Bahaya juga akibat terlalu obses dengan aktiviti ber swafoto ini. Kejadian ini berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.
Hal ini merupakan detik menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka itu sedang kelemasan.
Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil. Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.
Ads
“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,’’ katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof, Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.
Ads
Ads
Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun. Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ. Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit. Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai. Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam sejarah bola sepak Inggeris, banyak kelab bola sepak yang kita kenali hari ini telah melalui pelbagai perubahan sejak penubuhan mereka. Nama asal mereka mencerminkan sejarah, komuniti, dan aspirasi tempatan.
MASKULIN yakin ramai di antara anda merupakan peminat atau penyokong kelab-kelab hebat dari Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool, Manchester United, Arsenal, Chelsea dan banyak lagi.
Tapi sejauh manakah anda tahu tentang asal-usul nama sebenar kelab-kelab tersebut ketika ia ditubuhkan?
Berikut adalah sejarah dan nama asal 10 kelab bola sepak terkenal di England, termasuk Manchester United, Liverpool, Arsenal, dan Chelsea.
Manchester United kini dianggap sebagai salah sebuah kelab bola sepak terbesar di dunia. Pada asal penubuhannya ia diberi nama sebagai Newton Heath LYR Football Club pada tahun 1878.
Kelab ini ditubuhkan oleh pekerja landasan kereta api Lancashire and Yorkshire Railway (LYR) di Newton Heath, Manchester. Pasukan ini pada asalnya mewakili jabatan rel mereka, namun pada tahun 1902, kelab menghadapi masalah kewangan dan hampir ditutup.
J. H. Davies, seorang ahli perniagaan, menyelamatkan kelab ini dan menamakan semula sebagai Manchester United.
Juara Eropah sebanyak 6 kali, Liverpool Football Club ditubuhkan pada tahun 1892 selepas pertikaian berlaku antara lembaga pengurusan Everton F.C. dan pemilik tanah Anfield, John Houlding.
Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab baru selepas Everton berpindah dari Anfield. Pada awalnya, kelab ini didaftarkan dengan nama “Everton F.C. and Athletic Grounds Ltd.” Namun, selepas rayuan undang-undang, nama itu diubah kepada Liverpool Football Club.
Kelan yang kini dianggap pencabar terdekat Manhester City untuk kejuaraan liga terkini, Arsenal diasaskan pada tahun 1886 oleh sekumpulan pekerja di Royal Arsenal, Woolwich, London.
Pasukan ini pada asalnya dinamakan Dial Square, sempena bengkel yang mereka bekerja. Tidak lama selepas itu, kelab ini menukar nama mereka kepada Royal Arsenal, sebelum akhirnya mengambil nama Woolwich Arsenal.
Pada tahun 1913, selepas berpindah ke kawasan Highbury, mereka memendekkan nama menjadi Arsenal Football Club.
Tidak seperti kelab-kelab lain, Chelsea Football Club tidak mengalami perubahan nama yang signifikan sejak penubuhannya pada tahun 1905.
Nama “Chelsea” dipilih oleh pengasas kelab, Gus Mears, setelah lokasi stadium mereka, Stamford Bridge, terletak dalam kawasan tersebut.
Stamford Bridge pada asalnya ditujukan kepada Fulham FC, tetapi setelah gagal mencapai persetujuan, Chelsea FC ditubuhkan untuk mengisi stadium tersebut.
Tottenham Hotspur ditubuhkan pada tahun 1882 dengan nama Hotspur FC oleh sekumpulan pelajar sekolah dan bekas pelajar dari gereja Tottenham.
Nama itu diambil daripada Sir Henry Percy, seorang bangsawan Inggeris yang dikenali dengan gelaran ‘Harry Hotspur’, watak yang terkenal kerana sikapnya yang berani dalam sejarah Inggeris.
Pada tahun 1884, nama kelab itu diubah kepada Tottenham Hotspur untuk mengelakkan kekeliruan dengan kelab lain yang juga menggunakan nama Hotspur.
Manchester City pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1880 sebagai St. Mark’s (West Gorton) oleh seorang paderi dan isterinya sebagai usaha untuk mengurangkan jenayah dan kemiskinan di kalangan belia tempatan.
Pada tahun 1887, kelab ini dinamakan semula sebagai Ardwick Association Football Club selepas berpindah ke kawasan Ardwick. Pada tahun 1894, nama Manchester City Football Club digunakan untuk mencerminkan kedudukan geografi mereka di Manchester.
Everton Football Club yang kini menjadi salah satu kelab tertua di England, pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1878 sebagai St. Domingo’s FC.
Nama ini diambil sempena gereja Methodist St. Domingo di kawasan Everton, Liverpool, untuk menyediakan aktiviti kepada ahli gereja pada musim sejuk.
Pada tahun 1879, kelab ini menarik lebih ramai pemain dari luar gereja, lalu mereka menukar nama kepada Everton Football Club, mengambil nama daerah setempat.
Aston Villa ditubuhkan pada tahun 1874 oleh ahli Wesleyan Chapel di Villa Cross, Birmingham.
Nama asal kelab ini diambil dari lokasi penubuhannya, dan tujuan asalnya adalah untuk menyediakan aktiviti kepada pemuda-pemuda tempatan.
Aston Villa adalah antara kelab yang turut terlibat dalam pembentukan Liga Bola Sepak (Football League) pada tahun 1888.
West Ham United pada asalnya ditubuhkan sebagai Thames Ironworks FC pada tahun 1895 oleh pekerja-pekerja syarikat pembinaan kapal Thames Ironworks di London Timur.
Mereka merupakan pasukan pekerja kilang, dan kelab ini mempunyai hubungan erat dengan masyarakat perindustrian London.
Pada tahun 1900, kelab ini dinamakan semula sebagai West Ham United setelah pengurusan kilang membubarkan kelab asal dan membentuk yang baru.
Leicester City Football Club yang terkenal hari ini dengan kejayaan Liga Perdana 2016, pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1884 dengan nama Leicester Fosse, merujuk kepada jalan lama Rom di Leicester.
Selepas Perang Dunia Pertama, kelab ini menghadapi masalah kewangan dan selepas penstrukturan semula, mereka menukar nama kepada Leicester City pada tahun 1919 untuk mencerminkan status bandar Leicester.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kenapa lelaki hari ini sudah mula beralih arah untuk memilih pasangan yang lebih berusia daripadanya? Adakah kerana ia sudah menjadi trend atau lelaki sekarang lebih inginkan kasih sayang atau……
Ini dia 7 sebab lelaki lebih suka kan wanita berusia.
1-Penyanyang
Lebih berusia bermakna lebih matang. Seperti juga buah, lebih tua lebih manis. Cara layanan dan kasih sayang yang ditunjukkan juga sedikit berbeza daripada wanita lebih muda. Wanita begini lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Ciri-ciri tersebut mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki yang tercari-cari layanan seperti ibunya sendiri.
2-Cool
Wanita berusia lebih tenang. Berbual dengannya terasa nyaman. Harus ingat, lelaki lebih suka jika masalahnya didengari dan dibantu daripada mendengar bebelan yang boleh menyesakkan lagi kepala. Wanita berusia dan matang kebiasaannya adalah PENDENGAR terbaik.
3-Mudah dibawa berbincang
Seseorang wanita yang boleh mendengar dan membantu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa melibatkan emosi, ini bermakna dia seorang yang mudah dibawa berbincang. Kadangkala lelaki mahu dibantu dalam beberapa perkara.
4-Terpaut Bila Berdamping
Hampir kesemua lelaki tidak akan mengaku menyukai wanita berusia. Pada asalnya TAK NAK pun ‘mengurat’, tetapi lama kelamaan muncul pula rasa sayang apabila sentiasa bersama. Perhatiannya, kelembutannya dan cara layanannya boleh membuatkan diri terawang-awang angau. Tidak percaya? Tanyalah rakan-rakan anda yang mempunyai teman wanita yang lebih berusia.
5-Pandai Bermanja
Melayan seperti anaknya sendiri. Kebiasaan layanan begitu diberikan wanita berusia kepada pasangannya yang lebih muda. Sentiasa memanjakan lelaki. Ingat, dimanja dan disayangi adalah dua perbuatan yang lain maksudnya. Ini untuk bacaan wanita, jangan menolak jika suami atau pasangan meminta anda memotong kukunya walhal dia boleh melakukan sendiri. Itu tandanya dia ingin dimanjakan.
Bagi seseorang lelaki, apabila berasa dimanja, maka kasih sayangnya terhadap pasangan lebih teguh. Antara permintaan lelaki yang sering didambakan daripada pasangan:
-Mengusap di kepala tatkala dirinya sedang memandu kereta
-Memeluk dari belakang sewaktu dirinya sedang asyik melakukan pekerjaan
-Pasangan tidak menolak setiap kali lelaki merapatkan tubuhnya tanpa melibatkan seks
-Disediakan pakaian untuk dipakai
-Ada segelintir lelaki ingin rambutnya disikat oleh isteri setiap hari. Wow!
-Terasa dimanja apabila pasangan memarahinya seperti ibu tentang perkara remeh.
6-Wanita 30 hingga 45 Mempunyai Kecantikan Tertinggi Dalam Hidupnya
Ini fakta yang harus diakui. Wanita lebih cantik pada usia begini. Kecantikannya lebih menyerlah dan dilihat bijak memilih fesyen tersendiri.
7-Lebih Pandai Melayan Lelaki Di Ranjang
Jangan memperlekehkan kebolehan wanita berusia apatah lagi yang pernah berumah tangga. Selain matang, wanita yang pernah berkahwin lebih memahami kehendak lelaki kerana pernah berpengalaman dalam hal begini. Jika lelaki bujang membina kehidupan bersama mereka, ini adalah satu bonus.
Semua orang ingin sihat dan langsing bukan. Pastinya buat seorang lelaki badan yang kurus dan bertenaga menjadi idaman.
Macam-macam cara dah cuba tapi masih tak kurus-kurus. Apa puncanya? Cuba perhatikan Kena tahu 6 tabiat buruk atau kesalahan yang anda perlu elakkan kalau betul-betul nak kurus!
Makanan berlemak yang terkumpul akan menjadi lemak degil. Garam boleh akibatkan hipertensi dan cecair terkumpul dalam badan. Tu yang buatkan berat badan anda susah nak turun.
Hormon kortisol yang keluar ketika stres akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan buatkan lemak terkumpul pada perut. Jauhi diri anda dari tekanan.
Kajian mendapati, kurang tidur meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Kajian juga membuktikan, tidur kurang dari 4 jam sehari akan menyebabkan obesiti.
Makan sambil menonton TV dan sambil menaip di komputer buatkan anda tidak menikmati makanan dengan baik. Akhirnya, ia buatkan anda rasa lapar lagi walaupun anda dah makan.
Sambil bekerja, lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Ambil masa selama lima minit setiap satu jam. Ia mampu membakar kalori daripada duduk diam je tak buat apa.
Yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak pada tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.