dengan tampil menyampaikan lagu rancak. Ini sebenarnya adalah jiwa saya dan pada kali ini, saya akan membawa peminat menyelami aliran sebenar muzik, dalam dunia saya.”- Hazama.
Lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock ini merupakan single kedua Hazama untuk tahun ini selepas ‘Aku Yang Sebenar’ yang dilancarkan pada bulan April lalu. Sama seperti ‘Aku Yang Sebenar’, single kedua Hazama ‘Aku Bukan Dewa’ ini turut mendapat sentuhan dari Ad Samad selaku penulis lirik, Hazama sendiri bersama Taja pula bertindak sebagai komposer. Istimewanya lagi, Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini.
Buah tangan terbaharu daripada Hazama ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula pada hari ini. Selain dari itu, single ini turut boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Muzik video lagu ini pula dijangka bakal menemui peminat dalam jangka masa terdekat ini di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Mengulas mengenai edisi terbaharu beliau ini, Hazama menjelaskan, “Saya sangat teruja kerana sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan nama-nama hebat di sebalik tabir penghasilan ‘Aku Bukan Dewa’ ini. Segah tajuk yang diberi, karya ini sekali lagi mempamerkan kehebatan Ad Samad dalam menghasilkan sebuah lirik yang cukup bermakna dan memiliki maksud yang begitu mendalam, diulit pula dengan keindahan muzik hasil sentuhan kerjasama saya dan Taja, dan pada masa yang sama rakan baik saya sendiri, Altimet, hadir menyumbangkan gegaran rap kreatif beliau bagi melengkapkan nukilan ini. Hasilnya, sempurnalah ‘Aku Bukan Dewa’, istimewa untuk peminat-peminat saya di luar sana.
Lagu ‘Aku Bukan Dewa’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Agak mengecewakan apabila tersebar di laman media sosial video serta foto segelintir masyarakat yang mengambil remeh arahan kerajaan untuk duduk di rumah dan jangan keluar tanpa sebarang sebab penting.
Perkara ini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar malah di kawasan kampung-kampung juga. Ia hanyalah minoriti tetapi tahukah mereka bahawa impaknya yang cukup besar jika Coronavirus terus merebak?
Melihat situasi yang semakin serius kerajaan kita menerusi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan bahawa pasukan tentera akan dikerah dan diturunkanbagi membantu pihak polis untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi sehingga 31 Mac.
“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak.
“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya dalam sidang media pada pagi tadi.
Dalam masa yang sama beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.
Tambahnya, ia tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat. “Tiada aset digerakkan pun digerakkan sekarang seperti berita palsu yang tular di laman media sosial,” tambahnya yang kecewa dengan berita palsu tersebut.
Kami di team MASKULIN sekali lagi menyeru anda semua, #JomDudukRumah. Sama-sama kita halang penularan wabak Covid-19 menjadi lebih teruk. Keluar hanya perlu dan hadkan pergerakan.
Stay safe everyone!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini merupakan berita baik buat peminat lelaki terkacak di dunia dan bekas pemain bola yang sangat berpengaruh di dunia iaitu David Beckham. Beliau bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini!
Syarikat insurans, AIA Malaysia mengumumkan bakal menerbangkan personaliti bola sepak berpengaruh dunia yang juga Duta Global AIA ke Kuala Lumpur sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival.
Namun posting tersebut tidak menyatakan lokasi atau butiran lengkap acara dan peminat yang ingin bertemu David Beckham boleh membeli tiket menerusi laman Facebook AIA Malaysia.
Menurut dari Malay Online, peminat yang bertuah dapat berjumpa beliau secara dekat dan berkemungkinan boleh bergambar bersama. Selain itu juga, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti merasai nasi lemak bersama Beckham dalam Healthy Nasi Lemak Challenge!
Pada anda yang memang teringin sangat untuk berjumpa dan bertentangan mata dengan David Beckham, jangan lupa 22 September ini dan pastinya kena beli tiket ya!
Tapi ia bukan kunjungan pertama Beckham ke Kuala Lumpur. Pada November 2014, beliau menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di Pavilion.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.