Siapa sangka, selepas menggantung but bola sepak, Lee Tuck nama yang pernah mewarnai Liga Malaysia kini mencipta nama dalam arena kecergasan antarabangsa.
Terbaru, beliau berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam HYROX Asian Championship untuk kategori umur 35-39 tahun, menjadikan kemenangan ini kali kedua berturut-turut selepas edisi 2023-2024.
Apa Itu HYROX dan Kenapa Ia Bukan Sekadar Sukan Biasa?
HYROX ialah sukan kecergasan kompetitif yang menggabungkan larian sejauh 8 kilometer dengan lapan cabaran functional fitness seperti sled push, burpees, rowing dan wall balls.
Setiap 1km larian disusuli satu cabaran fizikal, menjadikan ia satu ujian ketahanan fizikal dan mental yang sangat intens.
Berbeza dengan CrossFit, HYROX lebih tersusun dan terbuka kepada semua dari beginner sampai ke atlet elit.
Ia kini semakin popular di Asia dan menjadi pentas baharu buat mereka yang ingin mencabar diri dalam dunia kecergasan ekstrem.
“Semangat Tetap Sama, Cabaran Lain Tempat Berbeza”
Menerusi satu hantaran video di laman Instagram peribadinya, Lee menyifatkan kejayaan itu sebagai sesuatu yang sangat bermakna.
“Perasaan yang luar biasa bila segala pengorbanan akhirnya berbaloi… Tempat lain, cabaran pun berbeza. Tapi semangat tetap sama datang, bertanding, dan beri sepenuh usaha,” katanya.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan penaja yang sentiasa menyokong perjalanan kecergasannya.
Inspirasi Baharu Buat Atlet Malaysia
Foto : Siakap Keli
Lee Tuck membuktikan bahawa kehidupan selepas bola sepak bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada cabaran yang lebih bermakna.
Kejayaan beliau ini juga dilihat mampu memberi inspirasi kepada atlet-atlet tempatan untuk meneroka bidang sukan alternatif seperti HYROX, Ironman dan seangkatan dengannya.
Ads
Dengan dua gelaran Asia dalam genggaman, Lee memberi bayangan beliau belum mahu berhenti setakat ini.
Beliau dalam fasa mempersiapkan diri untuk kejohanan HYROX peringkat dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Misinya kini lebih besar membawa nama Malaysia ke pentas dunia.
Perjalanan Lee Tuck dari padang bola ke pentas HYROX membuktikan bahawa semangat juang seorang atlet sejati tak pernah padam ia cuma bertukar gelanggang.
Dalam dunia yang semakin menghargai kecergasan holistik dan mentaliti lasak, nama Lee Tuck kini berdiri sebagai simbol ketahanan, disiplin dan kebangkitan semula.
Dengan rekod dua kali juara Asia berturut-turut, mata dunia kini tertumpu kepada langkah seterusnya.
Malaysia bakal ada wakil yang bukan sahaja kuat fizikal, tapi juga besar impian.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk mendapatkan sixpack, ia bukanlah 100 peratus bergantung kepada senaman rutin yang anda biasa lakukan semata-mata.
Dalam erti kata lain, untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman itu, ia memerlukan disiplin serta komitmen yang sangat tinggi daripada anda.
Misalnya jika anda sudah mula merancang untuk membentuk otot anda, peraturan seperti diet simple, senaman dan pengambilan supplement harus dipatuhi.
Faktor pemakanan seperti mengurangkan pengambilan minyak, gula dan garam harus diketatkan pada peringkat awal kerana ia merupakan asas diet untuk mengurangkan peratusan lemak.
Bermula dari situ, yakinlah bahawa anda sedang dalam mood untuk transformasi tubuh biasa kepada yang lebih menarik.
Untuk itu, anda boleh amalkan langkah ini dan senamannya cukup mudah kerana anda juga boleh lakukannya di rumah.
Rutin ini boleh diamalkan setiap hari namun jika tidak larat, memadailah ambil masa 10 minit sahaja dan lakukan sebanyak 4 kali dalam tempoh seminggu.
1. Warm up 1
Lakukan pergerakan siku ke lutut dalam keadaan berdiri selama 20 saat.
2. Warm up 2
Angkat lutut setinggi-tingginya semampu anda berulang-ulang kali dalam tempoh 20 saat.
3. Plank minimum (30 saat)
Cara senaman:
Teknik senaman plank adalah antara senaman yang paling terkenal sebagai kunci untuk kempiskan perut dan yang paling mudah.
Terdapat variasi senaman plank yang boleh dipraktikkan.
4. L-sit (30 saat)
Cara senaman:
Bersila seperti biasa dan letak tangan di lantai di kedua belah bahagian badan dan perlahan-lahan tolak tangan sehingga bahu anda sejauh mungkin daripada telinga.
Berada di posisi badan anda sedikit terangkat daripada lantai, perlahan-lahan keluarkan kaki dan menjulur ke hadapan.
Jika tidak seimbang, cuba pergerakan ini selaju yang mungkin. Keluarkan kaki dan tarik semula.
Dapatkan posisi yang stabil.
Cuba hold selama yang mugkin dalam posisi seperti gambar di atas.
5. V-sit (30 saat)
Cara senaman:
Mulakan dengan posisi duduk dan lutut sedikit bengkok dengan kaki tidak mencecah lantai.
Bahagian belakang badan tidak kena pada lantai dan kedua belah tangan diletakkan di sisi.
Kekal dalam posisi ini selama yang anda boleh.
Posisi ini akan mengaktifkan otot bahagian abs anda dan akan terasa sedikit susah.
6. Flutter kick (30 saat)
7. Bicycle kick (30 saat)
Cara senaman:
Pastikan kedua belah belakng bahu tidak menyentuh lantai.
Kedua belah kaki tidak menyentuh lantai.
Mulakan dengan cuba membawa siku kanan sentuh pada lutut kiri, dan siku kiri menyentuh lutut kanan.
Ulang senaman ini untuk 30 saat.
8. Leg raise (30 saat)
Cara senaman:
Letakkan kedua belah tangan di sisi.
Angkat kedua belah kaki seperti di atas dan turunkan semula ke posisi asal
PENTING: Jangan letakkan kaki di atas lantai. Angkat semula sebelum kaki cecah ke lantai.
Ulangi langkah di atas sehingga tamat tempoh 30 saat.
Untuk yang baru mula, anda boleh cuba angkat sebelah kaki dahulu.
9. Wiper 30 sec
Cara senaman:
Mulakan debngan mengangkat kedua belah kaki dengan kedua tangan di sisi.
Jatuhkan kaki ke sebelah kanan sehingga menghampiri lantai dan kembali ke posisi asal.
Jatuhkan kaki ke sebelah kiri sehinggag menghampiri lantai dan kembali ke posisi asal.
Lakukan sehingga tamat masa.
Teknik Rehat
Minimumkan rehat antara senaman, seeloknya 30 saat sahaja. Senaman ini boleh diulang seberapa banyak yang diingini dan tempoh senaman boleh dipanjangkan bergantung pada kemampuan individu.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanyalah sesiapa sahaja yang aktif berlari, 10 kilometer atau 10K merupakan jarak ideal yang cukup mencabar. Bagi ‘seasonal’ runner pula inilah jarak untuk mereka berlatih mendapatkan larian yang baik sambil membina stamina diri.
Larian 10K ini cukup unik kerana ia berada di tengah-tengah antara larian 5K dan juga half marathon iaitu 21K. Jadi ia dianggap oleh pelari baru sebagai cabaran yang boleh diambil dan bagi pelari berpengalaman pula sebagai larian rekreasi.
Ada yang melakukan larian 10K sebagai sasaran peribadi dan ada juga yang melakukan lariannya untuk membina kepantasan, kekuatan dan juga ketahanan.
Tapi apakah tip terbaik untuk berlari 10K agar anda dapat catatan masa yang baik dan berkualiti? Ikuti beberapa tip dari MASKULIN di bawah!
FIRST BERGINNER: MULAKAN PERTAMBAHAN JARAK DENGAN PERLAHAN
Anda sudah beberapa kali melakukan larian 5K dengan baik dan merasakan sudah tiba masa untuk ke jarak seterusnya, 10K. Ingat anda menggandakan jarak larian dan pastinya tidak mudah. Nasihat MASKULIN, usahlah terus berlari pada jarak 10K. Tapi tambahlah jarak beberapa kilometer untuk setiap sesi.
PELARI BERPENGALAMAN: BAIKI KADAR PECUTAN
Bagi anda larian 10K adalah perkara yang rutin. Sekarang sudah tiba masanya untuk cabar diri ke jarak lebih jauh seperti half dan full marathon. Lakukan larian dengan kadar pecutan berkala dan latih ketahanan diri untuk dapatkan pacing yang sekata. Bahagikan beberapa larian dalam tiga atau empat minggu untuk dapatkan prestasi dan kenalipotensi sendiri. Jika lakukannya dengan rutin yang baik, hasilkan mampu mengejutkan anda.
PELBAGAIKAN WORK OUT
Melakukan larian 10K menuntut fizikal yang kuat, tahan lasak, pantas dan ada kemampuan melakukan pecutan finishing. Itulah yang dikatakan oleh jaguh Olimpik, Galen Rupp yang juga memegang rekod 10K Amerika Syarikat. Bagi mendapatkan fizikal yang mampu menyediakan diri anda perlu melakukan senaman dan membina kepantasan. Lakukan larian sebanyak 3 kali pada jarak 2K dengan sasaran mendapatkan pace terbaik. Ia juga boleh dilakukan kira-kira seminggu sebelum anda sertai larian kompetitif.
SENTIASA MULAKAN DENGAN SENAMAN
Badan dan mental anda perlu bersedia untuk harungi larian 10K. Untuk itu lakukan senaman pemanas badan dengan baik. Lakukan larian kecil atau jogging sejauh 1K dan lakukan senaman sebanyak 5 reps untuk skips, high knees dan bum kicks.
JARAK PENDEK
Bagi melatih stamina diri untuk larian pecutan, anda boleh lakukan larian jarak dekat. Contoh, lakukan larian pecutan 200 hingga 400 meter secara berselang seli. Ulang sebanyak beberapa kali untuk sesuaikan kadar pernafasan yang baik. Apabila anda sudah kuasai, percayalah anda boleh memecut dengan steady pada jarak lebih jauh.
SENAMAN KEKUATAN DALAMAN
Seperti MASKULIN katakan, kemampuan mendapatkana catatan masa terbaik untuk larian 10K bukan bergantung kepada fizikal sehaja. Kekuatan mental sangat penting. Jadi anda boleh melakukan jenis senaman yang lebih bersifat spiritual seperti yoga dan pilates.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya kita akan mengelak untuk memakan manis-manis pada waktu pagi. Namun anda mungkin tidak tahu bahawa makan coklat pada waktu pagi ada kebaikannya. Ia bukan sebarang coklat, ia adalah coklat gelap atau Dark Chocolate.
Ramai tahu bahawa coklat tidak menyihatkan kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi nilai koko coklat itu sendiri. Anda dapat lihat di dalam coklat jenis coklat susu serta pelbagai lagi produk. Coklat gelap banyak beza daripada coklat biasa lain kerana kandungan kokonya lagi tinggi melebihi kandungan gula malahan rasanya agak pahit kerana itu adalah rasa koko yang sebenar.
Namun, antara sebab ia kurang popular di kalangan penggemar coklat adalah kerana ia lebih mahal daripada coklat biasa. Ini kerana pembuatannya tidak mudah kerana pengeluar akan memproses bahan asal coklat iaitu koko dan diadun dengan teliti.
Mari kita lihat apakah kebaikan coklat gelap kepada kesihatan manusia jika ia diambil ketika sarapan.
Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku serta membantu menyihatkan jantung anda.
2. Bantu rutin diet
Terdapat kajian dibuat pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga kerana coklat gelap mengandungi kandungan gula yang sangat rendah. Itu sebab rasanya pahit namun masih sedap di kalangan peminat coklat gelap.
3. Menjaga kesihatan otak
Coklat gelap meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak dan juga untuk jantung. Masa yang sama ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif atau membuatkan pemikiran anda lebih cepat. Coklat gelap juga membantu mengurangkan risiko strok.
4. Tinggi kandungan antioksidan
Ia amat efektif dalam membantu melambatkan proses penuaan serta mengurangkan penularan sel kanser dalam badan.
Ramai orang sakit gigi sebab makan coklat biasa. Coklat gelap membantu melindungi kesihatan gigi anda. Ia tidak seperti coklat lain yang boleh merosakkan enamel gigi kerana terdapat kandungan gula. Ingat, coklat gelap rendah kandungan gula atau sesetengah produk coklat gelap lain tidak mempunyai gula langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.