Lebih sedekad, rejim Zionis Israel telah menguburkan cita-cita ribuan atlet Palestin, demikian lapor TRT World menerusi hantaran di laman Instagramnya.
Menurut Jawatankuasa Olimpik Palestin, kira-kira 400 atlet telah terbunuh di Gaza, Palestin yang dikepung sejak 7 Oktober 2023 , termasuk 69 atlet Olimpik.
Selain menghapuskan rakyat Palestin, rejim Zionis Israel juga berusaha untuk menghapuskan sebarang pencapaian sukan dan olahraga di kawasan itu.
“Israel secara sistematik berusaha untuk memastikan pencapaian dan potensi Palestin dalam semua bidang kekal lembap dan sentiasa kerdil dengan pencapaiannya sendiri,” kata penulis dan pensyarah Abdaljawad Omar.
“Ini termasuk bidang politik, intelektual, ekonomi dan sastera, di mana dari segi sejarah, ramai rakyat Palestin yang berbakat dan berprestasi tinggi telah menjadi sasaran. Sukan tidak terkecuali dalam hal ini,” tambahnya.
Berikut adalah antara atlet-atlet Palestin yang telah telah terkorban:
Majed Abud Maraheel
Pelari jarak jauh berusia 61 tahun ini juga merupakan pembawa bendera Palestin pertama di sukan olimpik. Pencapaian ini merupakan kebanggaan buat Palestin, menandakan kehadiran negara tersebut di pentas antarabangsa.
Foto: Majed Abud Maraheel.
Namun, Majed meninggal dunia pada Jun lalu akibat kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh kekurangan bantuan perubatan.
Ads
Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat dunia sukan Palestin, di mana beliau telah memberi inspirasi kepada ramai atlet muda.
Hani Al Mossader
Merupakan jurulatih pasukan bola sepak olimpik Palestin, Hani terkorban dalam satu serangan udara oleh rejim Zionis.
Foto: Hani Al Mossader.
Sebagai jurulatih yang berdedikasi, Hani telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan bakat-bakat muda Palestin dalam sukan bola sepak, memberikan harapan dan impian kepada generasi akan datang.
Kepergian beliau adalah satu lagi tamparan hebat buat komuniti sukan di Palestin.
Ads
Mohammed Barakat
Berusia 39 tahun, beliau merupakan pemain bola sepak yang dikenali dengan gelaran “legenda Khan Younis” kerana sumbangan dan pencapaiannya dalam arena bola sepak.
Foto: Mohammed Barakat.
Sayangnya, beliau terbunuh dalam satu serbuan oleh rejim Zionis pada bulan Mac. Barakat dikenang bukan sahaja sebagai pemain bola sepak yang hebat, tetapi juga sebagai simbol ketabahan dan semangat juang yang tinggi bagi rakyat Palestin.
Nagham Abu Samra
Jaguh sukan bela diri Karate yang sepatutnya beraksi di Olimpik Paris 2024, turut menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.
Foto: Nagham Abu Samra.
Serangan udara rejim Zionis membuatnya koma dan kudung kaki kanan sebelum meninggal dunia, sekaligus memadamkan impiannya untuk mengharumkan nama Palestin di persada dunia.
Ads
Nagham merupakan contoh inspirasi kepada ramai wanita Palestin yang bercita-cita besar dalam bidang sukan.
Selain atlet, kemudahan sukan juga tidak terkecuali apabila sebanyak 42 kemudahan sukan di Gaza telah dimusnahkan.
Kemudahan sukan seperti gim, dewan latihan, padang, dan stadium, telah dirosakkan, dimusnahkan atau dirampas oleh Israel dan dijadikan pusat tahanan.
Cemburu biar bertempat. Adakah anda tahu? cemburu jika tidak dibendung boleh membawa pada masalah jiwa. Sebelum merebak, atasinya segera. Ini solusi yang dilakukan kebanyakan lelaki bagi menyelesaikan dan mengendali pasangan kuat cemburu. Sedikit sebanyak ia membantu wanita mengurangkan rasa cemburu itu.
1-Tegur Dengan Suara ‘Macho’
Bagi kaum Adam yang cakna dengan emosi si Hawa, mereka tahu bagaimana untuk mengawal situasi apabila pasangannya mulai cemburu. Salah satu solusi adalah menegur dengan suara perlahan. Nampak seperti remeh, tetapi kesannya agak mengagumkan.
Harus diketahui bahawa wanita tidak boleh menerima pasangan yang sengaja berdiam diri tanpa memberi jawapan apabila ditanya ataupun menengkingnya tatkala meminta jawapan. Jalan terbaik, lelaki harus memberi jawapan dengan nada suara yang sederhana dan tidak tergagap-gagap. Sedikit sebanyak emosi cemburunya akan sedikit kendur.
2-Penjelasan Hanya Sekali
Bukan tidak mahu melayan pertanyaan tetapi cukuplah hanya sekali. Andai masih lagi tidak percaya, terpulang. Lelaki enggan bertikam lidah mengenai perkara yang tidak penting. Contohnya, cemburu kerana rakan-rakan. Huh, alangkah ruginya bergaduh mengenai rakan-rakan yang setiap hari bergaul. Pasangan pula haruslah berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama ingat mengingati mengenai hubungan yang terjalin.
3-Kenang Momen Indah
Pujuk sudah merayu pun sudah tetapi pasangan masih lagi merajuk. Garu kepala nak buat apa lagi. Apa kata anda cuba buka topik perbualan baru dengannya mengenai kenangan indah berdua. Contohnya, kenangan lucu, pertemuan pertama dan lain-lain.
4-Selalu Yakinkan Pasangan
Jika pasangan sering bertanya itu dan ini sehingga menyemakkan fikiran, pegang tangannya dan beritahu bahawa anda adalah milik dia selama-lamanya. Jangan gusar mengenai hubungan ini dan yakinkan pasangan agar dia percaya dengan anda.
5-Wanita hanya inginkan perhatian
Perlu tahu bahawa perhatian amat penting dalam suatu perhubungan. Anda tidak boleh pertikai perkara ini. Apa kata dalam kesibukan kerja tu, cuba layangkan satu mesej ringkas tetapi penuh bermakna. ‘Hai sayang, rindu kat awak la…bye’. Buangkan ego sedikit, setidaknya dia tidak berfikir bukan-bukan sepanjang ketiadaan anda di rumah.
-Cemburu adalah penyakit. Anda harus bijak mengawalnya.
-Kadang-kadang cemburu adalah perlu bagi memberi hint kepada pasangan tentang statusnya.
Cemburu yang berpada seolah-olah memanjakan pasangan. Mereka sedar bahawa anda menyayangi dan peka dengannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melayari bahtera perkahwinan sememangnya disarankan agama terutama sekali buat mereka yang mampu daripada zahir dan batin. Bagi mengelakkan daripada melakukan aktiviti sumbang dan zina, pernikahan dan perkahwinan adalah jalan terbaik. Sebelum sesebuah perkahwinan dilangsungkan, pasangan wajib untuk mengambil kursus perkahwinan sebagai langkah persediaan menghadapi kehidupan berumah tangga. Namun, harus diingat ada etika perlu anda ikuti ketika menghadiri kursus perkahwinan ini.
1- APA-APA PUN, DAFTAR DULU
Sebelum menghadiri kursus perkahwinan, anda berdua disarankan untuk melakukan apa yang ‘wajib’ dahulu. Ikut prosedur yang ditetapkan dan jangan main redah sahaja. Peserta yakni anda sendiri perlulah untuk mengisi borang terlebih dahulu bagi melayakkan anda untuk duduk di kerusi kursus. Kebiasaannya, peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan membawa salinan kad pengenalan sewaktu mendaftar.
2- KAWAL KETERUJAAN
Telatah ini boleh kita lihat terutama sekali bagi mereka yang sudah tidak sabar lagi untuk hidup berdua. Mungkin kerana terlalu lama hidup membujang, apa nak jadi jadilah sehinggakan ada yang menganggap kursus perkahwinan satu tempat untuk berseronok sahaja.
Ketahuilah kursus perkahwinan bukan satu tempat untuk anda bergembira bersama pasangan. Kursus perkahwinan samanya seperti kuliah iaitu anda dinasihatkan untuk berdisiplin. Jangan terlampau teruja sehingga gelak ketawa, bermain-main mahupun melakukan perkara yang sumbang. Ini boleh mencacatkan perjalanan program dan anda sendiri mungkin akan diarah keluar.
2- IKUTI PROGRAM YANG DIRANCANG
Sudah nama pun kursus, ia pasti melibatkan program yang sudah disusun atur buat semua peserta. Kebiasaannya, kursus perkahwinan mengambil masa selama dua hari dan dipenuhi dengan kelas-kelas kuliah yang wajib anda ikuti.
Oleh itu, amalkan untuk mengikuti tuntutan kursus itu sebaiknya. Setiap kuliah pastinya menawarkan pendekatan berbeza tentang kehidupan suami isteri dan bagaimana untuk menempuhnya. Jadi, ia amat penting anda mengikuti kesemua kuliah yang dirancang. Jangan main skip sahaja. Elakkan daripada keluar semasa kursus sedang berlangsung.
4- BERDUA LEBIH BAIK
Komitmen untuk hidup berdua mulai diuji sebaiknya anda melangkah masuk ke ruang kursus. Saling menjaga, berkomunikasi dan menjalani tempoh kursus sehingga ia tamat.
Namun, jika anda berdua datang berasingan, malah ada yang tidak hadir akibat tuntutan kerja, hal-hal peribadi dan sebagainya, ada baik untuk anda berdua tangguhkan dahulu. Sama jua seperti dalam hidup berumah tangga, kedua-duanya mestilah sentiasa patuh, bertanggungjawab dan mengambil serius akan perkara ini.
5- SOAL PAKAIAN JANGAN DIAMBIL RINGAN
Soal pemakaian sememangnya diambil berat oleh mana-mana kursus perkahwinan yang dianjurkan. Pakaian dan corak pembawaan diri sebagai manusia yang bertamadun mencerminkan akhlak dan personaliti anda.
Sama jua konsepnya ketika anda menghadiri kursus perkahwinan. Semua peserta hendaklah berpakaian formal iaitu berbaju kemeja dan berseluar slack bagi lelaki dan berbaju kurung serta bertudung bagi peserta wanita sepanjang kursus berlangsung. Elakkan dari memakai pakaian yang mendedahkan aurat.
6- SERAP ILMU DAN PRAKTIKKAN
Ramai di kalangan kita hanya menjalani kursus perkahwinan semata sekadar untuk mencukupkan syarat. Ini tidak sepatutnya berlaku. Atas sebab tidak mengambil serius akan pendekatan ini, ia sedikit sebanyak memberi efek pada institusi kekeluargaan yang bakal dibina.
Oleh itu, semua peserta disarankan untuk menyerap ilmu yang diberikan sebaik mungkin. Sebaik sahaja melangkah masuk ke alam berumah tangga, praktik. Kelak, perkahwinan anda dan pasangan akan kekal bahagian hingga ke akhir hayat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki kacak selalunya kelakar, pakej lengkap jadi idaman wanita. Pernah tak perasan, dalam mana-mana kumpulan lelaki kacak, mesti ada sekurang-kurangnya seorang yang bukan sekadar enak dipandang, tapi juga lawaknya boleh buat orang ketawa tak henti?
Lelaki Kacak Selalunya Kelakar, Pakej Lengkap Jadi Idaman Wanita
Seolah-olah rupa yang segak itu datang sekali dengan pakej humor yang luar biasa. Tapi, benarkah lelaki kacak selalunya kelakar, atau ini sekadar mitos semata-mata?
Lelaki Kacak Ada ‘Privilege’ untuk Jadi Kelakar?
Sebenarnya, ada teori psikologi yang menyokong idea bahawa lelaki yang berpenampilan menarik lebih cenderung untuk bersikap santai dan berani bergurau. Kenapa? Sebab mereka lebih yakin dengan diri sendiri. Keyakinan inilah yang membolehkan mereka bersikap selamba, berjenaka tanpa rasa malu, dan tak kisah jika lawak mereka menjadi atau tidak.
Dalam dunia sosial, orang yang kacak sering mendapat layanan lebih mesra, sama ada secara sedar atau tidak. Jadi, mereka tak perlu terlalu risau kalau lawak mereka ‘cringe’ sekali pun, orang tetap akan ketawa atau sekurang-kurangnya senyum. Berbanding mereka yang kurang menarik, lelaki kacak mungkin kurang mengalami ketakutan untuk dimalukan atau ditolak, sebab mereka dah biasa mendapat perhatian positif.
Kelakar Itu Senjata Tarikan Tambahan
Walaupun rupa paras boleh menarik perhatian orang sekeliling, ia bukanlah faktor utama yang membuatkan seseorang kekal menarik dalam jangka panjang. Sebab itulah ramai lelaki kacak yang sedar bahawa hanya bergantung kepada rupa sahaja tidak mencukupi. Mereka perlukan ‘X factor’ lain untuk menyerlah.
Humor ialah senjata ampuh. Seorang lelaki yang tahu membuat orang ketawa akan lebih mudah disenangi dan diingati. Malah, ramai wanita mengakui bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang kelakar daripada lelaki yang sekadar bergantung pada rupa semata-mata. Jadi, tidak hairanlah ramai lelaki kacak ‘mengasah’ bakat lawak mereka supaya menjadi lebih memikat!
Tekanan untuk Tidak Nampak Sombong
Lelaki kacak sering kali dikaitkan dengan stereotaip tertentu—antaranya dianggap sombong, sukar didekati, atau terlalu serius. Oleh itu, ramai lelaki yang mempunyai wajah menarik memilih untuk menjadi kelakar sebagai cara untuk mencairkan persepsi ini.
Dengan bersikap lucu dan bersahaja, mereka dapat menunjukkan bahawa mereka bukan sekadar ‘muka hensem’ tetapi juga seorang yang mesra dan mudah didekati. Humor menjadi satu bentuk ‘damage control’ bagi memastikan mereka tidak dilabel sebagai seseorang yang membosankan atau terlalu serius.
@astrogempak Siapa rindu Hero Remaja 2012? Memang betul la tahun tu semua peserta garing garing beb! Lagi lucu eps penuh BDBK Syafiq Kyle di YT Astro Gempak Jom Usha dan Strim Astro Originals #OneCentThiefS2 di On Demand dan Strim Astro GO. Boleh layan di mana mana saja, bila- bila masa! ATAU Strim tanpa kontrak, boleh layan kat mana mana je, bila- bila masa! #JomUsha#OneCentThiefS2#AstroGo#OnDemand#sooka#sookaMalaysia Tajaan Lokasi yang nyaman: Sunway Lagoon Malaysia *Untuk maklumat lanjut dan lebih promosi menarik, sila layari www.sunwaylagoon.com Awesome Moment Together! Tajaan Sofa yang empuk: Joy Design Studio *Untuk maklumat lanjut dan lebih promosi menarik, sila layari www.joyd.my #borakdulubarukamu#BDBKS3♬ original sound – Gempak
Tapi Tak Semua Lelaki Kacak Itu Kelakar
Sudah tentu, tidak semua lelaki kacak mempunyai bakat melawak. Ada juga yang lebih pemalu, pendiam, atau memilih untuk menjaga imej ‘cool’ mereka daripada cuba membuat orang ketawa.
Malah, dalam sesetengah kes, lelaki yang kurang menarik lebih cenderung untuk menggunakan humor sebagai cara untuk menonjol. Mereka mungkin lebih berusaha menjadi kelakar kerana menyedari mereka tidak boleh bergantung kepada rupa semata-mata untuk menarik perhatian.
Jadi, benarkah lelaki kacak itu selalunya kelakar? Jawapannya, tidak semestinya, tetapi memang ada kecenderungan untuk mereka menjadi lebih santai dan yakin dalam berjenaka kerana faktor keyakinan diri dan penerimaan sosial yang lebih positif.
Namun, hakikatnya, kelakar atau tidak bukanlah sesuatu yang bergantung pada rupa semata-mata. Humor adalah satu bakat dan seni yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, sama ada kacak atau biasa-biasa. Yang penting, keyakinan dan keikhlasan dalam berkomunikasi—itulah yang menjadikan seseorang benar-benar menarik!
Ingin larian jarak jauh terasa lebih mudah dan efisien? Ketahui 10 langkah strategi long run yang membantu pelari beginner dan profesional berlari lebih jauh tanpa cepat penat.