Salah sebuah temasya sukan yang MASKULIN rasakan cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia ialah Sukan Komanwel. Seperti mana yang kita tahu, Sukan Komanwel merupakan temasya sukan yang terbesar pernah dianjurkan di negara kita pada tahun 1998.

Dan pada tahun ini, Sukan Komanwel bakal dilangsungkan di Birmingham, United Kingdom. Sebanyak 72 buah pasukan yang terdiri dari negara dan jajahan United Kingdom dijangka akan mengambil bahagian. Salah sebuah negara yang bakal mengibarkan benderanya ialah negara kita yang tercinta, Malaysia.

Bangkit Demi Negara! Selepas Pulih COVID-19 Irfan Shamsuddin Bakal Beraksi Di Sukan Komanwel 2022

Bermula dari 28 Julai dan 8 Ogos 2022, ribuan atlet dari pelbagai negara akan berkampung dan sama-sama menonjolkan kemampuan masing-masing. MASKULIN sempat menemubual salah seorang atlet negara kita yang bakal membawa Jalur Gemilang di pentas dunia iaitu Muhammad Irfan bin Shamsuddin, atlet lontar cakera tersohor negara.

Bagaimana dengan persiapan beliau bagi menghadapi kejohanan Sukan Komanwel pada kali ini? Ikuti temu bual eksklusif bersama Irfan di bawah.

Apakah sasaran anda dalam sukan Komanwel pada kali ini? Adakah lebih kepada pencapaian pingat atau pencapaian rekod peribadi?

Pertama sekali saya ingin mencapai matlamat peribadi dengan melakukan lontaran melepasi 60 meter. Melihatkan rekod peribad kedua terbaik saya pada jarak 61.61 meter, saya mahu lakukan yang lebih baik dan memecahkan rekod peribadi di Sukan Komanwel kali ini.

Sepanjang 2 tahun berdepan pandemik COVID-19, apakah cabaran terbesar buat atlet seperti anda dalam menjalani latihan dan tidak dapat melibatkan diri dengan pertandingan kompetitif?

Salah satu cabaran yang saya hadapi selepas kembali melakukan latihan semula ialah kurangnya konsistensi dan juga rutin. Sebelum pandemik segalanya seakan berjalan sangat lancar. Saya berada tahap terbaik dalam latihan dan sangat konsisten.

Selepas pandemik berlaku segalanya seakan terhenti dan lebih perlahan membuatkan lebih sukar unruk saya lebih konsisten dalam latihan. Saya percaya perkara ini juga dihapai oleh semua atlet di mana-mana saja.

Bangkit Demi Negara! Selepas Pulih COVID-19 Irfan Shamsuddin Bakal Beraksi Di Sukan Komanwel 2022

Bagaimana anda mengekalkan semangat kompetitif dalam diri selepas beberapa ketika pelbagai kejohanan terhenti dan tidak dapat dilangsungkan?

IKLAN

Saya sering ingatkan diri sendiri tiada jalan singkat untuk berjaya. Jadi sebagai seorang atlet saya harus terima sebarang cabaran dengan hati terbuka terutamanya dalam latihan. Saya memetik motto dari Under Armour, ‘The Only Way Is Through’ yang memberikan semangat untuk hadapai segala ujian demi kejayaan di masa akan datang.

Pada tahun lalu anda telah dijangkiti COVID-19. Sejauh mana ia telah menjejaskan prestasi anda sebagai atlet? Dan jika ia memberi kesan bagaimana anda mengatasinya untuk kembali ke prestasi sebenar?

Dijangkiti COVID-19 merupakan satu perkara yang tidak saya jangka. Ini kerana saya tidak dapat jangka bagaimana badan saya akan memberikan reaksi dengan virus ini dan kesannya kepada kesihatan. Selepas dijangkiti saya telah hilang 12 kilogram berat badan dalam masa hanya 2 minggu!

Selain kesihatan sesi latihan di gimnasium saya turut terkesan. Namun selepas pulih saya cuba segera dapatkan semula kecergasan diri. Ia merupakan satu cabaran yang cukup hebat untuk kembali seperti dahulu.

Bangkit Demi Negara! Selepas Pulih COVID-19 Irfan Shamsuddin Bakal Beraksi Di Sukan Komanwel 2022

Sukan SEA kini bolehlah dianggap sebagai pentas ‘latihan’ untuk anda. Jadi apakah sasaran ke peringkat lebih tinggi dalam masa beberapa tahun akan datang?

Bertanding di Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia dan Diamond League. Itu merupakan impian setiap atlet olahraga! Hasrat dan impian untuk mewakili negara tercinta di kejohanan berprestij itu merupakan sasaran saya yang seterusnya. Buat masa sekarang saya bersyukur kerana boleh terus mewakili negara secara kompetitif di Sukan SEA, Sukan Komanwel dan juga Sukan Asia.

IKLAN

Boleh kongsi jenis latihan yang anda lakukan dalam tempoh terdekat dengan Sukan Komanwel? Berapa kerap latihan intensif yang anda lakukan dalam aktiviti harian?

Dalam sehari saya akan lakukan sebanyak dua kali latihan. Fokus lebih banyak kepada latihan kecergasan dan juga sesi lontaran. Mendapatkan corak latihan yang seimbang dan baik boleh menyiapkan saya untuk hadapi kejohanan dengan lebih baik. Selain kecergasan diri ia juga membina keyakinan dan kekuatan mental.

Selain latihan fizikal, mendapatkan rehat seperti tidur yang cukup juga sangat penting. Salah satu faktor boleh mendaparkan rehat dan latihan yang baik ialah UA Recovery yang hadir dengan fabrik menampilkan mineral bukan sahaja selesa tetapi membantu otot dapat pulih dengan lebih baik. Jadi tidur pun lebih menyamankan.

Bangkit Demi Negara! Selepas Pulih COVID-19 Irfan Shamsuddin Bakal Beraksi Di Sukan Komanwel 2022

Bagaimana pula dari segi pemakanan? Boleh kongsi apakah jenis makanan yang anda ambil untuk membantu prestasi ke tahap terbaik?

Amalan pemakanan yang baik, hidrasi dan juga suplemen merupakan faktor sangat penting bagi atlet seperti saya. Pada masa ini satya sedang ikuti diet tinggi protein. Saya akan pastikan saya akan makan tiga kali sehari dan minum banyak air. Protein shake juga sangat membantu dan penting buat kecergasan diri.

Bagaimana pula dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan? Serta boleh kongsi aktiviti anda lakukan untuk merehatkan mental dan melepaskan tekanan?

IKLAN

Saya sangat besyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang sangat menyokong karier saya. Kasih sayang dan sokongan mereka merupakan perkara paling penting buat saya. Sepanjang tempoh off-season saya akan pastikan untuk luangkan masa bersama mereka kerana itu sahajalah masa yang saya ada untuk bersama sebelum meneruskan latihan. Sepanjang tempoh ini juga saya tidak akan lakukan latihan terlalu berat atau hardcoe.

Boleh kongsi peralatan dan pakaian yang anda selalu guna atau pakai untuk membantu prestasi menjadi lebih mantap?

Pakaian dan kelengkapan dari Under Armour semestinya. Koleksi ‘The Project Rock’ merupakan antara pilihan saya untuk latihan. Bukan sahaja ia selesa malah koleksi itu juga memberikan saya inspirasi untuk berlatih lebih keras dan dengan lebih bijak. Pada harui rehat pula saya akan memakai seleksi dari UA Recvovery yang dihasilkan secara saintifik untuk membantu memulihkan otot dengan lebih baik.

Manakala untuk pertandingan kompetitif pula saya akan menggunakan UA Rush yang memberikan keselesaan dan membantu saya melakukan lontaran dengan baik. Ia juga difarmulasikan dari Celliant Technology yang boleh mengitar semula tenaga yang digunakan ketika berkaksi.

Apakah rakyat Malaysia bakal melihat anda membawa sebutir pingat dari Birmingham?

InshaAllah, saya cukup bangga dan yakin dengan perkembangan diri setakat. Persiapan juga telah dilakukan dengan cukup rapi untuk Sukan Komanwel di Birmingham. Saya akan lakukan yang terbaik untuk Malaysia!

Berikan ucapan kepada anak-anak muda yang mempunyai aspirasi menjadi atlet terulung seperti anda.

Walau apa jua bidang anda lakukan, pastikan sentiasa fokus dan usah mudah mengaku kalah jika berdepan kegagalan. Kesilapan dan kegagalan itu boleh menjadi pengajaran yang sangat berguna agar ia tidak akan berulang di masa akan datang.

Jangan sesekali bataskan apa yang anda boleh lakukan. Dengar kata jurulatih kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anda. Akhir sekali, jaga makan, lakukan latihan dengan keras dan paling penting sekali enjoy the ride!

Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan buat Irfan Shamsuddin di Sukan Komanwel 2022 Birmingham!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI