Orang kalau dah ada duit memang macam-macam boleh buat walaupun pada akal kita perkara itu nampak mengarut. Itulah yang dilakukam oleh Yusaka Maezawa, bilionair dan pengasas jenama pakaian online, Zozotown.
Dia yang sebelum ini pernah membayar Elon Musk untuk menjadi pelanggan untuk trip ke bulan menerusi projek SpaceX telah melakukan sesuatu yang cukup luar biasa di Twitter.
Bilionair Jepun yang telah tular di Twitter!
Kira-kira dua hari lalu dia telah memuat naik sebuah tweet di akaun Twitter miliknya dengan sekeping kad ucapan istimewa. Di dalam ucapan itu, Yusaku berkata dia akan menghadiahkan wang sebanyak sejuta Yen (kira-kira USD9,200) kepada 100 orang yang bertuah follow dan retweet status tersebut.
Dia memberikan masa kepada pengguna Twitter sehingga 7 Januari 2019 sebagai tarikh tutup penyertaan. Jelasnya lagi pemenang akan dihubungi menerusi direct message (DM) di Twitter. Sehingga artikel ini ditulis tweet tersebut telah mendapat jumlah retweet melebihi 4.71 juta dan likes sebanyak 1.17 juta!
Ads
Tweet inilah yang telah mencipta sejarah baru di Twitter!
Ia sekali gus menjadikan tweet daripada Yusaku tersebut sebagai tweet yang paling banyak mendapat jumlah retweet dalam sejarah Twitter! Apa yang mengagumkan lagi jumlah tersebut semakin bertambah dari semasa ke semasa. Rekod sebelum ini telah dipegang oleh Wendy’s nugget guy, kisah seorang jejaka yang ingin mendapatkan nugget percuma daripada restoran makanan segera.
Ads
Nampaknya pengaruh orang kaya yang ingin menaburkan duit secara harfiah kepada orang tak dikenali di laman media sosial telah mencipta satu sejarah baru.
Anda dah retweet? Mana tahu rezeki datang dari Jepun tanpa disangka!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak mengenali figura terkenal ini? Nama Fattah Amin menjadi fenomena dalam dunia hiburan negara apabila persembahan lakonannya acapkali membuatkan para penonton puas dengan lakonannya. Bijak dalam permainan wata dan emosi, menjadikan ia kunci Fattah Amin menjadi bualan orang ramai. Sudah tentu, golongan wanita pasti ternanti-nanti kemunculannya di kaca televisyen dan juga di mana-mana majlis.
Mengenai gaya fesyennya, Fattah kini mula membiasakan diri dengan gaya fesyen yang baru, dan ia terbukti bahwa Fattah acapkali kelihatan segak dan trendy setiap kali bertemu peminatnya. Apa yang menarikya, penampilan Fattah tiap kali dilihat menyarungkan helaian bomber jacket. Nampak sesuai dengan tubuh badannya, Fattah Amin bijak memilih rekaan outerwear ini sebagai pelengkap gayanya untuk tampil lebih stailo dan kemas.
Jadi, kepada kamu semua yang sentiasa tertanya-tanya, bagaimana untuk menghasilkan gaya fesyen persis Fattah Amin, pastikan rekaan outerwear bomber jacket ini berada di dalam wardrobe kamu. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang lelaki di China menarik perhatian ramai selepas menghabiskan tiga tahun hidup dalam kereta demi berjimat.
Yin, seorang pengatur cara berusia 38 tahun yang bekerja di Beijing, memilih untuk tidak menyewa rumah dan sebaliknya menetap dalam kenderaannya sendiri sejak tahun 2022.
Yin memulakan minggu kerjanya dengan memandu sejauh 130km dari Tianjin ke Beijing seawal 5.30 pagi setiap Isnin, dan hanya pulang ke rumah di Tianjin setiap petang Jumaat untuk bersama isteri dan dua anaknya.
Katanya, dia terpaksa bekerja di Beijing kerana peluang kerja dalam bidang IT agak terhad di kampung halamannya.
Selepas menaik taraf kepada kereta elektrik yang lebih luas, Yin menyedari bahawa dia mampu jimat lebih banyak berbanding menyewa.
Dulu, dia membayar sewa RM350 (2,500 yuan) sebulan untuk rumah, tapi kini perbelanjaannya hanya sekitar RM55 (400 yuan) untuk tol dan kurang RM170 (300 yuan) untuk cas elektrik setiap bulan.
Yin mengubah bahagian dalam keretanya menjadi ruang kediaman yang selesa, lengkap dengan katil, dapur kecil, set karaoke dan tempat simpan barang.
Beliau sering berhenti di taman untuk bermalam, bangun seawal jam 6.30 pagi untuk berjalan dan bersarapan di dalam kereta.
“Lepas kerja saya tengok TV, nyanyi karaoke, call isteri dan kadang-kadang tulis kod. Saya tak main game, jadi masa saya banyak fokus untuk rehat,” katanya.
Biasanya dia tidur jam 10 atau 11 malam.
Yin mengaku cabaran utama adalah mencari tandas awam, terutama bila perlu ke bilik air tengah malam.
Untuk mandi, dia gunakan tangki air dalam kereta ketika musim panas, manakala ketika musim sejuk, dia akan balik ke rumah menaiki kereta api pertengahan minggu.
“Saya minat aktiviti camping, jadi gaya hidup ni sesuai dengan saya. Saya pun selalu bawa keluarga pergi trip tidur dalam kereta,” tambahnya.
Bagi Yin, hidup dalam kereta bukan sesuatu yang menyedihkan.
Malah, dia bandingkan pengalaman itu dengan tinggal di hotel kerana kemudahannya sendiri.
“Tidur sambil dengar bunyi burung dan air mengalir tenang, kan? Saya tak kisah apa orang nak kata, asalkan saya gembira,” katanya yakin.
Kegilaan terhadap kad Pokémon kini bukan lagi sekadar hobi nostalgia kanak-kanak era 90-an. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kad Pokémon telah melonjak menjadi aset koleksi bernilai jutaan dolar, setaraf karya seni dan jam tangan mewah.
Kad-kad rare bukan sahaja menjadi simbol status dalam dunia collector, malah semakin diterima sebagai instrumen pelaburan alternatif, dengan nilai pasaran yang terus meningkat, terutama bagi kad yang mempunyai sejarah, edisi terhad dan penarafan sempurna.
Terbaru kegilaan hobi ini mencuri tumpuan apabila Logan Paul, personaliti media sosial dan bintang WWE, mengumumkan dia akan melelong kad Pokémon paling mahal di dunia, iaitu PSA 10 Pikachu Illustrator, melalui Goldin Auctions.
Kad tersebut diperoleh Logan Paul pada tahun 2022 dengan harga USD5.3 juta (RM21.54 juta), sekali gus mencipta rekod dunia sebagai kad Pokémon termahal pernah dijual.
Lelongan ini diumumkan sempena ulang tahun ke-30 francais Pokémon, dan mula disenaraikan pada 5 Januari.
Bermula dengan bidaan awal USD1.3 juta (RM4.88 juta), harga telah melonjak melepasi USD2.1 juta (RM8.54 juta) walaupun masih lebih sebulan sebelum tarikh penutupan lelongan pada 15 Februari.
Apa yang menjadikan kad ini luar biasa bukan sekadar harganya, tetapi statusnya dalam dunia koleksi.
Kad Pokémon Pikachu Illustrator ini merupakan antara hanya 40 salinan yang pernah dihasilkan, diberikan kepada pemenang pertandingan ilustrasi Pokémon di Jepun pada tahun 1998.
Namun, versi milik Logan Paul adalah satu-satunya di dunia yang menerima penarafan sempurna PSA 10, menjadikannya benar-benar unik.
Logan Paul sendiri mengakui bahawa keputusan untuk melelong kad ini bukan sesuatu yang mudah.
Jelasnya dalam satu hantaran di Instagram, “Hati saya benar-benar jatuh bila kad ini terlepas dari tangan. Kad Pikachu Illustrator PSA 10, iaitu kad Pokémon paling jarang dan paling bernilai di dunia, kini secara rasmi dilelong.”
Kad ini juga mempunyai nilai sentimental yang besar buat Logan Paul. Dia pernah memakai kad tersebut ketika membuat kemunculan sulungnya di WrestleMania 38, detik yang turut menyaksikan kad ini mencipta Rekod Dunia Guinness sebagai kad Pokémon paling mahal dalam sejarah.
Lebih menarik, lelongan ini tidak melibatkan kad semata-mata. Logan Paul turut menyertakan rantai Pokémon bertatahkan permata bernilai USD75,000.
Ia merupakan rantai dipakai olehnya ketika debut WWE dan pertarungan terbarunya, selain menawarkan pengalaman eksklusif dengan penghantaran peribadi kepada pembida yang berjaya.
Menggambarkan betapa istimewanya kad ini dalam dunia koleksi, Logan Paul menyifatkannya sebagai sesuatu yang tiada bandingan.
“Ini adalah satu daripada satu. Mona Lisa dunia koleksi. Kad paling terkenal dalam sejarah manusia,” tambahnya lagi.
Dia turut menyatakan keyakinan bahawa lelongan ini bakal mencipta sejarah baharu. Menurut Logan Paul lagi, gabungan kad legenda ini dengan barangan koleksi lain menjadikan acara tersebut sebagai antara lelongan Pokémon terbesar pernah dianjurkan, malah beliau sendiri mengakui akan turut membida item koleksi lain yang ditawarkan.
Dengan penutupan lelongan dijadualkan pada 15 Februari dan acara siaran langsung pembukaan kotak Pokémon edisi pertama dirancang selepas itu, perhatian dunia koleksi kini tertumpu kepada satu persoalan besar.
Sebenarnya berapa had harga yang sanggup dibayar oleh collector sekeping kad Pokémon yang dianggap sebagai karya agung dunia Pokémon?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.