Ramai lelaki yang baru mula bersenam akan terdengar nama creatine disebut di gym atau dilihat dalam video fitness.
Tapi ramai juga yang ragu-ragu, tertanya-tanya “Perlu ke aku ambil supplement ni?” atau “Selamat ke untuk orang baru macam aku?”.
Sebenarnya, creatine adalah salah satu supplement paling dikaji dalam dunia kesihatan dan kecergasan dan ya, ia sangat sesuai untuk lelaki beginner yang baru berjinak-jinak dengan dunia gym.
Foto : Health
Apa Itu Creatine
Creatine ialah sejenis asid amino semula jadi yang dihasilkan oleh badan kita dan juga terdapat dalam makanan seperti daging merah dan ikan.
Dalam tubuh, creatine berfungsi menyimpan dan membekalkan tenaga kepada otot semasa aktiviti fizikal.
Bila kita workout, badan perlukan lebih banyak tenaga, dan creatine bertindak sebagai ‘bateri tambahan’ untuk bantu kita kekal bertenaga, lebih lama dan lebih kuat.
Creatine Sesuai Untuk Beginner?
Jawapannya, ya. Creatine bukan sahaja selamat, malah digalakkan kepada mereka yang baru mula membina otot atau meningkatkan stamina.
Tidak seperti steroid, creatine tidak mengganggu hormon atau fungsi tubuh.
Ads
Kajian telah menunjukkan bahawa creatine boleh membantu meningkatkan kekuatan otot, mempercepatkan pemulihan dan memperbaiki prestasi semasa senaman.
Foto : Strength Sifoo
Kelebihan Creatine Untuk Lelaki Beginner
Untuk lelaki yang baru mula bersenam, creatine boleh memberi kelebihan seperti peningkatan tenaga semasa sesi angkat berat, membantu pertumbuhan otot dengan lebih cepat, dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersenam.
Selain itu, ramai pengguna melaporkan peningkatan dalam fokus dan motivasi apabila mengambil creatine secara konsisten.
Dengan tenaga tambahan ini, kita lebih bersemangat untuk kekal konsisten dalam rutin harian.
Jenis Creatine Yang Paling Sesuai
Jika anda baru bermula, Creatine Monohydrate adalah pilihan paling selamat dan disarankan.
Ads
Ia merupakan bentuk creatine yang paling asas, paling banyak dikaji, dan paling mudah didapati.
Tambahan pula, creatine jenis ini lebih murah dan tidak mengandungi bahan tambahan yang tidak perlu.
Ia juga mudah larut dalam air dan boleh dicampur dengan air kosong atau jus untuk rasa yang lebih sedap.
Cara penggunaan creatine biasanya terbahagi kepada dua fasa.
Ads
Pertama, fasa ‘loading’ yang melibatkan pengambilan 20 gram sehari selama lima hingga tujuh hari (dibahagikan kepada empat kali sehari).
Selepas itu, anda hanya perlu mengambil 3 hingga 5 gram sehari untuk fasa penyelenggaraan (maintenance).
Ingat, creatine bukanlah produk ajaib. Ia hanya akan berkesan jika digabungkan dengan latihan konsisten, diet yang seimbang dan rehat mencukupi.
Kalau anda serius mahu nampak lebih kuat, lebih fit dan lebih yakin creatine boleh jadi ‘partner workout’ yang terbaik.
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Kalau nak video menarik seperti ni, subscribe saja!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Daging kambing enak dimakan sama ada secara panggang mahu pun dalam sajian kari kambing serta sup kambing. Ketahui juga antara fakta sihat daging kambing.
Namun dalam menikmati keenakan itu, tak ramai yang tahu bahawa daging kambing ini memiliki khasiat semulajadinya yang tersendiri seperti yang MASKULIN senaraikan, jangan tak tahu, terlalu banyak fakta sihat daging ini, jom baca faktanya di bawah ini:
1. Rendah kolestrol
Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain sekali gus menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah yang terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati daging kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
3. Rendah kalori
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
4. Lemak tidak tepu
Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
Asid amino adalah sumber protein yang ideal. Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Jadi, jom makan daging kambing!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada yang suka makan tanpa diganggu dan ada juga kena makan sambil berteman. Walau apa jua ‘teknik’ makan yang anda suka namun terdapat beberapa tabiat yang perlu anda elak.
Dan tabiat-tabiat makan ini sebenarnya memberikan kesan buruk kepada diri anda. Tiada kesan buruk yang paling menakutkan melainkan masalah kegemukan!
Jadi benarkan tabiat makan boleh menjadi punca berlakunya kegemukan?
PENYEBAB & KESILAPAN
Menurut pendapat daripada pakar perubatan ia berlaku disebabkan oleh pemakanan yang tak dikawal dan mengamalkan gaya hidup tanpa mempedulikan kesihatan.
Ia kini menjadi salah satu musuh utama lelaki. Apatah lagi kita kini dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan yang boleh menggemukkan.
Anda boleh mula dengan mengurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan anda terutamanya makan malam namun janganlah anda buang ia terus dari diet harian anda.
Jika anda belajar untuk mengikut peraturan secara perlahan-lahan, kemungkinan besar anda akan mendapat otot yang anda ingini dan perut yang kempis sepanjang hidup anda jika diamalkan dengan betul.
Berikut adalah beberapa kesilapan yang anda kerap lakukan yang meyebabkan masalah kegemukan pada anda.
Tidak makan apa-apa boleh menyebabkan anda merosakkan sepenuhnya kebolehan tubuh anda untuk mengawal selera makan anda.
Oleh itu jika anda meninggalkan sarapan atau sebarang waktu makan yang penting, otak anda akan kekurangan tenaga untuk mengatakan tidak kepada godaan makan yang tidak dapat dielakkan.
Anda tidak seharusnya menolak keinginan anda untuk makan, tapi anda harus mengamalkan mengambil makanan secara perlahan-lahan.
Benarkan masa untuk tubuh anda benar-benar menikmati dan menghadam agar anda tidak makan dalam keadaan perut penuh.
Makan Banyak Hujung Minggu
Jika anda kerap berparti dan mengikuti majlis makan pada hujung minggu anda tentu akan mengalami masalah pada hari yang berikutnya.
Asid palmitik selalunya akan boleh didapati dalam lemak tepu yang terkandung dalam setiap hidangan hujung minggu anda dan ia seterusnya boleh menyebabkan keinginan anda untuk makan bertambah pada hari yang berikutnya.
Makan Snek Masin
Sodium boleh menyebabkan terlebih makan tanpa kita sedari. Dan ia juga begitu cepat untuk bertambah.
Namun anda boleh mengurangkan ketagihan kepada snek yang masin setelah beberapa lama mengamalkan diet kurang garam.
Meminum Berkarbonat & Alkohol
Minuman berkarbonat dan alkohol boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dengan cara yang lebih mendadak. Cuba anda kira berapa banyak minuman keras yang telah anda ambil dan anda akan lebih terperanjat dengan hasilnya.
Selain dari membekalkan tiada kalori langsung, minuman keras merencatkan keinginan anda yang menyebabkan selera makan anda bertambah dengan mendadak.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.
Urut Halus Di pipi
Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.
Guna Teknik Solekan Yang Betul
Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.
Ais Batu
Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.
4 SENAMAN KECILKAN PIPI TEMBAN
Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.
Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.
Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.