Ketika ditemui media sempena majlis pelancaran dirinya sebagai brand ambassador terbaru Puma Malaysia, Arif Aiman tampil tenang, namun lantang menjawab isu yang sedang hangat diperkatakan kehadiran pemain warisan dalam skuad Harimau Malaya.

“Bagi saya, benda ni positif. Saya sendiri belajar banyak daripada mereka. Mereka bukan datang nak ambil tempat, tapi bantu kuatkan pasukan. Bila kita ada ramai pemain bagus, itu bukan satu masalah itu satu kelebihan,” katanya.

Belajar Dari Liga Eropah, Bukan Egosentrik

Arif juga menekankan bahawa dia tak pernah rasa dirinya ‘kecil’ atau ‘terancam’ dengan kemasukan pemain naturalisasi.

Malah, dia melihatnya sebagai satu peluang keemasan untuk berkembang dan belajar daripada mereka yang sudah menempuh pengalaman luas di peringkat tertinggi.

Arif Aiman Anggap Pemain Warisan Sebagai Kekuatan Bukan Ancaman
Foto : Berita Harian

“Saya tak nafikan mereka main kat Liga Turki, Liga Portugal, Liga Eropah… itu semua bukan benda kecil. Jadi saya ambil semua tu sebagai pelajaran. Kita kena tengok dari sudut manfaat macam mana kita boleh belajar dari cara mereka training, jaga makan, disiplin taktikal.”

Baginya, jika pemain muda Malaysia mahu pergi lebih jauh, mereka tak boleh ego atau selesa dengan status sekarang.

Ads

Satu Pasukan, Satu Misi

Walaupun isu pemain warisan terus jadi bualan, Arif tetap tenang membawa naratif perpaduan.

Bagi beliau, kunci utama dalam bola sepak adalah kesatuan pasukan.

“Kita semua bawa jersi yang sama. Tak kisahlah dia dari latar mana pun, kita tetap satu Harimau Malaya. Kita ada model yang sama, matlamat yang sama nak harumkan nama negara,” jelasnya lagi.

Ads
Arif Aiman Anggap Pemain Warisan Sebagai Kekuatan Bukan Ancaman
Foto : Berita Harian

Kuncinya Adalah Mindset

Kalau nak tahu apa yang membezakan Arif daripada pemain muda lain, ia bukan semata-mata kepantasan atau kelincahan di padang. Ia bermula dari cara dia berfikir.

“Saya selalu tekankan mindset. Kalau mental kita kuat, kita boleh adapt dan grow dengan mana-mana player pun. Kita kena ada rasa ingin belajar dan improve hari demi hari. Kalau kita stuck dengan cara lama, kita tak ke mana.”

BACA LAGI : “Saya Belajar Disiplin Dari Beckham, Tapi Hidup Kena Ada Nilai Sendiri” – Syarul Ezani

Ads
Arif Aiman Anggap Pemain Warisan Sebagai Kekuatan Bukan Ancaman
Foto : VOCKET FC

Baginya, perubahan besar dalam bola sepak bermula dari dalam daripada cara pemain melihat cabaran, tekanan dan persaingan.

Di sebalik penampilannya yang masih muda dan bergaya sebagai duta kepada jenama global, Arif Aiman sedang menunjukkan sisi lain dirinya.

Bukan sekadar pemain sayap berbisa yang menakutkan pertahanan lawan, tapi juga seorang figura muda yang matang, berpandangan jauh dan mula memikul tanggungjawab sebagai suara kepimpinan generasi baru.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads