Bayangkan tengah anda menguap atau membuka mulut tiba-tiba mulut yang dibuka itu kaku dan tak boleh di tutup. Memang haru jadi nya. Sudah lah panik tidak boleh tutup, ditambah pula dengan panik sakit itu…
Pernahkah anda rasa seperti ini? Itu tandanya rahang anda terkehel atay lari dari landasannya. Ia terjadi apabila anda menguap besar atau memakan dalam kuantiti yang besar melebihi kemampuan mulut.
Maka benarlah kata orang tua-tua. Tutup mulut masa menguap. Cuba tahan daripada mulut menguap terlalu besar atau buka mulut terlalu besar.
Ads
Malah, jika anda mengalami muntah teruk dan prosedur dental juga boleh menyebabkan rahang terkehel. Jika ini terjadi pada anda, segera ke kecemasan. Doktor akan kembalikan rahang anda ke kedudukan asal.
Ads
Jika sekali terkena, anda berisiko untuk terkena sekali lagi. Jadi untuk mengurangkan risiko sendi rahang terkeluar dari soket!
Ads
Sumber: Public Heath Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat.
Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki yang pernah mencipta sejarah sebagai penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga kini sah bergelar pemain Arsenal. Dengan nilai perpindahan sebanyak £5 juta pound, bintang Sepanyol berusia 30 tahun ini bersedia membuka lembaran baharu dalam kariernya di Stadium Emirates.
Untuk rekod, Kepa masih memegang status sebagai penjaga gol paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia selepas Chelsea membelinya dari Athletic Bilbao pada 2018 dengan harga £71 juta pound. Kini, selepas beberapa musim penuh liku bersama Chelsea, Bournemouth, dan Real Madrid, dia kembali ke Liga Perdana Inggeris, kali ini bersenjata impian besar bersama The Gunners.
Dalam satu kenyataan rasmi, Kepa meluahkan keterujaannya:
“Saya sangat, sangat gembira berada di sini. Cita-cita yang ditunjukkan di kelab ini jelas. Bila saya bercakap dengan Mikel Arteta dan jurulatih penjaga gol, Inaki Cana, saya dapat rasa betapa besarnya keinginan mereka untuk menang. Kami sangat hampir untuk bergelar juara… Semoga bersama-sama, kami boleh mencapainya,” ujar Kepa.
Kepa menyertai Arsenal dengan kontrak selama tiga tahun, selepas musim lalu dipinjamkan ke Bournemouth dengan mencatat 35 penampilan. Penampilannya yang konsisten di Cherries membuka mata banyak pihak, termasuk Arsenal yang kini serius memperkukuh posisi benteng terakhir mereka.
Kehadiran Kepa dijangka menyemarakkan persaingan di posisi penjaga gol utama, terutamanya dengan rakan senegaranya, David Raya, yang turut menjadi tonggak Arsenal musim lalu.
Namun, tiada istilah permusuhan buat mereka, sebaliknya, persaingan sihat bakal melonjakkan prestasi kedua-duanya.
“David adalah penjaga gol yang hebat. Kami dah biasa bersama di skuad kebangsaan Sepanyol. Persaingan itu normal, tapi matlamat kami sama — untuk menang dan menjadi yang terbaik,” tambah Kepa.
Musim lalu, Arsenal turut meminjam penjaga gol Brazil, Neto dari Bournemouth, namun memilih untuk tidak menandatangani pemain itu secara kekal — membuka ruang buat Kepa mengisi kekosongan berprofil tinggi tersebut.
Sepanjang karier, Kepa sudah bergelar juara pelbagai kejohanan besar — termasuk Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa, dan Piala Dunia Kelab bersama Chelsea.
Bahkan, musim lalu, dia dipinjamkan ke Real Madrid dan terus menyumbang kepada kejayaan Los Blancos memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara.
Kini, lelaki kelahiran Ondarroa, Sepanyol ini bersedia menggegar pentas Liga Perdana Inggeris sekali lagi — namun dengan jersi merah putih Arsenal.
Kisah Kepa adalah refleksi tipikal lelaki moden yang tidak takut keluar dari zon selesa, sentiasa berani mencabar diri dan konsisten memburu impian. Biarpun pernah dihujani kritikan, dia kekal fokus dan berdisiplin, hingga kembali berada di radar kelab besar seperti Arsenal.
Buat anda yang gemar bersaing, bermotivasi tinggi, dan tidak gentar dengan tekanan — semangat Kepa ini patut dijadikan inspirasi. Kejayaan bukan hanya tentang bakat, tapi soal mentaliti, konsistensi, dan keberanian untuk bangkit.
Musim 2024/25 bakal jadi penentu — mampukah Kepa buktikan dirinya masih layak digelar antara penjaga gol elit dunia? Atau adakah dia bakal cipta semula magis di bawah bimbingan Arteta?
Apa jua jawapannya, satu yang pasti — Stadium Emirates kini lebih ‘bertenaga’ dengan kehadiran Kepa Arrizabalaga.
Ya, anda tidak keseorangan. Ramai di antara kita sebenarnya sudah mula menunjukkan simptom ‘burn out’ dari segi mental. Kita sudah lebih setahun berdepan dengan pandemik COVID-19 dan majoriti masa tersebut kita terpaksa duduk di rumah atau harus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Apatah lagi melihatkan jumlah kes yang agak menggila sekarang pastinya ramai rasa ‘down; dan tiada motivasi untuk melakukan pelbagai jenis perkara. Dan ini termasuklah senaman. ‘Burn out’ boleh menyebabkan kita seakan rasa putus asa dan malas melakukan perkara-perkara yang sudah menjadi rutin seperti bersenam.
Apabila kita kurang bersenam, kondisi ini pula boleh menjejaskan kesihatan. Ia akan jadi lebih teruk jika pemakanan dan diet harian juga tidak dijaga. Manakala bagi mereka yang bergelut dan putus punca pendapatan ia lebih menyukarkan.
Selain baik untuk kesihatan fizikal melakukan senaman juga banyak memberikan faedah kepada kesihatan mental. Kali ini, MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda boleh meningkatkan motivasi diri untik kembali bersenam.
Let’s go!
Pertama sekali, jauhi sikap bertangguh. Ya, memang ramai akan jadi macam makin malas dan bertangguh untuk bersenam. Cara paling mudah atasi masalah ini ialah terus lakukan! Jangan tangguh dan cakap “esok sajalah”. Lakukannya hari ini!
Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit.
Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.
Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri.
Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.
Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan.
Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!
Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.
Semoga anda terus bersemangat untuk bersenam dan hadapi hari-hari yang mencabar di masa akan datang. Teruskan duduk di rumah, keluar hanya perlu sahaja. Paling penting dapatkan vaksin anda.
Kita jaga kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang