Bercakap tentang penjagaan atau servis kereta kita sebagai pemilik pastinya tidak akan dapat lari daripada berkira-kira tentang bajet yang harus dikeluarkan. Bukan apa, kadang-kadang bajet yang kita sediakan awal-awal sebenarnya jauh berbeza dengan kos servis sebenar.
Salah satu servis yang cukup penting dalam penjagaan kereta ialah servis penghawa dingin atau aircond. Menggunakan kereta di negara bercuaca sentiasa panas seperti negara kita ini memang menuntut kita ada sistem aircond yang berfungsi dengan baik.
Kalau memandu tanpa aircond memang seksa juga dibuatnya. Bercakap tentang bajet servis aircond kereta, sebenarnya berapakah yang harus kita sediakan?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari ACS Car Servis (pakar aircond kereta) yang mengulas dengan cukup baik akan perkara ini. Menurut mereka pada hakikatnya bajet untuk servis aircond dan baiki sistem aircond adalah sangat subjektif.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang membuatkan aircond kereta boleh jadi tak sejuk dan ia biasanya disebabkan oleh masalah-msalah tertentu. Kalau yang biasa dan mudah untuk selenggara adalah masalah gas kurang. Namun ada beberapa punca lain yang perlu anda tahu.
Ads
Antaranya ialah:
compression tidak kuat
sistem tersumbat
fuse compressor aircond terputus
kipas berpusing perlahan
radiator tersumbat
kerosakan pada magnet
kerosakan pada relay
Bagi memastikan anda tidak mengeluarkan bajet yang tidak perlu, sebelum meneruskan untuk tukar komponen penting seperti kompresor pastikan anda periksa dengan teliti dan pastikan apa masalah yang sebenar. Jika langkah terkahir kena tukar, barulah teruskan.
Ads
Dalam menukar komponen atau sparepart pula terdapat dua jenis yang anda boleh pilih iaitu yang original daripada pengeluar asal dan juga dari original equipment manufacturer (OEM).
Ia bermaksud kilang pengeluar yang mengeluarkan semula produk syarikat laun di bawah nama dan jenama sendiri. Jadi bergantung kepada anda, jika mahu yang terbaik keluarlah bajet lebih sedikit untuk beli yang original ya.
Ads
Berikut anggaran harga sparepart aircond kereta perlu anda tahu:
Kredit: ACS Car Servis
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah ya!
Kredit: ACS Car Service
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengukuhan jenama Honda di negara kita nampaknya semakin berterusan. Popularitinya bukan sahaja terserlah di jalan raya malah pada angka jualannya.
Semalam Honda Malaysia mengumumkan jenama mereka telah mengekalkan kedudukan paling atas sebagai jenama kereta bukan keluaran nasional paling laris. Ia merupakan pencapaian biat tahun keenam berturut-turut buat jenama automotif asal Jepun ini.
Sepanjang tahun 2020 sebanyak 60,469 buah unit kenderaan Honda telah berjaya dijual. Secara tidak langsung menewaskan pesaing terdekatnya, Toyota.
Penyumbang utama anga jualan yang tinggi dengan sebanyak 34 peratus jumlah jualan adalah dari model City. Ia diikuti dengan model Civic dan HR-V dengan 20 peratus dan juga 17 peratus.
KEPERCAYAAN BERTERUSAN
“Ini menandakan tahun keenam berturut-turut kami berada di tempat teratas dan kami ingin ucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua!,” jelas Honda Malaysia menerusi Facebook mereka.
Pencapaian memberangsangkan daripada model City mencatatkan jualan bulanan tertinggi dengan lebih 5,500 unit telah berjaya dijual kepada pelanggannya pada bulan Disember 2020 sahaja.
Jelas Pengarah Urusan dan Kettua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, kepercayaan yang diberikan secara berterusan terhadap jenamanya telah membakar semangat mereka untuk terus berusaha lebih lagi. Ini selari dengan harapan membawa nilai ‘3 Joys of Honda’ iaitu ‘Joy of Buying’, ‘Joy of Selling’ dan ‘Joy of Creating’.
“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana melanjutkan pengecualian cukai penjualan yang membantu lebih banyak rakyat Malaysia membeli kereta dengan penjimatan tambahan,” jelasnya lagi.
Jangan lupa ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Buat anda yang ingin mencari aksesori kereta pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Naza Italia memperkenalkan pilihan tambahan bagi model Maserati Levante ke pasaran Malaysia. Pada Mac lalu, Naza Italia memperkenalkan Levante diesel. Terkini, Levante S pula menjengah pasaran tempatan.
Berikut 5 perkara perlu anda ketahui tentang Levante S:
1) ENJIN Levante S menawarkan pilihan jana kuasa petrol menerusi enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar dengan sistem pancitan bahan api (GDI). Ia mampu menghasilkan kuasa 430hp pada 5,750rpm tork 580Nm pada 5,000rpm.
Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi ZF 8 kelajuan automatik. Gabungan berkenaan membolehkan Levante S memecut dari sifar sehingga 100km/j dalam tempoh 5.2 saat dengan pecutan maksimum 264km/j.
2) DUA PILIHAN KEMASAN AKSESORI GranLusso Luaran: plat skid depan dan rel bumbung dengan semburan cat metalik, lencana GranLusso pada fender sisi dan skirting sisi dengan warna badan, brek kaliper warna hitam serta rim aloi Zefiro 19 inci. Kabin: Gabungan sutera Ermenegildo Zegna atau uphosteri Itali premium bersama kemasan kayu Radica dan stereng balutan kulit. Tidak ketinggalan pelarasan kerusi 12 cara, sistem audio Harman Kardon, stereng dengan pelarasan elektrik, sil pintu iluminasi, sensor parking, sistem navigasi dan pintu dengan ciri vakum.
GranSport Luaran: Gril depan, rel bumbung dan plat skid warna hitam piano, lencana GranSport pada fender, brek kaliper merah dan rim Nereo 20 inci. Kabin: Stereng kemasan kulit dengan pelarasan elektrik, kerusi kulit dengan pelarasan 12 cara, pedal shifter, sistem navigasi dan sensor parkir.
3) KABIN Pengeluar kereta Itali itu menawarkan unit Maserati Touch Control Plus (MTC Plus), skrin sentuh 8.4 inci bersama kawalan rotary baharu sebagai standard. Tidak ketinggalan kawalan pendingin hawa dual zon, sensor kualiti udara dan keyless entry serta rangkaian radio digital.
4) ORIENTASI SUPERCAT MASERATI Maserati Levante masih berorientasikan prestasi seperti jentera supercar Maserati yang lahir terlebih dahulu. Selain menggunakan material lebih ringan, agihan berat ideal 50:50 dan pusat graviti terendah dalam kelasnya menyumbang kepada pengendalian lebih lincah. Peralatan standard seperti suspensi udara, penyerap hentak Skyhook kawalan elektronik dan sistem pacuan semua roda (AWD) Q4 melengkapkan ciri teknikal SUV kategori mewah itu.
Selain itu, ciri tipikal kereta sports berprestasi tinggi turut dipinjamkan bagi kecekapan aerodinamik Levante yang menyumbang kepada pekali seretan terbaik dalam kelasnya iaitu 0.31 Cd.
5) HARGA Levante S dijual pada harga RM788,800 seunit dengan waranti standard 3 tahun tanpa had perbatuan bersama *Maserati Permium Servis Plus 3 Tahun/60,000km (yang mana tiba terdahulu).
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan di pasaran sekarang terdapat cukup banyak pilihan kasut larian yang ditawarkan oleh pelbagai jenama yang datang dari seluruh dunia. Rata-rata kasut larian yang ditawarkan pastinya hadir dengan teknologi mereka tersendiri.
Di antara teknologi yang cukup kompetitif di antara jenama-jenama sukan ialah usaha mereka memperkenalkan tapak kasut atau outsole yang mampu memberikan responsif yang baik serta memberikan keselesaan ketika melakukan larian.
Kasut larian juga sebenarnya terdapat beberapa jenis mengikut kategori jenis larian berbeza. Sama ada anda ingin berlari melakukan latihan rutin harian, persediaan berdepan perlumbaan atau bagi menghadapai perlumbaan lebih serius.
Pemilihan kasut larian baik bukan sahaja membantu anda mencatatkan masa peribadi yang lebih baik bahkan mampu mengelakkan berlakunya kecederaan yang tidak patut. Berikut MASKULIN kongsikan 5 tip mudah untuk memilih kasut larian yang sesuai buat anda.
Kenali Jenis Kaki Anda
Pertama sekali perkara paling penting ialah anda perlu tahu jenis bentuk kaki anda. Terdapat tiga jenis bentuk utama iaitu kaki datar, kaki normal dan kaki berbusur tinggi. Setiap jenis memerlukan sokongan yang berbeza, jadi pastikan kasut yang anda pilih sesuai dengan jenis kaki anda.
Ukuran Tepat
Pastikan anda memilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki anda. Ukur kaki anda dengan teliti dan gunakan ukuran yang tepat untuk mengelakkan sebarang masalah seperti lecet atau jari kaki terjepit semasa berlari.
Kesesuaian Bentuk Kaki
Selain ukuran, pertimbangkan bentuk kaki anda. Beberapa kasut mempunyai bentuk yang lebih sesuai untuk kaki lebar atau kaki sempit. Pilih kasut yang memberikan ruang yang cukup untuk jari-jari kaki anda dan tidak terlalu ketat atau longgar.
Jenis Permukaan Larian
Fikirkan jenis permukaan yang biasanya anda lari. Terdapat kasut yang direka khas untuk larian di jalan raya, trek, atau larian salji. Pastikan anda memilih kasut yang sesuai untuk permukaan larian yang anda pilih.
Kasut lari yang baik haruslah selesa dan memberikan sokongan yang mencukupi kepada kaki anda. Cuba kasut tersebut sebelum membelinya dan perhatikan selesa atau tidaknya semasa berjalan atau berlari di kedai. Pastikan kasut tersebut memberikan sokongan yang mencukupi kepada lengkungan kaki anda.
Salah satu jenama yang menawarkan kepelbagaian jenis kasut larian yang terbukti mampu membantu kualiti larian ramai atlet seluruh dunia ialah New Balance. Jenama ini mempunyai teknologi midsole atau tapak kasut dikenali sebagai FuelCell.
FuelCell merupakan ialah busa yang diselitkan dengan nitrogen yang mendorong atlet keluar dari platform kusyen dengan cepat dan memberikan prestasi yang tahan lama. Atau secara ringkasnya ia merupakan teknologi yang mampu menawarkan pulangan tenaga yang baik ketika kita melakukan larian menggunakan kasut dilengkapi FuelCell.
Berikut tiga jenis kasut larian New Balance FuelCell yang bagi MASKULIN sesuai mengikut tiga jenis larian berbeza.
New Balance FuelCell Propel v4
LARIAN KASUAL HARIAN
Melakukan larian kasual atau santai memerlukan sokongan underfoot yang baik. FueCell Propel v4 menawarkan teknologi inovatif dilengkapi FuelCell dan disokong oleh plat TPU untuk kestabilan yang baik. Kasut larian ini direka untuk memaksimakan keselesaan dan daya tarikan untuk membantu anda terus bergerak pada kelajuan tertinggi.
LATIHAN UJI KEPANTASAN
Buat anda yang ingin menguji ketahanan serta kelajuan terbaik ketika melakukan larian. FuelCell Rebel v3 boleh menjadi jawapan terbaik untuk anda.
Menggabungkan elemen kepantasan dan kusyen yang luar biasa, ia turut menawarkan lantunan yang baik bagi memberikan kepantasan larian. Selain itu ia juga cukup ringan dan dibina dengan struktur skongan menyeluruh ketika memecut.
LARIAN KOMPETITF
Kasut larian buat mereka yang ingin meningkatkan tahap kompetitif larian ke peringkat seterusnya! FuelCell SuperComp Elite v3 direkan dengan dua fokus utama iaitu memastikan pulangan tenaga efisien terbaik dan juga menggunakan bahan ringan.
Pulangan tenaga yang bersifat dinamik dengan sistem Energy Arc berserta upper yang ‘mudah bernafas dan rekaan lidah built-in – inilah kasut larian untuk perlumbaan sebenar.
Boleh dapatkannya di sini: https://invol.co/clifcf2
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini memberikan manfaat dan dapat membantu anda melakukan larian dengan lebih mantap. Jangan lupa subscribe dan follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.