Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi dan kini para peniaga, pemilik jenama fesyen dan pelbagai pembekal kelengkapan untuk hari kemenangan pada tahun ini sudah mula mengorak langkah dengan cukup pantas.
Baju raya semestinya berada dalam keutamaan ramai orang. Iyalah, Hari Raya Aidilfitri hanya muncul sekali dalam setahun pastinya ramai yang ingin tampil segak bergaya. Bagi lelaki, salah satu kemestian ialah mengenakan pakaian tradisional, baju Melayu.
Pengaruh selebriti tidak dinafikan cukup besar kesannya terhadap pasaran apabila melibatkan fesyen.
Dan untuk tahun ini ramai warganet yang menjangkakan Baju Melayu Teluk Belanga akan menjadi pilihan ramai selepas menyaksikan ia digayakan oleh Remy Ishak pada pertunjukan fesyen ‘Terrrrpaling Raya: Bulan Bintang’ pada Sabtu lalu.
“Remy Ishak sesuai untuk mewakili atau face of Teluk Belanga. Saya rasa beliau merupakan selebriti lelaki yang paling sesuai dan kena dengan saran pasaran kerana Remy Ishak ada wajah Melayu dan Maskulin,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi (Meri).
“Kita telah kaji dan lihat respons di media social. Duta-duta yang kita pilih menjawab kita punya objektif untuk tarik crowd. Dan paling penting kita selesa untuk bekerja dengan Remy Ishak dan juga duta-duta kami yang lain,” tambahnya lagi.
Ads
Melihat komen-komen warganet di Instagram Remy Ishak, MASKULIN menjangkan populariti Baju Melayu Teluk Belangan akan menjadi pilihan ramai bagi raya kali ini.
Antara komen menarik;
“Aku dapat rasa nanti aku time raya macam siapa dah!”
Ads
“Aura lain macam abang Remy! Confirm warna ni ramai yang lock.”
“Auto beli tahun ni!”
Selain Remy Ishak pelakon popular Shukri Yahaya, turut ditonjolkan sebagai di antara duta utama Bulan Bintang bagi koleksi sempena Aidilfitri pada tahun ini.
Ads
Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.
Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan barisan duta Bulan Bintang 2024 yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha.
Jenama ini turut melancarkan Kempen Terrrpaling Raya di mana Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai RM 3 juta untuk semua pembeli Bulan Bintang pada tahun ini.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah yang menarik akan dimenangi oleh para pelanggan jenama Bulan Bintang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama mewah, Michael Kors dengan sukacitanya meelancarkan kempen iklan Musim Luruh 2023 untuk MICHAEL Michael Kors dan Michael Kors Mens.
Michael Kors mendapat inspirasi daripada pengembaraannya. Pertemuannya baru-baru ini dengan The Louvre di Paris mengilhamkan reka bentuk monogram kekisi berlian MK Empire Logo. Bersahaja namun gah, logo baharu itu memancarkan rasa bangsawan yang tidak dapat disangkal, sama seperti pantulan terang Louvre di langit malam Paris.
“Paris sentiasa menjadi sumber inspirasi yang tidak berkesudahan untuk saya,” kata Michael Kors. “Ia adalah bandar yang membuatkan anda ingin duduk di kerusi dan memerhatikan orang ramai kerana ia adalah filem fesyen terhebat sepanjang masa. Dan itulah yang saya ingin zahirkan di kempen ini.”
Untuk pakaian ready-to-wear MICHAEL Michael Kors, Musim Luruh 2023 menawarkan sentuhan glamor pada pakaian bermusim, cetakan harimau bintang siang ke malam dan pakaian luar yang mewah dan canggih. Palet warna neutral yang kaya, mudah dan hits imbangan hitam cetakan tebal dan aksen stud, digabungkan untuk mencipta pakaian musim luruh yang sempurna.
Logo Empire yang elegan dipamerkan pada pakaian luar dan aksesori. Cetakan Logo Empayar Michael Kors menjadikan siluet perkakasan terbaharu jenama itu sebagai tarikan utama. Logo Empire dibayangkan semula sebagai corak rantaian yang menarik, dicetak dan ditenun dalam jacquard mewah, pada segala-galanya daripada lapisan ringan hingga ke bagasi dan beg tangan.
Fabrik Jacquard yang terkenal dengan keindahan corak tenunannya, berdiri sebagai lambang sebenar kualiti hebat dalam bidang tekstil. Dicipta dengan perhatian yang teliti terhadap butiran, Jacquard menggunakan alat tenun khas yang menganyam motif yang rumit, tekstur dan reka bentuk yang rumit ke dalam fabrik itu sendiri, menjadikan setiap karya sebagai karya seni.
Di sebalik tarikan estetiknya, ketahanan dan kekayaan fabrik Jacquard memastikan ia bukan sahaja menghiasi, malah bertahan, menjadikannya pilihan yang diidamkan untuk haute couture, upholsteri dan hiasan rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berbeza dengan kaum wanita, aksesori untuk lelaki tidaklah banyak seperti mereka. Bagi wanita mereka boleh menyerlahkan personaliti menerusi pelbagai aksesori seperti gelang, rantai, cekak rambut, skarf dan pelbagai lagi.
Lelaki pula tak banyak pilihan. Dan satu-satunya aksesori yang paling biasa untuk lelaki ialah jam tangan.
Jika dulu jam tangan membawa fungsi sebagai pemberitahu waktu kini jam tangan lelaki sudah membawa pelbagai fungsi untuk pelbagai acara atau aktiviti.
Kelas-kelas jam seperti jam mewah, jam kasual, jam digital, jam pintar dan jam khusus buat aktiviti senaman atau larian kini ditawarkan dengan cukup banyak di pasaran.
Jika anda ingin membeli jam tangan terdapat beberapa perkara penting yang harus anda ambil kira.
GAYA HIDUP
Sekiranya rutin harian anda lebih kepada business casual, maka jam tangan kasual sesuai untuk anda. Namun, jika anda seorang eksekutif yang kerap menghadiri majlis-majlis maka dress watch pilihan anda.
KEWANGAN
Sebelum mahu membeli jam, pastikan anda mempunyai bajet yang mencungkupi. Jumlah wang penting untuk menentukan sama ada anda boleh membeli jam yang berjenama besar atau sebaliknya.
KRITERIA
Kenali kriteria jam yang anda inginkan. Adakah anda tercari-cari jam analog atau jam digital? Adakah anda memerlukan tarikh dan jam loceng? Memilih jam bukan sekadar melihat pada jenama dan harga saja tetapi beberapa faktor lain.
JENAMA
Jika anda sudah memikirkan jenama, ia memudahkan masa pencarian di gedung beli belah jam nanti. Namun, jika anda tidak mempunyai idea untuk memilih jenama apa yang digemari, rujuk majalah dan Internet untuk perkembangan jenama terkini.
BATERI
Adalah penting untuk mengetahui jangka hayat jam yang mahu dibeli. Biasanya jam tahan lama boleh membantu anda lebih berjimat kerana anda tidak perlu membeli banyak jam setiap kali rosak. Misalnya, jam yang banyak dijual di pasar malam cepat kehabisan bateri dan akan membuatkan anda kerap membeli jam lagi.
KUALITI
Jam tiruan yang kononnya terdiri dari jam berjenama semakin banyak terjual di kedai-kedai dan pasaraya. Sebaiknya, anda perlu membeli di syarikat atau pengedar yang mempunyai nama yang baik. Jika anda mampu, adalah lebih baik anda memilih satu jam yang terkenal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sneaker adalah kasut yang mesti ada di dalam rak kasut setiap orang. Kenapa? Ia adalah kasut yang boleh dipakai sebagai pelengkap gaya jika anda mengayakan gaya kasual. Lagipun, admin rasa sneaker adalah kasut paling selesa untuk dipakai ke mana sahaja termasuk lah ke pejabat. Sneaker juga ada pelbagai jenama , bentuk , corak dan gaya.
Dulu, asal sneaker je mesti kita akan pilih kasut dari jenama Nike dan Adidas kerana jenama ini adalah jenama yang sudah terkenal .Sekiranya anda ingin mencari sneakers baru, lihat beberapa jenama underrated yang kualiti sama hebat jadi tidaklah anda asyik mengenakan sepasang Stan Smiths atau Airmax yang sama sahaja.
Setiap koleksi yang ditengahkan oleh Reebok agak cool dan mengikut trend. Lebih-lebih lagi sekarang berkolaborasi dengan penyanyi genit Ariana Grande, Rick Ross, Demi Lovato , Nick Jonas ,menggunakan khidmat supermodel Gigi Hadid, aktres Gal Gadot, bintang K-Pop BlackPink, Winner Mino menjadikan jenama ini mula mendapat tempat di hati pengguna.
Siapa sahaja yang tak sukakan sneakers yang klasik dan cantik dari koleksi Reebok Classic Nylon Sp ni. Strategi terbaik yang membuatkan anak muda ingin miliki sepasang.
Sebagai peminat kasut, memang leceh sekiranya kasut yang kita idamkan tu hanya boleh didapati di luar negara. Tahu tak Yellow Porter memudahkan segala masalah pembelian dan penghantaran barang anda dari luar negara? Klik sini untuk dapatkan kasut idaman dengan harga menjimatkan!
Puma adalah jenama sukan dari Jerman, terkenal dengan pakaian sukan dan pelbagai barangan sukan, yang diasaskan oleh Rudolf Dassler pada tahun 1924.
Puma telah berusaha keras untuk memperluaskan pengaruhnya dalam gaya fesyen dan gaya hidup, melalui kerjasama dengan beberepa selebriti antarabangsa yang popular antaranya Solange Knowles, Alexander McQueen, Selena Gomez, Cara Delevinge, BTS serta ramai lagi. Selain itu, melantik Rihanna sebagai pengarah kreatif baru untuk jabatan wanita.
3. Skechers
Ketika zaman sekolah, jenama Skechers cukup hits. Skechers dilahirkan di California pada tahun 1992 dan telah menjadi komersil sejak itu.
Miliki salah satu koleksi, apa yang penulis suka tentang Skechers ialah ia cukup selesa dengan kehadiran insole dari span, rasa seperti memijak tilam empuk. Kini, Skechers mengalukan kehadiran pelantun lagu Havana, Camila Cabella sebagai keluarga baru dan mengetengahkan koleksi Skechers Hi-Lite.
Jenama sneakers dari Korea Selatan (Fila Korea mengambil alih pada tahun 2007, tetapi jenama ini berasal dari Itali). Kini, jenama yang agak kelam sebelum ini tular di kalangan belia selepas comeback dengan trend chunky inspirasi tahun 90-an.
Disebabkan sneaker adalah kasut yang tidak di makan dek zaman cuma corak , bentuk dan gaya sahaja berubah setiap tahun. Jadi,admin rasa sneaker tetap menjadi pilihan kita semua. Betul tak? Berkenan pula penulis dengan koleksi klasik dari Reebok, warna putih nampak cool je…
Sumber : Instagram
Via : wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.