Siapa sangka, selepas menggantung but bola sepak, Lee Tuck nama yang pernah mewarnai Liga Malaysia kini mencipta nama dalam arena kecergasan antarabangsa.

Terbaru, beliau berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam HYROX Asian Championship untuk kategori umur 35-39 tahun, menjadikan kemenangan ini kali kedua berturut-turut selepas edisi 2023-2024.

Apa Itu HYROX dan Kenapa Ia Bukan Sekadar Sukan Biasa?

HYROX ialah sukan kecergasan kompetitif yang menggabungkan larian sejauh 8 kilometer dengan lapan cabaran functional fitness seperti sled push, burpees, rowing dan wall balls.

Setiap 1km larian disusuli satu cabaran fizikal, menjadikan ia satu ujian ketahanan fizikal dan mental yang sangat intens.

Berbeza dengan CrossFit, HYROX lebih tersusun dan terbuka kepada semua dari beginner sampai ke atlet elit.

Ia kini semakin popular di Asia dan menjadi pentas baharu buat mereka yang ingin mencabar diri dalam dunia kecergasan ekstrem.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LEE TUCK (@lee__tuck)

Ads

“Semangat Tetap Sama, Cabaran Lain Tempat Berbeza”

Menerusi satu hantaran video di laman Instagram peribadinya, Lee menyifatkan kejayaan itu sebagai sesuatu yang sangat bermakna.

“Perasaan yang luar biasa bila segala pengorbanan akhirnya berbaloi… Tempat lain, cabaran pun berbeza. Tapi semangat tetap sama datang, bertanding, dan beri sepenuh usaha,” katanya.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan penaja yang sentiasa menyokong perjalanan kecergasannya.

Inspirasi Baharu Buat Atlet Malaysia

Back-to-Back Champion! Lee Tuck Takluk HYROX Asia Sekali Lagi
Foto : Siakap Keli

Lee Tuck membuktikan bahawa kehidupan selepas bola sepak bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada cabaran yang lebih bermakna.

Kejayaan beliau ini juga dilihat mampu memberi inspirasi kepada atlet-atlet tempatan untuk meneroka bidang sukan alternatif seperti HYROX, Ironman dan seangkatan dengannya.

Ads

Dengan dua gelaran Asia dalam genggaman, Lee memberi bayangan beliau belum mahu berhenti setakat ini.

Beliau dalam fasa mempersiapkan diri untuk kejohanan HYROX peringkat dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Misinya kini lebih besar membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

Back-to-Back Champion! Lee Tuck Takluk HYROX Asia Sekali Lagi
Foto : Instagram Lee Tuck

BACA LAGI : Believe Fitness APEX 6.0 Challenge, Manifestasi Kecergasan dan Ketahanan

Ads

Perjalanan Lee Tuck dari padang bola ke pentas HYROX membuktikan bahawa semangat juang seorang atlet sejati tak pernah padam ia cuma bertukar gelanggang.

Dalam dunia yang semakin menghargai kecergasan holistik dan mentaliti lasak, nama Lee Tuck kini berdiri sebagai simbol ketahanan, disiplin dan kebangkitan semula.

Dengan rekod dua kali juara Asia berturut-turut, mata dunia kini tertumpu kepada langkah seterusnya.

Malaysia bakal ada wakil yang bukan sahaja kuat fizikal, tapi juga besar impian.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI