
Bila dah mula serius jaga badan, soalan paling biasa timbul ialah nak ambil mass gainer atau whey protein?
Kedua-duanya popular dalam kalangan lelaki yang aktif di gym, tapi fungsinya sebenarnya sangat berbeza.
Kalau salah pilih, hasil pun tak seperti yang diharapkan.
Jadi, jom kita kenali dua jenis supplement ni dan tengok mana satu yang sesuai dengan matlamat kau.
Apa Itu Whey Protein dan Siapa Perlu Ambil?
Whey protein ialah serbuk protein berkualiti tinggi yang cepat diserap oleh badan.
Ia biasanya diambil selepas bersenam kerana dapat membantu membina dan memulihkan otot dengan lebih efisien.
Untuk lelaki yang fokus pada pembentukan otot yang kemas dan ‘lean’, whey protein sangat sesuai.
Kalau kau jenis yang jaga makan, kira kalori harian, dan tak nak naik berat secara mendadak, whey protein adalah pilihan terbaik.
Ia juga ideal untuk fasa cutting atau menurunkan lemak badan sambil mengekalkan jisim otot.

Dalam erti kata lain, whey bantu kau nampak lebih ‘fit’, bukan sekadar besar.
Mass Gainer, Untuk Yang Nak Naik Berat Dengan Cepat
Mass gainer pula direka khas untuk membantu mereka yang susah naik berat badan.
Ia bukan sahaja mengandungi protein, tapi juga karbohidrat tinggi, lemak dan kalori tambahan kadangkala dalam satu hidangan boleh cecah lebih 1000 kalori!
Kalau kau jenis ‘ectomorph’ (kurus, metabolism laju), dan dah makan banyak tapi berat tak naik, mass gainer mungkin jawapannya.
Supplement ni sesuai untuk fasa bulking atau mereka yang nak cepat naik saiz badan.
Tapi perlu diingat, mass gainer boleh naikkan lemak juga jika tak digandingkan dengan latihan beban dan senaman yang betul.

BACA LAGI : Cara Dapatkan Perut Six Pack, Ini Senaman Penting Perlu Dilakukan Setiap Hari
Disiplin Tetap Kunci Utama
Tak kira apa supplement yang kau pilih, satu perkara yang tak boleh diabaikan ialah disiplin dalam pemakanan dan senaman.
Supplement hanyalah pelengkap. Kalau ambil mass gainer tapi masih tak cukup makan atau malas bersenam, berat pun susah nak naik.
Kalau ambil whey protein tapi tak cukup rehat atau tak jaga diet, otot pun lambat naik.
Ingat, badan tak terbina dari shaker semata-mata, tapi dari usaha harian, rutin konsisten dan mindset yang betul.
Jadi, kenali badan sendiri, pilih supplement yang sesuai, dan teruskan usaha ke arah badan impian kau.
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Kalau nak video menarik seperti ni, subscribe saja!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI