
BARISAN GAYA FESYEN SELEBRITI LELAKI YANG COOL DAN STAILO DI HARI RAYA!



Siapa tidak kenal dengan nama, penulis yang sering mengeluarkan novel-novel thrille dengan kisah yang berbeza dan tidak terfikir dek akal manusia biasa. Penulisannya yang seakan-akan misteri dan memerlukan imaginasi serta hasil kajian yang teliti. Pasti anda akan merasakan bahawa anda sedang berada dalam awang-awangan imaginasi rekaan Ramlee.
Dan seperti yang diwar-warkan filem aksi terbaharu adaptasi daripada novel thriller beliau, Tombiruo: Penunggu Rimba yang bakal ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober yang akan datang. Filem ini telah diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney, sekali gus telah merealisasikan permintaan kebanyakan pembaca setia novelnya untuk melihat hasil karyanya ke layar perak.
Tombiruo itu merupakan gelaran yang diberikan oleh orang kampung kerana dia telah dianggap sebagai penunggu hutan. Dia juga telah disisihkan oleh penduduk kampung kerana wajahnya tidak seperti manusia biasa dan sering memakai topeng. Namun dia mula berubah bertujuan untuk membalas dendam di atas satu insiden tragis yang telah menimpa dirinya. Difahamkan juga bahawa Ramlee sendiri turut terlibat dalam proses pemilihan pelakon seta penghasilan skrip.
Filem ini sangat istimewa kerana telah mendapatkan gabungan empat syarikat tersohor iaitu Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media serta Layar Sunan yang telah berkolaborasi buat pertama kalinya selaku barisan penerbit.
Para pelakon yang hebat juga telah menguatkan lagi filem ini. Antaranya ialah Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein serta Farah Ahmad.
Tidak ketinggalan, nama besar yang turut bersama-sama menjayakan filem ini ialah Datul M. Nasir dan juga isterinya sendiri, Datin Marlia Musa serta ramai lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Mitos teman wanita anda seorang psiko!
Menurut kebanyakkan lelaki, antara yang menjadikan wanita itu psiko adalah cemburu. Tidak kiralah sama ada anda sedang mandi, lepak bersama rakan-rakan di kedai mamak, malah anda sedang bersama dengan keluarga, si dia tetap akan menganggu anda dengan panggilan tanpa henti. Jika anda mempunyai sejarah yang menyebabkan si dia hilang kepercayaan terhadap anda, peluang ke dua yang diberikan akan lebih menyakitkan apabila kebebasan anda disekat dan terpaksa melaporkan gerak-geri anda hampir setiap jam kepada si dia.
Antara ciri lain yang menunjukkan teman wanita anda seorang psiko ialah dia akan cuba memiliki anda dengan cepat. Apa yang akan dilakukan adalah wanita ini akan menunjukkan kebaikan dan sifat budi bahasa yang terbaik sebelum anda menjadi miliknya. Ini bererti sebelum hubungan anda berdua rasmi, si dia akan bertindak manis, normal malah dia akan menunjukkan bahawa dia seorang yang berfikiran terbuka dan tidak peduli dengan masa peribadi anda. Namun apabila anda dan dirinya telah rasmi berhubungan, setiap gerak geri anda akan diperhatikan, dan jika si dia dapat tahu kelakuan sumbang anda di belakangnya, maka bersedialah untuk tahan halwa telinga anda.
Apa yang salah dengannya?
Satu lagi mitos wanita yang psiko adalah, ia sering menjadikan kelakuan normal itu ke sudut berbeza. Wanita akan mempertahan diri dengan mengatakan bahawa kelakuan yang tidak normal yang sering dilakukan seperti menelefon pasangannya ketika pasangan bersama rakan-rakan disebabkan dia punya berita buruk yang ingin disampaikan. Namun pada sudut pandang lelaki, kelakuan begini dianggap stereotaip dan terus menghukum bahawa teman wanita atau isteri itu seorang psiko. Ada kebarangkalian lain lelaki mempunyai tabiat keluar tanpa memberitahu pasangan dan meninggalkannya dengan semua kerja rumah, jadi logik jugalah kalau si dia itu marah.
Akhirnya, wanita yang dianggap psiko ini akan mengalami masalah kemurungan, Bipolar dan Skizofernia dan dilemparkan sebagai teman wanita atau isteri yang kejam kerana tidak ada komunikasi dalam berpasangan.
Apa solusinya?
Untuk elakkan teman wanita atau isteri anda di label sebagai wanita psiko sebenarnya agak mudah. Paling utama ialah kita semua perlu mengakui bahawa tingkah laku yang tidak munasabah dalam hubungan tidak ditentukan oleh jantina, tak kiralah lelaki atau perempuan. Lihat diri anda, mungkin anda layak dilayan begini kerana kesilapan anda, mahupun kesetiaan anda. Pulihkan komunikasi anda dengan pasangan untuk elak dari semua perkara ini terjadi.
Baca artikel penuh di Majalah Maskulin Isu September
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

“Kalau belajar sungguh-sungguh, mesti tak kerja di kaki lima sekarang,” demikian antara kata-kata yang pernah dilemparkan pada jejaka ini.
Namun tidak ramai yang mengetahui, jejaka yang sekadar tampil memakai kemeja T dan apron di kaki lima Bandar Teknologi Kajang, Semenyih ini pernah menyarung jaket putih sebagai seorang doktor.
Arjanggi Farizal pernah mengecapi kejayaan di menara gading sehingga bergelar seorang doktor perubatan sebelum memulakan perniagaan Pondok Minang, yang menjual sekitar 50 jenis lauk-pauk masakan Minang.
Terbitnya minat terhadap berniaga ketika alam persekolahan, di mana Arjanggi sering mengikuti ibunya berniaga selepas tamat waktu persekolahan.
“Minat berniaga itu dah memang sebati dengan diri saya,” katanya ketika ditemui Maskulin.
Arjanggi dahulunya bertugas sebagai seorang doktor paru-paru namun demi mengejar minatnya terhadap dunia perniagaan, dia memutuskan untuk meninggalkan kerjaya itu.
Ujarnya, agak sukar keputusannya itu untuk diterima oleh keluarganya pada mulanya.
“Pengorbanan orang tua kan, dengan kos yang tinggi nak sekolahkan anak dia. Tapi tiba-tiba anak dia memilih untuk berniaga di tepi jalan.
“Awal-awal itu memang ada penolakan juga, tapi sekarang ini Alhamdulillah semua dah terima dah,” kongsinya.
Arjanggi tidak menafikan ada perbezaan dari segi pendapatan melalui berniaga berbanding ketika bertugas sebagai doktor dahulu.
Bagaimanapun, Arjanggi lebih gemar dengan keadaan ini kerana ketenangan yang dikecapinya.
“Pada hakikatnya saya lebih tenang macam ini. Mungkin dari segi kewangan memang banyak ujian dia.
“Mana-mana perniagaan memang banyak pahit manis dia. Tapi yang penting kita seronok, hati kita senang,” jelasnya lagi.
Bercerita mengenai titik permulaan perniagaan masakan Minang ini, Arjanggi memberitahu idea ini tercetus daripada isterinya yang menggemari masakan itu.
Isterinya dahulu bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan Emirates selama kira-kira lima tahun, namun berhenti bertugas sementara setelah terselamat dari kejadian kemalangan pesawat EK521 pada 2016.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat daripada kejadian itu. Jadi dia berehat dahulu daripada bertugas dan dia yang beri idea untuk buka perniagaan masakan Padang”.
Walaupun berketurunan Minang, Arjanggi mengakui pada mulanya dia sendiri tidak menguasai cara memasak masakan tersebut.
Oleh itu, dia berusaha untuk mempelajari masakan itu melalui ibunya dan gigih berusaha memastikan perniagaan ini mampu menjadi sumber rezeki terbaik bagi menampung kehidupan isteri dan keluarganya.
“Kalau awak tak nak jadi lelaki, biar saya jadi lelaki,” itulah kata-kata isterinya yang menguatkan semangatnya untuk terus berniaga sehingga kini dan terus berjuang menjadi seorang lelaki sejati.
BACA: Dari Penganalisis Kewangan Ke Pencipta Kartun, CJ See Bangkit Selepas Krisis Kewangan Asia 1997
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group



je senang