“Burpees bukan sekadar senaman, tapi ujian mental dan fizikal.”
Dalam dunia kecergasan lelaki moden, burpees kekal sebagai antara senaman bodyweight yang paling underrated.
Tak perlukan alat. Tak perlu ruang besar. Tapi kalau buat betul-betul, confirm peluh mencurah, jantung berdegup macam baru dikejar anjing liar, dan otot-otot utama semua rasa macam baru lepas kena dera.
Namun, satu kesilapan kecil pada teknik boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Jadi sebelum kau masuk mode “beast”, jom kita faham betul-betul macam mana nak buat burpees dengan selamat dan efektif.
Kenapa Burpees Powerful Untuk Lelaki?
Full-body activation: Dari dada, bahu, core, glutes sampai betis – semua kerja.
Cardio & strength sekali jalan: Burpees boost endurance dan bantu bina otot lean.
Kalori terbakar power: Perfect untuk korang yang nak shred lemak.
Cepat & brutal: Satu set 10 reps dah cukup buat kau questioning life choices.
Langkah Demi Langkah Buat Burpee Dengan Betul
Squat turun, tangan ke lantai
Berdiri tegak, kaki selaras bahu.
Turun ke posisi squat dan letakkan tangan ke lantai.
Loncat kaki ke belakang – masuk posisi plank
Ads
Pastikan badan lurus, core engage, pinggul tak jatuh.
Push-up (optional)
Turunkan badan dengan siku 45 darjah dari badan.
Elakkan “chicken wings” yang boleh strain bahu.
Loncat kaki ke depan
Ads
Bawa kaki kembali ke tangan dalam posisi squat.
Loncat ke atas (optional)
Lompat dan angkat tangan ke atas.
Landing perlahan dengan lutut sedikit bengkok.
Ads
Kesilapan Biasa Ramai Lelaki Buat
Tak engage core: Ini menyebabkan sakit belakang.
Landing keras: Berisiko pada lutut dan tumit.
Pinggul menjunam semasa plank: Tanda core lemah.
Terlalu cepat, form ke laut: Bila penat, form collapse dan risiko kecederaan meningkat.
Modifikasi Untuk Newbie (atau Kalau Lutut Tak Okay)
Step-back burpee: Langkah kaki ke belakang secara bergilir, bukan lompat.
No jump burpee: Elakkan lompat tinggi untuk kurangkan impact pada sendi.
Kneeling push-up: Sesuai untuk yang baru mula atau ada isu bahu.
Siapa Patut Masukkan Burpee Dalam Workout?
Lelaki yang busy – burpees boleh jadi rutin ringkas 10 minit.
Lelaki yang nak cutting – HIIT burpee workout bantu bakar lemak dengan efisien.
Lelaki yang tak minat angkat besi – tapi still nak body fit dan function.
Tip Tambahan
Mulakan perlahan, fokus form.
Buat depan cermin untuk monitor postur.
Jadikan warm-up sebelum sesi training lain.
Combine dengan timer (EMOM atau Tabata) untuk HIIT yang lebih mantap.
Kuasai Perkara Asas
Burpees memang nampak simple. Tapi bila digabungkan dengan teknik yang betul dan konsistensi, dia boleh jadi antara senjata utama anda transform badan dan stamina.
Jangan sekadar tiru influencer. Faham asas, ikut progres dan dengar badan anda. Bila badan dah steady, baru boleh naik ‘gear’ dan push ke level seterusnya.
Kalau kau serius nak jadi versi paling padu diri sendiri, burpees patut ada dalam rotation mingguan anda.
Selamat membakar kalori dan ego.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kegiatan menghidu gam bukan sesuatu yang asing lagi. Fenomena ketagihan kesan khayal bahan terbabit sekian lama menjadi kegilaan terutama dalam kalangan remaja, terutama pelajar sekolah!
Antara faktor menyebabkan golongan itu memilih menghidu gam kerana harganya murah serta mudah didapati di pasaran. Kegiatan tidak sihat itu boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dari segi mental dan jasmani. Antara bahan kimia berbahaya terkandung di dalam gam adalah Toluene. Kebiasaannya, Toluene digunakan sebagai pelarut dalam industri penghasilan cat, bahan kimia, getah dan penghasilan produk farmaseutikal.
Bahan kimia itu menyebabkan kerosakan sistem saraf dan organ penting di dalam tubuh sekiranya terdedah secara berlebihan melalui sistem pernafasan. Antara kesan negatif Toluene terhadap sistem saraf adalah menyebabkan gejala halusinasi, khayalan, pening, kekeliruan, sakit kepala dan pengsan. Sekiranya aktiviti menghidu gam dilakukan berterusan, kesan lebih serius terhadap sistem saraf seperti neuropsychosis, kerosakan sel otak, sawan, koma, kerosakan sistem saraf, penurunan keupayaan kognitif, buta, dan kehilangan pendengaran.
Selain itu, aktiviti menghidu gam juga mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan jantung dan sistem pengaliran darah. Ia boleh mengganggu fungsi jantung normal apabila jantung menjadi tidak sekata. Sebelum ini, dilaporkan ada kes kematian mengejut gara-gara menghidu gam. Kesan buruk bahan itu terhadap paru-paru pula termasuk sesak nafas, asfiksia iaitu keadaan tubuh tidak mendapat oksigen mencukupi, kecederaan dan keradangan paru-paru.
Antara kesan buruk terhadap sistem pencernaan ialah sakit perut, loya, muntah dan muntah berdarah. Selain itu ia menyebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Seperti yang dapat kita lihat, aktiviti menghidu gam memberikan impak negatif sangat besar bagi individu terbabit. Generasi muda adalah golongan berharga yang akan menerajui kepemimpinan negara pada masa hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bacaan gula normal (normal glucose readings) dalam darah untuk penghidap kencing manis adalah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L.
Itu sekiranya pesakit berpuasa atau tidak makan namun jika bacaan diambil secara rawak, bacaan diterima secara normalnya adalah sekitar 4.4-8.5 mmol/L.
Penyakit yang perlu dicegah
Menerusi pendedahan tersebut, jelas masalah kencing manis perlu diatasi dan dicegah untuk mengelakkan diri berdepan dengan risiko kesihatan yang membimbangkan.
Dalam media sosial, seorang pengguna Facebook, Rashid Kocai mendedahkan terdapat rawatan alternatif untuk mengubat masalah itu dengan menggunakan daun kapal terbang.
Selain dipanggil daun kapal terbang, daun lebar ini turut dipanggil sebagai daun rumput Malaysia dan ia mudah ditemui kerana tumbuh melata di banyak kawasan.
Rendam 3 helai daun dalam masa 3 jam
Kata Rashid Kocai, mereka yang menghidap penyakit kencing manis boleh menurunkan bacaannya daripada 17.9 kepada 7 dalam masa 3 hari.
1. Caranya tanpa menggunakan sebarang kos, petik sahaja jika menemui daun kapal terbang ini di laman-laman kebun misalnya.
2. Basuh bersih-bersih dan kemudiannya, ambil 3 helai dan rendamkan dalam air panas. Biarkan daun tersebut terendam dalam air sekurang-kurangnya 3 jam.
3. Setelah selesai proses itu, minumlah air daun kapal terbang itu sekali sehari untuk tujuan perubatan alternatif meski pun rasanya agak pahit.
Turunkan hipertensi
Seorang lagi pengguna Facebook, Gevariel Hoshea mendedahkan dia sedang amalkan minum air rebusan daun tersebut.
Katanya kalau untuk turunkan BP tekanan darah tinggi memang mujarab. Caranya hampir sama iaitu rebus dan minum airnya.
Gevarial turut bersetuju selain bermanfaat untuk dirinya, daun itu bukan sahaja murah, terbaik dan senang ditanam malah tidak menolak mampu rawat masalah kencing manis.
Lumat dan tampal pada tempat luka
Pengguna Faceook yang lain turut berkongsi tentang khasiat daun ini. Kebiasaan di antara mereka pernah melumatkan daun ini kemudian tampal pada tempat yang mengalami luka.
Selain menghentikan pendarahan, rasa sakit juga boleh beransur-ansur hilang dan teknik ini dikatakan agak mujarab biar pun ia terlampau murah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.