Kita sememangnya selalu minum air dalam kereta tambah-tambah jika dalam perjalanan yang jauh. Akan tetapi kita juga sering terlupa untuk membawa keluar air botol tersebut dan pada keesokkan harinya kita minum balik. Ini adalah perkara yang sangatmerbahaya, nak tahu kenapa? Ini adalah kerana menurut kajian dan ianya telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara.
Menurut kajian Doktor : Wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta adalah kerana hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.
Jadi Janganlah Minum Air Botol Yang Ditinggalkan Di Dalam Kereta. Maklumat seperti ini sememangnya amat berguna dan kita haruslah lebih berhati-hati. Ini kerana hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor serta akan bercampur dengan air dan para doktor telah menemui racun ini pada tisu payudara. Sebaik mungkin gunakanlah gelas stainless steel atau botol kaca.
Seperti yang kita sedia maklum juga, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada 4 dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari adalah sememangnye tidak elok diminum kerana kebarangkalian boleh bertukar menjadi racun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penularan wabak COVID-19 ternyata telah mengubah banyak lanskap pelbagai industri. Selain industri penerbangan yang terjejas teruk industri sukan juga menerima impak yang hampir sama.
Buat masa sekarang hampir keseluruhan perlawanan liga-liga utama di Eropah dan dunia telah digantung buat sementara waktu. Begitujuga dengan kejohanan utama seperti EURO 2020 dan juga Sukan Olimpik Tokyo yang telah diumumkana kan ditunda pada tahun hadapan.
Namun bagi liga-liha utama di Eropah ia dijangka bakal disambung dalam tempoh masa terdekat tetapi dengan syarat bermain di stadium tanpa penyokong.
Di antara liga yang dijangka disambung ialah liga utama Jerman, Bundesliga. Melihatkan perkembangan ini salah sebuah kelab utama liga tersebut, Borussia Monchengladbach mengambil pendekatan yang sedikit unik.
Borussia Monchengladbach telah memperkenalkan kempen ‘Stay at home. Be in the stands’. Kempen ini menyaksikan mereka memberi perluang kepada penyokong untuk meletakkan potongan kadbod foto di dalam stadium.
Dengan bayaran hanya EUR19 (RM90), penyokong boleh meletakkan keratan foto mereka dalam bentuk kadbod-stand di dalam stadium kebanggan mereka, BORUSSIA-PARK Stadium.
Kempen ini diperkenalkan untuk memberi peluang kepada penyokong memberikan sokogan kepad pasukan apabila liga kembali disambung. Liga di Jerman telah digantung sejak 13 Mac yang lalu dan besar kemungkinan ia akan dilanjutkan dalam tempoh yang bakal diumumkan nanti.
Apa yang menarik lagi kempen ini merupakan inisiatif tanpa untung yang diperkenalkan kelab berkenan bagi menyokong Fanprojekt Monchengladbach dan projek kebajikan yang dijalankan mereka.
Penjaga gol Borussia Monchengladbach, Yann Sommer menyambut baik projek ini dan percaya ia boleh memberikan suntikan semangat kepada dirinya dan rakan-rakan sepasukan di atas padang nanti.
“Ini merpakan idea yang sangat baik. Saya sudah melihat banyak potongan kadbod mula memeunhi tempat duduk stadium. Ia memberikan gambaran kami tidak berseorangan dan sentiasa ada,” jelasnya lagi.
Adakah langkah sama juga akan dilakukan oleh kelab-kelab lain di Jerman mahupun di liga-liga utama Eropah? Apa yang pasti bola sepak tidak akan lagi sama pasca COVID-19. Segalanya telah berubah sehinggalah wabak ini dibanteras sepenuhnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tentu anda semua sudah sedia maklum bagaimana terseksanya mereka yang mengidapi penyakit gout. Penyakit kerap dikaitkan dengan tingginya kandungan asid urin di dalam badan seseorang. Selain dari berusaha untuk mengubatinya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Berikut disenaraikan beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah gout.
1. Sayur-sayuran
Nutrien yang terkandung di dalam sayur-sayuran adalah cukup baik untuk kesihatan anda. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengelakkan sayur-sayuran yang tinggi dalam kadar purin. Namun begitu kandungan purin di dalam sayuran adalah kurang berbanding dengan daging-daging merah.
2. Buah Ceri
Beberapa kajian menunjukkan bahawa ceri mengandungi khasiat yang cukup baik untuk mengelakkan gout. Kajian juga mendapati ceri boleh membantu untuk mengurangkan kadar asid urin di dalam badan dan seterusnya membasmi serangan gout.
3. Minuman Kopi
Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa dengan meminum kopi, risiko penyakit gout dapat dikurangkan. Mereka yang kerap mengambil kopi juga mempunyai kurang risiko untuk mendapat serangan gout berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.
4. Produk Tenusu
Saintis yang mengkaji berkenaan penyakit gout ini mendapati produk tenusu yang rendah lemak boleh membantu memperbaiki proses asid urin. Mereka yang kerap mengambil produk tenusu ini didapati mempunyai kadar asid urin yang kurang di dalam darah mereka.
5. Ikan Air Sejuk
Asid asas yang terkandung di dalam ikan tuna boleh membantu mengurangkan keradangan akibat gout. Namun begitu untuk mengelakkan keadaan tersebut menjadi semakin buruk, pengambilan ikan tersebut perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari kerana ia masih mempunyai purin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baju luntur warna adalah situasi lazim yang berlaku. Tapi, jika berterusan, siapa je yang tak stres kan apabila setiap kali beli baju baru, warnanya luntur selepas dibasuh.
Untuk pengetahuan anda, baju luntur warna disebabkan oleh agen pencuci seperti sabun pencuci, pelembut, peluntur atau kerana alat dan air yang digunakan ketika mencuci baju. Pakaian sebenarnya sensitif, silap sahaja kaedah mencucinya, terus luntur warnanya.
Baju Luntur Warna Selepas Basuh? Try Guna Dua Bahan Ini!
Selain menggunakan bahan peluntur, anda juga boleh lalukan seperti yang dikongsikan oleh Faryna Mohd Khalis dan bolehlah mencuba teknik menghilangkan kesan warna yang luntur dengan cara yang lebih alami.
Ini perkongsiannya.
Colour corak batik seluruh kain menurun. Rase macam nak nangis dan down jap! Baru beli kot, tak jadi baju lagi. Alhamdulillah berjaya hilangkan tompok-tompok tu hasil perkongsian ilmu warga net.
Yang best, tak effect pon corak dan warna batik asal, masih elok remain cantik. So saya share siket ilmu ni.
Bahan :
Lemon dan sabun serbuk sikit + air panas + air paip siket je. ( btw saya punye ni kain cotton, kalau material lain or nipis saya tak sure sesuai ke tak rendam dengan air panas).
Cara – Cara :
1. Rendam dalam 5-10 minit, terus keluar semua tompok-tompok colour biru yang menurun kat bahagian putih tu. Then bilas dengan air bersih & sidai.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.