Ada beza besar antara ‘gurauan’ dan ‘gangguan’. Malangnya, seorang akauntan berusia 30 tahun, nampaknya tidak begitu memahami sempadan itu sekurang-kurangnya tidak pada pagi Jumaat minggu lalu.
Pada 20 Jun, jam 8.10 pagi, di sebuah pangsapuri di Taman Ukay Perdana, Muhammad Fahmi Akmal Zakaria didapati merakam video rakan serumahnya ketika sedang mandi.
Rakaman itu, seperti yang didedahkan di mahkamah, bukanlah hasil seni fotografi atau eksperimentasi kamera tersembunyi. Ia sebaliknya mengandungi visual penuh mangsa dalam keadaan bogel, yang secara terang-terangan mengaibkan mangsa yang juga rakan serumahnya.
Memetik laporan Sinar Harian, mangsa hanya menyedari sesuatu yang mencurigakan apabila terlihat kelipan cahaya di rak perkakas bilik air. Berasa pelik, dia terus menyiasat dan menemui kamera milik Fahmi, lengkap dengan kad memori yang menjadi bukti utama kes ini.
Fahmi akhirnya mengaku bersalah di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top dan didenda RM3,300. Jika gagal membayar, dia boleh dipenjara selama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan dengan niat mengganggu kesantunan seseorang. Satu pertuduhan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya.
Ads
TEGAS DAN REALISITK
Semasa prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Azizi Darus, merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda minimum atas alasan tertuduh menanggung keluarga.
“Anak guam memaklumkan perbuatan itu dilakukan sekadar gurauan memandangkan dia dan mangsa adalah teman serumah,” katanya.
Foto hiasan janaan AI
Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani tampil tegas dan realistik, menyatakan bahawa kes ini bukan sekadar isu gurauan tak menjadi. Ia berpotensi memberi kesan psikologi dan sosial yang besar kepada mangsa jika video tersebut tersebar.
Ads
Beliau mencadangkan agar tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pencegahan dengan mengambil kira fakta kes bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
“Perkara ini bukan gurauan. Jika video berkenaan tersebar, ia boleh mengaibkan mangsa,” katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ramanathan Alias Ashwin.
Kejadian ini menjadi peringatan penting, khususnya buat lelaki moden yang mungkin terlalu selesa dengan teknologi dan hubungan rapat sesama rakan.
Batas peribadi tetap perlu dihormati. Gurauan yang melampaui sempadan bukan sahaja merosakkan kepercayaan, malah boleh membawa padah undang-undang. Dan seperti yang kita lihat, harga lawak ini bukan murah iaitu RM3,300 dan reputasi yang hancur.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pempengaruh terkenal Khairul Amin Kamarulzaman, atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming berharap agar pemenang Tiktok Awards Malaysia 2024 tidak sekadar terkenal semata-mata tanpa membawa manfaat kepada masyarakat.
Khairul Aming yang merupakan pemenang anugerah kategori Creator of The Year di Tiktok Awards tahun lalu itu dipilih sebagai salah seorang barisan juri yang menilai pemenang bagi anugerah tahun ini.
“Kriteria yang paling utama saya akan tengok ialah bagaimana anda menonjol di kalangan calon lain. Secara asasnya, keunikan anda, kreativiti anda dan nilai,” jelas Khairul ketika ditemui MASKULIN.
@maskulinmySebagai pemenang anugerah Creator of The Year pada Tiktok Awards tahun lalu, Khairul Aming terpilih untuk menjadi salah seorang juri bagi penganugerahan itu tahun ini. Banyak perkara perlu dinilai untuk menentukan siapa yang layak sebagai pemenang. Namun bagi Khairul, amat penting untuk memilih pemenang yang bukan sekadar terkenal semata-mata tanpa membawa manfaat kepada masyarakat. #khairulaming #tiktokawards2024 #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
“Kita tak nak lah terkenal semata-mata, kan? Biar ikon ataupun wakil yang akan menang Creator of the Year atau setiap kategori itu ada impak dia dekat masyarakat lah,” tambahnya.
Beri Perspektif Seorang Pencipta Kandungan
Dalam pada itu, Khairul mengakui menggalas tanggungjawab sebagai juri buat kali pertama itu membawa tekanan yang berbeza, apatah lagi antara yang tercalon terdiri dari kalangan rakan-rakannya sendiri.
Namun Khairul perlu kekal profesional dalam penjurian dan tidak bersikap pilih kasih.
“Jujur saya cakap, saya pun tak pernah buat. Tapi Alhamdulillah dah sembilan tahun dalam industri ini, rasanya pengalaman itu ada untuk kita tahu siapa yang layak untuk menang berdasarkan usaha dia semua.
“Jadi harap-harap sekurang-kurangnya saya boleh bagi perspektif daripada seorang pencipta kandungan juga lah kepada barisan juri yang lain nanti,” ulasnya lanjut.
Khairul Aming akan menilai pemenang bagi anugerah-anugerah kategori Pilihan Juri (Judge’s Pick).
Selain Khairul, barisan juri terdiri daripada Pengurus Besar Operasi TikTok Asia Tenggara Angga Anugrah Putra serta Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios Nini Yusof.
Majlis anugerah berprestij yang meraikan para pencipta kandungan itu akan berlangsung pada 11 Ogos 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur.
Selepas julung kali diadakan pada tahun lalu, Tiktok Awards Malaysia kembali untuk tahun yang kedua dengan membawa tema “Realisasikan Impianmu”.
Seperti tahun lalu, anugerah Tiktok Awards Malaysia 2024 juga akan disiarkan secara langsung di televisyen menerusi saluran TV3.
Sempena musim cuti tahun 2023, jenama mewah Coach tampil dengan koleksi pakaian dan beg tangan wanita demi memenuhi kehendak acara atau aktiviti yang mengisi musim cuti anda. Para jejaka mungkin boleh mempertimbangkan koleksi ini sebagai hadiah untuk pasangan atau wanita yang disayangi dalam hidup anda. Mana tahu, ia mampu menyerlahkan lagi nikmat percutian anda.
Wear Your Shine
Tampil berani dan bergaya dengan koleksi yang bersinar ini. Beg dan kasut dari koleksi ini pastinya sesuai digayakan ke majlis yang ekslusif.
Glimmering Sequin
Jika sinaran sahaja tidak mencukupi, mungkin sentuhan gemerlapan labuci mampu menyerlahkan lagi penampilan anda. Beg dan gaun dipenuhi labuci ini pasti bakal menarik perhatian mata untuk memandang.
Cosmic Collection
Untuk yang sukakan pengembaraan dan galaksi, koleksi ini mungkin sesuai untuk anda. Tampil ceria dengan beg dengan corak yang comel, ia pasti membuatkan sebarang urusan percutian anda lebih menyeronokkan.
All Black
Pamakaian warna hitam yang klasik tidak pernah gagal untuk membuatkan sesorang tampak berkelas tinggi. Ia juga warna yang paling selamat dan pastinya sesuai untuk kebanyakan acara.
Shearling
Jika anda merancang untuk ke kawasan bermusim sejuk, jangan lupa untuk mempertimbangkan koleksi ini. Bukan sahaja tampak bergaya, ia juga mampu memberi kehangatan serta melindungi anda dari suhu yang rendah agar anda sentiasa selesa melakukan aktiviti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti kita berpikir bagaimana caranya pilot kacak ini mengambil gambarnya berswafoto luar jendela kokpit pesawat yang diterbangkan dengan latar belakang memukau. Menggunakan nama Pilotganso pada akaun Instagram, beliau telah berkongsi gambar menarik berlatar belakangkan Palm Islands di Dubai. Juruterbang yang mempunyai 43,000 pengikut meletakkan kapsyen seperti berikut pada gambar: “Ia umpama rumah kedua saya #dubai selfie.” Tak kurang juga pengikut istagram pilot ini memberi beberapa komen dan menyuarakan rasa kagum mereka dengan apa yang dilakukan juruterbang ini.
Seorang netizen menulis: “Kenapa perlu lakukan aksi berbahaya ini? Anda mungkin akan terjatuh dan membahayakan penumpang!
Ada juga yang memberi komen sebegini: “Wow…anda tak takut ke?”
Bagi @latelyisunday pula katanya: “Tak mungkin ini aksi sebenar? Tidakkah syarikat ada ada polisi berkaitan perkara seperti ini? Ia sesuatu yang berbahaya”
Tapi akhirnya baru-baru ini, juruterbang berkenaan telah menambah sesuatu pada akaun Instagramnya: “Ingin saya nyatakan di sini, semua gambar yang dimuat naik adalah palsu.Rupa-rupanya juruterbang ini yang mahir mengendalikan Photoshop. Dan dia berjaya meyakinkan orang ramai kononnya dia telah berswafoto ketika berada di luar jendela kokpit pesawat yang diterbangkan dengan latar belakang memukau. Tapi memang nampak real lah gambar dia. Gempak betul.
Jom kita lihat gambar-gambar dia yang awesome tu .
Sumber : Mstar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BYD Sime Motors meraikan ulang tahun ketiganya dengan lebih 25,000 kenderaan EV di jalan raya Malaysia, menunjukkan pertumbuhan pesat mobiliti elektrik dan komitmen jenama ini terhadap masa depan automotif hijau.