Setiap lelaki pastinya mahu sentiasa tampil segak dalam apa jua keadaan. Namun ada yang tidak sedar gaya mereka tampilkan dengan penuh keyakinan itu kadangkala tidak sesuai, malah merencatkan lagi gaya sendiri.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 kesalahan biasa dalam berpakaian yang sering dilakukan oleh lelaki. Ikuti senarai di bawah agar dapat pastikan anda tidak menjadi mangsa fesyen sendiri.
1. Lengan baju menutup jam tangan
Jika anda suka memakai jam tangan, lebih baik untuk melipat lengan baju anda. Pertama sekali, lebih mudah bagi anda melihat waktu jam. Kedua, jam tangan di bawah kain lengan akan menyebabkan kelihatan hodoh atau tidak kemas.
2. Kemeja-T bercetak
Pilih kemeja-T yang biasa, terutamanya jika anda akan memakai jaket di luarnya. Kemeja-T bercetak hanya satu trend fesyen, yang sudah ketinggalan zaman. Fikirkan bagaimana James Dean berpakaian. Gaya Dean sentiasa kelihatan klasik dan ringkas.
Ads
Adalah lebih baik untuk membelanjakan wang dengan kemeja-T putih dan seluar jeans dengan potongan yang baik daripada membeli kemeja-T bercetak yang sudah ketinggalan zaman. Tidak hairanlah Lana Del Rey menyanyi, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
3. Kemeja-T berlengan besar dan labuh
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan kemeja-T yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
4. Pakai tali pinggang & suspender bersama
Tali pinggang dan pendakap dipakai secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Lagipun, kedua-dua aksesori direka untuk menjaga seluar anda daripada terlondeh.
5. Baju berkedut
Ads
Sesungguhnya menyeterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan, tetapi ia adalah keutamaan jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika.
6. Saiz yang salah
Jika anda hendak membeli sut adalah lebih baik anda pergi berjumpa tukang jahit. Ia adalah supaya sut tersebut betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
7. Butang jaket atau kot
Jangan butang semua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
Ads
8. Memasukkan baju ke dalam seluar
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
9. Poket kembung
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
10. Hanya memakai sut hitam setiap hari
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kohei Okita merupakan pereka fesyen dari Jepun yang terkenal dengan jenamanya, VAINL ARCHIVE yang diasaskannya pada tahun 2009. Kini namanya dikenali sebagai antara pereka fesyen dari Jepun yang cukup dikenali di seantero global.
Terbaru, Reebok mengambil peluang berkolaborasi bersama Kohei Okita untuk menghasilkan koleksi fesyen istimewa dikenali sebagai Reebok Eightyone.
Reebok Eightyone merupakan nama kepada kod antarabangsa Jepun iaitu 81. Secara tidak langsung memberi signifikasi bahawa koleksi ini diliharkan dari Jepun terutamanya di Tokyo. Kod +81 merupakan identiti Jepun yang mewakili hubungan antarabangsa mengahasilkan perlbagai idea, ciptaan dan juga konsep.
Menerusi kolaborasi bersama Okita Kohei ini, seleksi fesyen dari Reebok Eightyone dicipta dengan tujuan memperkenalkan hasil kerja dari perspektif ‘bird’s eye view’ – signifikasi pengenalan Jepun kepada dunia.
Secara luarannya, Reebok Eightyone merupakan koleksi fesyen unik menggabungkan elemen sukan dan trend fesyen terkini yang lahir dari idea gabungan mereka dan Kohei Okita.
Koleksi yang paling menarik perhatian semestinya sneakers yang akan mula dipasarkan di negara kita bermula pada 28 Februari 2020 di Reebok City Square, Johor Bahru dan Royal Sporting House KL pada harga RM459.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti berangan nak jadi lelaki perfect bak Fatah Amin,Awal Ashaari, Alif Aziz, Zul Ariffin dan lelaki-lelaki kacak lain umpama hero-hero di televisyen! Bukan apa, kadang-kadang orang lelaki noob sikit bab penjagaan diri. Sebab itulah ada diantara tampil agak selekeh dan berfesyen entah apa-apa.
Anda tidak akan boleh menarik perhatian si dia hanya dengan mengingati untuk memberus gigi. Apa yang benar-benar penting bagi mereka adalah impresi pertama apabila mereka melihat anda. Kerana wanita sekarang lebih mementing pemerincian gaya dalam setiap penampilan.
Di sini ada 6 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia.
1. Guna Set Penjagaan Wajah Yang Sesuai Dengan Kulit
Percaya atau tak masih ada lelaki yang mencuci wajah guna sabun! Sabun boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih kering, jadi berikan mereka set lengkap pencuci muka, penyegar dan pelembab. Bagi anda yang nak jimat, kongsi sahaja dengan pasangan.
2. Bulu Hidung, Telinga Dan Kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.
Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
3. Fokus pada gigi
Senyuman yang memikat datang dari gigi yang putih tersusun rapi. Cadangkan anda dan pasangan untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurang setahun sekali. Benar lelaki yang paling kacak ialah memiliki gigi putih sihat dan nafas yang tidak berbau. Oops!
4. Bersenam dan diet
Kalau tengok badan Hritik Roshan atau Zul Ariffin bergetar jiwa tapi bila tengok suami berkecai hati, tak baik macam itu. Apa kata anda mula menjaga diet dan makan makanan lengkap nutrisi. Sambil itu, rajinkan diri untuk beriadah atau bersenam. Cuba check mana-mana pusat gim yang ada pakej untuk couple, lagi seronok bersenam bersama kesayangan kan.
5. Gaya rambut
Potongan rambut pada seorang lelaki ialah kunci peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Bukan itu sahaja, pastikan juga tahu cara menjaga rambut dan sentiasa alert bila kena trim!
6. Kedutan sekitar mata
Lelaki mudah mendapat kedutan dibahagian kerana atas faktor usia dan bebanan stress yang dihadapi. Kedutan, lingkaran gelap bawah mata dan sembap buat si dia tampak berusia dari umur sebenar! Isteri terutamanya sila ajar suami anda untuk menyapu krim bawah mata setiap pagi dan malam sebelum tidur.
7. Kuku jangan lupa
Kebanyakan kaum lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki! Jangan ingat para wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku begitu juga dengan lelaki. Cukup kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku panjang dan kotor penyebab penyakit.
Selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti ramai di antara anda yang ingin memiliki tubuh badan seperti artis korea kan? wajah mereka juga kadang-kadang handsome melampau. Tapi tulah, setiap orang yang di lahirkan di atas dunia ni memiliki ketampanan dan kecantikan berbeza-beza. Namun, bukan semua orang sukakan wajah mereka sendiri, ada diantaranya dah cantik dah, tapi sentiasa nak lebih. Manakala yang kurang cantik ni akan terus kekal tak cantik, sebab apa? Salah satu faktor mungkin kerana pemakanan. Mereka yang memiliki wajah dan bentuk badan yang cantik ni mungkin saja sejenis seorang yang menjaga pemakanan, sementara yang kurang cantik sifatnya ini akan belasah je bab makanan. Mungkin juga faktor kewangan? Yang menjaga pemakanan ni sejenis seorang yang berduit. Yelah, makan berkualiti dan berkhasiat bukannya murah. Samalah macam artis-artis Korea ni, sanggup berhabis duit demi mengejar populariti. Ini antara pelakon drama yang wanita tergila-gilakan tu. Ini wajah sebenar mereka sebelum mereka menceburi diri dalam bidang lakonan dan nyanyian.
Kyuhyun Super Junior
Hyunbin
Kim Woo Bin
Artis Korea sememangnya menjadikan pembedahan plastik sebagai satu cara untuk mereka kelihatan cantik di mata umum. Masyarakat Korea terdiri daripada berwajah petak dan bermata sepet serta hidung kembang, bahkan pendek. Anda mungkin tertipu dengan kebanyakkan mereka, kerana mereka kerap melakukan pembedahan plastik. sebagai contoh Kim Woo Bin, beliau telah melakukan pembedahan rahang dimana wajah zaman sekolahnya berpetak namun tidak lagi hari ini.
Di Korea Selatan, selain daripada pembedahan mata dengan penambahan eyelid, pembedahan gigi dan tambah tulang juga turut disyorkan buat mereka yang tidak mempunyai gigi yang cantik dan pendek. Teknologi mereka hari ini sangat canggih sehinggakan penuh pusat pembedahan plastik seperti kedai bundle di Malaysia.
Yoon DoJoon
Nam Joo Hyuk
Ji Chang Wook
Di Korea juga terkenal dengan anak-anak yang meminta ibu bapa memberi mereka hadiah “mata baru” jika mereka berjaya dalam pelajaran. Aneh kan? Namun itulah hakikatnya. Jadi, wanita di luar sana tu, masih lagi nak kahwin dengan oppa-oppa ni? Baik pilih abam Malaysia, Original!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.