Kisahnya begini. Seminggu dua ini saya sibuk menguruskan ibu saya yang menghidap penyakit kulit yang dikenali sebagai kayap. Rawatan hospital dapat menyembuhkan penyakit itu dari segi luaran. Namun dalaman tetap sakit sehingga jika ada sesiapa yang menggoreng ikan di dapur, ibu akan berguling-guling kesakitan walaupun kayap hanya tinggal parut sahaja.
Disebabkan keadaan ibu seperti itu, kami adik-beradik bersepakat membawa ibu berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir dalam perubatan alternatif. Dari info yang kami perolehi, sangat sukar untuk membuat janji temu dengan ustaz berkenaan kerana bilangan pesakitnya yang ramai setiap hari.
Dipendekkan cerita, akhirnya kami berjaya membuat temujanji dengan beliau. Kami sampai sekitar jam 8.30 malam tetapi kami hanya mendapat giliran sekitar jam 12 tengah malam. Dalam tempoh menunggu itu, kami melihat pelbagai jenis penyakit yang berusaha dibantu oleh ustaz tersebut kerana rawatan dilakukan betul-betul di ruang tamu rumah.
*Rawatan-rawatan tersebut dilakukan secara percuma. Jika mahu sedekah sekadar seikhlas hati.
Selepas ibu saya mendapat rawatan, ustaz meminta kami membawa ibu berjumpa dengan beliau beberapa kali kerana terdapat beberapa prosedur rawatan yang perlu dijalankan. Demi kesihatan ibu, kami sanggup datang berkali-kali dan menunggu dalam tempoh yang lama sebelum tiba giliran kami.
Kalau diikutkan hati, memang rasa penat menunggu. Namun, rupa-rupanya di sebalik penat itu ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kami semua.
Kepada pembaca yang dikasihi, bayangkan dalam beberapa hari kami tercongok di situ menanti giliran ibu, kami lihat terlalu banyak kes-kes kesakitan yang melibatkan sihir dan yang paling banyak sihir untuk meruntuhkan rumah tangga orang berbanding sihir-sihir lain seperti sihir perniagaan dan sebagainya.
Sepanjang beberapa hari berada di rumah ustaz berkenaan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa terlalu ramai manusia tamak dan jahat sekarang ini. Memang menitik air mata saya menyaksikan kesakitan-kesakitan tersebut.
Ada suami yang sudah terkena nasi kangkang di negara jiran. Kesan nasi kangkang tersebut dibawa balik ke rumah dan terkena pada anak isteri di rumah. Badan anak-anak yang masih kecil habis gatal-gatal dan berdarah-darah kerana digaru tanpa henti. Si isteri pula kurus kering, badan macam lidi. Tetapi apabila mengamuk, habis 4 orang lelaki sasa rebah dengan sekali tepis sahaja.
Kata ustaz, perempuan negara jiran yang bagi makan nasi kangkang itu sangat terdesak mahukan si suami yang nampaknya ‘berada’. Maka sihir yang dikirim melalui si suami bertujuan untuk memusnahkan keluarga itu agar dia dapat memiliki lelaki berkenaan. Mujur si suami cepat tersedar dan berusaha mengubati kembali isteri dan anak-anak mereka.
Ads
Saya juga ada melihat seorang wanita yang gayanya sangat sukses dalam kerjaya. Beliau datang ditemani suami dan keluarganya yang lain. Si suami nampaknya sangat tenang. Tetapi si isteri seolah-olah menahan kesakitan yang amat sakit.
Apabila melihat sesi rawatan, barulah kami faham. Wanita dari seberang juga yang cuba untuk merampas si suami, namun si suami tidak layan. Maka dihantar sihir untuk memusnahkan si isteri yang tidak berdosa.
Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki lumpuh dan kelihatan sangat uzur dipapah masuk ke rumah ustaz. Menurut info yang saya dengar, lelaki itu telah ditolak oleh pihak perubatan kerana gagal menemui sebarang penyakit padanya. Jadi,ahli keluarga bersepakat membawa beliau bertemu dengan ustaz.
Selepas beberap hari merawatnya, ustaz katakan kesakitan lelaki berkenaan kerana ‘dikawal’. Namun ustaz gagal menemui di mana tempat yang dikawal tersebut.
Selepas beberapa kali percubaan dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain, maka mereka menemui jawapan. ‘Kawalan jahat’ itu berada pada tubuh isteri pesakit yang kelihatan segar bugar. Sasaran sebenar adalah suami tetapi sihir jahat itu dihantar kepada isteri.
Ads
Dalam keadaan sedar tak sedar, isteri sendiri yang meracuni suami setiap hari. Akhirnya mereka dapat mengenalpasti bahawa sihir itu dihantar oleh sahabat baik si isteri yang cemburu melihat kebahagian keluarga mereka.
Banyak lagi situasi yang saya saksikan sendiri. Ada juga sihir yang dihantar oleh seorang wanita yang mempunyai suami kepada wanita A kerana berminat dengan suami wanita A berkenaan. Akibatnya, wanita A terlolong-lolong seperti dirasuk, benci suami, jadi separuh gila dan sebagainya.
Ada juga satu kes yang melibatkan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sangat cantik dan digilai lelaki warga asing berusia 18 tahun. Akibatnya gadis berkenaan menjadi separuh gila. Meracau, menyanyi, bercakap seorang diri, memaki hamun sesuka hati dan sebagainya.
Kata si ibu, anak gadisnya yang pemalu itu berubah sikap setelah menerima beberapa pesanan WhatsApp yang sangat pelik ayat-ayatnya.
Yang paling menyedihkan, seorang pegawai polis yang beristeri dua. Isteri pertama warga tempatan dan isteri kedua warga asing. Apabila berlaku pertelingkahan, masing-masing tidak mahu mengalah.
Kata wanita seberang itu, “Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat.”
Ads
Lalu kaedah santau digunakan kepada suami sendiri sehingga pegawai polis berkenaan muntah darah, kaca dan sebagainya. Beberapa hari kemudian,anggota polis berkenaan meninggal dunia.
Banyak lagi cerita yang saya dapat sepanjang 2 minggu berulang alik ke rumah ustaz. Tetapi cukuplah setakat ini yang saya dapat kongsikan.
Cuma pesanan ustaz kepada para pesakit:
-Berhati-hati bila makan. Jangan makan pemberian orang sesuka hati.
-Jangan bagi harapan kepada wanita atau lelaki lain jika kita sudah berkeluarga. Niat kita mungkin untuk suka-suka tetapi apabila ada pihak yang terluka, mesti mereka akan balas dendam kepada isteri/suami dan anak-anak.
-Perempuan dan kanak-kanak lebih mudah terkena sihir kerana sifat mereka yang lemah. Jadi, suami perlu lebih berhati-hati kerana berfoya-foya di luar sehingga membawa pulang musibah kepada isteri dan anak di rumah sama seperti kes nasi kangkang tadi.
-Ramai perempuan yang terdesak sekarang keranan ingin hidup senang. Di pihak isteri, jangan bawa balik sesiapa yang berpotensi menjadi ‘musuh’ ke rumah. Di pihak suami, jangan dekati ‘virus’di luar. Kerana sihir paling banyak berlaku daripada orang-orang yang kita kenali di sekeliling kita.
Dekatkan diri kita dengan Allah. Jangan tinggal solat dan mesti hafal surah-surah tertentu sebagai pendinding seperti surah Al-Falaq.Jadi sama-samalah kita berdoa smeoga diri kita dan keluarga dilindungi dari dunia hingga ke syurga.
Amy Search, penyanyi rock legenda, memberitahu peminatnya di media sosial bahawa di telah menjejakkan kaki ke gunung Annapurna, Nepal dan misinya untuk menawan puncak gunung kedua terkenal itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menggunakan platform Instagram untuk berkongsi perkembangan perjalanannya mendaki puncak gunung tersebut bersama isterinya dan rakan-rakan yang lain.
Amy berkongsi bahawa dia telah berjaya dalam misinya menawan puncak gunung Annapurna dan kejayaan itu nyata membuatnya sebak dan terharu kerana berupaya melengkapkan misinya.
Untuk pengetahun Annapurna Base Camp( ABC) merupakan jalur pendakian gunung kedua popular di Nepal, selepas Everest. Selain itu ia juga salah satu daripada tiga puncak tertinggi yang terdapat di pergunungan Himalaya. Jadi kira hebat jugak lah Amy menawan puncak ini di usia 60 tahun.
Ini kita lihat pengalaman yang dikongsikan oleh Amy search sebelum beliau sampai ke puncak gunung ini.
Tidak Putus Asa & Saat-saat Terindah Itu Akhirnya Sampai Jua
Saat ini ABC hanya lebih kurang 200meter dari pandangan dan salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dn sweeper utk pastikan semua dlm keadaan steady. Masa salji turun happy sngt rasa. Aku ckp kt Jamal kita pelan2 kayuh. Aku ingat lagi terjumpa dua org peminat cina pesan jgn kelam kabut atau erti kata utk elakkan terkena EMS. Lepas salji terhenti keadaan jadi sejuk dan dapat aku rasa tangan aku rasa sejuk yg teramat. Aku cakap dekat Loe aku perlu mountain jacket pda porter Gopal dan Loe beri gloves untuk aku pakai. Loe terus jalan dulu untuk inform porter Gopal hntar mountain jacket aku. Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan.
Jika sblom ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3 langkah aku berhenti amik nafas. 3 langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku. Wife dn yg lain semua nya dh smpai cuma aku dn Jamal jer. Aku terasa panic bila aku tngok Jamal dh mula mcm nk muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dn tiba2 berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku.
Aku berhenti amik nafas yg dlm. Porter Raj dtg bertnya aku ok tk? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia utk aku pakai dn beri aku air halia suam dn coklat. Dlm perjlnan porter Raj ckp nourish on walkie talkie nk ckp dgn aku. Wife aku ckp ” sayang u cn do it” aku jwp I will be there tpi dia bunyi dlm kebimbangan sbab aku tnpa mountain jacket dn suhu smakin lama smakin sejuk. Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah. Seminit lps tu porter Milan dn porter Purna smpai dgn mountain jacket dn bantu aku jln menuju ke puncak impian yg hnya 100meter di hadapan. Saat2 terindah itu akhir nya smpai jua. Isteri mnyambut aku di gerbang itu. keadaan yg berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba2 terbuka mnyambut kedatangan aku… begitu lah kebesaran Allah. Syukur Alhamdulillah
Bukan semua lelaki mampu menuturkan kata ‘maaf’ apabila berbuat salah terhadap isteri. Lebih-lebih lagi lelaki yang tidak pandai memujuk. Memang haru dibuatnya.
Usah risau. Ada cara tertentu untuk kembali menyejukkan hati si isteri yang sedang marah. Cuba 5 trik ini seperti yang cadangkan oleh laman sesawang Boldsky.
1. Bersiap sedia dengan jawapan sebelum ‘diserang’
Sebelum isteri menghujani anda dengan soalan-soalan yang menimbulkan kemarahannya, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan jawapan yang sesuai. Jangan banyak beri alasan, sebaliknya berikan jawapan dengan penuh yakin. Bagaiaman nak dapat jawapan menyakinkan? Pertama, anda sendiri perlu yakin ketika menjawab dan kedua, jawab dengan cara baik bukannya dengan anda sinis atau marah.
2. Minta maaf dengan ikhlas
Walaupun bukan anda yang salah, minta maaf dan cakap elok-elok. Seorang lelaki memang susah nak minta maaf apatah lagi jika berasakan bukan dia yang buat salah. Atapun anda buat salah, tetapi tidak berniat melakukan kesalahan tersebut. Minta maaf dengan ikhlas, bukan dengan nada sinikal atau buat statement yang memarakkan lagi api kemarahan seperti “Yelah you saja yang betul dalam rumah ni.”
3. Minta maaf tetapi jangan berlebih!
Minta maaf sekali sahaja sudah cukup. Tak perlu follow up dengan hantar surat ke mejanya di tempat kerja, tulis panjang-panjang di akaun Facebook dan sebagainya. mengapa? Sebab ini akan membuatkan si isteri berasa lagi tertekan kerana rakan-rakan akan mula bertanya apa yang berlaku antara kamu, suami-isteri. Kamu ingat dengan berbuat begitu kami sweet. Hakikatnya, si isteri boleh jadi lagi marah!
4. Jangan Lepaskan Emosi & Sabar
Jangan terlalu banyak tanya apabila isteri sedang marah. Sebaliknya, anda yang perlu menjawab pertanyaannya dengan tenang apabila ditanya. Jangan sekali-kali membandingkan
isteri anda dengan perempuan lain bila hati anda sendiri berasa ‘panas’ dan cuba kawal kemarahan. Ingat, berikan dia ruang dan waktu untuk berfikir dan kawal emosi anda sendiri.
5. Berikan Waktu Berfikir
Ini paling penting. Jangan expect selepas minta maaf, isteri akan melupakan begitu sahaja kesalahan anda umpama. Bagi dia ruang dan masa untuk berfikir serta tenangkan kembali perasaan dia. Oleh itu, suami kena bersabar dan jangan anda pula yang bertukar menjadi marah!
Sumber : Boldsky
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pentas Seksis: Seksis? Permainan warna serta jenis fabrik menjadikan sesuatu rekaan itu kelihatan seksi. Sekali lagi berbicara mengenai pentas musim panas ini, menyaksikan percaturan pereka memberi imbuhan dalam setiap karya bagi menginovasi elemen seksi dalam setiap lukisan rekaan mereka, dan dipersembahkan di atas pentas agung, paksi segala trend terkini.
Lace Is A New Satin: Barangkali lace ini dahulunya digunakan dalam permainan rekaan wanita. But today, lace is a new satin! Penggunaan lace dalam rekaan kemeja menjadi cetusan baru dalam trend lelaki masa kini. Lihat saja rekaan dari jenama mewah Gucci untuk Spring/Summer, pelbagai jenis warna serta corak lace menjadi elemen tambahan dalam rekaannya. Lebih seksi dan lebih classy!
Men In Leisure: Bukan hanya lace, namun fabrik jenis see-through ini mampu menaikkan aura seksi dalam penggayaan anda. Walaupun ia tampak sedikit feminin, namun dengan styling yang betul, bisa menyerlahkan aura maskulin seksis yang nyata. Pereka Christopher Kane contohnya, mencedok ilham “boyish” dalam rekaannya, menggunakan fabrik jenis see-through namun masih tampak maskulin dalam kelainan yang dibawa dalam motif jenis moden.
Sleeveless, Less Is More: Rekaan tanpa lengan melewati pentas spring/summer. Bagai menjadi satu trend,kali ini rekaan tanpa lengan menjadi satu kunci utama buat si pereka dalam melengkapkan gaya asas koleksi mereka. Mana tidaknya, lihat saja rekaan Alexandre, walaupun rekaan sleeveless, namun masih mengekalkan sentuhan formaliti dalam rekaannya. Tuntasnya, rekaan serba sleeveless ini punya pilihan gaya yang berbeza. Formal, kasual, santai mahupun penggayaan sporty, semuanya ada pada rekaan potongan sleeveless ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.