Adakah anda suka minum air barli? Dalam keadaan cuaca panas ini amatlah sesuai meminum air barli kerana selain dikatakan mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan kepanasan dalam tubuh.
Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
1. Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain.
2. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.
3. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
Ads
4. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.
5. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.
Ads
6. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.
7. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.
8. Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.
9. Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.
10. Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.
11. Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdasarkan komitmen dan keyakinan tinggi, skuad ragbi tujuh sebelah negara bertekad menukar sasaran pingat perak ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada kilauan emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Ketua Jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, misi itu dapat dilaksanakan berdasarkan komitmen pemain dan prestasi semasa yang dipamerkan.
“MSN mensasarkan pingat perak di pentas Sukan SEA kali ini tapi kami bertekad melepasi jangkaan berdasarkan prestasi dipamerkan pemain sejak Januari lalu hingga kini.
“Pemain baharu yang dimasukkan membuktikan mereka mampu menyaingi pemain senior,” katanya pada sidang akhbar Team MAS di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Saizul Hafifi berkata, kehadiran enam muka baharu – Mohamad Khairul Abdillah Ramli (scrum half), Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (wing), Muhamad Firdaus Tarmizi (wing), Muhammad Siddiq Amir Jalil (prop), Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain (prop) dan Muhammad Zulhisham Rasli (prop) akan memberi nilai tambah kepada skuad sedia ada.
“Kami hanya mengekalkan enam pemain lama ketika di Sukan SEA Singapura lalu untuk kali ini. Saya percaya gandingan pemain senior dan baharu diserapkan ini mampu memberikan impak positif di Sukan SEA,” katanya.
Hadir sama pengurus pasukan, Amir Amri Mohamad dan dua pemain, kapten Zulkiflee Azmi dan Siddiq Amir.
Saizul Hafifi juga memaklumkan juara bertahan, Filipina, adalah pencabar utama kali ini kerana negara berkenaan menggunakan pemain naturalisasi.
Namun beliau optimis pemainnya akan memberikan aksi terbaik apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan. Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera.
Perkongsian Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja. Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni.
“Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.
Cara Membuatnya:
Kelebihan Daun Limau Purut
Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.
sumber: petuaibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jadi, apa kata anda cuba sejukkan badan anda dengan minuman-minuman ini:
1. Kundur
Kebanyakan pasti akan salah sangka yang buah kundur ini adalah mentimun. Sebenarnya bukan. Kundur ialah daripada keluarga Cucurbitaceae, dikenali dalam bahasa inggeris sebagai winter melon. Masyarakat cina mempercayai air buah kundur dapat memastikan keseimbangan dan menstabilkan suhu badan.
Jus kundur juga dapat membantu menghidrasikan badan anda dengan lebih cepat berbanding air dan menyahkan toksin.
2. Krisantimum
Teh krisantimum adalah antara minuman popular dikalangan masyarakat cina. Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas.
Caranya menyediakannya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan bunga krisantimum dan letakkan di dalam air panas beserta gula batu. Ia juga terdapat dalam minuman tin.
3. Cincau
Anda sudah tentu dah kenal dengan cincau. Ia boleh didapati dalam minuman ABC, sirap bandung cincau dan air cincau sendiri. Cincau iini terhasil daripada adunan campuran daripada tumbuhan Mesona chinesis, ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatan seperti agar-agar.
Cincau ialah penyejuk semula jadi yang membantu mencegah serangan panas dan demam serta mencegah ruam dan kulit kering.
4. Sengkuang cina
Sengkuang cina ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan anda yang sedanng panas, bahkan ia juga dapat menyahkan toksin yang tersumbat dalam badan anda. Selain itu, mereka yang menghidap cystitis dan jangkitan saluran kencing boleh diberikan sup sengkuang cina bagi mencegah daripada menjadi lebih teruk.
Jus yang diekstrak juga boleh mencegah rasa senak dan loya.
5. Air kelapa muda
Alangkah indahnya kalau ditengah-tengah cuaca panas ini kalau dapat menikmati air kelapa muda. Sungguh menyegarkan! Air kelapa muda memang dikenali sebagai penyejuk badan semulajadi dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk demam dan menghilangkan panas dalam.
Syaratnya, perlu minum begitu sahaja tanpa ais dan gula.
6. Biji kembang semangkuk
Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan.
Ia dikatakan mampu menjadi ubat untuk penyakit asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan hidung, perut, usus atau pundi kencing, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal dan masalahcacing dalam perut dan usus.
Petua tradisional mudah sahaja. Anda hanya perlu rendam biji kembang semangkuk, getah anggur, gula batu dan air selama sejam dan minum!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.