Pasti ramai menanti-nantikan filem Tombiruo Penunggu Rimba kerana merupakan filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang sedai maklum merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia. Menariknya filem ini, PELAKON Zul Ariffin akui beliau terpaksa menurunkan berat badan 13KG untuk watak Ejim atau Tombiruo. Bukan sahaja perlu sesuaikan diri, selebriti berusia 31 tahun ini juga melalui proses diet ekstrem selain alami pelbagai kecederaan kerana melakukan aksi lagak ngeri.
“Sebenarnya, agak sukar saya terjemahkan watak Ejim. Lagi pula, watak ini terlalu misteri dan ia hanya bercakap apabila perlu.
“Jadi, untuk melaksanakannya saya bukan saja baca novel, tetapi juga buat rujukan pada penulisnya, Ramlee.
“Saya cuba bawa watak yang dah ada peminat sejak 20 tahun lalu dan karakter ini sangat mencabar,” katanya.
Lantaran itu, Zul berhempas-pulas dapatkan susuk tubuh tegap demi hidupkan karakter tersebut di layar perak.
Ads
“Terpaksalah saya ‘jual’ badan bagi mengisi imaginasi pembaca novel Tombiruo atau sekurang-kurangnya hampir menepati ciri-ciri Ejim yang bermain dalam minda khalayak.
“Saya pun tak naklah lari sampai bergegar-gegar badan, tapi hanya nak nampak nice dan fit. Semua itu saya lakukannya sendiri dalam tempoh lima minggu,” katanya.
Pada masa sama, Zul akui ralat apabila tidak dapat melakukan aksi lagak ngeri sepenuhnya lantaran kecederaan slipped disc.
Ads
“Watak saya banyak melibatkan babak pertarungan, tetapi mungkin kerana terlalu teruja saya cedera.
“Ralat juga kerana seboleh-bolehnya saya ingin lakukan sendiri aksi lagak ngeri, tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melupakan hasrat itu.
“Akibat kejadian itu juga saya terpaksa berehat selama lapan bulan dan melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih,” katanya.
Ads
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% ini menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran pada masa hadapan agar lebih berhati-hati dan membuat persediaan awal sebelum melakukan aksi berbahaya.
Selain Zul, Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.
Sinopsis Filem
Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.
Sumber : Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti satu Malaysia tahu kisah cinta dan perkahwinan pewaris empayar perniagaan terbesar negara ini SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan selamat diijab kabul setelah kisah cinta mereka menjadi bualan ramai tahun lalu.
Memang mewah dan meriah majlis pernikahan mereka. Selepas majlis akad nikah, pasangan ini tampil dengan persalinan tradisi Cina. Memang unik majlis mereka ini memandangkan perkahwinan ini melibatkan dua bangsa Melayu dan Cina.
Tapi apa yang menjadi perhatian dan mengejutkan ialah aksi cium mulut antara pasangan ini yang tidak sesuai di kongsikan di media sosial.
Ada pihak yang menyifatkan pasangan ini tidak menghormati sensitiviti sebagai orang yang beragama Islam. Namun foto tersebut bukan dikongsikan oleh Faliq atau Chryseis. Ia di muat naik oleh teman atau ahli keluarga yang hadir pada majlis itu.
Tapi apa pendapat korang ?
Sumber : Roti Kaya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masa untuk papa hot! Siapa kata jika sudah berkahwin lelaki tidak mampu tampil stylo dan steady? Ayuh lihat barisan selebriti yang sudah bergelar ayah namun masih kekal menarik dan menawan.
HAIRUL AZREEN
Siapa yang bisa menyangkal tentang ketampanan pelakon ini? Bekas juara Fear Factor Malaysia musim pertama ini antara kegilaan para wanita di luar sana terutamanya apabila dia mula berjinak dalam aktiviti bina badan. Tidak cukup dengan itu, akaun Instagram miliknya seringkali menjadi perhatian ramai saat dia bersama putera hatinya, Yusuf Iskandar. Nampak betul Hairul Azreen ini seorang bapa yang penyayang.
AWAL ASHAARI
Ikon fesyen ini sudah memang terkenal dengan gaya fesyennya yang sentiasa up-to-date. Bukan sahaja baju, malah dari penggayaan rambutnya juga menjadi bualan ramai hinggakan ada diantara kita yang menjadikan dia sumber inspirasi dalam berfesyen. Memiliki wajah yang tampan membuatkan ramai yang jatuh hati bila melihatnya. Mungkin ada di kalangan wanita yang memanggilnya, Mr. Perfect. Mana tidaknya, kemana sahaja Awal sentiasa kemas dan bersedia. Bertuah Lara memiliki bapa seperti Awal. Perkahwinannya bersama Scha Alyahya menambahkan lagi obsess orang ramai terhadap Awal. Dua-dua sama padan, sama cantik.
FARID KAMIL
Pelakon yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini sentiasa kelihatan segak dan menawan. Akaun Instagram miliknya seringkali menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik gambar aktivit sukannya dan bersama anak kecilnya. Senyuman manisnya sentiasa menjadi dambaan para wanita. Biarpun Farid kini sudah bergelar bapa kepada dua anak.
ZAIN SAIDIN
Sudah tentu pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini menjadi popular apabila orang ramai sibuk mengatakan tentang jarak umur mereka. Namun, Zain membuktikan bahawa biarpun ada jurang umur, dia masih boleh menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, malah Zain juga digilai ramai wanita biarpun sudah mempunyai anak. Bentuk tubuh yang sasa serta rupa campurannya itu adalah bonus untuk dirinya.
FADZA ANUAR
Bijak dan berkredibiliti. Buka hanya isterinya, Vivy Yusof, malah Fadza juga menjadi perhatian dalam program reality Love Vivy. Dilihat sebagai seorang lelaki yang berkaliber, Fadza juga antara pilihan bapa yang sememangnya dicari-cari oleh kaum wanita. Bijak dalam mengagihkan masa antara kerjaya dan keluarga, laman Instagram Fadza juga selalu menjadi perhatian ramai terutamanya saat dia bersama keluarga, Vivy dan dua cahaya hatinya.
DATUK SERI KHALID (DATUK K)
Siapa kata usia itu penghalang untuk kekal segak dan menawa. Datuk K bukti tentang usia bukan penghalang! Orang ramai senang sekali melihat kemesraan diantara Datuk K dan Datuk Siti, sehinggakan ada yang tertunggu gamabr yang dimuat turun oleh Datuk Siti. Apa yang menjadikan Datuk K ini seorang papa yang hot bila dia masih menjaga rapi penampilannya dan bukan itu sahaja, dia juga aktif dalam aktiviti sukan, sebagai contoh berbasikal. Baru-baru ini kerap juga pasangan ini berbasikal. Sentiasa berjiwa muda!
Antara selebriti lain yang layak digelar papa hot pilihan kami:
DAVID MCKENZIE
ASHRAF SINCLAIR
Ashraf Sinclair
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baiki sendiri tv rosak, bunyi macam terror sangat ye. Maklumlah kalau pergi hantar kedai mahunya beratus habis. Kalau ikutkan harga baiki tu boleh beli yang baru.
Nak baiki sendiri tv rosak takut lagi ‘jahanam’ terus. Tapi kalau tak dicuba kita tak tahu kan. Perkongsian daripada Eezwan Manaf ini harap dapat membantu bagi anda yang mengalami masalah tv rosak seperti ini.
Baiki Sendiri Tv Rosak, Tepek Salotape Saja
Nak dijadikan cerita smart tv saya tiba-tiba keluar jalur. Tak ada tanda-tanda pun. Tengah tengok TV tiba-tiba berjalur dan terus tak ada gambar.
Dalam hati habislah kopak duitku nak dekat raya ni. Tapi dalam masa yang sama duk survey tibi baru kat Shopee.
Saya whatsapp electrician tanya dia boleh baiki tak? Katanya LCD model tv ni tak ada stok. So tak boleh buat apa-apa. Tapi tv tak ada crack, lcd cun lagi. Baru pakai 3 tahun. Alamak kena buang ke?
Saya cuba google tentang cara baiki tv rosak berjalur ni dan jumpa banyak artikel yang berkongsi satu video ni kat Youtube. Saya pun kata why not kalau try cara ni walaupun tv tu berlainan brand dan jenis.
Jadi pagi ni, saya menggunakan segala kepakaran teknikal saya. Kita londeh satu-satu.
1. Buka panel tv kat belakang. Kat situlah terletak pcb. (Board)
2. Cari salotape
3. Buka 2 cable yang ada kat pcb (board) dan try letak salotape. 2,3 kali juga try tapi still tak jadi sebab salah letak salotape.
4. Kali ke berapa try tiba-tiba dah boleh tengok tv. Maknanya salotape tu berjaya. Happy bukan kemain lagi. Jimat beratus-ratus duitku. Alhamdulillah.
5. Jadi kalau tv korang jalur-jalur macam tv ni korang baiki sendiri je. Kalau hantar kedai dia tukar LCD terus.
Lihat caranya:
1. Tengok youtube waktu ni. Mula-mula nampak sikit jalurnya pastu terus out.
2. Ni bahagian belakang tv. Saya buka semua skru dan tarik keluar. Senang je yang ni. Dia tak ada klip-klip. Boleh cabut terus lepas semua skru dah dibuka.
3. Ini lah bahagian pcb atau board dia. Cari 2 kabel macam dalam gambar yang warna putih tu. Tv lain mungkin berbeza sikit. Yang penting ada kabel macam tu.
4. Ini 2 kabel yang disambungkan kat pcb. Yang ni la kena cabut dan letak salotape kat belakang tu. Kena cuba satu-satu. Kalau yang A tak jadi, try yang B pula.
5. Salotape biasa je pakai. Berapa ringgit je ni. Ni pun pakai yang dah sedia ada. Kena potong kecik sikit.
6. Salotape kat bahagian ni saja. Belakang cable tu.
.
7. Akhirnya berjaya! Boleh buka servis baiki tv rosak la lepas ni.
MASKULIN : Moga ia membantu. Berapa lama bertahan tak pasti tapi sekurangnya jimatlah duit untuk hantar kedai atau beli yang baru ye.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.