Sukan Olimpik sering menjadi platform terbaik bagi atlet untuk menunjukkan kehebatan dan semangat juang mereka di peringkat antarabangsa. Bagi jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi atau dikenali Azeem, penyertaan dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris bukan sekadar pencapaian besar dalam kariernya, tetapi juga menjadi motivasi untuk mencapai impian yang lebih besar di masa hadapan.
Atlet muda ini bukan sahaja fokus untuk memberikan yang terbaik di Paris, tetapi juga berazam untuk meneruskan kariernya hingga ke edisi Los Angeles 2028 (LA2028).
Muhammad Azeem, yang kini memegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) lelaki dengan catatan 10.9 saat (s), akan beraksi di Olimpik Paris 2024 menerusi tiket wildcard.
Baginya, pengalaman beraksi di peringkat tertinggi seperti Olimpik adalah penting bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk negara.
Foto: Astro Awani
“Siapa tahu mungkin pada ketika itu (LA2028) ada rezeki lebih besar… Selagi beraksi di Olimpik itu jadi matlamat supaya boleh menimba pengalaman bukan sahaja untuk saya sendiri tetapi untuk negara,” katanya dengan penuh harapan.
TAJAAN KEPERLUAN
Memetik laporan BERNAMA, Azeem ditemui pihak media selepas menerima tajaan barangan keperluan pertandingan daripada Mizuno di Majlis Sukan Negara, turut menyatakan kesyukurannya atas sokongan yang diterima.
Ads
Tajaan tersebut dianggap sebagai satu dorongan besar dalam persiapannya untuk membuat penampilan sulung di Olimpik dalam acara 100m di Stade de France, yang akan bermula pada 3 Ogos ini.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, yang turut terlibat dalam persiapan Azeem, menegaskan bahawa fokus utamanya adalah memastikan Azeem berada dalam prestasi terbaik di temasya sukan tersebut.
Robert Ballard, seorang jurulatih berpengalaman dari Australia, enggan mengulas lanjut tentang sebarang kontroversi mengenai kehadirannya di Paris, sebaliknya lebih menumpukan kepada tanggungjawabnya.
Ads
“Saya sering berhubung dengan jurulatih Azeem, Ken Harnden, dengan menghantar analisis serta video sepanjang anak buahnya menjalani latihan di dalam negara,” ujar Ballard.
Ini semua dilakukan bagi memastikan Azeem mendapat pengalaman dan motivasi yang positif di pentas Olimpik.
Ads
Sukan Olimpik 2024 dijadualkan akan dibuka secara rasmi pada Jumaat ini dan akan berakhir pada 11 Ogos. Semua mata kini tertumpu kepada Azeem, yang diharapkan dapat mengharumkan nama negara di arena antarabangsa.
Selamat berjaya buat Azeem dari kami di team MASKULIN!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya sudah lama kita semua selaku rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton tidak berasa teruja menonton perlawanan badminton.
Semalan satu lagi sejarah sukan badminto telah tercipta. Nama Lee Zii Jia terpahat dalam lipatan sejarah sebagai antara pemain unggul negara kita yang berjaya menjaddi juara perseorangan All England Open Badminton Championship.
Menjuarari kejohanan yang dianggap sebagai antara paling berprestij tersebut merupakan satu pencapaian luar biasa bagi anak muda berusia 22 tahun tersebut. Mahkota kejuaraannya dikecap selepas menumpaskan lawan yang bukan calang-calang dari Denmark, Viktor Axelson yang juga pemain di ranking nombor 2 dunia.
Pertarungan sengit yang berlangsung dalam 3 set tersebut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia. Kejayaan ini pastinya lebih manis untuk Lee Zii Jia yang bakal menyambut hari lahirnya pada 29 Mac ini.
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga sebelum ini telah meramalkan bahawa Lee Zii Jia bakal menjadi pertaruhan utama untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik jika meneruskan prestasinya seperti semalam.
Jom kita kenali pemain yang bakal membawa panji Jalur Gemilang berkibar lebih megah di persada sukan badminton negara ini.
– Berasal dari Alor Star, Kedah
– Ketinggian – 185cm
– Kini berada pada ranking pemain ke-10 dunia
– Pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019
– Ibu bapanya merupakan guru dan juga bekas pemain bola keranjang
– Minatnya dalam sukan badminton sejak usia 5 tahun
– Mendapat pendidikan awal di SJKC Keat Hwa, Alor Star dan Sekolah Sukan Bukit Jalil
– Pernah tular dengan skil backhand ketika berdepan pemain nombor 1 dunia, Kento Momota
Turunkan berat badan memanglah sesatu yang mudah, namun untuk mengekalkannya agar konsisten itu bukanlah mudah.
Menurut Dilla.Nur di twitternya, dia berjaya turunkan 23kg dengan mengamalkan beberapa tip turunkan berat badan dengan konsisten. Malah dia percaya dengan kemampuan diri dan yakin pada diri sendiri membuatkan misi turunkan berat badan ini berjaya .
Tips turun berat kedua:
Jaga kalori yang masuk dalam badan setiap hari. Tahu berapa kalori yang badan perlukan. Bagi ada defisit kalori.
Jaga kualiti kalori juga, bukan kuantiti semata-mata. Kuantiti & kualiti.
Jangan ambil mudah tentang pemilihan snacking, jika anda mahu makan kudap-kudap, pilihlah makanan yang bersesuaian seperti kekacang atau buah-buahan. Jika anda ambil snacking bar juga boleh tetapi berpada-pada. Elakkan makanan bergoreng seperti karipap dan pisang goreng.
#4: Lupakan nasi lemak, ambil makan yang renda kalori
Jika anda berjaya tukar menu snack anda, pasti anda juga akan berjaya tukar menu sarapan pagi anda juga. Lupakan nasi lemak, ambil makanan rendah kalori, tinggi protein, rendah karbo dan tinggi serat.
Tips turun berat keenam:
Lepas dah berjaya ubah bab makan.. then baru start EXERCISE.
Toksah dok kalut nak exercise kalau makan pun serupa bela jin. Nanti ko penat pastu mula la nak give up.
Sebab energy badan kita bergantung 80% dari pemakanan kita, bukan dari exercise.
Tiada salahnya jika anda tukar sedikit menu makan malam anda kepada healty food. Pastikan kuantiti makan malam anda half portion dari lunch. Untuk lebih berkesan, pilih makan yang jenis cecair kerana apabila malam badan tidak akan proses selaju siang, jadi tidaklah ia menganggu tidur anda.
#6: Exercise
Selepas tukar menu makanan, barulah anda fokus pada exercise. Tak perlulah anda terlebih bersenam, lakukan sedikit demi sedikit, barulah tak mudah give up.
Tips turun berat kelapan:
Cari partner atau kawan utk exercise, yg memang ada sama goals nak turun berat juga.
Bila sorg liat, sorg lagi ajak, memang akan paksa diri utk pegi juga. Saling support each other.
Kalau dua2 liat, better ko cari org lain je, sebelum dua2 kelaut dlm!
Pilihlah senaman yang kita suka seperti jogging, hiking ataupun swimming. Sekiranya anda suka aktiviti indoor dan lakukan aktiviti melibatkan berat, pilihlah gym. Paling penting mesti ada gila supaya kita boleh fokus untuk mencapai misi.
Alhamdulillah sy turun 23kg dengan amalkan tips mudah ni. Yg paling penting konsisten & yakin dgn diri sendiri!
If rasa tak mampu nak buat sendiri, sy boleh bantu utk guide dlm coaching lengkap beserta meal plan & teknik zigzag utk completekan 21 hari pertama anda!
Untuk mengelakan bosan, cari teman yang punyai misi yang sama untuk turunkan berat badan, lebih bersemangat lah anda.
#9: Jangan kerap timbang
Elakkan berdiri depan penimbang setiap hari. Timbang 1-2 minggu sekali lepas bagun tidur. Timbang hari-hari akan membuatkan minda anda stress dan tertekan. Perlu diingat badan yang mengalami stress susah untuk turun ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki berjaya bukan sekadar cakap besar dia buat tindakan berani. Itulah yang Elon Musk buktikan minggu ini. Dari figura teknologi kini dia bergerak lebih jauh sedia cabar pentas politik Amerika Syarikat dengan langkah paling bold setakat ini.
Terbaru Elon Musk bekas penasihat rapat Donald Trump dan individu terkaya dunia umum penubuhan Parti America parti politik baharu yang katanya bakal jadi penamat kepada sistem politik lama yang makin reput di AS.
BEKAS PENYOKONG KINI MUSUH POLITIK
Musk bukan orang asing dalam politik AS. Tahun lalu dia jadi penyumbang dana terbesar kempen Trump. Tapi hubungan mereka mula retak lepas Musk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan satu badan khas yang dilantik untuk potong perbelanjaan dan kecilkan saiz kerajaan.
Namun semua berubah bila Trump sendiri sokong One Big Beautiful Bill rang undang-undang yang menurut pakar bakal tambah AS 3.4 trilion hutang negara dalam masa 10 tahun. Musk bengang. Dia anggap itu bukti politik Amerika dah lama dikuasai sistem satu parti yang sarat rasuah dan pembaziran.
Bila negara muflis sebab pembaziran itu bukan demokrasi Itu sistem satu parti yang rosakkan masa depan rakyat tegas Musk dalam ciapan lantang di platform X miliknya.
PARTI AMERICA KEMBALIKAN SUARA RAKYAT
Melihat situasi makin tenat Musk lancarkan Parti America satu wadah baharu untuk rakyat yang dah muak dengan politik dua parti tradisional yang didakwa semakin korup dan hipokrit.
Hari ini Parti America ditubuhkan untuk kembalikan kebebasan kamu semua tulis Musk ringkas tapi cukup padu.
Sempena Hari Kemerdekaan AS Musk buat tinjauan besar di X. Soalan dia mudah rakyat nak kemerdekaan daripada sistem dua parti atau tidak Lebih 1.2 juta responden sertai majoriti mahukan perubahan drastik.
TRUMP BALAS DENDAM ANCAM MUSK
Tak cukup dengan itu lepas rang undang-undang perbelanjaan diluluskan Kongres Trump mula ugut balas. Dia ancam potong dana kerajaan untuk projek projek Musk termasuk SpaceX dan Tesla. Tapi Musk tak gentar malah bertindak lebih agresif dengan deklarasi politik yang jarang dibuat oleh ahli perniagaan.
Tak kira apa kesudahan pertempuran politik Musk lawan Trump ni satu perkara pasti landskap politik global sedang bergoncang. Dunia perlukan lebih ramai lelaki berprinsip berani cabar status quo bukan sekadar ikut arus.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.