
Believe Fitness APEX 6.0 Challenge edisi keenam yang berlangsung di Believe Fitness IOI Mall Putrajaya baru-baru ini menjadi bukti nyata bahawa kecergasan bukan lagi sekadar satu gaya hidup, tetapi simbol ketahanan fizikal dan kekuatan mental lelaki moden.
Pada 14 Jun lalu, lebih 100 peserta menyertai acara tahunan yang penuh intensiti ini, diperhatikan oleh lebih 200 penonton yang turut memberikan sokongan padu.
Acara ini menonjolkan format litar yang merangkumi antara 7 hingga 12 jenis senaman berintensiti tinggi.
Reka bentuknya bukan hanya untuk menguji kekuatan otot tetapi juga daya tahan kardiovaskular peserta.
Dua kategori utama diperkenalkan iaitu kategori solo lelaki dan wanita, serta kategori berpasukan yang memerlukan keserasian dan strategi dalam menyelesaikan cabaran bersama.
Bagi kategori solo, peserta diuji dengan 12 bentuk senaman mencabar seperti Ballistic Row, Med Ball Slam to Pushup, Broad Jump, Wall Ball Mountain Climbers dan Frog Sit-Ups.
Sementara itu, kategori berpasukan pula merangkumi cabaran kolaboratif seperti Squat to Toss Rotation, Relay Run dan Dumbbell Plank Drag, yang memerlukan kerjasama serta ketahanan secara kolektif.
SEMANGAT KOMUNITI
Menurut Pengarah Urusan Believe Fitness, Patrick Davis, acara ini menekankan kepentingan semangat komuniti dalam mencapai matlamat kecergasan.
“Believe Fitness APEX Challenge bukan sekadar mengenai kecergasan semata-mata ianya juga mengenai meningkatkan had diri, keluar dari zon selesa, dengan melakukannya bersama-sama komuniti yang mempunyai minat yang sama,” jelas beliau.
Beliau turut menambah, “Kami sedar acara ini bukan hanya mengenai individu semata-mata, tetapi juga mengenai komuniti di sekeliling mereka.”
Kenyataan ini jelas memperkukuh misi Believe Fitness dalam membina rangkaian kecergasan yang inklusif dan menyokong semua peringkat kecergasan, daripada pemula hingga mereka yang berpengalaman dalam dunia gim.
Believe Fitness APEX 6.0 Challenge juga mencerminkan pendekatan progresif Believe Fitness dalam memperkenalkan latihan fungsional yang efektif dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.
Ia bukan sekadar platform pertandingan, tetapi medan sebenar untuk menguji dedikasi dan disiplin para peserta terhadap tubuh dan kesihatan mereka.
Dalam era lelaki moden yang semakin menitikberatkan kesihatan fizikal dan daya tahan mental, acara seperti ini bukan sahaja relevan tetapi diperlukan.
BACA: 6 Tabiat Buruk Pemandu Malaysia Yang Rosakkan Kereta Sendiri
Ia membuka ruang kepada golongan lelaki untuk mencabar diri sendiri dalam suasana yang kompetitif, sihat dan menyokong antara satu sama lain.
Believe Fitness APEX Challenge bukan sekadar satu acara kecergasan. Ia adalah definisi semangat, disiplin dan solidariti dalam bentuk yang paling tulen.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI