Kanak-kanak yang tidak mempunyai postur yang baik akan mengalami kesakitan kronik pada tangan, leher dan bahu serta kecederaan gerakan berulang seperti sindrom carpal tunnel. Sebahagian besar penyakit ini boleh dicegah dan disingkirkan jika perhatian diberikan kepada kedudukan postur yang baik, penggunaan beg galas yang betul dan bagaimana serta berapa lama kanak-kanak patut menghabiskan masa di hadapan komputer.
Kedudukan postur yang baik boleh mencegah keletihan otot dan sakit belakang, mengurangkan kehausan pada sendi, ligamen, tulang serta dapat menyumbang kepada penampilan yang lebih menawan.
Apakah kedudukan postur yang baik?
Postur adalah kedudukan tubuh seseorang baik sewaktu berdiri mahupun duduk atau berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi.
Mereka yang memiliki kedudukan postur yang baik sedar apabila sebarang berlaku perubahan pada postur itu. Postur terbentuk daripada satu kombinasi kawalan otot yang baik, kekuatan dan keyakinan diri. Mereka yang mempunyai kedudukan postur yang baik duduk dengan tegak dan kepala mendongak.
Apakah jenis-jenis kedudukan postur yang bermasalah?
Ads
Penggunaan beg galas yang tidak betul boleh mengakibatkan pelbagai masalah belakang dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa di hadapan komputer, menonton televisyen dan bermain permainan video lazimnya memiliki kedudukan postur yang lemah. Membongkokkan tubuh sewaktu berjalan atau makan juga masalah biasa.
Apakah itu penggunaan beg galas yang betul?
Pastikan berat beg galas anak anda tidak melebihi 10 peratus daripada keseluruhan berat badannya. Sekiranya boleh, pastikan beg galas anak tidak tergantung lebih daripada empat inci di bawah pinggangnya. Jika ia sudah melebihi sepatutnya, pastikan kedua-dua tali diketatkan bagi mencegah kesakitan leher dan belakang.
Bagaimana jika anak membongkok ketika menggunakan komputer?
Ads
Sekiranya anak anda membongkok ketika menggunakan komputer, penggunaan meja dan kerusi yang betul boleh memperbetulkan kedudukan posturnya. Kaki mereka sepatutnya menyentuh lantai. Paling tidak, letakkan bantal di belakang tubuh atas kerusi untuk memberi sokongan yang diperlukan. Jika mereka menggunakan kerusi orang dewasa, pastikan bangku kecil diletakkan agar terdapat sokongan pada kakinya.
Seorang profesor dari Jabatan Ortopedik Universiti Temple, Dr. Kritine Fortuna turut mengesyorkan tumpuan masa yang dihabiskan di hadapan permainan video atau televisyen dihadkan kepada 20 minit setiap sesi.
Ajar anak tentang kedudukan postur yang baik?
Ads
* Jadikan teladan yang baik. Tunjukkan kepada anak apakah itu kedudukan yang baik dan buruk. Berikan contoh jika perlu. Berikan komen apabila kedudukan postur anak tidak betul.
* Berikan peringatan. Jika anak membongkok ketika melakukan kerja, cuba berikan peringatan kepadanya agar berdiri tegak dan naikkan bahu bagi membetulkan kedudukan postur.
* Jadikannya satu permainan. Seorang deejay terkemuka pernah berkata: “Mulakan hari anda dengan bertanya anak-anak, Siapa yang duduk membongkok?, Siapa yang duduk menegak?”
Luangkan masa mendidik anak-anak bagaimana duduk pada kedudukan postur yang betul. Bagi membetulkan kedudukan postur, pastikan pelvis didepankan dan bahagian dada dinaikkan. Tindakan ini membantu anak belajar bagaimana mengawal kedudukan postur secara automatik.
* Bayangkan sebiji belon menaikkan anda. Memang tidak mudah untuk menerangkan apakah itu kedudukan postur yang baik. Tetapi, sebagai ibu bapa, anda boleh meminta anak-anak membayangkan perasaan itu seakan sebiji belon besar yang menaikkannya.
Terangkan bagaimana belon itu menaikkan tubuh tetapi kaki masih berada di atas lantai. Keadaan ini mungkin akan memudahkan mereka duduk tegak tanpa menghadapi banyak masalah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sosej antara makanan kegemaran semua golongan. Mudah disediakan dan juga rasa yang sedap. Namun, makanan ini mengandungi kandungan perisa tiruan,bahan pengawet dan garam dalam kuantiti yang tinggi. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan masalah kesihatan lain.
Jadi lebih baik kita buat sendiri kat rumah. Mudah sahaja nak buat dan lebih sedap serta berkhasiat.
– Kisarkan isi ayam bersama lobak merah, daun bawang, tepung gandum, tepung jagung, black & white pepper dan minyak bijan.
– Kisar sehingga dapat tekstur yang lembut dan cantik seperti ini. Kemudian boleh letakkan dalam cetak sosej.
– Kukus sosej tadi lebih kurang 20 minit dan boleh digoreng juga selepas itu.
Untuk info, kajian saintifik mendedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam sosej dipasaran sangat memudaratkan kesihatan terutamanya meningkatkan risiko kanser pankreas dan usus. Jadi lebih baik kita buat je sendiri mengunakan bahan yang lebih berkhasiat. Selamat mencuba!
5 Sebab kenapa anda perlu berhenti merokok sebelum berkahwin.
Jika anda boleh menanggung susah payah sakit seorang tidak apa. Namun, jika anda rasa tidak mampu menanggungnya seorang, cuba berhenti merokok. Ini bukan setakat menanggung sakit secara fizikal dan mental sahaja tau. Fikir nanti siapa yang perlu bawa anda ke hospital, teman anda di hospital, menunggu berjam-jam sementara anda mendapatkan rawatan, tidak tidur lena memikirkan masalah kesihatan anda, duit lagi, pendapatan keluarga terjejas kerana masalah kesihatan dan banyak lagi.
1.Duit
Dalam keadaan ekonomi yang sedikit mendesak dan tidak stabil ini, ada baiknya anda kurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Contohnya, rokok. Ada yang cakap belanja untuk rokok ini lain sedikit sebab sudah ketagih dan jadi tabiat yang susah hendak ubah. Tapi cuba anda fikir, (RM17 x 30 = RM510) Banyak tu. Tambah sikit sudah boleh bayar ansuran bulanan kereta.
2.Kesihatan anda
Sekarang efeknya tidak terasa sangat. Tetapi jika mahu ditunggu sehingga anda sudah berusia baru mahu menyesal, memang melaratlah nanti. Sekarang merokok mungkin boleh menjadi jalan mudah untuk anda melepaskan tekanan, tetapi ‘jalan mudah’ inilah yang akan menyebabkan anda tertekan di kemudian hari disebabkan masalah kesihatan. Cuba lepak dengan pak cik-pak cik yang selalu berulang-alik ke hospital disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada tabiat merokok mereka. Anda akan tahu betapa payahnya hidup jika dibelenggu penyakit, lebih-lebih lagi jika anda bukan pesara kerajaan.
3. Kesihatan pasangan anda
Tahukah anda, perokok kedua atau perokok pasif terdedah kepada bahaya asap rokok 3 kali ganda berbanding perokok aktif/pertama? Tahukah anda, kajian oleh WHO mendapati wanita yang bersuamikan perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mendapat barah paru-paru? Cuba anda fikir, ini tidak termasuk zaman bercinta lagi, bila anda selalu merokok ketika ‘dating’ sambil duduk berhampiran dengan pasangan anda. Kalau dulu memanglah rasa macam romantik, tapi tidak terlintaskah yang perkara ini perlahan-lahan meragut kesihatan insan yang anda sayangi? Bolehkah anda hidup tanpa pasangan anda?
4. Bau
Bau rokok tidak wangi. Anda tahu, semua orang pun tahu bukan? Bukan bau baju anda sahaja yang berbau, badan, rambut, semua pun berbau. Penat sahaja anda mandi wangi-wangi.
5. Kehamilan
Akan tiba satu masa anda akan perlu berhenti merokok apabila pasangan anda mengandung. Okay, mungkin anda akan cakap yang anda boleh sahaja merokok di tempat berasingan daripada pasangan anda. Namun, tahukah anda, kesan rokok pada baju/rambut/badan anda pun masih merbahaya kepada individu yang terdedah kepadanya? Jika anda adalah wanita dan merancang untuk hamil pula, ini adalah alasan terbaik untuk anda berhenti merokok. Utamakan kesihatan anda dan bayi.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak perlu bersusah payah untuk dapatkan tubuh badan kurus dan sihat tanpa lemak berkumpul di perut dan tubuh. Ha…sebenarnya ada saja kaedah diet paling mudah untuk turunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak pula membahayakan. Caranya ikut kaedah diet air putih.
Tapi walau banyak pilihan ramai saja yang gagal meneruskan misi kurus kerana berasa sukar. Ya jangan tak percaya! Dengan mengatur waktu minum air putih dan mengikut panduan yang diberikan berat badan boleh turun dengan cara yang lebih sihat.
1. Sebaik bangun daripada tidur pastikan minum air putih segelas. Ia baik untuk kesihatan selain membantu membuang lemak dari tubuh.
2. Sebelum dan selepas makan minum air putih paling tidak 2 gelas. Ia akan membuat perut kita kenyang dan tak makan terlalu banyak.
3. Minum lebih dari 4 liter air sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh.
4. Ganti minuman teh atau kopi mahu pun air manis lain dengan air putih. Lupakan terus.
5. Air putih dan juga hirisan lemon atau buah-buahan lain juga membantu menurunkan berat badan secara alami.
6. Jika mahu kesan lebih cepat kena lakukan senaman dan imbangi dengan minum air yang banyak.
Walaupun dah minum banyak air putih, makan pun kenalah kawal juga. Kalau makan tetap dua pinggan nasi tetap susah nak kurus juga ya.
Sumber: www.boldsky.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.