Ads
Home Kesihatan Sakit Ibu Jari Kaki Tanda GOUT, Semak Kadar ASID URIK Dan Solusinya!

Sakit Ibu Jari Kaki Tanda GOUT, Semak Kadar ASID URIK Dan Solusinya!

Ads

Tentu anda semua sudah sedia maklum bagaimana terseksanya mereka yang mengidapi penyakit gout. Penyakit kerap dikaitkan dengan tingginya kandungan asid urin di dalam badan seseorang.

Selain dari berusaha untuk mengubatinya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Sakit Ibu Jari Kaki Tanda GOUT, Semak Kadar ASID URIK Dan Solusinya!

Siapa kata penyakit gout hanya dihidap oleh mereka yang berusia 40 ke atas? Hari ini, golongan muda yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 30 tahun mempunyai peratusan tinggi untuk menghidap sakit gout ini. Ini berpunca daripada gaya pemakanan yang kurang sihat dan tidak aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti sukan.

Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik (separa pejal) merupakan bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.

Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid urik ini berkumpul pada celahan tulang dan terhasillah batu kristal gout. Lebih teruk lagi apabila batu gout ini boleh terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang.

8 TANDA-TANDA SERIUS SAKIT GOUT

Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid urik ini berkumpul pada celahan tulang dan terhasillah batu kristal gout.

  • Penyakit gout kebiasannya menyerang ibu jari kaki dan akan menyebabkan ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Jika bukan di ibu jari kaki, sakit gout ini bisa menyerang bahagian lain di kaki sebagai contoh di kawasan buku lali, dan juga di tumit kaki.
  • Sendi yang diserang terasa bisa dan sensitif dengan sebarang geseran. (Jika kritikal, pesakit tidak mampu berjalan kerana kaki terasa sakit apabila memijak permukaan lantai)
  • Serangan selalunya berlaku pada waktu malam.
  • Sakit mungkin berlarutan sehingga 1-2 minggu jika tidak mendapat rawatan secepat mungkin.
  • Benjolan besar merah akan timbul di sendi dan cuping telinga.
  • Kencing yang kerap.
  • Bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

SEMAK KADAR ASID URIK DAN KENALI YANG TAHAP GOUT

1. ASID URIK 5

  • 1.5 mg/dL – 5 mg/dL
  • 0.09mmol/L – 0.30 mmol/L
  • 89umol/L – 297 umol/L

Bagi mereka yang berada dalam kelompok Asid Urik 5 ini, kadar asid anda berada dalam kadar yang selamat. Namun, jangan mudah selesa dengan kadar ini kerana asid urik berubah-ubah setiap masa mengikut gaya hidup kita.

Lakukan pemeriksaan dengan kerap supaya asid urik tidak menjadi tinggi dan kekalkan gaya hidup sihat anda.

2. ASID URIK 6

Ads
  • 5.1 mg/dL – 6
  • 0.30 mmol/L – 0.36 mmol/L
  • 303 umol/L – 357 umol/L

Kumpulan Asid Urik 6 ini dikenali sebagai “Borderline Uric Acid Levels”. Jika anda berada dalam kelompok ini, usah dedahkan diri anda dengan cuaca yang sejuk kerana ia mungkin memudaratkan.

Jika anda tidak mampu untuk berada dalam kumpulan 5, jadi kumpulan ini adalah yang terbaik dan disarankan oleh doktor kerana ia tidaklah serius dan tidak juga selamat. Namun, pemeriksaan asid urik harus dilakukan sekerap mungkin, tiga kali sebulan.

3. ASID URIK 6.5

  • 6.1 mg/dL – 7.2 mg/dL
  • 0.36 mmol/L- 0.43 mmol/L
  • 363 umol/L – 428 umol/L

Kadar risiko asid urik ini adalah sebagai tanda amaran kepada anda untuk membuat sesuatu berkaitan asid urik anda. Kumpulan 6.5 ini sudah dikira yang paling teruk dan agak susah sekiranya jika mahu melakukan sebarang treatment.

Pada kadar ini, gout akan menyerang bila-bila masa sahaja. Semakin tinggi kadar asid anda, semakin banyak risiko yang bakal anda hadapi.

4. ASID URIK 7

  • 7.3 mg/dL – 11.1 mg/dL
  • 0.43 mmol/L – o.66 mmol/L
  • 434 umol/L – 660 umol/L

Dangerous Uric Acid Levels (Warnings). Jika anda memiliki kadar asid urik seperti kumpulan ini, awas! Batu kristal gout sedang terbentuk di celah-celah tulang anda dan akan terhasilnya batu yang akan melekat di buah pinggang ataupun pundi kencing anda. Kadar asid urik yang terlampau tinggi akan menjejaskan tulang anda.

Ads

Bukan itu sahaja, malah kulit, buah pinggang serta hati anda juga akan rosak disebabkan batu kristal yang terhasil. Anda harus ingat, gout boleh menyebabkan kerosakan tetap  pada tubuh anda, contohnya seperti penyakit Stroke.

Oleh itu, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan secepat mungkin.

Makanan yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah gout!

Sakit Ibu Jari Kaki Tanda GOUT, Semak Kadar ASID URIK Dan Solusinya!

1. Sayur-sayuran

Nutrien yang terkandung di dalam sayur-sayuran adalah cukup baik untuk kesihatan anda. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengelakkan sayur-sayuran yang tinggi dalam kadar purin. Namun begitu kandungan purin di dalam sayuran adalah kurang berbanding dengan daging-daging merah.

2. Buah Ceri

Beberapa kajian menunjukkan bahawa ceri mengandungi khasiat yang cukup baik untuk mengelakkan gout. Kajian juga mendapati ceri boleh membantu untuk mengurangkan kadar asid urin di dalam badan dan seterusnya membasmi serangan gout.

Ads

3. Minuman Kopi

Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa dengan meminum kopi, risiko penyakit gout dapat dikurangkan. Mereka yang kerap mengambil kopi juga mempunyai kurang risiko untuk mendapat serangan gout berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.

4. Produk Tenusu

Saintis yang mengkaji berkenaan penyakit gout ini mendapati produk tenusu yang rendah lemak boleh membantu memperbaiki proses asid urin. Mereka yang kerap mengambil produk tenusu ini didapati mempunyai kadar asid urin yang kurang di dalam darah mereka.

5. Ikan Air Sejuk

Asid asas yang terkandung di dalam ikan tuna boleh membantu mengurangkan keradangan akibat gout. Namun begitu untuk mengelakkan keadaan tersebut menjadi semakin buruk, pengambilan ikan tersebut perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari kerana ia masih mempunyai purin.

Kesimpulannya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Semoga bermanfaat!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah ya!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI