Sangat kondusif, rata-rata pengunjung yang datang ke sini pasti teruja dengan stail dekorasi yang disampaikan. Memilih warna merah garang sebagai warna utama, gimnasium yang terletak di Uptown Danau Kota ini juga nampak gah dengan hasilan kreatif dari lakaran grafiti benar-benar menghidupkan mood untuk terus beraksi lasak di sini. Lengkap dengan sejumlah alatan senaman berkualiti yang diimport dari luar negara, Brootherhood Gym ini layak dilabel sebagai pusat sehenti kecergasan terbaik yang wajib anda kunjungi sendiri. Di sini juga turut empunyai fasiliti seperti sauna, surau serta menjual serbuk minuman protein yang memudahkan lagi urusan pengunjung.
Ads
“Faktor gaya hidup yang berubah menyebabkan ramai orang menjadikan aktiviti bersenam di gimnasium sebagai keperluan untuk mengekalkan kesihatan di samping untuk menjaga penampilan. Tujuan setiap individu datang ke gimnasium juga berbeza-beza. Dahulu, golongan lelaki lebih ramai ke gimnasium untuk melakukan senaman latihan beban (weight training), kini mereka lebih menumpukan untuk kekal aktif dan menguruskan badan.”
Ads
“Sambutan yang diterima setakat tiga bulan kami beroperasi ini amat menggalakkan kerana gimnasium adalah lokasi terbaik dan selamat untuk melakukan senaman. Ruangannya lebih selesa dan tertutup di samping menyediakan perkhidmatan menyeluruh serta waktu operasi yang panjang. Kebanyakan pengunjung gimnasium saya adalah mereka yang aktif dalam dunia sukan bina badan, di sini kami mempunyai jurulatih terlatih dalam bidang tersebut.”
Ads
“Kami juga menawarkan khidmat latihan senaman yang efektif, ruang suasana yang selesa, ada langkah-langkah keselamatan barang-barang pengguna dan semua pengunjung. Kini gimnasium ini hanya akan dibuka kepada ahli yang berdaftar sahaja, kerana kami mahukan pengguna kami merasai rasa eksklusif dan dihargai apabila sertai kami di Brotherhood Gym,”jelas pemiliknya Sir Azri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Fenomena drama bersiri yang penuh mendebarkan ‘Squid Game’ menerusi platform Netflix telah mencorakkan dimensi baharu industri hiburan Korea Selatan di persada dunia. Salah satu pencapaian terbaiknya ialah menerima jumlah tontonan 1.650 billion jam tontonan hanya dalam masa 28 hari.
Malah pada ketika itu ia menjadi program atau drama bersiri yang paling popular dan menerima jumlah tontonan tertinggi fi Netflix. Dengan populariti yang hebat seperti itu maka tidak hairanlah ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan sekuelnya, ‘Squid Game 2’.
Semasa acara peminat global berlangsung di Tudum São Paulo, Brazil, Netflix telah mengumumkan barisan pelakon-pelakon baharu yang bakal muncul menerusi musim kedua ‘Squid Game’. Lee Jung-jae yang menjadi watak protaganisnya akan kembali memegang watak sebagai Gi-hun.
Manakala di sebalik tabir, Hwang Dong-hyuk akan menyambung semula peranannya sebagai pengarah dan penerbit eksekutif. Dijangkakan produksi akan bermula pada akhir tahun ini.
Selain Lee Jun-jae, pelakon yang membawa karakter Front Man iaitu Lee Byung-hun kembali sekali lagi bagi mencorakkan plot yang pastinya lebih rumit dan misteri. Turut muncul semula ialah Wi Ha-jun sebagai detektif polis Jun-ho dan juga Gong Yoo yang juga akan membuat kemunculan semula.
Netflix turut mengumumkan pelakon-pelakon baharu yang bakal menyertai mereka untuk musim keduanya. Mereka ialah Yim Si-wan, Kang Ha-Neul, Park Sung-hoon dan Yang Dong-geun. Penglibatan Oh Yeong-su, yang memainkan watak Oh Il-nam pada musim pertama, masih belum dapat disahkan. Sehingga kini, Netflix masih belum memberikan tarikh keluaran khusus untuk ‘Squid Game 2’.
Akan tetapi peminatnya pasti dapat menarik nafas lega dengan pengesahan dan pengumuman musim terbarunya yang akan dinantikan dengan tidak penuh sabar lagi. Malah lebih mengujakan Netflix turut memperkenalkan teaser pertama yang mengumumkan pelakon-pelakon baharunya.
Yim Si-wan merupakan ahli grup K-pop lelaki terkenal, ZE:A dan sub-kumpulannya ZE:A Five dan juga pernah memainkan peranan dalam filem ‘The Attorney’ dan siri TV ‘Misaeng: Incomplete Life’. Kang Ha-neul juga muncul dalam yang terakhir, serta senarai panjang drama TV lain termasuk ‘When the Camellia Blooms’, ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ dan ‘Midnight Runners’.
Manakala, Yang Dong-geun pula merupakan seorang pelakon, penyanyi rap, penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dan penari breakdance dan Park Sung-hoon pula pernah tampil menerusi drama bersiri seperti ‘The Day of the Kidnapping’, ‘Justice’, dan ‘You Are the Boss’.
Agak-agaknya apa yang akan berlaku pada musim kedua nanti? Sama-sama kita nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalu kalau makan nasi lemak mesti ada timun kan, tapi tahu tak selain pelengkap rasa nasi lemak, timun juga banyak khasiatnya. Bila anda membeli timun pilih yang keras dan berwarna hijau gelap untuk mendapatkan kesegaran timun. Kalori mentimun sangat rendah, tetapi ia mengandungi nutrisi yang banyak. Hampir semua nutrisi yang diperlukan untuk diet seimbang terdapat dalam mentimun.Tahukah anda, mentimun merupakan sayuran keempat yang paling banyak ditanam di dunia ini. Mentimun juga dikatakan makanan “super sihat” kerana khasiatnya yang lengkap
1. Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.
2. Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
3. Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
4. Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga. Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
5. Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
6. Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
7. Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
8. Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.
9. Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
10. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
11. Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
12. Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
13. Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
14. Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa kat sini yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk? Kadang – kala bila kita berada di kawasan banyak nyamuk anda sering menjadi tumpuan gigitan berbanding rakan yang lain. Ada yang menggelar mereka ini ‘darah manis’. Tapi, betulkah istilah itu wujud dari segi sains? Mengapa sesetengah orang lebih sensitif dan ‘disukai’ oleh nyamuk? Mari kita tengok apa yang ditemui oleh kajian-kajian pakar saintis tentangnya. Ramai tak sangka.
Nyamuk memang menghisap darah untuk menghasilkan protein daripadanya. Persoalannya, adakah sesetengah jenis darah lebih ‘menyelerakan’ berbanding darah lain? Ya. Menurut laman web sains Smithsonian.com, mereka yang memiliki darah jenis O adalah 2 kali ganda lebih menarik perhatian berbanding darah jenis A, iaitu kumpulan darah yang paling kurang diminati oleh nyamuk.
Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa sesetengah orang akan mengeluarkan bahan kimia melalui kulit mereka yang menyatakan jenis darah mereka.
Salah satu cara nyamuk mengesan mangsa mereka adalah dengan cara menghidu karbon dioksida yang dihembuskan oleh manusia.
Umumnya, mereka yang berbadan besar biasanya akan menghasilkan lebih banyak karbon dioksida. Oleh itu, lebih mudahlah nyamuk mengesan mangsa ini.
Nyamuk amat tertarik dengan suhu badan yang lebih tinggi serta kandungan asid laktik, ammonia, dan asid urik yang biasanya didapati daripada peluh.
Walaupun atlet, ahli sukan, atau mereka yang aktif bergerak secara fizikal mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi – yang juga diminati oleh nyamuk, faktor genetik juga memainkan peranan dalam bahan semulajadi yang terkandung pada badan.
Dalam beberapa kajian seperti yang dilaporkan oleh Science Direct, wanita mengandung adalah 2 kali ganda lebih kerap digigit oleh nyamuk.
Saintis mempercayai bahawa ini adalah kerana wanita mengandung mempunyai suhu badan yang lebih tinggi dan melepaskan lebih banyak gas karbon dioksida.
Hal ini menyebabkan wanita mengandung sangat berisiko terhadap Virus Zika yang telah dikesan di negara kita.
Kita semua mempunyai flora mikrob yang unik dan cantik yang hidup di kulit kita. Malah, kita mempunyai lebih banyak mikrob pada kulit kita berbanding sel-sel kulit yang sebenarnya. Dan komposisi unik mikrob kami mempengaruhi berapa nyamuk yang mahu menggigit kami.
Selalu kita dengar tips halau nyamuk adalah dengan mengenakan pakaian berwarna cerah. Tapi kenapa?
Ini kerana warna gelap menyerap haba, manakala warna cerah memantulkan haba.
Maka, nyamuk yang mempunyai deria suhu yang sangat sensitif ini lebih tertarik pada haba yang terdapat pada warna gelap. Selain itu, sains juga menguatkan dakwaan ini di atas fakta bahawa deria penglihatan mereka lebih tajam dalam keadaan gelap.
SUMBER : Sehinggit
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang