
Memiliki perut buncit sering menjadi isu yang mengganggu banyak lelaki, mempengaruhi bukan sahaja penampilan tetapi juga kesihatan secara keseluruhan. Malah, perut buncit ini juga dikaitkan dengan risiko tinggi terhadap pelbagai masalah kesihatan serius.
Dalam usaha menangani masalah ini, ramai lelaki mencari strategi efektif untuk mengurangkan lemak perut melalui latihan dan pengaturan diet yang sesuai. MASKULIN membariskan beberapa senaman boleh dipraktikkan di rumah ataupun sebagai rutin harian anda sekali gus dapat memberi tubuh badan yang sihat.
Sentuhan Jari Kaki
Latihan perut ini sesuai untuk pemula yang ingin mengukuhkan bahagian tengah badan mereka.

Berbaring dengan kaki terangkat dan lutut ditekuk pada sudut 90 darjah. Aktifkan otot bawah abdomen ketika mengangkat bahagian atas badan dari lantai. Capai jari kaki dengan tangan, bertahan selama 1–2 saat di puncak gerakan. Perlahan-lahan kembalikan ke kedudukan asal. Lakukan 1–3 set, masing-masing 12–18 ulangan.
- Plank Sisi
Jika perlukan sokongan tambahan, turunkan lutut yang lebih rendah ke lantai. Untuk menambah intensiti, angkat kaki yang lebih atas setinggi mungkin, atau lakukan “hip dips” dengan menurunkan pinggul hampir menyentuh lantai sebelum mengangkatnya kembali.

Berbaring di sisi kanan dengan lengan kanan di bawah bahu. Rentangkan kaki, kaki kiri di atas kanan. Kencangkan inti badan. Angkat pinggul sehingga badan membentuk garis lurus. Angkat tangan kiri ke atas. Putar badan menghadap lantai sambil membawa tangan kiri ke bawah badan. Putar kembali dan luruskan tangan kiri ke kedudukan semula. Mulakan dengan 1 set 8–12 ulangan. Ulangi pada sisi yang berlawanan.
- Bicycle Crunches atau Senaman Basikal
Pastikan untuk memutar inti badan dan elakkan menarik dari pinggul atau menegangkan leher. Sandarkan bahagian bawah belakang ke lantai dan angkat bahu dari telinga.

Berbaring dengan lutut ditekuk dan tumit di lantai. Silangkan jari di pangkal tengkorak. Mulakan dengan mengaktifkan inti badan, mengangkat bahagian atas badan dan lutut sehingga berada tepat di atas pinggul.
Pada nafas keluar, putar badan membawa siku kanan dan lutut kiri mendekat. Pada masa yang sama, luruskan dan hulurkan kaki kanan. Tahan posisi ini selama 1–2 hitungan sebelum menghirup dan kembali ke kedudukan asal. Lakukan sisi yang berlawanan. Ini satu ulangan. Lakukan 2–3 set, masing-masing 8–18 ulangan.
- Boat Pose atau Navasana
Latihan ini mengukuhkan otot inti dan tulang belakang. Panjangkan tulang belakang dan luaskan dada sepanjang latihan.

Dari kedudukan duduk, condongkan badan ke belakang pada tulang duduk dan tulang ekor. Angkat kaki membentuk huruf V. Rentangkan tangan ke depan sehingga sejajar dengan lantai. Tahan hingga 1 minit. Ulangi 2–3 kali.
- Senaman Crunch Sisi Menurun
Latihan ini boleh dilakukan di permukaan rata jika tiada bangku menurun. Berbaring di atas bangku yang miring. Ketika mula mengangkat bahagian atas badan, letakkan tangan kiri di belakang kepala dan tangan kanan di paha kiri.

Teruskan mengangkat bahagian atas badan sambil memutar ke sisi kiri, membawa siku kanan ke lutut kiri. Berhenti di sini selama 1–2 saat. Perlahan-lahan turunkan kembali ke kedudukan asal. Kemudian lakukan pada sisi yang berlawanan. Lakukan 2–3 set dengan 10–18 ulangan.
Mendapatkan perut yang kempis berbeza untuk setiap individu, dipengaruhi oleh faktor seperti peratusan lemak badan. Sesetengah orang mungkin melihat kemajuan dalam beberapa minggu dengan senaman yang konsisten, tetapi ia boleh mengambil beberapa bulan hingga setahun sebelum melihat hasil penuh.
Penting untuk menjaga gambaran keseluruhan dan kesihatan anda. Lakukan perubahan positif dalam pemakanan dan senaman, dan hasilnya akan menyusul. Konsistensi adalah kunci, dan kesabaran adalah rakan senaman terbaik anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kajian Dedahkan Orang Yang Bulu Roma Mudah Meremang Adalah Peramah & Sihat!

Matthew Sachs yang mengetuai pasukan penyelidik dari Universiti Havard menemui satu fakta menarik tentang bulu roma.
Dalam satu kajian, mereka mendapati orang yang mudah meremang bulu romanya adalah jenis peramah dan memiliki tubuh sihat.
Gunakan muzik sebagai eksperimen
Salah satu kaedahnya, sekumpulan peserta di festival Reading and Leeds diberi peluang untuk mendengar lagu selama 2 hari pada Ogos lalu.
Hasil tindak balasnya setiap kali muzik dipasang, kadar degupan jantung mereka bertambah laju dan bulu roma pun naik dalam masa sama.
55 % miliki hidup yang ceria
Sepanjang 45 minit muzik dimainkan, kira-kira 55% daripada mereka meremang bulu roma dan wanita adalah golongan majoriti.

Hasil dapatan kajian itu turut dikaitkan dengan cara hidup peserta-peserta berkenaan yang disifatkan cukup menyeronokkan.
Keputusan itu juga merumuskan orang yang senang meremang bulu roma adalah orang yang lebih sihat, lebih kaya dan juga seorang yang peramah.

Keputusan kajian ini diterangkan secara penuh menerusi The Goosebumps Theory.
Sumber : Metro.co.uk
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dari Beginner Kepada Advance, 10 Tip Tingkatkan Kualiti Larian Dalam Masa Singkat

Anda kini sudah bersedia dari segi mental untuk memulakan aktiviti larian. Kasut larian, check. Jam tangan pintar lengkap dengan GPS, check. Pakaian sesuai untuk larian, check!
Namun ada satu perkara yang anda harus sedar. Sebagai orang baru yang ingin memulakan aktiviti larian sebagai rutin senaman, anda sebenarnya masih bergelar sebagai beginner.
Keterujaan merupakan perkara yang sangat baik buat anda yang dikira masih baru ingin berjinak dengan larian. Kerana dengan keterujaan itulah munculnya adrenalin yang terus membuatkan anda berkobar-kobar.
Akan tetapi jika tidak dilakukan larian dengan teknik yang betul, ia boleh mendatangkan masalah kepada anda. Bukan sahaja risiko kecederaan otot malah lebih bahaya risiko serangan cardiac.
Go slow and steady! Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 cara bagaimana untuk meningkatkan kualiti larian dengan selamat agar anda boleh berubah daripada beginner menjadi advanve.
JAGA PACE LARIAN
Tidak dapat dinafikan rata-rata pelari berlari melebihi daripada kemampuan sebenar fizikal mereka. Ini sekali gus meningkatkan risiko kecederaan dan membuatkan larian berasa tidak seronok. Usah terpengaruh sangat dengan slogan ‘no pain, no gain’. Tiada gunanya badan kita terlalu sengsara semata ingin melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Buat permulaan, berjalan selama 5 minit untuk panaskan badan. Kemudian lari secara perlahan selama 1 minit dan kembali berjalan 2 minit. Ini membantu kadar degupan jantung dan juga kawalan pernafasan yang baik. Ulang selama 5 kali dengan jumlah larian keseluruhan kira-kira 20 hingga 30 minit.
JAGA PEMAKANAN
Faktor pemakanan juga sangat penting untuk memastikan kualiti larian anda terus meningkat dari semasa ke semasa. Pemakanan bukan sahaja memberikan tenaga tetapi ia mampu mengubah mood anda menjadi lebih baik. Perbanyakkan makan makanan sihat dan seimbang dan elakkan makanan segera serta minuman ringan.
LAKUKAN UKURAN BIO-FEEDBACK
Kebanyakan atlet profesional, mereka sentiasa menjaga kondisi fizikal mereka dengan beberapa cara. Salah satunya ialah Heart Rate Monitor dan Sleep Tracker. Kedua-dua teknologi ini mampu membantu anda mengetahui kondisi badan yang sebenar. Sama ada anda cukup rehat atau tidak serta kemampuan degupan jantung untuk melakukan aktiviti berat seperti larian.

MENTAL YANG BAIK
Melakukan meditasi merupakan antara cara terbaik untuk memberikan kondisi mental yang baik. Bagi yang beragama Islam, jangan tinggalkan solat. Jika ada masa terluang lakukanlah zikir kerana ibadah itu pasti menenangkan. Denghan minda yang tenang dan mental yang baik anda pasti dapat lakukan larian dengan lebih baik. Selain itu ia membantu meningkatkan kadar imun, konsentrasi dan merendahkan stres.
LATIHAN SECARA KONSISTEN
Meletakkan sasaran itu biarlah praktikal dan tikdak terlalu sukar untuk anda capai. Lakukanlah latihan secara rutin dan berterusan. Bukannya sekali berlatih ditekannya badan hingga boleh mendatangkan kecederaan. Untuk beginner, lakukanlah latihan larian sebanyak 3 kali seminggu selama 20 hingga 39 minit. Kemudian tingkatkan kekerapan kepada 6 kali seminggu untuk ke level advance.

SASARAN JELAS
Untuk menjadi seorang pelari yang lebih advance, anda pastinya perlu meletakkan sasaran. Tuliskan sasaran anda dan lakukan penilaian dari semasa ke semasa. Dari situ anda akan dapat kenal pasti di manakah ruang yang boleh diperbaiki. Di samping itu anda juga boleh melihat peningkatan diri yang dilakukan sekali gus membakar lagi semangat untuk terus berlari.
RAKAN LARIAN
Mempunyai rakan ketikan latihan atau larian memberikan banyak manfaat. Mempunyai rakan larian membuatkan anda tidak rasa kesepian sepanjang larian. Selain itu masing-masing boleh berkongsi pendapat serta memberikan dorongan. Malah, berlari dengan rakan juga meningkatkan faktor keselamatan.

TEKNIK ‘CHIRUNNING’
Ini merupakan teknik larian yang dapat memberikan manfaat kepada semua pelari. Teknik di mana ia memberikan fokus untuk membantu anda berlari dengan pengguaan tenaga lebih efisien. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko kecederaan sendi, otot dan juga elak kekejangan.
REHAT, PEMULIHAN DAN TIDUR YANG CUKUP
Antara perkara yang sering terlepas pandang oleh ramai orang ialah mendapatkan rehat yang mencukupi. Tahukah anda seseorang yang tidak mempunyai tidur yang cukup berdepan kesukaran melakukan larian dengan lebih baik. Tidur yang cukup bagi seorang dewasa ialah di antara 7 hingga 8 jam sehari. Dengan tidur juga badan akan secara semula jadi melakukan pemulihan dalaman.
SENTIASA HAPPY
Larian itu perlu dianggap sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan. Jika menganggapnya sebagai beban, maka anda tidak akan seronok melakukannya. Dan ini membuatkan motivasi melakukannya menurun dan sia-sia sahaja.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini memberikan manfaat kepada anda yang mungkin masih baru dalam aktviti larian.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau Buat 4 Teknik Senaman Dumbbell Ini Di Rumah Pun Boleh Sado Tau!

Kebanyakan lelaki mengimpikan tubuh yang tegap dan body yang sado. Itu adalah trend semasa namun tidak rasa yang punyai masa untuk melakukannya.
Lebih-lebih lagi bagi golongan lelaki yang sibuk bekerja dan punyai pelbagai komitmen harian yang tinggi.
Namun begitu untuk mencapai keinginan, sikap yang sentiasa beralasan perlu diketetepikan kerana dengan 4 teknik senaman dumbbell ini, anda boleh sado meski pun dibuat hanya dari rumah :
1. Hammer curl

Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini adalah otot di bahagian forearm.
Cara senaman boleh dilakukan secara berdiri atau duduk. Pegang dumbbell dalam posisi menegak. Luruskan tangan kebawah seiring dengan kaki dan angkat dumbbell sambil tetapkan lengan bahagian atas dan siku agar kekal lurus.
Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
2. Biceps concentration curl

Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.
Cara senaman berada dalam posisi duduk. Letak sebelah siku di atas peha sambil memegang dumbbell. Angkat dumbbel sambil siku di peha dan mulakan gerakan dari bawah sehingga dumbbell berada lebih tinggi daripada peha.
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
3. Dumbbell renegade row

Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.
Cara senaman ambil posisi seperti keadaan push up tetapi dengan memegang dumbbell di kedua belah tangan. Mulakan gerakan dengan mengangkat dumbbell sehingga siku berada pada posisi selari dengan badan.
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
4. Standing biceps curl

Cara senaman boleh dilakukan secara berdiri atau duduk. Pegang dumbbell pada posisi tapak tangan menghadap ke hadapan. Mulakan gerakan dengan posisi tangan lurus dan gerakkan tangan sehingga ke paras dada.
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang



