Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain.
Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang
Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.
Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang. Antara simptom awalnya adalah seperti kebas-kebas.
Ads
Sakit Leher
Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.
Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal. Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!
Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.
Ads
Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak
Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut. Jadi anda boleh memilih untuk tidur secara mengiring selepas ini.
Kedutan Pada Wajah
Ads
Kekerapan tidur pada posisi meniarap ini boleh menyebabkan masalah kedutan pada wajah dan punca wajah cepat melalui proses berkedut. Tidur dengan posisi berbaring boleh mengelakkan kulit wajah bersentuhan atau bertindih terlalu lama di atas bantal.
Jerawat
Sarung bantal atau cadar tilam anda boleh memerangkap minyak dari kulit dan ini menyebabkan masalah jerawat. Sebaiknya, cuci cadar dan sarung bantal setiap minggu sekali. Anda akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk tidur. Namun jika anda rasa yang ia agak sukar untuk anda mencucinya setiap minggu, elak meletakkan kulit wajah anda bergeseran dengan sarung bantal yang memerangkap banyak bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda mahukan badan berotot mantap, membina otot dada mestilah menjadi salah satu matlamat utama anda. Tetapi tidak ramai yang mampu atau tidak ingin mengeluarkan duit yang banyak untuk ke gym.
Maskulin kongsikan kepada anda 5 senaman yang wajib anda lakukan jika ingin besarkan otot di dada.
Push up akan menguatkan otot di dada. Caranya tolak badan ke bawah dan ke atas seperti biasa. Jika anda melebarkan sedikit tangan, ia akan mengurangkan tekanan terhadap tangan dan lengan.
Ada memerlukan 1.5 liter atau 5.5 liter botol berisi air.
Caranya memerlukan anda baring, pegang botol dengan tangan yang lurus serta pastikan keadaan botol itu dipegang dalam keadaan stabil.
Kemudian bawa tangan ke kiri dan tengah badan dan repeat selama 15 kali. Otot atas dada akan bekerja dan membentuk.
Ambil kerusi atau bangku di rumah, letakkan kaki anda di atas kerusi dan tapak tangan di lantai dan bawa badan ke bawah selama beberapa ketika dan bawanya ke atas semula.
Gunakan dua kerusi, letakkan tapak tangan anda di kerusi tersebut dan kaki di lantai. Tekan badan ke bawah dan kemudian tolak badan ke atas sebanyak 20 kali.
Dengan lakukan senaman seperti ini, bahagian atas dada akan rasa terbakar dan akan menguatkan lagi bahagian tersebut.
Senaman ini bagus untuk ‘Upper Chest’ dan ‘Inner Chest’ anda. Caranya genggam botol air 1.5 atau 5.5 litter dan gerakan ke atas dan ke bawah. Pastikan upper chest dan inner chest anda bekerja dan otot anda tertarik saat anda membuatnya. Lakukan selama 10 kali ulangan.
Semoga beberapa tip senaman di atas dapat membantu anda mendapatkan otot ‘upper body’ terutamanya di bahagian dada dan abdomen dengan lebih mantap!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat masa sekarang lebih ramai yang lebih cenderung untuk melakukan senaman di rumah atau kawasan yang tidak ramai orang. Penularan pandemik yang kini masih lagi berlaku membuatkan kita lebih berwaspada untuk mengunjungi gimnasium. Usah risau kerana di rumah juga anda boleh bersenam. Hanya guna kerusi pun boleh dijadikan alat bantuan bersenam.
Apatah lagi ramai kini yang terpaksa bekerja dari rumah. Mungkin anda tertanya-tanya apakah rutin senaman yagboleh dilakukan dengan menggunakan kerusi. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa senaman berimpak tinggi yang boleh dilakukan di rumah dengan baik.
Ya, anda boleh lakukan senaman plank dengan menggunakan kerusi sahaja. Tapi plank tak memerlukan anda turun naik seperti tekan tubi, sebaliknya menahan beban badan dengan tangan dan kaki selama yang boleh.
Buka lengan dan letakkan tangan di atas permukaan kerusi atau meja dan berjalan ke belakang hingga satu sudut terbentuk. Letak jari kaki anda dalam keadaan renggang. Naikkan pinggul hingga membentuk garisan lurus dari bahu ke kaki. Tahan selama 30 hingga 60 saat.
Kebiasaannya ini merupakan senaman yang dilakukan di atas permukaan atau lantai. Tapi ia sebenarnya juga boleh dilakukan di atas kerusi. Duduk di atas kerusi dengan posisi lurus pada 90 darjah dengan lutut dibengkokkan dan kaki di atas lantai.
Kemudian letak tangan anda di tepi kepala atau di atas dada dan gerakkan badan anda ke depan dan ke belakang. Ketatkan otot perut anda seketat yang boleh dan ulang dengan bergerak ke belakang dan ke depan semula. Ulang selama beberapa kali.
Ini pula senaman yang boleh dilakukan dengan duduk menegak di dengan kedua-dua tangan di sisi atas kepala. Mula-mula, pusingkan badan anda dengan mengangkat kaki kanan dan membawa siku kiri menyentuh lutut kanan.
Pastikan kaki anda diangkat perlahan-lahan, tidak terlalu cepat untuk memberi tekanan kepada otot perut. Ganti pula dengan mengangkat kaki kiri ke atas dan membawa siku kanan menyentuh lutut kiri. Anda akan dapat rasa otot perut yang menegang. Hanya lakukan beberapa kali, sudah mencukupi.
Pertama sekali anda perlu duduk di hujung kerusi. Beri sokongan kepada bahagian atas badan dengan menyandarkan bahu di atas kerusi.
Kemudian letakkan kedua kaki anda dalam posisi seperti mengayuh basikal. Mulakan aksi mengayuh dengan mengangkat paha hampir ke otot perut anda. Lakukan dengan perlahan-lahan hingga otot perut anda terasa tegang.
Senaman ini pula lebih menakankan kepada bahagian perut. Duduk seperti biasa dan kemudian angkat badan anda menggunakan kekuatan kedua-dua tangan. Rapatkan kedua-dua kaki dan angkat ke paras dada.
Seeloknya angkat perlahan-lahan hingga otot perut terasa tegang. Kemudian berhenti seketika bila lutut mendekati dada dan turunkan semula kaki.
Semoga perkongsian ini boleh membuatkan rutin senaman anda di rumah lebih menarik. Hanya guna kerusi sebagai alat bantu pun boleh jadi best!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workput menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila berat naik, cara mudah untuk menurunkan berat badan ialah dengan melakukan diet. Dalam keghairahan berdiet, pastikan anda elak buat kesilapan-kesilapan ini agar anda miliki badan kurus dalam masa singkat.
Bagi memastikan misi diet anda berjaya, pastikan anda tak buat 7 kesilapan ini. Kalau tak disiplin, macam mana badan nak kurus?
Jangan lupa untuk menghitung berapa jumlah kalori dalam minuman yang anda ambil. Tanpa anda sedar, kopi atau minuman manis yang anda ambil mungkin mengandungi beberapa ratus kalori. Begitu juga dengan jus buah dan minuman bersoda.
Dengan mengambil pelbagai minuman ini, rasa lapar anda tidak akan berkurangan dan anda tetap perlu makan sehingga akhirnya anda mengambil lebih banyak kalori daripada yang telah dirancang.
Daripada anda meneka-neka berapa jumlah kalori yang ada di dalam minuman bersoda atau kopi anda, lebih baik anda memilih air putih. Ini kerana air putih merupakan salah satu elemen penting untuk membakar kalori.
Jika anda mengalami dehidrasi, metabolisme tubuh juga akan menurun dan membuat penurunan berat badan anda lebih lambat. Minumlah sekurang-kurangnya lapan gelas atau lebih air putih setiap hari untuk membakar lebih banyak kalori.
Abaikan setiap saranan yang meminta anda untuk menghindari susu penuh krim, keju dan aiskrim ketika berdiet. Tubuh membakar lebih banyak lemak apabila anda mengambil cukup kalsium setiap hari, sekali gus menghasilkan lebih banyak lemak apabila anda kekurangan kalsium.
Mengambil suplemen kalsium seperti tidak memberikan kesan yang sama dengan mengambil susu dan produk tenusu. Apabila anda risau lemak yang ada di dalam susu penuh krim, gantikanlah dengan susu rendah lemak.
Waktu makan tengah hari yang terbatas ada ketikanya membuatkan anda mengambil jalan pintas dengan makan makanan segera. Seseorang yang mengambil makanan segera lebih daripada dua kali seminggu akan mengalami peningkatan berat badan sebanyak lima kilogram lebih banyak daripada orang yang hanya mengambil makanan segera kurang daripada satu kali setiap minggu.
Apabila anda sangat sibuk sehingga waktu makan tengah hari terbatas, ini adalah alasan yang kuat untuk menyiapkan bekalan makan tengah hari anda dari rumah. Jika anda terpaksa makan tengah hari di luar pejabat, kurangkanlah saiz hidangan makanan anda menjadi setengah saja atau pilihlah menu masakan yang rendah kalori serta tinggi protein.
Anda juga boleh memenuhi meja kerja dengan makanan sihat seperti roti gandum, kismis, sayuran kering, kacang-kacangan dan buah-buahan sebagai snek waktu petang atau sebelum makan tengah hari. Dengan snek sihat ini akan mengurangkan anda untuk mengambil makanan lain yang mungkin tidak sesuai untuk diet.
Menetapkan sasaran yang terlalu tinggi dapat membuatkan anda kecewa ketika tidak berhasil mencapainya, bahkan membuatkan anda menangguhkan-nangguhkan diet kerana tahu bahawa hal itu mustahil.
Sesiapapun berhak untuk menetapkan sasaran dan memperoleh berat badan yang ideal. Tetapi jangan lupa bahawa diet lebih kepada perubahan gaya hidup untuk mencapai kualiti kesihatan yang lebih baik. Diet bukanlah tentang perlumbaan atau mencapai kesempurnaan.
Kunci diet yang berhasil ialah dengan menetapkan sasaran-sasaran kecil yang mampu anda raih dalam tempoh tertentu secara konsisten. Misalnya anda menetapkan untuk menurunkan berat badan dua kilogram dalam satu bulan. Apabila anda konsisten dalam mencapainya, maka berat badan anda akan turun sebanyak
24 kilogram dalam setahun.
Hal ini lebih mudah dilakukan kerana ia terjadi secara berperingkat dan tidak memberikan bebanan mental yang terlalu besar kepada anda. Jauhi penurunan berat yang mendadak kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Jangan bergantung hanya pada diet semata-mata. Apabila anda bersenam dan lebih aktif, maka akan lebih banyak kalori yang dibakar untuk mendorong penurunan berat badan.
Senaman selama 60-90 minit, tiga hingga empat kali seminggu wajib anda lakukan. Paduan aerobik berupa joging dan berjalan kaki masing-masing berselang-seling setiap tiga minit, cukup efektif untuk membakar lemak. Jika anda tidak sempat, berjalan kaki sekeliling rumah atau ruang pejabat selama lima minit setiap selang satu jam kerana ia boleh membakar 200-300 kalori.
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabelkan sebagai ‘rendah lemak’ dan merasakan ia baik untuk kesihatan serta boleh membantu menurunkan berat badan. Hakikatnya, produk ini mempunyai nilai kalori yang tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi.
Pengeluar produk sebegini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambahkan kandungan gula untuk membuatkan produk jadi lebih sedap. Kajian sains mendapati, lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 daripada ikan baik untuk menurunkan berat badan.
Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman ‘diet’ menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman ‘diet’.
Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman ‘diet’ meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat ‘isyarat kenyang’ apabila perut sudah penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.
Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan berat walau sedikit pun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang