
Dalam era gaya hidup minimalis dan bajet friendly, membeli baju thrift atau ‘bundle’ menjadi pilihan ramai.
Sama ada untuk berjimat atau mencari pakaian unik yang sukar didapati di kedai biasa, trend ini semakin mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.
Namun, di sebalik keunikan dan harga berpatutan ini, ada risiko kesihatan yang perlu diberi perhatian.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @onenevertwhoo, berkongsi pengalaman dijangkiti penyakit kulit yang dikenali sebagai moluskum kontagiosum selepas memakai baju thrift tanpa mencucinya terlebih dahulu.
@onenevertwoo_one Suatu kesalahan yang merugikan banget sih, aku kira beli baju Thrift ga sebahaya ini🥹 #bajuthrift #thrifting #bahayabajuthrift #moluskum #infeksikulit #fyp #acne #acneskin #acnefighter #jerawat ♬ suara asli – ONESHHH – onenevertwoo_one
“Sebenarnya beli baju thrifting tu tak salah, salahnya aku yang tak cuci dulu. Sampai kena moluskum,” katanya dalam video yang kini viral di TikTok.
Pengalaman ini menjadi peringatan kepada semua pencinta bundle supaya tidak memandang ringan soal kebersihan pakaian terpakai.
Apa Itu Moluskum Kontagiosum?

Moluskum kontagiosum (MCV) ialah jangkitan kulit yang disebabkan oleh virus.
Ia menyebabkan kemunculan bintik-bintik kecil berwarna merah, biasanya dengan lekuk di bahagian tengah.
Walaupun kelihatan tidak berbahaya, jika digaru atau disentuh, bintik ini boleh merebak ke bahagian lain badan.
Virus ini mudah berjangkit melalui sentuhan kulit ke kulit, perkongsian barang peribadi seperti tuala atau alat cukur, serta pakaian terpakai yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
Risiko Memakai Baju Bundle Tanpa Mencuci
Baju bundle mungkin nampak bersih di mata kasar, namun ia masih berpotensi membawa bakteria, kuman, parasit, atau hama.
Tanpa langkah pembersihan yang betul, risiko jangkitan kulit seperti moluskum kontagiosum, kudis buta, dan jangkitan kulat boleh meningkat.
Langkah-Langkah Keselamatan Sebelum Memakai Baju Bundle

Bagi memastikan pakaian bundle selamat dipakai, ikuti langkah keselamatan berikut:
1. Jangan Pakai Terus
Walaupun baju nampak baru dan bersih, elakkan memakainya terus. Kuman dan bakteria mungkin masih tersembunyi dalam gentian kain.
2. Rendam Dalam Air Panas
Rendam pakaian dalam air panas sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit. Suhu tinggi membantu membunuh kuman, hama dan parasit.
3. Tambah Cuka Putih atau Antiseptik
Untuk perlindungan tambahan, masukkan sedikit cuka putih atau antiseptik seperti Dettol ke dalam air rendaman. Ini membantu membasmi bakteria yang lebih degil.
4. Jemur Di Bawah Sinar Matahari
Selepas mencuci, jemur pakaian di bawah cahaya matahari terik. Sinar UV mampu membunuh sisa kuman yang masih melekat pada pakaian.
BACA LAGI : Rahsia Jantung Sihat? Doktor Ini Kongsikan Khasiat Hebat Ikan Tenggiri
5. Seterika Dengan Suhu Panas
Seterikalah pakaian menggunakan suhu panas untuk memastikan hama atau kutu yang mungkin masih tertinggal dihapuskan sepenuhnya.

6. Elakkan Membeli Pakaian Dalam Terpakai
Kurangkan risiko jangkitan dengan mengelakkan pembelian pakaian dalam terpakai seperti seluar dalam, bra dan stokin, kerana ia lebih mudah menjadi medium jangkitan kulit.
Baju bundle menawarkan peluang untuk bergaya dengan kos rendah, tetapi jangan abaikan aspek keselamatan.
Dengan mengikuti langkah-langkah pembersihan yang betul, anda bukan sahaja boleh tampil stailo, malah kekal sihat dan bebas jangkitan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang















