Sebuah filem aksi berjudul Rebel: Berontak Untuk Berotak menjadi filem penampilan pertama Datuk Awie sebagai seorang pengarah.
Memetik laporan Astro Gempak, peluang ini muncul selepas pertemuan vokalis kumpulan Wings itu dengan Allahyarham Ahmad Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Mat London.
“Arwah dan penerbit filem ini bertemu saya dan kami berbincang mengenai ‘Rebel’. Saya agak terkejut apabila mereka turut menawarkan saya mengarahkan filem ini. Ini satu tanggungjawab besar, tetapi saya terharu dan menerima dengan hati terbuka,” ujar Awie.
Filem ini menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique sebagai pelakon utama, disamping Shikin Kamal, Azlan Komeng, dan Awie sendiri. Rebel: Berontak Untuk Berotak mengisahkan perseteruan antara Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique) dalam sebuah pertubuhan yang sama. Awie menegaskan bahawa walaupun idea dan cerita asal adalah cetusan dirinya, ia tidak berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.
“Saya ingin memaparkan proses ‘baik pulih’ dalam sebuah pertubuhan yang mungkin mengalami kepincangan. Intipati utama adalah sikap ‘rebel’ atau memberontak dalam diri seseorang. Setiap manusia tidak dilahirkan untuk menjadi jahat; tentu ada punca yang menyebabkan sikap itu timbul. Itu yang saya ingin tonjolkan,” jelasnya.
Ads
Pemilihan Ben Amir dan MK K-Clique sebagai teraju utama adalah kerana Awie merasakan industri perfileman perlu menampilkan muka baharu dalam filem aksi. “Ben Amir sebelum ini dikenali dengan naskhah romantik. Saya ingin mengubah dia menjadi hero dalam filem aksi. MK pula lebih menonjol dalam bidang nyanyian dan kini aktif berlakon. Saya lihat dia mempunyai kebolehan dan bakat yang besar,” tambahnya.
Ads
Sebagai filem sulung arahannya, Awie berharap Rebel: Berontak Untuk Berotak akan diterima penonton. “Tugas sebagai pengarah lebih sukar berbanding pelakon, tetapi saya belajar banyak perkara. Mungkin ada kelemahan dalam filem pertama ini, tetapi saya akan perbaiki jika diberi peluang pada masa depan,” ujarnya.
Zamin Fakry Zainol, penerbit filem ini, berkata pemilihan Awie sebagai pengarah dibuat berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang lakonan. “Kami yakin pengalaman Awie dapat diterjemahkan dengan baik sebagai pengarah. Sepanjang penggambaran, beliau melaksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.
Ads
Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak dihasilkan dengan kos hampir RM1 juta dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 2 Mei 2024. Pihak penerbit berharap filem ini akan mendapat tempat di hati penonton, terutama penggemar filem aksi.
1. MENINGGIKAN SUARA Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’ Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan bulan Ogos sememangnya cuup istimewa di hati rakyat Malaysia. Apa tidaknya pada penghujung bulan ini atau lebih tepat pada 31 Ogos kita semua akan menyambut Hari Kebangsaan.
Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan berlangsung kita juga akan sentiasa dihidangkan dengan pelbagai iklan dan kempen menarik dari pelbagai pihak bagi mencetuskan semangat patriotisme yang lebih mantap.
Bila bercakap tentang iklan sambutan hari kebangsaan atau kemerdekaan kita pasti tidak akan lupa tentang kisah iklan mencuit hati di antara dua kanak-kanak bernama Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena.
Walau iklan tersebut hanya berdurasi selama 33 saat sahaja, namun impak yang dihasilkan oleh iklan bertajuk ‘Tan Hong Min In Love’ kekal sehingga ke hari ini. Itu hasil magis yang ditinggalkan oleh karyanan unggul tanah air, Allahyarham Yasmin Ahmad.
Menerusi iklan istimewa yang disiarkan pada tahun 2007 itu menonjolkan bagaimana seorang budak lelaki bernama Tan Hong Ming dengan penuh keikhlasan, naif dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena Skhrudin. Sifat tanpa mengenal erti bangsa, warna kulit dan agama dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian kaum kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.
Boleh dikatakan setiap tahun pasti ramai yang bercerita tentang kecomelan mereka berdua yang tampil menerusi iklan tersebut. Dan kini selepas kira-kira 15 tahun, Tan Hong Min dan Ummie Khazriena disatukan kembali menerusi satu iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.
Menerusi video berjudul ‘Ummi & Tan Hong Ming: Remembering Yasmin AhmAd’, pada mulanya mereka kelihatan cukup malu-malu. Apa tidaknya mereka sudah lama tidak bertemu mata. Walaupun begitu jauh di sudut hati mereka berdua cukup teruja kerana dapat bertemu semula. Keakraban di antara mereka juga tidak dapat dinafikan masih wujud dengan cukup baik sekali.
Jelas Ummi kali terkahir mereka berdua berjumpa ialah pada tahun 2016 untuk sebuah iklan. Kemudian masing-masing seakan sibuk dengan urusan peribadi masing-masing dan jarang berhubung.
Ummi yang kini bertugas sebagai seorang eksekutif dan Tan Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Sunway University sempat mengimbas kenangan bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, Yasmin Ahmad.
Bila ditanya tentang pendapatnya tentang Arwah Yasmin Ahmad, Tan Hong Ming dengan teruja menyarakan pendapatnya. “Arwah Yasmin Ahmad berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam karyanya. Dan saya rasa itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad.
Manakala bagi Ummi pula dia berpendapat Arwah Yasmin Ahmad sebagai seorang insan seni yang mempunyai bakat sangat luar biasa. Disebabkan itulah menerusi karyanya dia berjaya mengeluarkan rasa dan jiwa.
“Bagi Ummi, dia adalah seorang dalam sejuta”, tambahnya lagi.
Anda boleh ikuti temu bual di antara Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena menerusi video dari Lokalteez di bawah:
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-65!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Matang tidak bererti tua. Matang ialah satu peringkat di mana lelaki menjadi rasional dan menimbangkan keputusan hidup dengan baik. Lelaki matang juga tidak takut tanggungjawab dan akan mencuba sehabis baik memikulnya dengan amanah dan bersungguh-sungguh. Mari kita lihat ciri-ciri lain lelaki matang.
Selipar memberikan imej selekeh dan tidak kisah. Apabila berjumpa orang, kita menunjukkan yang rasa hormat kepada orang itu juga kurang. Sekurag-kurangnya pakai lah loafers.
Lelaki matang ini tenang. Apabila menghadapi tekanan rasional adalah perkara pertama yang akan dicari. Dia faham tekanan itu adalah mainan hidup. Ia datang dan pergi. Antara langkah yang boleh diambil ialah memecahkan masalah kepada kumpulan-kumpulan kecil dan mula menyelesaikannya satu per satu. Dengan cara begini lelaki akan terlihat tenang dan mempengaruhi orang lain untuk juga sama-sama mengambil masa menarik nafas.
Kasut dibagikan kepada beberapa kategori. Formal, semi formal dan kasual. Kasut formal contohnya Oxford without brogues. Kasut semi formal pula contohnya Slip On. Manakala kasut kasual termasuk loafers dan sneakers. Lelaki matang tentunya tahu kasut mana yang mahu dipakai untuk majlis apa.
Seperti juga kasut, pakaian juga terbahagi kepada formal, semi formal dan kasual. Pakaian formal tentulah Suit, manakala semi formal ialah blazers. Untuk kasual boleh memilih kemeja lengan pendek atau t-shirt polo.
Lelaki matang bukanlah lampu disko atau papan iklan yang perlu menarik perhatian orang dengan aksesori yang melampau. Apatah lagi yang bergemerlapan. Cukup dengan hanya aksesori asas seperti jam tangan dan tali pinggang. Cincin pula adalah optional.
Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Mahu lihat lelaki matang, dia menahan lidahnya dengan hati, bukan dengan perasaan. Perkataan yang keluar adalah hasil fikiran rasional. Bukan semberono sahaja tanpa arah.
Warna kasut sama dengan warna tali pinggang. Warna stokin sama dengan warna seluar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.