Baju luntur warna adalah situasi lazim yang berlaku. Tapi, jika berterusan, siapa je yang tak stres kan apabila setiap kali beli baju baru, warnanya luntur selepas dibasuh.
Untuk pengetahuan anda, baju luntur warna disebabkan oleh agen pencuci seperti sabun pencuci, pelembut, peluntur atau kerana alat dan air yang digunakan ketika mencuci baju. Pakaian sebenarnya sensitif, silap sahaja kaedah mencucinya, terus luntur warnanya.
Baju Luntur Warna Selepas Basuh? Try Guna Dua Bahan Ini!
Selain menggunakan bahan peluntur, anda juga boleh lalukan seperti yang dikongsikan oleh Faryna Mohd Khalis dan bolehlah mencuba teknik menghilangkan kesan warna yang luntur dengan cara yang lebih alami.
Ini perkongsiannya.
Colour corak batik seluruh kain menurun. Rase macam nak nangis dan down jap! Baru beli kot, tak jadi baju lagi. Alhamdulillah berjaya hilangkan tompok-tompok tu hasil perkongsian ilmu warga net.
Ads
Yang best, tak effect pon corak dan warna batik asal, masih elok remain cantik. So saya share siket ilmu ni.
Bahan :
Lemon dan sabun serbuk sikit + air panas + air paip siket je. ( btw saya punye ni kain cotton, kalau material lain or nipis saya tak sure sesuai ke tak rendam dengan air panas).
Ads
Cara – Cara :
1. Rendam dalam 5-10 minit, terus keluar semua tompok-tompok colour biru yang menurun kat bahagian putih tu. Then bilas dengan air bersih & sidai.
Sudah 31 hari kita berada di tahun 2024 dan kini telah masuk bulan kedua dalam tahun baru ini. Macam mana dengan azam tahun baru anda? Masih lagi bersemangat atau pun dah tergelincir? Relaks, masa ada 11 bulan untuk anda capai segala impian yang masih belum terlaksana.
Apa yang istimewa sangat dengan bulan Februari ni? Seperti yang semua sudah tahu, hanya bulan Februari saja yang mempunyai 28 hari dan bila tahun lompat, ia akan menjadi 29 hari. Unik kan?
Nak tahu macam mana karakter individu yang lahir pada bulan Februari ini? Berikut merupakan kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Februari.
• Berfikiran abstrak
• Sukakan benda yang realiti dan abstrak
• Seorang yang bijak
• Berpesonaliti mudah berubah
• Mudah menawan orang lain
• Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
• Jujur dan setiap pada segalanya
• Keras hati untuk mencapai matlamat
• Tidak suka dikongkong
• Mudah memberontak apabila dikongkong
• Suka kegiatan yang lasak
• Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
• Mudah menunjukkan perasaan marah
• Tidak suka benda yang remeh-temeh
• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
• Sangat berani dan memberontak
• Bercita-cita tinggi dan suka berangan
• Pemerhatian yang tajam
• Suka hiburan dan sukan
• Suka benda yang bersifat seni
• Sangat romantik pada dalam tetapi tidak pada luaran
• Berkecenderungan pada benda yang tahyul
• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
• Belajar untuk mempamerkan emosi
Walau bagaimanapun, sifat-sifat ini adalah hanya berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling. Mungkin tidak 100 peratus sama tetapi ada juga yang seakan sama dengan personaliti individu yang lahir pada bulan Februari.
Antara selebriti yang dilahirkan pada bulan ini adalah seperti Neelofa, Erra Fazira, Henry Golding dan Choi Siwon.
Apa-apapun, happy birthday buat anda yang lahir pada bulan Februari ini.
Artikel ini diambil dan diolah dari REMAJA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki 32 tahun meninggal dunia, mesej kerja masih masuk. Ayat ini bukan rekaan dramatik, tetapi realiti pahit budaya kerja melampau yang kini mencetuskan kemarahan awam di China.
Lapan jam selepas Gao Guanghui disahkan meninggal dunia di rumah, telefon bimbitnya masih menerima mesej berkaitan tugasan kerja. Seorang rakan sekerja menghantar teks ringkas:
“Ada kerja mendesak pada hari Isnin. Tolong selesaikan ini.” Insiden ini dilaporkan oleh portal berita VnExpress dan pantas menjadi perbincangan hangat di media sosial.
Gao Guanghui, 32 tahun, merupakan pengurus jabatan perisian di sebuah syarikat teknologi besar di Guangzhou. Pada 29 November tahun lalu, dia rebah secara mengejut di rumahnya selepas bertahun-tahun berdepan tekanan kerja yang melampau.
Doktor kecemasan yang hadir merekodkan bahawa Gao sering berjaga hingga lewat malam, berdepan beban kerja berlebihan serta tekanan tinggi. Satu corak hidup yang semakin biasa dalam industri teknologi berprestasi tinggi.
Namun apa yang lebih menyayat hati, menurut isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Yang, kebimbangan pertama Gao ketika tidak sedarkan diri bukanlah soal kesihatan atau nyawanya sendiri.
“Ingat untuk bawa komputer riba saya,” kata Gao kepada isterinya, seperti dilaporkan portal The Paper.
Ayat itu menjadi simbol betapa kerja telah menguasai hidup seorang lelaki sepenuhnya, sehingga ke saat-saat terakhir.
Ketika doktor melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) pada jam 10.48 pagi waktu tempatan, satu perkara mengejutkan berlaku. Akaun kerja Gao telah dimasukkan oleh rakan sekerja ke dalam kumpulan sembang teknikal baharu.
Perbincangan, mesej dan urusan kerja terus berjalan seolah-olah nyawa seorang pekerja tidak pernah wujud. Lapan jam selepas kematiannya, mesej kerja masih masuk tanpa henti.
Situasi ini mencetuskan kemarahan awam, dengan ramai mempersoalkan di mana nilai kemanusiaan dalam budaya kerja yang mengutamakan produktiviti mengatasi nyawa manusia.
Kes lelaki 32 tahun meninggal dunia, mesej kerja masih masuk ini membuka mata dunia tentang budaya kerja melampau yang sering menjerat lelaki muda.
Dalam sistem kerja berasaskan KPI, sasaran prestasi dan ganjaran kewangan, ramai lelaki sanggup mengorbankan tidur, kesihatan dan kehidupan peribadi demi kerjaya.
Lelaki sering dididik untuk “tahan”, untuk tidak mengadu dan untuk membuktikan nilai diri melalui kerja. Tekanan mental dan fizikal dipendam sehingga akhirnya memakan diri.
Ini bukan lagi soal kerja keras. Ini soal kerja sampai mati.
Biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Daerah Huangpu di Guangzhou mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kes tersebut dan sedang menjalankan siasatan.
Namun bagi keluarga Gao, sebarang siasatan tidak mampu mengembalikan seorang suami dan seorang lelaki berusia 32 tahun yang sepatutnya masih mempunyai masa depan yang panjang.
Dalam dunia lelaki moden, kejayaan sering diukur melalui jawatan dan pendapatan. Kes ini menjadi peringatan keras bahawa tiada kerjaya yang berbaloi jika nyawa menjadi harga yang perlu dibayar.
Kerja sepatutnya menyokong kehidupan, bukannya menamatkannya.
Jika hari ini mesej kerja masih dihantar kepada orang yang sudah meninggal dunia, persoalannya mudah: di mana batas kemanusiaan dalam dunia pekerjaan hari ini?
Tragedi yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) semalam menjadi satu detik hitam sejarah negara dan menyentap kesedaran nasional.
Kemalangan yang melibatkan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini bukan sekadar statistik, tetapi satu ‘wake up’ call kepada semua pihak. Ia merupakan panggilan serius untuk setiap individu bagi memahami dan mengutamakan keselamatan jalan raya.
Keselamatan di jalan raya bukan hanya melibatkan pematuhan undang-undang, tetapi juga kesedaran dan sikap prihatin terhadap risiko yang sentiasa ada.
Dengan meningkatkan kefahaman dan mengamalkan langkah keselamatan, kita dapat membina persekitaran jalan raya yang lebih terjamin untuk semua.
Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak memandang ringan nahas tragis ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, telah mengesahkan bahawa isu keselamatan dan langkah-langkah penambahbaikan segera untuk Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok.
“Dari segi aspek keselamatan jalan raya, kita memandang serius, kita perlu bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan perkara itu akan saya bangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok pagi, untuk kita lihat apakah langkah-langkah segera yang boleh diambil,” ujar Anthony Loke dalam satu temu bual bersama BERNAMA.
Tambahnya, fokus utama jelas tertumpu kepada JRTB, yang sememangnya sudah lama menjadi perhatian.
Antara aspek kritikal yang bakal diperbaiki termasuklah:
Anthony Loke sendiri dilaporkan akan melawat tapak kemalangan tragis tersebut pada Khamis ini bersama pihak berkaitan. Ia dilihat satu langkah penting untuk menilai situasi secara langsung dan memastikan tindakan pantas diambil.
Pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menentukan punca sebenar tragedi ini.
Pada masa yang sama, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat bas yang terlibat dan sedang meneliti rekod Sistem Pengesanan Global (GPS).
“Apabila berlaku kemalangan, polis akan membuat siasatan terperinci dari segi unsur jenayah, JPJ pula akan melihat kepada perkara-perkara teknikal dan juga audit keselamatan terhadap syarikat dan itu yang telah kita lakukan semalam di lokasi kejadian,” terang Anthony Loke.
Penekanan diberikan kepada pengumpulan semua maklumat relevan, termasuklah rekod GPS bas untuk menentukan sama ada ia dipandu melebihi had laju. Audit terhadap syarikat dan latar belakang pemandu bas juga akan dilaksanakan.
Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa tiada kesimpulan awal akan dibuat, sebaliknya siasatan akan diserahkan sepenuhnya kepada PDRM dan JPJ untuk diselesaikan secara terperinci dan adil. Ini adalah prinsip keadilan yang perlu ditegakkan demi semua pihak.
Tragedi ini menjadi peringatan keras untuk setiap pemandu. Keselamatan jalan raya adalah cerminan sikap dan tanggungjawab kita.
Ia bukan sekadar memandu dari titik A ke titik B, tetapi bagaimana kita memastikan perjalanan itu selamat, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk setiap pengguna jalan raya yang lain.
Kekuatan kita bukan hanya terletak pada kemampuan untuk berhadapan dengan cabaran, tetapi juga pada kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang tepat demi kesejahteraan bersama.
Mari kita sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan optimum, mematuhi peraturan jalan raya, dan sentiasa fokus di belakang stereng.
Keselamatan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan kita dan orang yang kita sayangi.
Kredit: BERNAMA
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang