
Pada Ahad lalu harapan kita untuk melihat skuad sepak takraw negara menamatkan kemarau kejuaraan berpasukan di Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia tidak kesampaian.
Pasukan negara tewas 2-0 kepada musuh tradisi, Thailand. Walaupun begitu, persembahan yang ditunjukkan oleh skuad negara, terutamanya di regu pertama, benar-benar membanggakan.
Mohamad Azlan Alias, bergandingan dengan Mohammad Syahir Rosdi (tekong) dan Amirul Zazwab Amir (pengumpan) telah mengheret pasukan Thailand ke set ketiga dengan skor yang cukup mendebarkan, 11-15, 15-12, 15-17.
Dalam perlawanan sengit inilah, Azlan didapati mengalami kecederaan pada bahagian lengan dan siku.

Apa yang lebih menakjubkan, Azlan meneruskan perlawanan meskipun berdepan dengan kesakitan yang jelas.
Dia tetap beraksi cemerlang, menunjukkan semangat juang yang luar biasa sehingga tamat perlawanan. Selepas perlawanan, Azlan terus diberikan rawatan susulan.
Keretakan Tulang dan Tempoh Rehat
Berita terkini daripada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengesahkan bahawa Azlan Alias mengalami kecederaan serius.
Hasil imbasan X-ray oleh doktor Institut Sukan Negara (ISN) pagi tadi mengesahkan bahawa beliau mengalami keretakan tulang siku.
“Mohamad Azlan Alias mengalami keretakan tulang setelah membuat pemeriksaan pada pagi ini. Beliau dinasihatkan dan dijangka akan berehat selama dua bulan oleh doktor. Semoga beliau cepat sembuh,” kata kenyataan rasmi PSM di Facebook.
Kecederaan ini dipercayai berpunca daripada hentakan kuat ketika Azlan terjatuh semasa aksi di gelanggang.
Dalam tempoh dua bulan ini, Azlan akan menjalani fisioterapi dan rawatan intensif. Walau bagaimanapun, kemampuan beliau untuk pulih sepenuhnya masih bergantung kepada laporan perubatan terkini.
Semangat Menginspirasi
Kehilangan Azlan dan juga perejam muda Khairul Aman Rosdi yang turut mengalami kecederaan dalaman, sudah tentu meresahkan skuad negara.
Namun semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Azlan harus menjadi inspirasi kepada atlet-atlet lain, terutamanya generasi muda. Inilah dia, perwira negara sebenar!
BACA: Apa Itu Batu Karang? Ini Perkara Penting Perlu Anda Tahu
Semoga Azlan Alias cepat sembuh dan kembali ke gelanggang dengan lebih gagah. Negara sentiasa menantikan kemunculan semula seorang wira seperti anda!
Sumber: FB Persatuan Sepaktakraw Malaysia
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI