Berbudi pada tanah, hasilnya tidak pernah khianat. Bidang pertanian merupakan salah satu cabang pekerjaan yang akan kekal sampai bila-bila. Manusia secara harfiahnya akan sentiasa bergantung kepada hasil tanaman untuk kegunaan harian.
Walaupun ia seakan tidaklah begitu popular di kalangan generasi muda namun pertanian merupakan industri yang boleh memberikan pendapatan lumaya jika ia dikerjakan dengan bijak dan menggunakan inovasi terknologi terkini.
Bercakap tentang inovasi MASKULIN tertarik dengan satu kisah seorang anak muda dari Kelantan yang berjaya mencipta alat tabur benih pada dan baja pertama.
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, pemudia berusia 33 tahun, Ahmad Zailani Mustafa merupakan seorang petani muda dari Beta Hilir.
Berbekalkan modal dengan hanya RM3,000 dia telah berjaya mencipta alat khas menabur benih pada dan baja yang dipercayai inovasi seumpamanya di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.
LEBIH EFEKTIF
Terdedah dengan bidang pertanian dan penanaman padi sejak berusia tujuh tahun, Ahmad Zailani mengambil masa selama kira-kira tiga bulan untuk menyiapkan alat khas ciptaannya tersebut.
Ads
“Dua kali cuba baru menjadi. Alhamdulillah sekarang sudah boleh guna sepenuhnya, jelasnya yang ditemui Sinar Harian.
Tambahnya lagi, alat ciptaannya itu bukan sahaja mampu menjimatkan masa malah tenaga dan juga kos. Dua elemen tersebut merupakan aspek yang sangat penting bagi seorang petanni moden sepertinya.
Foto: Sinar Harian
“Sebelum ini, nak menabur benih padi di kawasan seluas lapan hektar ambil masa hampir seminggu dan saya perlu upah orang. Tapi kini hanya tiga hari sudah siap,” ujarnya.
Alat inovatif ini benar-benar mengubah permainan dalam pertanian! Bayangkan, ia berupaya memuatkan sehingga 100 kilogram benih padi dalam satu masa, mengatasi kemampuan dron biasa yang hanya terhad kepada 10 kilogram.
Menurut Ahmad Zailani, inovasi luar biasa ini bukan sekadar meringankan beban petani, malah berpotensi besar untuk melonjakkan hasil tuaian negara jika diaplikasikan secara meluas.
“Saya harap alat ini dapat memberi manfaat kepada petani lain juga. Pihak KADA pun banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya,” ujarnya lagi.
Semoga kejayaan Ahmad Zailani ini memberikan inspirasi kepada generasi muda yang mempunyai aspirasi menjadi seorang petani moden berjaya!
Ads
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bulan lalu Bloomberg Billionaire Index telah menyenaraikan individu terkata di dunia. Antara yang paling menarik perhatian ramai ialah ahli perniagaan terkaya di China yang telah mengambil alih takhta dipegang Jack Ma, pengasas Alibaba selama ini. Kisah dirinya yang merupakan pengasas minuman dalam botol menarik perhatian ramai.
Individu terkaya di China tersebut ialah Zhong Shanshan yang terkenal dengan jenaman minuman dalam botolnya, Nongfu Spring. Memetik laporan dari CNN, Zhong Shanshan dilaporka telah terenarai sebagai indvidu ketiga terkaya di China sebelum ini.
Ia selepas syarikatnya tersenarai di bursa saham di Hong Kong. Dan kini dia telah melepasi menjadi taikun perniagaan terkaya di China dengan jumlah aset mencecah USD58.7 billion melepasi Jack Ma (USD56.7 billion).
Status terbarunya ini turut meletakkan dirinya berada di hadapan seorang lagi bilionair, Pony Ma yang merupakan seorang lagi usahawan digital dan teknologi terkenal.
Pengerusi jenama minuman dalam botol Nongfu Spring ini merupakan usahawan yang terkenal dengan skil ‘street smart’ dalam perniagaan. Dia juga dikatakan tidak habis belajar sekolah rendah kerana membesar pada era Revolusi Budaya di China.
MULA DARI BAWAH
Sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan Zhong Shanshan pernah melakukan pelbagai kerja untuk meraih pendapat. Antaranya ialah bekerja sebagai buruh binaan, wartawan surat khabar dan ejen jualan minuman sebelum mengambil keputusan membukan syarikatnya sendiri.
Kedudukannya sekarang sebagai individu terkaya di China turut menyaksikan dia berada di kedudukan ke-17 senarai dunia. Ia hanya di bawah pengasan bersama Google, Larry Page dan Sergey Brin.
Kejayaannya menempatkan diri di dalam carta tersebut cukup mengejutkan ramai pihak kerana rata-rata nama yang tersenarai datang dari perniagaan teknologi digital.
Kini dia memiliki sebanyak 84.4 peratus pemilikan jenama minuman botolnya dengan sebanyak 77 peratus dari tawaran awam sejak bulan September lalu.
Selain itu, Zhong Shanshan juga merupakan pemegang saham terbesar syarikat Wantai Biological, firma farmaseutikal gergasi China. Syarikat tersebut juga dilaporkan sedang berusaha menghasilkan vaksin untuk Covid-19.
Semoga kisah kejayaannya boleh menjadi inspirasi buat kita semua.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Banyak kelebihannya jika kita kerap membaca surah ke 55 dalam Al-Quran ini.
Ar Rahman bermaksud Allah Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Ayat ini ada satu perkataan sahaja. Begitu hebat sekali.
Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dalam al-Quran dan tergolong sebagai surah Makkiyah yang terdiri daripada 78 ayat. Jom lihat fadhilat atau kelebihan surah Ar Rahman yang bakal buatkan anda kerap ingin membacanya.
1. Mendapat Syafaat di Hari Kiamat
Kelebihan membaca Surah Ar Rahman yang paling didambakan ramai adalah ia memudahkan anda mendapat syafaat di Hari Kiamat. Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa oang Islam yang mengamalkan Ar Rahman akan mendapat tempat paling indah di sana kelak.
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“jangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya.
Pada saat itu Allah berfirman: siapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab: Ya Robbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjdi putih.
Dan ia berkata kepada mereka: berilah syafaat bagi orang-orang yang mencintai kalian. Kemudian ia memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka.
Lalu ia berkata kepada mereka: masuklah kalian ke syurga, dan tinggallah didalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.
2. Diredhai Dan Dikasihi Allah Swt
Sesiapapun yang sentiasa membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Salah satu kelebihan surah Ar Rahman adalah membuatkan diri anda dikasihi dan diredhai Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa membaca surat Ar Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan kepadanya.”
3. Mengingatkan Sifat Pelupa Manusia
Kadang-kadang manusia lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sebagai contoh, setelah Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita, kita malahan berfikir bahawa semuanya atas hasil usaha kita sendiri.
Namun, ketika kita ditimpa musibah barulah kita sedar dan mula mengingatinya. Pengulangan ayat “fabiayyi aalaa’i Robbikuma tukadziban” adalah untuk mengingatkan bahawa manusia adalah pelupa.
Ayat tersebut adalah kalimat pertanyaan yang menuntut jawapan manusia yang mengingat ketika membaca ayat itu. Hebatkan kelebihan surah Ar Rahman.
4. Mengingatkan Banyak Makhluk Allah Swt
Jin juga mengakui bahawa nabi Muhammad sebagai Rasul. Ini membuktikan bahawa ciptaan Allah tidak hanya terbatas pada sesuatu yang tampak.
Kerajaan Jin dan alam-alam yang tidak tampak pun Allah lah yang menciptakannya. Selain itu, haiwan-haiwan yang berada dimuka bumi ini juga beribadah kepada Allah.
Allah sedang memberitahu serta mengingatkan kita , bahawa selain kita masih terdapat makhluk Allah lainnya yang juga diberikan kewajiban untuk beribadah kepada Allah.
5. Mencari Jodoh
Tahukah anda, surat Ar Rahman mengandung asma atau kelebihan nama Allah iaitu Ar Rahman Maha Pengasih atau Pemurah. Arti Pengasih yang terdapat dalam surat ini juga dimaksudkan sebagai cinta kasih.
Kelebihan Surat Ar Rahman untuk Jodoh sudah tidak asing lagi di telinga kita dimana surat Ar Rahman boleh diamalkan untuk mempercepatkan datangnya jodoh.
Sama ada ingin bernikah dengan cepat, bertemu jodoh lebih baik atau yang diimpikan, Ar Rahman adalah doa-doanya.
Yakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah, dengan mengurniakan rezeki,jodoh dan ajal semuanya berada ditangannya. Hanya kepada Allah wajib kita meminta.
6. Menghilangkan Rasa Cemas
Dalam kehidupan seharian, kita sering dilanda rasa cemas dan gelisah akibat tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi. Kadangkala ada pula orang yang sering tidak tenang, cemas dan merasa tidak kena. Ketahuilah ia mungkin penyebab yang tidak jelas dan tidak diketahui.
Orang yang selalu ingat dan bertawakal kepada Allah insya Allah tidak akan mengalami rasa cemas dan gelisah berlebihan dalam menghadapi berbagai masalah.
Apabila anda berasa cemas, gelisah dan tertekan, surah Ar Rahman lah penawarnya. ketika anda membacanya, yakinlah dan rasalah kasih sayang yang Allah berikan selama ini, Insyaallah hati anda akan rasa tenang.
7. Dapat Mengeratkan Hubungan Antara Keluarga
Ingin mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga yang sudah lama renggang, anda boleh sahaja membaca surah Ar Rahman ketika solat atau selepas solat.
Anda juga sentiasa berdoa agar diberikan kedamaian serta kasih sayang sesama keluarga. Insyaallah hubangan yang dah lama renggang akan menjadi baik semula. Itulah kelebihan surah Ar Rahman.
8. Mati Seperti Mati Syahid
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan Surah Ar Rahman yang membolehkan anda mati seperti mereka yang syahid. Siapa yang tak nak mati syahid? Seluruh alam pasti inginkannya.
9. Mendapat Nikmat Hidup
Tahukah anda, nikmat yang Allah berikan kepada makhluk adalah dalam bentuk rohani dan jasmani. Nikmat jasmani adalah kelebihan di dunia dan nikmat rohani memberi kebaikan dunia dan akhirat.
Untungnya orang yang mendapat nikmat rohani dan jasmani. Anda boleh amalkan surah Al-Waqiah untuk mendapatkan keredhaan Allah Swt dan insyallah Allah memberikan anda nikmat dan kurniaanNya.
10. Mendapat Ilmu Pengetahuan
Allah Swt turut mengajarkan kita tentang sifatNya selain dari ilmu, hukum dan apa yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kerana itu juga Quran diturunkan kepada kita. Ia berupa wahyu.
Dengan mengamalkan surah Ar Rahman, kita dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam, mendapat ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan mendapat panduan hidup dunia akhirat.
Artikel ini olahan dari Kashoorga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Siapa tak kenal dengan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah yang popular sekitar era 90an dan masih ‘popular’ hingga ke hari ini. Sebut je namanya pasti terbayang kepetahan dan ilmu figura ini menyampaikan ceramah dengan gaya tersendiri.
Orangnya bukan saja berpendidikan tinggi, tetapi juga kaya dengan senyuman. Sebelum kemunculan penceramah motivasi sekarang, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah antara yang terawal menceburi arena itu.
Ke mana saja pergi, ramai yang mengenali personaliti lelaki hebat tersebut yang sinonim dengan kata-kata motivasi dan isu semasa khususnya berkaitan kehidupan.
Namun siapa sangka lelaki hebat ini yang sinonim dengan kata-kata motivasi dan isu semasa khususnya berkaitan kehidupan sudah pun meniti usia emasnya.
Tanggal 16 Julai lalu, genap 72 tahun usia pakar motivasi ini. Menginjak usia emas Dato’ Dr Fadzilah Kamsah yang dilahirkan di Klang, Selangor bersyukur kerana dikurnia kesihatan
yang baik.
Sihat Dan Bahagia Di Usia Emas
Bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, dia menzahirkan rasa syukur atas kurniaan dari ilahi di platform media sosial miliknya.
“Hari ini Tok Abah menginjak ke 72 tahun. Syukur alhamdulillah! Dalam usia begini, Allah masih beri penglihatan yang jelas tanpa pakai cermin mata, telinga masih jelas mendengar, tangan masih laju menulis, tenaga yang masih cergas untuk berdiri lama beri ceramah.
Ditambah pula dengan teman hidup yang setia, Tok Mak (beliau pun baru sambut hari kelahiran ke-75), ada anak-anak yang taat, cucu yang comel dan manja serta ada anda
semua yang mengenali Tok Abah dari mula Tok Abah muncul di kaca tv sampai ke saat ini.
Sokongan dan dokongan anda semua sangat magical dan luar biasa. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik anda semua.
Semoga bertambahnya usia Tok Abah ini anda semua doakan kesihatan dan kesejahteraan Tok Abah, moga terus menerus dapat berbakti pada ummah dan bangsa.”
Dato’ Dr Fadzilah Kamsah memiliki pendidikan Doktor Falsafah Organization Communication dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartananan, Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian di Universiti Malaya dan pelajar tebaik Fakulti Sains Universiti Malaya (UM).
Bekas pensyarah ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Sharifah Md Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurhidayah, Muhammad Syakir dan Muhammad Shazwan.