Fakta! kajian terbaru menunjukkan bahawa baju pasangan anda boleh meningkatkan tahap kesihatan anda walaupun ia kedengaran menakutkan. Hakikatnya, setelah melalui hari anda di pejabat dengan kerja tak putus-putus, bersama pasangan anda di sebelah malam benar-benar menghilangkan stress. Sekurang-kurangnya tenang sebelum anda memulakan hari stress anda kembali pada keesokkan harinya kan?
Menerusi artikel ask men kajian di University Of British Columbia mendapati bahawa bau baju pasangan anda boleh mengurangkan stress walaupun kotor. Para penyelidik menjemput 96 pasangan untuk mengambil bahagian dalam ujian ini. Kaum Adam diminta untuk mandi dengan sabun tidak berjenama dan kemudian memakai t-shirt putih baru selama 24 jam. Kemudian, baju itu diletakkan ke dalam peti sejuk supaya bau lelaki itu tidak hilang. Kaum Hawa kemudiannya pula diminta untuk memilih satu dari tiga baju yang salah satunya milik pasangan mereka. Sukar bukan?
Ads
Wanita kemudiannya mengalami ujian yang lebih mencabar dimana mereka terpaksa menjalani temuduga disamping menjawab soalan matematik yang sukar dengan pengawasan kamera litar tertutup. Kesian betul para wanita ni.
Tujuannya untuk memberikan tekanan pada wanita, dan ketika itulah para wanita mencium baju kaum Adam ni dan para penyelidik mengambil tahap tekanan mereka. Hasilnya, majoriti para wanita mengalami kurang tekanan dan pemulihan dari stess setelah bau baju pasangan mereka.
Ads
Ads
Ini membuktikan bau baju pasangan anda sudah boleh membuatkan anda hilang stress. Ketika basuh baju pasangan atau jika pasangan anda gantung baju mereka juga sudah boleh menghilangkan stress. Ambil saja pakaian mereka, dan bau buat seketika.
Sebenarnya aplikasi dating di US sudah menjadi fenomena dimana untuk mencari pasangan yang tepat mereka diminta untuk menghidu bau baju.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semenjak Negara Malaysia diambil alih oleh Pakatan Harapan, pelbagai perkara baru yang terjadi. Dari Datuk Seri Anwar dibebaskan dari penjara sehinggalah ke pengakuan pulu Ketua Pesuruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Segalanya-galanya makin membuka mta Malaysia hari ke hari. Presiden Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim juga tidak melepaskan peluang untuk turut menyuarakan pendapat beliau tentang sistem pentadbiran yang baru ini. Beliau melahirkan harapan agar Menteri Pendidikan yang baharu Dr Maszlee Malik dapat memartabatkan bahasa Melayu dan menerapkan amalan budi di pelbagai peringkat pelajaran.
Amalan budi itu, kata Rais, hendaklah juga dipupuk kepada rakyat Malaysia bermula di bangku sekolah lagi.
Apa yang dihajatkan adalah agar bahasa Melayu dan amalan budi tidak dicicirkan. Sekolah Kebangsaan pula mestilah menyediakan pilihan kursus untuk pelajar seperti bahasa Mandarin, Arab, Tamil dan lain-lain. Beliau berkata seluruh warga UIAM melahirkan rasa bangga di atas pelantikan Maszlee itu.
Rektor UIAM Prof Datuk Zaleha Kamarudin turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu serta menyifatkan Maszlee sebagai ahli akademik yang mampu mengutarakan pelbagai idea baru dalam usaha perubahan dan reformasi pendidikan negara. Beliau turut bersedia untuk memberikan sokongan padu kepada Maszlee dan Kementerian Pendidikan Malaysia
Maszlee berkhidmat sebagai pensyarah di UIAM selama 18 tahun dari tahun 2000 hingga 2018.
Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Kakitangan Akademik UIAM selama dua penggal iaitu dari 2012 hingga 2015.
– BERNAMA/ Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Agak leceh jika sering terpaksa menukar pakaian untuk pergi bersenam selepas menjalankan aktiviti harian anda. Namun tahukah anda ada beberapa pakaian yang sesuai untuk digayakan bagi kedua-dua aktiviti tersebut?
Berikut adalah beberapa jenis pakaian lelaki yang boleh dikatakan serbaguna:
T-Shirt atau Polo
T-Shirt atau polo yang berkualiti tinggi dengan potongan yang bagus boleh digayakan untuk aktiviti harian dan senaman yang ringan seperti jogging atau berbasikal. Pelbagai jenama telah mula mengeluarkan T-shirt atau polo berasaskan fabrik yang selesa untuk akitiviti senaman.
Seluar Sukan Ringan
Seluar sukan yang ringan dan berkebolehan lembap adalah pilihan yang baik untuk senaman dan boleh digayakan untuk aktiviti harian. Pastikan ia mempunyai potongan yang kemas dan sesuai dengan reka bentuk badan anda agar anda kekal kelihatan segak dan sporty walaupun bukan ketika bersenam.
Kasut Sukan Moden
Pilih kasut sukan yang moden dan bergaya. Kasut berjalan atau kasut berlari ringan boleh dipakai dengan pakaian harian anda dan juga sesuai untuk senaman ringan.
Hoodie atau Jaket
Hoodie atau jaket yang berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang kemas sangat sesuai untuk dipakai ketika bersenam. Namun ia juga boleh kelihatan trendy dan sporty jika dipadankan dengan jeans
Kain Teknologi
Pakaian yang menggunakan teknologi kain canggih seperti anti-odor atau anti-bakteria boleh membantu anda berasa segar sepanjang hari, terutamanya selepas melakukan senaman.
Bagaimanapun, pakaian ini bukanlah sesuai untuk semua jenis acara. Pastikan anda semak tatacara pemakaian bagi acara-acara tertentu agar anda tidak berpakaian yang tidak bersesuaian dan tidak menghormati acara.
Panduan ini hanyalah untuk aktiviti harian tanpa kod pemakaian tertentu. Pilihlah pakaian yang sesuai dengan aktiviti harian anda dan tetap selesa. Anda juga boleh mencuba untuk memadankan elemen pakaian sukan dengan pakaian kasual untuk penampilan yang serbaguna dan bergaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Hari ini saya kongsikan tips persiapan sebelum nak melancong ke luar negara. Untuk anda yang ada plan nak melancong, jom baca artikel ini.
1.Passport
Pastikan passport anda masih sah. Sah dengan erti kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Sila berhati-hati.
2.Tempah tiket penerbangan
Disarankan untuk memempah tiket penerbangan seawal 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi untung beli ketika promosi. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan.
Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika untuk urusan ‘Check In’ nanti. ‘Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. Sebaiknya simpan juga salinan tiket penerbangan. Ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.
3.Buat itinerari percutian anda
Adalah lebih baik sekiranya kita buat ‘survey’ dahulu melalui internet. Anda boleh menyusun sendiri itinerari program anda. Contohnya dengan menempah hotel sendiri, pengangkutan menggunakan pengangkutan awam dan makanan dibawa siap. Akan tetapi berhati-hati kerana dikhuatiri anda ditipu oleh orang yang tidak dikenali. Rujuk kawan-kawan yang telah samapi ke tempat yang ingin kita pergi. Ini memudahkan kita untuk menyusun perjalanan percutian kita dengan baik.
Jalan penyelesaian. Anda boleh dapatkan pakej ‘Groud Handling’ daripada agensi pelancongan yang sah. Dengan itu, tugasan anda mudah tanpa perlu menempah segala bagai. Anda hany perlu mengikuti perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan.
4. Tukar duit di pengurup wang berlesen
Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik untuk pertukaran duit. Kebiasaanya di area Bukit Bintang. Anda kena kenal pasti dahulu matawang apa yang digunakan di negara yang ingin anda pergi. Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah. Kita rugi di situ.
5. Duit ‘Emergency’
Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Ini memastikan anda tidak panik ketika menghadapi situasi ini. Anda boleh tenang menggunakan duit ‘emergency’ tersebut. Kita tidak tahu apa akan berlaku akan tetapi sebaiknya sediakan duit tersebut
6. Pakaian
Bawa pakaian yang perlu sahaja. Jika perlu kurangkan pakaian, maka kurangkan. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita
7. Aksesori wajib sebagai seorang pelancong
Sebagai seorang pelancong, pastinya ada barang-barang yang merupakan senjata untuk anda bawa bersama. Seperti :
Makanan segera, biskut & roti
Losyen
Ubat-ubatan
Botol Air
Selimut & Bantal
Cermin mata
‘International Plug Adaptor’
Kompas & sejadah
Sweater
Beli peta
8. Datang awal ke ‘airport’
Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.
9. Jaga keselamatan barangan
Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak. Jadi berhati-hati. Jangan kerana kelapaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.
Kongsilah artikel ini jikalau anda rasa berguna. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.