Bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan ganjaran. Tidak ternilai betapa banyaknya pahala yang telah Allah SWT sediakan untuk seluruh umat Islam pada 10 malam terakhir Ramadan ini.
Bahkan ia mempunyai 1001 keistimewaan yang tersendiri berbanding bulan-bulan yang lain.
Jadi, inilah masanya untuk kita berlumba-lumba merebut peluang yang masih ada untuk beroleh ganjaran dengan memberi keutamaan pada 10 malam terakhir Ramadan ini.
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadan, kemudian Baginda bersabda:
Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ads
Ayuh kita laksanakan ibadah dan melakukan kebaikan pada 10 malam terakhir Ramadan ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.
Mudah-mudahan kita beroleh ganjaran dan keberkatan dalam bulan yang mulia ini.
Imam Makkah memberi nasihat yg sungguh praktikal:
Ads
Beliau mengatakan, utk 10 hari terakhir Ramadan:
1. Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pd malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 thn.
2. Solat 2 rakaat setiap mlm, jika ia jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.
3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap mlm, jika jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama 84 thn.
Ads
Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dpt hasil yg lumayan dlm akaun kita.
Orangnya segak dan berkarier, rupa paras yang tampan membuatkan namanya menjadi sebutan netizen.
Lagi pula gambarnya duduk mesra melayan ‘baby sayang’ atau Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila hangat dibualkan.
Orangnya berkerjaya dan mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri.
Ada yang mula berspekulasi, siapakah gerangan individu ini sebenarnya dan apa status hubungannya bersama Mira Filzah?
Ada khabar angin mengatakan beliau sebenarnya kawan Mira Filzah sewaktu zaman pengajian, namun persahabatan mereka terpisah kerana dirinya melanjutkan pengajian di luar negara.
Walaupun sehingga kini Mira Filzah tetap dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kerana menghormati permintaan kedua belah keluarga, orang ramai dapat mengagak dan memahami situasi tersebut.
Ditambah lagi, ada khabar angin mengatakan beliau sudah pun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September tahun ini.
BIODATA
Nama Penuh: Wan Emir Astar
Instagram: Wan Emir Astar
Twitter: Wan Emir Astar
Umur: 30 tahun
Kerjaya: Arkitek
Anak Kepada: (Ayah) Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, (Ibu) Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Akmal Old Money sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila beliau membuat sumbangan besar kepada masyarakat sempena bulan Ramadan.
Akmal dilaporkan telah menaja berbuka puasa untuk jemaah Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan jumlah melebihi RM20,000.
Tindakan ini bukan sahaja mencerminkan kemurahan hati, tetapi juga memperlihatkan semangat membantu sesama insan yang wajar dicontohi.
Menurut perkongsian daripada akaun thread Azmir44, Akmal telah menempah 40 slot sumbangan berbuka puasa di masjid tersebut.
Setiap slot tajaan bernilai RM500, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM20,000.
Sumbangan ini membolehkan lebih 1,000 jemaah menikmati juadah berbuka dalam suasana yang harmoni dan penuh keberkatan.
Inisiatif Akmal ini memberi impak besar kepada komuniti, terutamanya kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Dengan adanya sumbangan seperti ini, pihak masjid berupaya menyediakan makanan berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.
Ini sekali gus memberikan peluang kepada lebih ramai individu untuk menikmati hidangan berbuka tanpa perlu risau tentang kos.
Selain itu, sumbangan ini juga menggalakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Keprihatinan seperti ini mampu menyatukan komuniti setempat dan memperkukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Tindakan Akmal menunjukkan bahawa amalan bersedekah bukan hanya tentang wang, tetapi lebih kepada nilai kemanusiaan yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.
Amalan bersedekah dalam bulan Ramadan bukan sahaja meringankan beban mereka yang memerlukan, tetapi juga menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda.
Tindakan seperti ini wajar dijadikan contoh oleh masyarakat dalam menyemai nilai kasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain.
Sumbangan ini juga membuktikan bahawa rezeki yang dikongsi akan lebih diberkati dan membawa kebahagiaan kepada semua pihak.
Usaha Akmal Old Money ini bukan sekadar sumbangan material, tetapi simbol keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang sepatutnya diamalkan oleh semua.
Semoga langkah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk berkongsi rezeki dan memperkukuh silaturahim dalam masyarakat.
Dengan adanya contoh seperti Akmal, masyarakat diharap terus menyemai budaya saling membantu demi mewujudkan komuniti yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Legenda sukan berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila merangkul pingat emas acara keirin pada siri pembukaan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth, Australia.
Kejayaan tersebut bukan sahaja mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa malah turut menerima pujian tinggi daripada pengulas perlumbaan yang menyifatkan persembahan pelumba berpengalaman itu sebagai sesuatu yang jarang disaksikan dalam acara pecut elit dunia.
Kemenangan ini juga menjadi bukti bahawa pengalaman dan kematangan taktikal memainkan peranan besar dalam acara keirin yang sering dianggap antara perlumbaan paling sukar dalam disiplin berbasikal trek.
Pengulas berpengalaman, Scott McGrory yang mengulas perlumbaan secara langsung dari Velodrom Perth SpeedDome memuji ketajaman taktikal serta pengalaman luas dimiliki Azizulhasni Awang.
Menurut beliau, pada usia 38 tahun pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu masih mampu mempamerkan tahap perlumbaan yang luar biasa dan setanding dengan pelumba muda dunia.
“Pada usia 38 tahun, Azizulhasni kekal antara pelumba pecut paling bijak di dunia. Ini benar benar persembahan ‘master class’ daripada jaguh Malaysia.
“Tempat pertama miliknya dan dia kelihatan semakin hebat seiring peningkatan usia,” kata McGrory ketika mengulas perlumbaan akhir.
Ramai pemerhati sukan berbasikal turut bersetuju bahawa kematangan strategi serta kemampuan membaca rentak perlumbaan menjadikan pelumba Malaysia ini antara pesaing paling berbahaya dalam acara keirin.
Dalam perlumbaan akhir yang penuh mendebarkan itu, Azizulhasni yang mesra digelar The Pocket Rocketman memulakan perlumbaan dari kedudukan kelima.
Namun pengalaman luas serta kebijaksanaan membaca rentak perlumbaan membolehkan Azizulhasni Awang mengekori rapat pelumba nombor satu dunia dari Great Britain, Matthew Richardson.
McGrory turut memuji ketenangan yang dipamerkan Azizulhasni sepanjang perlumbaan sebelum melakukan pecutan penentu kemenangan.
“Azizulhasni memang luar biasa. Dia kekal rapat di belakang roda, menunggu saat yang sesuai sebelum melepaskan pecutan untuk memintas di saat akhir,” katanya.
Strategi mengekori pelumba di hadapan sebelum melancarkan serangan pada waktu tepat sering menjadi kekuatan utama pelumba negara ini sepanjang kariernya di pentas antarabangsa.
Aksi dramatik di velodrom itu menyaksikan kedua dua pelumba hampir melintasi garisan penamat serentak sehingga memaksa pegawai perlumbaan menggunakan teknologi foto penamat.
Selepas semakan terperinci dilakukan, Azizulhasni Awang akhirnya disahkan sebagai pemenang pingat emas dengan kelebihan yang amat tipis.
Detik kemenangan tersebut mencetuskan sorakan gemuruh di velodrom dan turut diraikan oleh peminat sukan tanah air yang mengikuti perlumbaan itu dari Malaysia.
Kejayaan ini sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai antara pelumba pecut terbaik dunia walaupun sudah lebih dua dekad berada di pentas elit berbasikal trek.
Dalam pada itu Azizulhasni Awang mengakui fokusnya kini tertumpu kepada beberapa kejohanan utama yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.
Musim Piala Dunia Berbasikal Trek tahun ini dijangka menjadi yang terakhir buat dirinya sebelum memberi tumpuan kepada beberapa kejohanan besar lain.
Antaranya termasuk Sukan Komanwel Glasgow 2026 dan Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 yang dijangka menjadi pentas penting buat atlet berbasikal dari seluruh Asia dan Komanwel.
Selain itu beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk beraksi di Kejuaraan Dunia Berbasikal Trek UCI di Shanghai sekiranya keadaan fizikal serta perancangan pasukan mengizinkan.
Walaupun masih kompetitif di pentas dunia, Azizulhasni Awang mengakui beliau belum membuat keputusan mengenai perancangan jangka panjang dalam kariernya.
Namun dalam nada berseloroh beliau berkata penyertaan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 mungkin bergantung kepada satu perkara penting iaitu kebenaran daripada isterinya.
Kenyataan tersebut mengundang senyuman peminat tetapi dalam masa sama menunjukkan bahawa legenda berbasikal negara ini masih mempunyai semangat untuk terus bersaing di pentas tertinggi dunia.
Walau apa pun keputusan masa depan yang bakal diambil, kejayaan di Perth sekali lagi membuktikan bahawa The Pocket Rocketman masih belum kehabisan momentum di pentas dunia dan terus menjadi inspirasi kepada generasi baharu atlet berbasikal Malaysia.
Kredit: Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.