Berenang adalah sukan akuatik. Ia adalah sukan yang menggunakan banyak otot dan mudah untuk membakar kalori serta menyihatkan.
Itu sebab badan seorang atlet renang sangat berotot kerana latihannya sangat keras. Setiap kali seorang manusia masuk ke dalam kolam dan membuat latihan berenang, ia akan membakar kalori dalam jumlah yang sangat banyak.
Di bawah ini MASKULIN sediakan beberapa kebaikan kepada mereka yang seringkali membuat senaman secara berenang.
1. Senaman paling murah
Tidak kisahlah di mana anda berenang, sama ada di air terjun, tasik, atau kolam renang awam, anda tidak perlu berbelanja dengan tinggi untuk aktiviti ini.
Ia sama seperti berjogging, tidak perlukan belanja yang tinggi, cuma hanya perlu berlari dan jaga tempo larian. Sama juga seperti berenang, hanya terjun dalam kolam, dan berenang mengikut tempo yang sesuai dengan diri anda.
2. Bakar kalori dengan banyak
Aktiviti ini dalam masa sejam boleh bantu bakar sebanyak 500 kalori. Ini kerana ketika berenang, anda menggunakan otot seluruh badan untuk melakukan aktiviti ini.
Ads
Senaman ini tidak perlu fokus kepada sesuatu bahagian tubuh, ia akan guna semua otot yang ada di badan. Kajian juga menunjukkan sukan berenang adalah sukan yang berisiko kecederaan sangat rendah berbanding sukan berlari, angkat berat dan lain-lain.
Ia juga bantu tingkatkan prestasi paru-paru anda. Kena ingat, bukan badan sahaja yang perlukan senaman. Paru-paru juga perlukan senaman yang sesuai. Untuk buatkan paru-paru anda dapat senaman yang diperlukan, berenang adalah jawapannya.
Ini kerana apabila berenang, paru-paru anda perlu bekerja keras untuk menghantar oksigen yang mencukupi di seluruh badan. Ini membuatkan paru-paru anda lebih kuat serta tingkatkan sistem pernafasan.
Ads
4. Kawal diabetis
Sukan ini juga mampu bantu pesakit diabetis. Ia bantu mengawal tahap glukosa darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetis tahap 2. Masa yang sama ia bantu kuatkan jantung yang mana penyakit ini seringkali memberi kesan pada jantung.
Jika senaman lain agak keras dan membuatkan pengamalnya stress, berenang adalah jawapannya. Sukan renang memberikan anda ketenangan kerana apabila berada dalam air, anda tidak akan dengar suara orang lain.
5. Bantu tingkatkan kesihatan mental
Seperti yang dinyatakan tadi, sukan renang bantu anda untuk lebih tenang. Tiada suara orang menjerit anda akan dengar, kerana di dalam air, ia lebih tumpat daripada permukaan kerana terdapat udara.
Ads
Setiap strok renangan yang anda buat, pasti akan bantu otak anda melepaskan segala stress yang pernah anda hadapi. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk meditasi dalam air.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita sudah pun menyambut kedatangan bulan Ramadan. Oleh itu, jadikanlah bulan mulia ini sebagai bulan untuk kita semua menambah pahala di samping jadikannya sebagai bulan untuk anda jadi lebih cergas dan tidak lesu.
Buat anda lelaki yang sentiasa ingin kekalkan kecergasan dan bentuk badan, anda masih boleh terus melakukan senaman-senaman ringan.
Ini 5 jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat dan timbul six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi berbaring
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Ambil posisi berbaring
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki
Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan repetisi ini
Lakukan latihan ini sekitar 15 kali repetisi per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
Luruskan punggung
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh
Tahan hingga beberapa minit
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
5. BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lain orang lain peringkat bau badan mereka. Ada sesetengah orang badan mereka tidak terlalu berbau walaupun melakukan aktiviti luar. Dan ada juga orang yang berpeluh sedikit sahaja badan mereka akan terus berbau.
Dengan keadaan cuaca negara kita yang beriklim tropika itu akan memberikan cabaran yang lebih lagi kepada mereka yang mempunyai mudah berbau. Namun jika anda tahu mengapa dan bagaimana ia berlaku mungkin masalah ini dapat dikurangkan demi keselesaan anda dan orang sekeliling.
Perkara pertama yang anda harus lakukan ialah berishkan diri mengikut waktu seperti pagi dan malam. Jangan pula anda tak mandi tapi buat-buat hairan mengapa badan berbau.
Tapi mandi sahaja tidak bermakna masalah bau badan dapat dihindari sepenuhnya. Untuk memahami masalah ini anda perlu tahu 7 fakta tentang bau badan di bawah!
1. Dua kelenjar berbeza
Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala dan ketiak. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.
2. Rambut juga boleh berbau
Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi ia disebabkab oleh bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.
3. Deodoran penyelamat ketiak
Sedikit pesanan dari MASKULIN untuk anda di luar sana; sila gunakan deodoran! Anda bukan lagi kanak-kanak yang boleh mengabaikan tentang bau badan. Ketahuilah bahawa deodoran merupakan benteng utama anda untuk melawan bau busuk ketiak. Kandungan bahan yang terdapat di dalam deodoran mampu menghentikan peluh keluar akibat aktiviti berlebihan.
4. Jalani terapi medik
Untuk kes yang lebih ekstrim di mana jika menggunakan deodoran pun tidak berkesan, maka anda harus merujuk kepada doktor di hospital. Jangan berasa segan dan malu. Buangkan rasa malu jauh-jauh untuk dapatkan nasihat dan rawatan yang perlu. Terdapat prosedur injeksi botox yang mampu membantu terutamanya kepada orang yang berpeluh dengan banyak.
5. Pengaruh makanan
Tahukah kamu bahawa badan kita akan mengeluarkan bau jika memakan makanan tertentu. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.
6. Jangan berlebihan
Menggunakan sabun akti bakteria untuk membersihkan ketiak adalah perkara yang dibolehkan. Namun jangan buat secara berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh.
7. Faktor stres
Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Nanti bukan sahaja jiwa kacau tapi badan pun bau boleh buat orang lain lagi jiwa kacau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sama ada anda seorang beginner atau sudah beberapa bulan aktif berlari sekalipun pasti tidak terkecuali untuk berhadapan masalah ini ketika melakukan larian.
Kecuali anda seorang pelari aktif yang sudah bertahun-tahun melakukan larian dengan kerap mungkin jarang berdepan masalah ini. Dengan kondisi negara kini sudah mula ‘dibuka’ semula dalam fasa Pelan Pemulihan Negara, aktiviti larian dilihat menjadi semakin pulih. Kini lebih ramai orang mila melakukan larian di kawasan terbuka semula.
Namun perlu kita ingat dan tidak leka untuk sentiasa menjaga SOP sebaiknya. Perkara paling penting bagi mengelakkan masalah mudah tercungap-cungap dan cepat penat ketika melakukan larian ialah teknik pernafasan yang betul ketika berlakri.
Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.
Kali ini MASKULIN inign bawa anda ikuti beberapa tip sangat berguna tentang teknik pernafasan yang betul dan baik ketika melakukan aktiviti larian.
TARIK NAFAS DALAM
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
TEKNIK TARIK NAFAS
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
BERTENANG
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
IKUT HIDUNG
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.