Kredit: Sinar Harian

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi ada kudrat di badan, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki sejati demi mencari rezeki yang halal.

MASKULIN cukup tertarik dan kagum dengan usaha seorang pemuda yang tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk mengusahakan perniagaan kedai gunting rambut.

Anak muda hebat berusia 28 tahun bersnama Farid Aidil Mat Din merupakan orang kelainan upaya yang dilahirkan pekak dan bisu. Namun dalam keterbatasannya itu, Farid kini bergelar sebagai seorang usahawan yang mengusahakan kedai gunting miliknya sendiri, ‘Farid Barber Shop’.

Menurut laporan Sinar Harian, perniagaannya telah mula dijalankan sejak empat tahun yang lalu. Menariknya perniagaan Farid yang diusahakan di Kampung Teluk Bakong, Parit tidak mengenakan bayaran mahal untuk pelanggannya terutamanya penduduk kampung.

Dengan harga serendah RM7, Farid memberikan servis terbaik buat pelanggannya yang turut terdiri daripada anggota polis di balai berhampiran.

Lebih mengagumkan lagi, dia hanya belajar teknik menggunting rambut dengan menonton video di laman media sosial, YouTube. Kesemua teknik menggunting termasuk merapi dan memotong rambut itu dipelajarinya melalui YouTube dan mempraktikkannya sehingga dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih kemas.

Belajar Gunting Rambut Guna YouTube, Lelaki OKU Ini Buka Kedai Gunting
Foto Hiasan: prostooleh – www.freepik.com 

PASANG IMPIAN

“Saya memang tak pernah menghadiri apa-apa kursus menggunting rambut. Jadi saya cuba menggunakan YouTube sebagai rujukan dan Alhamdulillah, banyak pelanggan saya memberi respons positif.

“Pada mulanya, saya hanya cuba menggunting rambut kawan-kawan saya sehinggalah ke hari ini dan saya juga ada pelanggan tetap,” katanya ketika ditemui pada lawatan Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak, di rumahnya, baru-baru ini.

Anak kelima dari tujuh beradik tersebut juga berkata bidang gunting rambut merupakan satu bidang yang sudah lama diminatinya. Dia kini memasang impian untuk memiliki peralatan dan perkakasan gunting rambut yang lebih bagus dan memberikan keselesaan kepada pelanggannya.

“Kalau diikutkan, saya hanya pinjam peralatan daripada kawan dan ada juga yang saya beli sendiri tetapi cepat rosak, malah ada pelanggan merungut mesin yang saya guna bunyi kuat sangat dan panas.

Sehingga kini, Farid sedang mengumpulkan duit untuk menggantikan semua peralatannya yang sudah semakin uzur. Lebih-lebih mesin penggunting yang merupakan komponen dan perlatan paling penting untuknya meneruskan perniagaan.

Semoga Farid terus berusaha dengan kuat dan tidaj pernah mengalah. Syabas MASKULIN ucapkan kepada anak muda ini yang mampu memberikan inspirasi kepada kita semua.

Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.

Kredit: Sinar Harian & BERNAMA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI